Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,078
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Blazer hitam di sarung kemas. Sekilas dia memandang jam tangan di tangan kanannya. Tepat menunjukkan jam tujuh malam. Perlahan dia meninggalkan pejabat menuju ke arah kafe hotel. Dari jauh dia melihat satu sudut yang agak tersorok. kelihatan beberapa pekerja kafe seakan berbisik di antara satu sama lain namun dia langsung tidak mengendahkannya. Dia tahu Chef Ridzuan mahir mengendalikan pekerja-pekerjanya. Masakan dia tidak kenal sikap tegas Chef Ridzuan terhadap anak buahnya. Hubungannya dengan lelaki pertengahan umur itu sejak dia di bawa ke banglo yéyenya lagi, apabila dia sering di suruh  untuk menyediakan masakan setiap upacara tahun baru mereka. Sekali lagi dia memandang jam tangan di tangannya sambil melilau-lilau mencari kelibat seseorang yang di nantinya.

"Awak dah tunggu saya lama ke?" Sapa Amani apabila melihat Negoo sudah terpacak di hadapan restoran hotel tersebut. 

"Wow... Nǐ kànqǐlái zhēnbàng! You look great!" Terkesima Negoo melihat Amani di hadapannya. Gaun merah hati yang di sarung mengikut bentuk badannya dipadankan kasut bertumit hitam dan tas tangan kecil berwarna kelabu begitu menyerlahkan penampilannya malam itu.  Kecantikan wajah Amani yang tersedia indah bertambah berseri dengan padanan mekap nipisnya. Lagi-lagi dengan pameran lesung pipitnya. Hatinya bagaikan jatuh pandangan pertama. Amani Eldora begitu mengoda hatinya. Terpapar senyuman puas, kerana berjaya berdamping gadis secantik Amani.

"Wǒ xǐhuān nǐ..." Hembusnya perlahan di cuping telingan Amani. 

"What ? Hey..." Pantas Amani memetik jari di hadapan wajah Negoo. Dia sedikit malu diperlaku Negoo sebegitu tambahan lagi kelihatan beberapa pekerja restoran kafe tersebut sedang memerhati telatah mereka.

"Bao bei ..."

"Dia ni kan! kata nak ajak dinner ni dari tadi berdiri macam ni you nak ajak i dinner berdiri ke?" Serta merta itu tawa Negoo memecah ruang kafe tersebut. Terperanjat Amani dibuatnya. Bertambah-tambah malu Amani apabila kelihatan beberapa pekerja kafe dan beberapa pelanggan memandang ke arah mereka. Aduhai lelaki kayangan. Pantas Amani menekup mulutnya.

"You!" Lengan Negoo di cubit geram.

"Bao bei, you pegang tangan i?" Amboi soalan. Tak pandang kiri kanan. Kalau bukan sebab ketawa you yang besar tu tak adanya aku nak pegang. Gumamnya. Ada sahaja perangai pelik lelaki kayangannya itu. Bibir di cebik geram bila mendengar kata-kata Negoo seakan mengejeknya.

"Beralas okay! "Dengan wajah penuh geram Amani mula meninggalkan Negoo,cuba mencari tempat yang sesuai untuk mereka berdua.Pantas dia mengekori Amani. Dia kurang faham akan kata-kata Amani sebentar tadi.

"Jadi kalau beralas saya dapat pegang tangan awak?" Usulnya dengan wajah penuh tanda tanya. Tapi kelihatan Amani masih lagi menarik muka.

Seketika itu Negoo mengeluarkan sapu tangannya dan meletak di atas tangan Amani. Amani sedikit kaget namun terasa geli hati akan tindakan lelaki kayangannya itu. Serta merta itu berderai tawa Amani. Sekali lagi mereka menjadi tarikan pekerja dan pelanggan kafe.

"What are you doing?" Soal Amani dengan sisa tawanya.

"Nak pegang tangan awak, tapi perlu beralaskan."

"Awak ni macam-macamlah. Terlebih kreatif. Sampai ke situ awak berfikir." Amani mengambil sapu tangan di tangan kirinya.

