Home Novel Cinta Teriring Doa
Bab 46

“Saya pun tersangkut kat sini. Awak pakailah payung tu, saya ok. Lagipun hari dah makin gelap dan saya dah nak balik. Kalau awak tak keberatan, saya boleh tolong hantarkan awak sampai kedai depan.” tutHari yang cerah dan tenang. Dian masih dapat melihat sinaran matahari yang memancar. Walaupun sedikit namun masih dapat menerbitkan kebahagiaan di hati. Dia mahu menikmati peluang yang terhidang selagi diberikan kesempatan sebelum kegelapan itu benar-benar datang.

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya dia atas kerusi besi panjang yang disediakan. Beg kain pemberian ummi sewaktu dia melanjutkan pelajaran ke menara gading itu masih tetap dipakai. Dia tak sampai hati untuk menggantikan dengan yang lain dan mengabaikannya kerana tak banyak benda yang ummi tinggalkan padanya, hanya memori indah buat peneman dikala duka.

Selesai tugasnya di pusat urutan, dia terpanggil untuk mengunjungi kewasan riadah yang terdapat berhampiran dengan tempat kerjanya itu. Tempat sama yang dia dan ummi selalu pergi bila mempunyai kelapangan dulu. Sama-sama berlari dan bersenam terutamanya pada waktu petang seperti itu kerana biasanya waktu pagi ummi sibuk membantu di kedai, kalau ada lapang pun hanya waktu petang, lepas asar dan sebelum mangrib, waktu terbaik untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Seronoknya tak terkata, hidup mereka mudah dan ringkas tapi bahagia sepanjang masa. Kini segalanya hanya tinggal kenangan yang akan disimpan menjadi sejarah kehidupan. Airmatanya sudah mula bergenangan bila teringatkan ummi lagi. Cepat-cepat dia menguatkan diri agar tak terbawa-bawa emosi.

“Rindunya pada ummi…” bisiknya sendiri sebelum dia menghela nafas panjang.

Sedang dia duduk dan melayan perasaan, datang seorang lelaki menghampiri dan berdiri betul-betul di belakangnya. Lelaki itu menoleh ke kiri dan ke kanan sambil menanti peluang yang terbaik untuk memulakan perbuatan. Berhati-hati dia mencapai beg kain tersebut sebelum berlari meninggalkan tempat kejadian, mencicit-cicit perginya mengalahkan komet yang memasuki ruangan atmosfera bumi sambil meninggalkan kesan api.

Azeem yang sedari tadi memerhati gelagat lelaki itu berlari untuk  mendapatkannya. Dian segera memalingkan muka bila terdengarkan bunyi tapak kaki yang dihentak kuat, tapi dia tetap tak mensyaki apa-apa.

Agak lelah juga Azeem dibuatnya dan dah berbakul-bakul sumpah seranah yang terbisik di dalam hati. Sampai di hujung taman, barulah lelaki itu berhenti untuk memeriksa habuan, hasil kerja tangan. Mangsa termudah untuk dikenakan, seorang perempuan yang buta penglihatan, sambil dia tersenyum senang hati dengan penuh kepuasan.

Belumpun sempat dia menyelongkar beg tersebut, tanpa dia sedari Azeem sudah berada di belakangnya dan merampas beg itu semula.

“Kurang ajar!” tutur Azeem geram sambil melepaskan satu tumbukan ke muka si pelaku.

“Dah tak ada mangsa lain yang kau boleh dapat, sampai orang butapun kau nak rembat?” tambahnya lagi. Melihatkan susuk tubuh Azeem yang tegap, membuatkan dia segera membuka langkah seribu.

“Kurang ajar!” jeritnya lagi. Mujurlah dia ada berhampiran, kalau tak entah apalah yang akan Dian lakukan sebelum matanya tertumpu pada beg ditangan. Beg sama yang dipakai Dian dulu. Beg yang membuatkan dia sedar perbezaan hidup mereka berdua. Dia lantas terpaku sebelum beg yang berjaya menyentuh hatinya itu dibawa kedada.

“Dian…” tuturnya sambil memandang ke arah Dian yang berada sayup dipandangan. Walaupun sudah lusuh, tapi beg itu tetap juga ada bersamanya. Azeem semakin pasti beg tersebut mempunyai makna yang tersendiri pada diri si isteri.

