"KENAPA Rose perlu buat semua ni?" soal Puan Wardah apabila melihat anaknya yang sedang bertungkus lumus membuat catatan di dalam buku nota bersaiz A5 itu. Itu semua adalah senarai jawatan kosong yaang didapatinya dari dalam suratkhabar dan internet.
"Sebab Rose kena kerja, mama. Dah sampai masa Rose berdikari." tentang temuduga tadi pun sudah puas dia meminta keizinan mamanya untuk pergi. Mujur sahaja lembut hati wanita 40-an itu.
"Harta peninggalan arwah papa cukup untuk tampung kita sekeluarga." ujar Puan Wardah. Rose Adelia seraya mendongak.
"Harta yang banyak akan habis juga kalau kita tak cuba berusaha untuk menambahkannya, mama. Pencen arwah papa memang cukup tapi Rose dah dewasa. Selayaknya dalam usia begini, Rose keluar bekerja cari pengalaman. Dan apa pula kata orang kalau tahu Rose hanya duduk rumah goyang kaki? Anak pensyarah terkenal menganggur?" malu! Itu sahaja perkataan yang dapat ddidefinisikan.
Jauh dalam sudut hati Rose Adelia, dia tahu mamanya tidak mahu berasa sunyi di rumah. Selalunya dia akan sentiasa menemani mamanya di rumah tika Balqis ke sekolah atau kelas tambahan. Kalau dia sudah mula bekerja, pasti sahaja masa terluang mereka terhad. Tambahan pula Balqis kadang-kadang pulang lewat gara-gara latihan sukan.
"Rose minta maaf kalau mama kecil hati. Bukan niat Rose tak nak dengar kata mama tapi ini semua untuk kebaikan Rose dan masa depan Rose. Rose nak ada pendapatan sendiri." terangnya dengan jelas agar Puan Wardah memahaminya.
"Mama faham." Puan Wardah mengeluh perlahan.
SEMINGGU telah berlalu, Rose Adelia telah pun mendapat panggilan daripada syarikat yang ditemuduganya. Negatif, dia langsung tidak dapat kerja kosong itu. Namun Yasmin yang telah menjadi kawannya pula dapat. Itulah namanya rezeki. Rose Adelia redha. Mungkin rezekinya akan tiba kemudian.
Dia mula mengeluh sambil merenung kebun bunga mamanya dari balkoni kamarnya. Apa nak jadi? Dalam media sosial, rata-rata rakan-rakan sibernya bekerja bagus. Dapat melancong ke sana-sini, makan di restoran mewah dan membeli barangan mewah. Dari dia?
Dia boleh sahaja buat semua itu. Namun masa depan lebih penting. Dia masih ada adik yang belum habis bersekolah. Pasti sahaja banyak perbelanjaan yang akan dikeluarkan untuk Balqis melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Seketika dia teringat sesuatu. Terus dia kembali ke dalam kamarnya. Buku nota bersaiz A5 miliknya dicapai. Mukasurat tengah dibuka, sehelai sticky note yang terselit dicelahnya diambil. Terima kasih, Yasmin!
"Encik Wafiq, Sinar Holdings." terus dia melayari internet bagi mencari serba-serbi maklumat tentang syarikat Sinar Holdings.
"Awak betul nak cuba ni?" Rose Adelia mengangguk.
"Okey, saya boleh teman awak. Setahu saya, masih available lagi jawatan kosong ni. Lagipun Encik Wafiq ni nakkan PA dengan segera. Bolehlah kut awak cuba nasib. Saya yakin mesti dapat punya." Yasmin cuba meyakinkan Rose Adelia.
"Moganya begitulah." katanya sambil menghirup Latte yang masih panas. Lusa dia akan ke bangunan syarikat ini.
SEPERTI yang dirancang Rose Adelia, dia dan Yasmin sudah pun menjejakkan kaki di hadapan bangunan setinggi 10 tingkat itu. Kira gah juga kerana ianya terletak di tengah ibu kota.
Yasmin sedia membantu Rose Adelia berurusan di kaunter sebelum dia dibawa berjumpa dengan Encik Wafiq.
"Awak memang akan minum satu botol mineral ke kalau nervous?" soal Yasmin dengan tawa kecil di hujungnya. Soalan Yasmin dibalas dengan anggukan Rose Adelia. Kalau tak ada air kosong pun, dia perlukan sekurang-kurangnya gula-gula Mentos yang berangin itu. Rasa manis dan berangin dapat mengurangkan loya tekaknya yang muncul bila dia gelisah.
"Rileks, Rose. Semuanya akan okey." Yasmin menenangkan Rose Adelia. Geli hati juga melihat rakannya yang bagai cacing kepanasan itu.
"Cik Rose, boleh ikut saya sekarang." bagaikan ada renjatan elektrik, Rose Adelia bertambah nervous.
"You can do it, Rose!" bisik Yasmin.
Wanita receptionist bernama Ayu itu terus mempelawa Rose Adelia masuk ke dalam bilik pejabat yang luas itu.
"Wafiq, dia dah sampai." Rose Adelia berdiri di sebelah sofa. Matanya terus menangkap kelibat lelaki berkot yang berdiri tegak menghadap tingkap pejabat sambil kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Amboi, segaknya! Sempat lagi Rose Adelia memuji. Fikirnya, Encik Wafiq ini tergolong dalam lelaki berperut buncit. Rupanya lelaki yang masih muda.
"Have a seat, Rose." pelawa Wafiq seraya dia berdiri menghadap Rose Adelia.
Wafiq kembali duduk di sofa bertentangan dengan Rose Adelia. Dia kembali meneliti resume Rose Adelia yang sudah ditelitinya sebelum gadis itu masuk ke sini. Ternyata kriteria-kriteria Rose Adelia yang tertulis dalam resume itu tidak diperlukannya. Dia ingin mendengar sendiri jawapan dari mulut gadis ini.
"Straight to the point, awak tahu masak?" Rose Adelia menjongket kening. Aik, nak jadi PA kena pandai masak ke? Dari apa yang dia tahu, PA ini tugasnya di pejabat sahaja.
"Pandai." jawabnya sepatah.
"Rajin mengemas?" soalan dibalas dengan anggukan. Lega Wafiq melihatnya.
"Awak sedia untuk buat apa sahaja yang saya suruh?"
"Selagi boleh diterima akal, saya akan buat apa sahaja." Wafiq diam sebentar. Tidak betah dia terus berdiri.
"I'll give you my house address through message. Esok awak dah boleh mula bekerja." Rose Adelia turut berdiri.
"Kejap, Encik Wafiq. Saya tak faham. Apa kena mengena semua tu dengan jawatan PA?" memanglah dia gembiar kerana respon Wafiq positif, namun dia mulai rasa curiga apabila Wafiq mahu memberinya alamat rumah lelaki itu.
"I'm sorry, Rose. Sebenarnya saya bukan cari PA. I'm finding a new maid. Untuk uruskan rumah saya." jujur Wafiq.
"Saya terpaksa tipu. Kalau saya terus-terang saya sedang mencari seorang pembantu rumah, masakan ada orang yang sanggup terima." Wafiq berharap sangat Rose Adelia tidak menolak mentah-mentah kerja yang mahu diberikannya.
"Saya sudi." Wafiq memandang anak mata Rose Adelia.
"Saya boleh jadi pembantu rumah encik."
Wafiq mula senyum lebar.