Negoo hanya tersenyum. Hatinya terhibur melihat telatah Amani.

"Tak kisahlah, yang penting saya suka bila awak tersenyum dan tertawa macam ni. Saya gembira." Ucapnya sambil bersandar segak di kerusinya.

"Emmr, kenapa ajak makan kat sini?" Soal Amani cuba mengingatkan tujuan asal mereka.

"Owh, tadi saya jumpa kawan di sini. Saya rasa tempat ni menarik... Kenapa? Tak suka ke?" Hampir cemas dia menjawab tidak menduga akan soalan Amani.

"Suka, saya pernah datang sini."

"Jadi maksudnya Bao bei dah biasa menu di sini?"

"Bolehlah, masa abang Naufal ajak makan kat sini sedap juga."

"Abang Naufal?" Negoo mengerut dahinya. Nama yang terlalu asing di dengarinya. Tidak pernah lagi Amani menyebut nama tersebut sebelum ini. Tidak kira melalui pesanan, panggilan telefon mahupun berdepan dengannya. Amani sedikit terkedu. Kenapalah dia terlepas nama abang Naufal kali ini.

"Abang sepupu saya." Pantas Amani menjawab.

Negoo hanya mengangguk tapi wajahnya sedikit berubah. Masih lagi memikirkan nama jejaka yang di sebut Amani sebentar tadi. Baru sahaja dia merasa bangga dapat berdamping bersama Amani, namun hakikatnya ada orang lain yang telah mendahuluinya. Hatinya sedikit kecewa.

"Boa bei nak makan apa?" Soalnya sambil memandang buku menu. Amani sedikit terasa.

"Makan hati!" Serta merta Negoo mengangkat wajahnya. Hatinya yang tadi sedikit kecewa terdetik risau bila melihat Amani seakan protes di atas tindakannya sebentar tadi. Kelihatan wajah Amani sedikit mencuka. Dia mengeluh. Baru sahaja dia ingin di pujuk. Amani terlebih dahulu mencantas niatnya. Wajah Amani di pandangnya dalam. Dia betul-betul cintakan gadis di hadapannya itu. Satu perasaan yang tidak dapat di ungkapnya. Saat mata mereka berlaga bagaikan dia  menemui sinar kebahagiannya. Belum lagi saat dia menatap senyuman gadis comel di depannya itu, hatinya betul-betul di pukul ribut cinta. 

"Tak kan nak makan hati kat sini. Makan black pepper chicken chop rasanya lebih sedap dari makan hati. Nak pilih yang mana?" Negoo cuba mengawal keadaan sambil tersenyum sinis.

Nasib baiklah kau kacak, rezeki wajah engkau. Kalau tak, siang-siang tadi, bukan hati sahaja aku nak makan dengan kau-kau sekali kot aku nak makan. Gerutu Amani.

Sekali lagi wajah Amani di tenungnya redup, dia sudah melihat kedegilan hati Amani, dan kedegilan itu jugalah memautkan hatinya pada Amani. Telatah Amani yang seakan menarik perhatiannya membuatkan hatinya terasa senang.

"Are you serious? Nak makan hati? Dalam menu ni tak ada menu hati melainkan awak relakan mereka ni masakan hati saya." Usulnya dengan senyuman terhadap Amani.

"Awak sanggup ke?" Amani cuba mengikut rentak Negoo. Wajahnya sedikit dihampiri ke meja.

"Tapi awak pula, sanggup ke terima saya yang dah tak ada hati lepas ni?"

"What ever You win !" Amani mengjengkelkan matanya. Negoo tersenyum puas dan kali ini senyuman mereka kembali berpaut.

Dari ruang dapur beberapa pekerja sedang leka memerhati mereka. Ada di antaranya merasa cemburu akan gadis yang berjaya menawan hati majikan baru mereka. Sejak kedatangan Xu Zhimo cucu kepada pemilik Hua View Hotel, Xu Song kedengaran desas-desus menceritakan pergolakan dalaman hotel tersebut. Pemilik Hua View Hotel, Xu Song sengaja menyerahkan sahamnya kepada Xu Zhimo bagi mengelakkan ketirisan dari agenda puan Liu Yang menantu keduanya. 