Azeem cuba mengawal pernafasan dan dengan perlahan-lahan dia cuba menghampiri Dian yang masih duduk di kerusi panjang tanpa langsung menyedari apa yang berlaku sebentar tadi. Wajah Dian yang berada dihadapannya dipandang penuh syukur. Dia gembira kerana dapat menghulurkan bantuan pada Dian.

Biarpun sunyi namun wajah itu penuh dengan ketenangan. Senyumannya tak penah lekang di bibir, walaupun hanya senyuman nipis, namun penuh kejujuran dan tetap kelihatan cantik malah semakin berjaya menawan hatinya. Kalau diikutkan hati, mahu saja rasanya dia merapati Dian, tapi dia tahu perkara itu akan membuatkan pertelingkahan mereka menjadi lebih parah. Dian yang mahu menyendiri dan dia perlu menghormati kehendak si isteri kerana dia sudah tak rela memaksa lagi.

Bunyi dentuman guruh di langit menyedarkan keduanya, serentak Dian segera bertindak mencapai semula beg yang diletakkan di sebelahnya tadi. Berkerut keningnya bila menyedari beg yang dicari sudah tak berada di tempat yang sepatutnya.

Azeem pantas bertindak kerana terlupa beg itu masih berada ditangannya. Segera dia beralih kebelakang Dian dan meletakkan beg tersebut di sebelah yang bertentangan, kawasan yang lebih terbuka kerana dah tak ada cara lain. sebelum beg dicapai tangan Dian yang turut terarah ke sana.

Riak di wajah Dian berubah ceria semula setelah menyedari andaiannya sebentar tadi ternyata hanyalah mainan perasaan. Dia sangka begnya itu sudah dilarikan, tapi sebenarnya dia yang tersalah sasaran. Segera beg itu didakap erat. Dia sendiri tak tahu apa yang akan terjadi jika dia kehilangan beg itu tadi. Itu hadiah ummi dan ia akan sentiasa disayangi selagi ada hela nafas yang menghuni.

“Dian, apalah kau ni? Pelupa sangat. Kau letak tempat lain, tapi kau cari tempat lain.” tuturnya sambil tersenyum. Lega rasanya hati bila menyedari kesilapan diri.

Tiupan angin yang semakin kuat mendebarkan hati disusuli dengan bunyi guruh yang semakin galak menghampiri. Serentak dia tersedar. Dia perlu segera pergi dan jika ditangguhkan lagi pasti dia akan dibasahi. Titisan-titisan hujan yang halus sudah dapat dirasai di dahi. Dian pantas mencapai tongkatnya sebelum bangun dan membuka langkah untuk beredar. Baru beberapa langkah, gerimis yang turun tanpa diundang bertukar menjadi titisan-titisan yang lebih berat. Keadaan tak terjangka itu telah membuatkannya hilang arah dan dia mula jadi kalut kerana tak tahu ke mana arah yang patut diturut.

Melihat Dian yang kegelisahan membuatkan hatinya jadi makin sedih dan pedih. Dian membuatkannya sedar betapa besarnya nikmat pemberian Allah Yang Satu, nikmat mata dan penglihatan. Segera matanya melilar mencari kawasan manakala otaknya pula ligat memikirkan jalan penyelesaian.

Tanpa berlengah, dia mencapai tangan Dian dan menuntunnya ke arah sebuah pondok yang tersedia tak berapa jauh daripada situ. Dian terkejut diperlakukan begitu kerana dia sendiri tak tahu ada insan lain yang berada berhampirannya, tapi dia dah tak boleh nak buat apa. Belumpun sempat dia berterima kasih, bunyi tapak kaki yang berlari mengisyaratkan bahawa individu yang membantunya itu telah pergi.

Titisan hujan yang menyapa telinga terasa mendamaikan. Sudah agak lama dia tidak bermain dengan hujan. Dia ingat lagi, setiap kali dia berbuat begitu pasti dia akan dimarahi ummi. Kata ummi kalau air hujan kena kepala boleh demam dibuatnya, itulah sebabnya setiap kali lepas terkena hujan ummi mesti menyuruhnya cepat-cepat mandi dan bersihkan diri, tapi kali ini dia terasa teringin untuk menyentuhnya lagi.

