Home Novel Cinta DiBius Cinta Encik Arahan
DiBius Cinta Encik Arahan
Nkal
22/5/2018 10:50:28
29,141
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

BAB 4


           “ Emm Adilla. Sebenarnya saya datang ni ada hajat.”

Luah Zahim segera keluar dari topik yang sedikit hangat sebentar tadi. Dia harus balik kepada tujuan utama dia bertemu dengan Adilla. 

Adilla terpana. Hajat? Zahim memandang pekerjanya itu serius.

“ Ada apa Encik Zahim?” Adilla tidak sabar ingin mengetahui apakah hajat zahim sebenarnya. Nampak macam besar sahaja hajatnya.

“ Saya nak awak jadi pasangan saya.”

“ Hah!” Adilla terkesima. Bulat matanya. Peluh mula memercik membasahi raut wajah mulus itu. Petang yang membawa angin bayu ini terasa hangat tiba-tiba.

“ Why?” Zahim agak terperanjat.

Adilla masih terpaku di tempatnya.Zahim ketawa. Berdekah-dekah bunyinya. Adilla memandang Zahim sepi. Tadi raut wajahnya serius, sekarang dah bertukar jadi ceria. Siap ketawa besar lagi. Apa yang bermain difikiran Zahim sebenarnya?

“ Ni mesti awak fikir something pasal apa yang saya suarakan tadikan?” Duga Zahim dengan tawa yang masih berbaki dihujungnya. 

Memang benar. Itu yang Adilla fikirkan. Siapa yang tidak fikir seperti mana apa yang bermain di fikiran Adilla sekarang? Tiba-tiba sahaja Zahim melafazkan perasaannya untuk mengambil Adilla menjadi pasangannya. Tidakkah itu satu perkara yang tidak tercapai oleh akal gadis itu?

“ Adilla. Awak jangan salah faham. Sebenarnya saya nak awak jadi pasangan saya untuk dinner  malam ni. Bukan untuk jadi calon isteri.” Zahim menerangkan kedudukan sebenar. Ada nada sinis dihujung kata-katanya. 

Adilla mencebik geram. Merah padam pipinya dek kerana malu. Malu kerana salah mentafsir niat sebenar hati Zahim.

Amboi..sesedap mulut aje cakap bukan untuk calon isteri ya. Apa besar sangat ke taste awak tu Encik Zahim.? Walaupun tak seksi dan cantik, tapi kemanisan dan kesopanan gadis melayu masih ada  pada saya. Adilla cuba bermain kata-kata di dalam hatinya. Terkesan dengan kata-kata Encik Zahim tadi. 

“ Tapi Encik Zahim, saya dah ambil tiket petang ni. Esok saya nak balik kampung. Saya minta maaf banyak-banyak. Hajat murni Encik Zahim tidak dapat saya tunaikan.” Tolak Adilla lembut dan berhati-hati. Takut terguris perasaan Zahim nanti.

Zahim nampak terkejut. Dia tidak tahu bila masanya Adilla membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

“ Bila awak beli tiket tu?”

“ Semalam, saya tempah tiket secara online.”

“ Awak batalkan tiket tu.”

“ Tapi….”

“ Zahim!” Laung Firdaus dari jauh. Dia datang dengan sebuah kereta Volvo siri S90 berwarna kuning keemasan. Disebelahnya ada seorang lelaki yang tampak sebaya dengan mereka.

“ Ini satu arahan! Saya tempahkan tiket kapal terbang untuk awak. Esok pagi awak boleh bertolak balik ke Kuala Lumpur.” Jerit Zahim sambil berlari ke arah kereta yang sedang menunggu dia di seberang jalan.

Adilla jadi kaku. Kelu lidahnya untuk menolak semua ini.

“ Malam ini jam 8 malam saya jemput awak. Jangan lupa pakai baju yang saya hadiahkan pada awak semalam. Ingat, ini adalah satu arahan.” Bisik Zahim perlahan sebelum bergerak menuju ke arah kereta yang sedia menantinya di bahu jalan.

Bergetar jiwa Adilla dengan bisikan Zahim.

Adilla menghentak kaki ke tanah. Jiwanya memberontak. Geram dengan diri sendiri. Inilah perkara yang tidak dapat dia elakkan. Adilla terperangkap apabila Zahim mengucapkan perkataan itu.

Aduh...

' Ini satu arahan Adilla!' Adilla mengajuk kembali kata-kata Zahim sambil mulutnya terus mengomel tentang Zahim.

Sejak dua menjak ini Zahim suka menggunakan arahan itu sebagai tali untuk Adilla mengikut semua kehendak dan arahannya. Rasanya masa Puan Hanim dahulu tak adalah Zahim buat sampai macam ni.

Jangan-jangan?