"Chef, chef tak nampak ke tuan muda di luar sana?" Soal cik Mala yang sedari tadi sibuk menghendap tuan muda meraka.

"Tahu, habis nak buat apa ini kan hotel dia."

"Maksud saya chef tak tanya khabar dia ke tak beri tanda hormat dekat dia ke atau apa-apa ke?"

"Sudah. Buat kerja kamu. Nanti kalau tuan muda tahu naya kamu."

"Chef ni dah kenapa? Nanti tuan besar tahu kalau kita tak hormat tuan muda macam mana?"

"Awak ni, lebih kuah dari nasi pula ya. Chef dah pesan semua tadi kan kalau tuan muda masuk kafe, kamu semua buat tak kenal, ini atas arahan." Ulang chef Ridzuan cuba mengingatkan kembali pekerjanya akan arahannya pagi tadi.

"Boleh pula macam tu? Kalau puan Liu Yang tahu, habislah kita chef." Bebel cik Mala yang sedikit risau.

"Kamu tak payah risau lah, ini semua atas arahan. Sudah-sudahlah kamu menghendap dia, pergi buat kerja." Chef Ridzuan menggeleng kepala. Dia sedar beberapa pekerjanya banyak yang memasang angan-angan mat jenin untuk menjadi pendamping Xu Zhimo. Gadis manalah yang tidak akan terpikat kepada anak muda tersebut. Wajahnya yang kacak bak pelakon pastinya menjadi tiket bonus dia di minati gadis-gadis. Tambahan pula dia cucu pemilik hotel bertaraf lima bintang tersebut.

Namun akhir-akhir ini dia sedikit risau akan kerjayanya di hotel tersebut. Sejak kehadiran cucu tuan besar Puan Liu Yang pula semakin menjadi-jadi. Habis mereka terkena tempiasnya. Nasib baiklah tuan muda mereka sangat pandai mengendalikan suasana. Serta merta itu juga kafe hotel itu di tukar pengurusan di bawah tuan muda. Pastinya hal ini membuatkan hati Puan Liu Yang semakin gila. Namun mereka masih terselamat kerana apa-apa pun pergerakan mereka di bawah pengurusan tuan muda. Macam-macamlah hal sekarang. Peluh di dahi di lapnya perlahan. Kakinya pantas menuju ke arah pintu. Dari situ dia cuba memerhati sekeliling kafe. Kelihatan semuanya berjalan lancar. Di sudut kanan yang terlindung sedikit kelihatan tuan muda sedang mesra berbual dengan seorang gadis. Manis wajahnya. Tapi kelihatan gadis itu bukan berdarah cina. Chef Ridzuan kembali tersenyum.

Negoo menghirup air di cawannya. Terasa segar tekaknya menikmati air dari buah tangan pekerjanya. Kemudian cawan di tangan di letaknya perlahan. Wajah Amani di tatapnya puas. Hatinya berbunga-bunga.  

"Atuk apa khabar?" Soal Amani. Cuba merancakkan suasana mereka. Dia sedikit kurang selesa bila Negoo asyik memerhatinya dan kurang untuk berbicara.

" Yéye. Not atuk..."

"Samalah..."

"Mana ada sama. Ejaan tak sama." Negoo cuba menyakat. Suka dia melihat telatah Amani yang acah-acah marah.

"You ni kan saja nak buat i marah ya?"Amani mula menyeringgai. Negoo tertawa riang. Ralat dia melihat jelingan manja Amani.

"Wǒ xǐhuān nǐ. I like you very much..." Luahnya perlahan.

Amani sedikit mengeluh.

"Asyik-asyik ayat yang sama jer." Cetusnya tidak berpuas hati. Perkataan itu kerap kali di luah Negoo kepadanya. Namun bukan bermakna dia tidak suka cuma dia sedikit rimas bila Negoo sering meluah kata hatinya.

" Hǎo ba... Wǒ xǐhuān nǐ de wéixiào." Ucapnya sambil mengeyitkan mata kanannya ke arah Amani.

