Home Novel Cinta REEV
REEV
Kay Zaaraa
4/8/2019 07:58:49
2,666
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

 17

"Mariam dan Rosy akan bertugas untuk dekorasi, Heliza dan Rajni bahagian logistik. Ida dan Saiful makanan,..." Aku sudah tidak lagi mendengar bicara yang sedang disuarakan oleh Joyce. Saat ini pandangan aku dan Kak Mar bersatu. Bertemu dalam rasa penuh kejutan. Patutkah aku mengundurkan diri dari terlibat dalam majlis ini seperti tahun sebelumnya? Dua tahun sebelum ini aku diizinkan tanpa banyak bersoal jawab. Baik Encik Faiz mahupun Joyce kedua-duanya memahami keadaanku apabila acara jamuan tahunan diadakan. Satu hari yang panjang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Ianya bakal diadakan lebih kurang dua bulan dari tempoh mesyuarat ini diadakan. Sekali lagi pandanganku dan Kak Mar bertemu. Wajahnya serius. Aku pasti begitulah ekspresiku ketika ini. Mana mungkin aku dan Kak Mar berkerjasama setelah bertahun tidak bertegur sapa. Ketegangan hubungan kami dapat dihidu tanpa perlu dibicarakan secara terang-terangan. Pihak atasan mengetahui betapa renggangnya hubungan itu. Tetapi, mengapa pula tahun ini aku tidak dikecualikan? Malah turut dipanggil untuk bermesyuarat bersama-sama. Tidak cukup dengan itu, diberikan peranan di dalam jawatankuasa majlis pula tu. Aku dihambat rasa musykil. Untuk menyoal aku tidak berani. Sudahlah mesyuarat diketuai oleh Joyce. Tak mungkin aku mahu membantah keputusan wanita yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Meskipun Joyce termasuk di dalam pihak yang menyokongku selama ini, jika tidak kena anginnya, mau sahaja diperli dan disindir dihadapan staf yang lain. Tak mengapalah. Kemudian nanti akan aku tanyakan kepada Joyce secara peribadi. Mesyuarat diteruskan selama setengah jam lagi. Sepanjang berada di dalam bilik itu, tiada lain dalam kepalaku ini melainkan mencari alasan yang sesuai demi mengelakkan diri daripada terlibat dengan majlis yang bakal diadakan nanti. Sejurus tamat sesi perbincangan itu, laju langkahku ambil buat mengejar Joyce yang terlebih dahulu mengundurkan diri. Terdapat dua orang staf sahaja yang sedang tekun berkerja. Selebihnya masih di bilik mesyuarat. Sama ada masih membincangkan butiran yang dibentangkan atau pun mencuri masa untuk  berlengah-lengah. Aku melihat Joyce yang sedang duduk di salah satu ruang partition di dalam bilik bersaiz sederhana itu. 

"Haa.. Rosy, baguslah you datang. I ada sesuatu nak bagitahu. You tak perlu ke Kota Tinggi." kata Joyce sebaik perasankan kehadiranku. Aku tergamam. Buat seketika kaki yang menampung tubuh kaku ditempatnya. Aku terlalu gembira mendengar perkhabaran itu hinggakan tubuhku bertukar ke fungsi mute buat sebentar. Aku cuma mampu tersenyum-senyum sahaja. Niat asalku segera menerjah fikiran.

"Ada orang lain gantikan tempat you. Disebabkan kilang akan buat annual activity, partner you maybe on off bersama you. Pardon her." ujar Joyce lagi sebelum sempat aku membuka mulut. Senyumanku terus mati. Hajat sebentar tadi tiba-tiba tidak lagi menjadi keutamaan. 

"Maksud you, Joyce? Partner?" soalku kehairanan.

"Kak Marlah. Dia akan di transfer ke sana terus." bagaikan terkena satu kejutan, aku memandang Joyce berserta rasa tidak percaya. Wanita itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepala kepadaku. Sebelum hubungan aku dan Kak Mar renggang, aku mengetahui serba-sedikit tentang keluarga Kak Mar. Tak mungkin Kak Mar dengan rela hati mahu ke Kota Tinggi dan meninggalkan keluarganya disini.    

"Oh, lupa pula. Tahun ni you tak boleh dikecualikan, ya. Kita tak cukup kaki tangan. Seorang staf sudah bercuti bersalin. Bulan depan Gaya pula mahu bersalin. Harap you faham, Rosy. Let bygone be bygone. I know you already move on, kan? I trust you, Rosy." ucap Joyce sebelum aku sempat meluahkan buah fikiranku. Tak guna untuk mereka alasan lagi. Mahu atau tidak terpaksalah aku menurut sahaja arahan yang telah diberikan. Dengan perasaan lemah aku meminta izin untuk mengundurkan diri. Fikiranku jadi terbeban pula. Bukan sahaja kerana tidak berjaya memujuk Joyce untuk melepaskan aku pada tahun ini. Tetapi kerana mendapat berita tentang Kak Mar yang akan bertukar ke Kota Tinggi. Sebaik keluar dari bilik HR, aku melewati meja kerja Kak Mar. Hati kecil berbisik supaya membuka mulut dan menegur Kak Mar yang sedang khusyuk menulis sesuatu pada fail tebal dihadapannya. Namun, fikiranku terumbang-ambing dalam keraguan. Aku belum bersedia, suara hati bergema di dalam diri. Lalu, kaki terus melangkah mendekati meja kerjaku dengan perasaan yang bercampur-baur. 


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Kay Zaaraa