Ishh!! Tak mungkinlah. Angan-angan kau terlalu tinggi Adilla. Tak mungkin dia menyukai kau. Walaupun pada hakikatnya perilaku Zahim itu seperti membayangi seseorang.


********

           

             Adilla beriringan bersama Zahim melangkah masuk ke dewan utama Hotel Four Sesosans Resort. Sudah ramai ahli perniagaan dari segenap daerah dan negeri mula memenuhi setiap  ruang dewan. Macam-macam gaya dan ragam dipersembahkan malam ini. 

Adilla tampil manis dengan jubah gold labuh hingga ke paras kaki. Dilitupi kain lace hitam yang bersulam bungan indah diperbuat daripada benang emas pada bahagian luarnya. Dipandankan dengan selendang putih susu panjang yang dililit kemas di atas kepala. Zahim nampak begitu macho dengan tuxedo putih dipasangkan dengan seluar slack bewarna sedondon. Semua mata memandang mereka. Rata-rata memuji mereka berdua yang nampak amat sesuai digandingkan bersama.

Zahim membawa Adilla ke mana sahaja kakinya melangkah. Rimas Adilla dengan perlakuan Zahim itu. Sampaikan nak ambik air pun tak boleh. Sudahlah Adilla dahaga, seteguk air pun belum diteguk lagi. Silangan tangannya itu membataskan pergerakan Adilla. Sama ada sengaja atau tidak perasan Adilla tidak pasti. Namun masakan Zahim tidak perasan sedari tadi lengannya itu menyilangi lengan Adilla.

“ Encik Zahim. …Encik Zahim!” Panggil Adilla keras namun perlahan. Bimbang ada yang terkejut. Zahim tidak menyahut sebaliknya terus mesra melayan rakan-rakan perniagaannya. Adilla mula berang, dia bosan dengan situasi seperti ini. Suasana yang menyerabutkan minda. Mahu atau tidak dia terpaksa memijak kasut Zahim kuat. Lantas Zahim menjerit kesakitan. Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Adilla mengukir senyuman manis sambil menggosok lengan Zahim mesra bagi menutup jeritan Zahim tadi. Mereka menyambung perbualan yang terhenti seketika.

Zahim menarik Adilla ke tepi dinding dewan.

“ Apasal awak pijak kasut saya?” Sayup-sayup sahaja suara Zahim. Maklumlah terpaksa berlawan dengan arus suara-suara manusia yang hingar bingar dalam dewan ini.

“ Berkali-kali saya panggil Encik Zahim. Tapi Encik Zahim buat tak tahu je. Asyik duk melayan kawan-kawan Encik Zahim tu.  Apa Encik Zahim ingat saya tunggul kat sebelah tu?” Ngomel Adilla panjang  sambil ekor matanya menjeling ke arah beberapa teman Zahim di satu sudut.  Adilla lupa yang dia bebelkan tu adalah bosnya. Zahim hanya mendengar ngomelan Adilla. Tercuit hati kecilnya.

“ Diaorang tu kan rakan perniagaan saya. Jadi kenalah layan dengan baik. Barulah dapat untung Cik Adilla.”

“ Itu saya tahu Encik Zahim, tapi tekak saya yang dahaga ni siapa nak tolong layan.” Soal Adilla keras. Zahim blur!

“ Habis kalau dahaga kenapa awak tak ambil sahaja minuman kat atas meja tu? Takkan nak minta tolong saya suapkan kot?” Zahim cuba meredakan Adilla.

Adilla mendengus geram. Rasa ingin dihentak dan dipijak kaki Zahim sekali lagi. Bibir Adilla menjuih ke arah lengan mereka. 

Segera Zahim melepaskan silangan tangan itu lalu memohon maaf atas kesilapan tersebut.

“ Opss sorry, saya tak sengaja.”Bera juga muka Zahim dengan tindakannya yang agak memalukan diri sendiri itu. Tapi disebalik semua ini, dia seronok sebenarnya. Yelah, ke mana sahaja kakinya mengatur langkah Adilla terpaksa turuti. Jadi tidak berpeluanglah mana-mana lelaki yang cuba mendekati Adilla.

“ Ok, sebagai tanda kemaafan. Biar saya layan tekak awak yang dahaga tu ek. Awak tunggu sini, biar saya ambikkan air untuk awak.”

Zahim datang membawa dua gelas air ditangan. Satu dihulurkan buat Adilla. Tanpa sempat mengucapkan terima kasih Adilla terus meneguk laju air tersebut hingga setitis air pun tidak tertinggal di dalam gelas tersebut. Hilang rasa dahaga yang lama mencengkam anak tekaknya sebentar tadi. 

Tenang Zahim merenung perbuatan Adilla sebentar tadi. Serta merta menyiarap darah Adilla memenuhi segenap wajahnya yang sedia putih. Hangat rasa pipinya menahan malu. Zahim sekadar tersenyum dan menghulurkan segelas lagi air buat Adilla. Adilla menolak lembut dan cuba berlagak tenang. Menutup rasa malu yang menyelubungi diri.