"My smile?" Negoo mengangguk sambil tersenyum.

"Hish! Poyo sangat lah you ni." Pantas Amani menjawab namun hatinya berbunga-bunga. I like your smile too. Balasnya di dalam hati.

"Again, poco!" Berkerut dahinya mendengar kata-kata Amani. Walhal dia sudah cuba untuk memikat hati pujaan hatinya itu dengan luahan romantik sebegitu.

"Saya suka tengok you kerut-kerut dahi macam tu."

"What?"

Amani hanya tersenyum.

"Kalau macam tu, bila kita boleh kahwin?" Soalnya pantas.

"Apa?" Amani seakan tidak percaya apabila lelaki kayangannya bersahaja melamarnya. Dia betul-betul terkejut namun tindakan berani Negoo membuatkan dia terasa geli hati.

"Hish! Ada-ada je." Runggutnya. Masih tidak percaya apa yang di dengarnya sebentar tadi.

"Habis tu nak tunggu uban di kepala saya ni penuh ke?" Seloroh Negoo kembali.

"Tak salah juga. Itu Idea yang bagus." Mereka kini bermain tarik tali namun masing-masing dalam nada yang teruja.

"Kalau macam tu esok saya warnakan rambut warna putih pergi meminang awak but make sure you not run away!" Ucap Negoo sambil membesarkan matanya tapi dalam lagak berjenaka.

Amani hanya nenutup mulut menahan tawanya melihat lelaki kayanganya itu. Satu riak wajah yang penuh emosi namun mencuit hatinya.

"Wait ! Kalau macam tu belum masuk rumah lagi ibu dah halau . Menanggis ibu tatap wajah bakal menantu lebih tua dari dia. What a tragic ! " Balas Amani kembali menyambung sisa tawanya. Negoo turut tertawa. Meluangkan masa bersama Amani membuatkan hatinya terlupa akan masalah dunia realitinya. Nampaknya pilihan hatinya untuk mendekati Amani merupakan pilihan yang sangat tepat. Melihat aksi-aksi Amani membuatkan dirinya sentiasa ingin mengembara seluruh hidup Amani. Dia ingin meniti bahtera bersama gadis pujaan hatinya itu secepat mungkin.

Dari kejauhan hampir terkejut pula puan Liu Yang, bila melihat kelibat seseorang yang amat di kenalinya di kafe restoran tersebut. Niatnya untuk bertemu Chef Ridzuan segera terbantut. Mata yang sepet sengaja disepetkan lagi bagi memastikan figura itu adalah orang yang di kenalinya. Sepantas itu dia mendengus.

Perasaan marah dan geram akan hal semalam belum lagi reda. Di tambah lagi tindakan Xu Zhimo untuk menukar pengurusan kafe hotel tersebut membuatkan hatinya semakin sakit. Jelas bapa mertua dan anak pungut saudara suaminya itu sudah merancang untuk menyingkirkannya. Bibirnya di ketip cuba menahan rasa marahnya.

Xu Zhimo! Jangan mimpi nak singkirkan aku. Tunggulah nanti. Gerutunya dalam hati.

Tanpa berlengah langkahnya laju meninggalkan kafe tersebut. Hatinya kian melonjak-lonjak dengan amarahnya. Nampaknya dia perlu melakukan sesuatu.

Telefon bimbit di tangan pantas di tatapnya. Kelihatan dia sedang mencari seseorang di senarai nama telefon bimbitnya. Pemandu kereta yang sudah sedia menjemputnya di pandangnya kosong. Hatinya masih lagi mengharapkan panggilannya dijawab. Agak lama dia menanti namun panggilannya tetap tidak berjawab. Hatinya semakin marah.

Kedengaran kuat dengusannya sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Hantar saya ke apartment." Arahnya bila pemandunya sudah sedia di hadapannya.
Kali ini dia mencuba untuk menghubungi nombor tadi. Hampir enam tujuh kali dia mendail namun panggilannya tidak dijawab. Telefon bimbitnya di hempas kuat.

Xu Minghao! Dasar lelaki tak guna! Anak dan bapa sama saja! Amuknya dalam hati.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI