Home Novel Cinta The Untold Story : Adam Zayan
The Untold Story : Adam Zayan
miramint
18/12/2018 15:21:35
19,398
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog


SELANGKAH  kau  pergi,  selangkah  kau  membunuh  hatiku.  Jika  pergi,  tak  usah  menoleh.  Tak  usah  melambai.  Biarkan  aku  terluka  di  sini.  Namun,  pemergian  kau  tanpa  khabar.  Bukan  permintaan  aku  untuk  membunuh  sekeping  hatimu,  sayang.  Monolognya  sambil  menyeka  airmata  mengalir.  Tersedu-sedan  dia  berseorangan  melayani  baahtera  kesedihan.

      Sedih,  kecewa  dan  marah,  bercampur-baur.  Polaroid-polaroid  dalam  tangan,  direnung.  Setiap  kenangan  kita  bina,  tak  semudah  itu  aku  melupakannya.  Monolognya  lagi.

      "Saya  minta  maaf..."  ujarnya.  Tidak  mampu  mengawal  nada  suara  yang  bergetar.  Mengapa  dia  perlu  menghadapi  situasi  yang  melukakan  hatinya  ini?  Lebih  baik  untuk  tidak  mengenali  daripada  berpisah  dengan  cara  yang  perit.

      "Saya  tak  akan  putus  asa..."

      "Saya  tetap  akan  cari  awak."

      "Sebab  you're  my  only  one,  Adam  Zayan."

      Lalu  dia  terbaring.  Melepaskan  tangisan  yang  semakin  lebat  membasahi  pipi.  Perkataan  maaf  diulang  berkali-kali  berharap  ucapan  itu  sampai  ke  telinga  si  sang  pujangga.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh miramint