Zahim dan Adilla meninggalkan majlis makan malam tersebut agak awal. Adilla memohon balik awal ke bilik kerana esok dia akan bertolak selepas subuh. Zahim akur.  Dia menghantar Adilla sehingga ke muka pintu bilik hotel. Sepanjang perjalanan  Adilla hanya mendiamkan diri. Malu dengan sikapnya di dewan tadi diperhatikan Zahim tanpa berkedip. Pintanya semoga Zahim melupakan sahaja hal itu.

“ Encik Zahim. saya nak minta maaf pasal tadi.” Adilla memohon maaf atas ketidaksopanannya sewaktu di dewan sebentar tadi. Zahim tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk dan tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi.

“ It’s ok. Saya faham. Jaga diri awak kat kampung nanti. Jangan lupa pula jalan nak balik ke Kuala Lumpur nanti.”

Pesan Zahim sambil berseloroh.

Adilla hanya tersenyum. “ Selamat malam Encik Zahim.” Ucap Adilla sebelum menutup rapat pintu biliknya.

“ Um Adilla.” Panggil Zahim sebelum pintu itu rapat tertutup.  Adilla membukanya perlahan.

“ Ya Encik Zahim.” 

“ Esok awak balik kampung kan?” Serius Zahim menyoal Adilla yang cuba menahan mata yang mengantuk.

“ Ya Encik Zahim. Kenapa Encik Zahim?” Adilla pelik. Rasanya Zahim tahu yang dia akan balik esok pagi. Apa kena bosnya ini?

“ Awak balik sorang?” Zahim masih mengasak Adilla dengan pelbagai pertanyaan. Apa yang Adilla  tanya tadi umpama angin yang lalu sahaja.

“ Ya En Zahim.” 

“ Awak balik malam ke siang?” Soal Zahim terus.

“ Malam.” Hai..Apa kena bos aku ni? Dari tadi asyik duk menyoal aku je? Getus Adilla sendirian. Adilla ingin menguap namun dia terpaksa menahannya. Segan ooo kalau menguap di depan bos sendiri.

“ Um kalau macam tu saya temankan awak.” Terpana seketika Adilla. Hai dia buat hal lagi. Semalam dah buat kejutan dengan ayatnya yang bersahaja menyatakan hajat untuk menjadikan Adilla teman makan malamnya. Sekarang?

Zahim bagai dapat membaca apa yang tersirat di hati Adilla.

“ Awak jangan salah faham. Saya cuma nak temankan awak dalam telefon. Saya akan menghubungi awak untuk menemani awak malam esok. Lagipun tak elok kalau perempuan bawa kereta sorang-sorang malam-malam. Jauh pula tu. Saya suruh awak balik dengan kapal tebang awak tak nak.” Panjang Zahim meluahkan bicaranya. Macam membebel pun ada bosnya itu.

“ Tapi Encik Zahim saya dah biasa bawa kereta sorang-sorang balik kampung.” Tolak Adilla lembut. Rasanya tidak perlu kot Zahim menemaninya sepanjang perjalanan pulang ke Terengganu. Jauh tu..Mahu beribu bil telefonnya nanti. Memanglah bosnya boleh bayar. Itu tidak dinafikan..Tapi..

“ Dah. Awak jangan nak membantah. Ini satu arahan. Arahan tetap arahan. Dan sekarang saya arahkan awak masuk ke dalam rehat dan tidur cepat. Esok awak kena gerak awal.” Arah Zahim membuat Adilla terpinga untuk keberapa kali dia sendiri tidak pasti. Memang payah untuk mentafsir apa yang bermain dalam minda Encik Zahim.

“ Baik Encik Zahim. Selamat malam.” Ucap Adilla seraya menutup kembali pintu biliknya.

“ Errr Adilla.”

Adilla membuka sedikit pintu biliknya.

“ Ya Encik Zahim.” Tekan Adilla dalam. Matanya memang tidak dapat ditahan-tahan lagi. Kalau Encik Zahim ni bukan bos dia sudah lama dia biarkan sahaja panggilan itu tadi.

“ Selamat malam.” Ucap Zahim memberikan senyuman lebar, Dia tahu Adilla rimas dengan perilakunya tapi entah kenapa dia suka melihat Adilla saat itu.

“ Selamat malam Encik Zahim. Saya masuk tidur dulu ya.” Balas Adilla senyum sambil menutup pintu bliknya setelah Encik Zahim menganguk membenarkannya.

Zahim menggelang perlahan sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Dia mula melangkah meninggalkan bilik Adilla. Hatinya tersenyum saat melihat kemanisan senyuman Adilla. Senyuman itu bagai memanggil dia pada satu kenangan.

Hum..kenangan tinggal kenangan. 


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.