Manik-manik jernih pemberian yang esa, bagi mereka yang mampu  membuka mata, tapi sedih, kehadirannya hanya diperlukan ikut masa. Bila tiada ia diminta, tapi bila tiba merunsingkan pula. Semuanya dilihat serba tak kena bagi mereka yang tak mahu menerima. Dia tersenyum bila tangannya dibasahi dengan air hujan yang turun daripada bucu atap. Kedinginannya terasa dan mampu membuatkan hatinya berbunga ceria. Sumber percuma yang diturunkan dariNya untuk keperluan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tak henti berzikir meminta.

Azeem yang baru kembali, terpesona memerhati kerana Dian dilihat semakin ayu hari demi hari. Kenapalah dia lambat menyedari segalanya, andai dia tahu semuanya lebih awal, pasti semua ini takkan terjadi dan Dian takkan dibiarkan hidup sendiri.

Kini barulah dia tahu akan makna cinta sejati. Hati tenang bila berdua. Kesedihannya turut sama dapat dirasa. Damai dan bahagia sentiasa memenuhi jiwa dan perpisahan, bisa membuatkan diri berasa sengsara. Payung yang baru dibeli masih berada di dalam genggaman dan tetap juga di situ, kerana dia masih belum puas menatap wajah itu.

“Ya-Allah, izinkanlah aku untuk melindunginya…sentiasa.” doanya di dalam hati dan buat satu ketika, mereka leka melayan perasaan sendiri.

 

Suasana yang semakin gelap menyedarkan Azeem daripada terus dibuai rasa. Serentak jam di tangan dijeling sebelum dia menggeleng-gelengkan kepala, sedar dia telah membiarkan diri lama terleka. Jarum sudah menghampiri angka 7 namun cuaca tetap sama seperti tadi malah hujan yang semakin datang mencurah-curah mula membimbangkannya. Dia tak mahu Dian ditimpa masalah, terutama bila berjalan dalam keadaan hujan seperti itu. Bunyi kereta tentu tak dapat didengari dengan jelas lagi dan ianya bakal menyulitkan keadaan nanti. Akhirnya dia bertindak menghampiri dan menghulurkan payung itu ke tangan Dian.

“Nah, awak pakai.” tuturnya ditenggelami bunyi hujan yang semakin menggila.

“Siapa? Tapi kenapa? Awak?” balas Dian terkejut kerana tak sangka ada orang lain yang menghuni di situ. Sangkanya dia bersendirian tapi rupanya dia berteman.

ur Azeem memberi cadangan. Dian hanya diam kerana dia mula rasa tak tenteram.

“Awak jangan bimbang. Saya tak ada niat lain. Saya dah nak balik, tapi saya rasa tak tenang nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sini.” pujuknya lagi, namun Dian tetap membisu kerana dia masih memikirkan apa yang perlu. Benarkah lelaki itu jujur seperti yang dikata atau sebaliknya? Dia sendiri tak dapat untuk meneka. Sedang dia berfikir-fikir, Azeem bersuara semula.

“Tolonglah, saya pun nak cepat. Nak balik, nak solat, nanti lambat takut tak sempat.” tambahnya lagi setelah menyedari apa yang ada di fikiran Dian. Dian sukar untuk menerima bantuan kerana takut dipergunakan lebih-lebih lagi daripada insan yang tak dikenalinya seperti itu. Azeem semakin sedar betapa takutnya Dian bila terpaksa hidup dalam kegelapan.

Dian pantas menyedari setelah hampir terlupa yang diri sendiri masih belum menunaikan tanggungjawab pada yang Esa.

“Trust me. Saya bukannya nak buat apa-apa pada awak. Saya cuma nak tolong, harap awak sudi terima.” tutur Azeem meyakinkan Dian semula kerana dia tak punya masa untuk digantikan. Kalau terlambat, dia juga yang mendapat.

“Ok.” balas Dian ringkas. Azeem tersenyum, gembira bila bantuannya diterima. Perlahan-lahan dia meraih tangan Dian sebelum memimpinnya meredah hujan dalam kebasahan. Dian terpaksa juga menurut dan hanya pada yang Esa tempat dia berserah diri sambil didalam hati tak putus-putus berdoa agar diri tidak dianiayai.

Previous: Bab 45
Next: 46/edit

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh anga wati