Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,092
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

"Nak cantik-cantik ni nak kemana?" Soal Puan Mardiah saat melihat kelibat Amani yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya.

"Nak jumpa bakal menantu ibu." Jawab Amani dengan sengihan manjanya. Suka dia mengusik ibunya. Riak ibunya yang membesarkan mata seakan terkedu mendengar semakin mengelikan hatinya.

"Apa? Bakal menantu? Entah siapalah yang bertuah nak kahwin dengan hang." Puan Mardiah sengaja menghangatkan suasana mereka berdua lagi. Sengaja dia mengeluarkan kata-kata sebegitu, agar nanti anak daranya itu dengan rela hati bercerita kepadanya siapakah jejaka bertuah tersebut. Manalah tahu dia ada calon lain selain jejaka dari China tempoh hari.

"Seseorang." Usulnya lagi sambil meneliti handphonenya.

"Masih nak berahsia dengan ibu lagi ke?" Puan Mardiah tidak berpuas hati. Umpannya bagai tidak mengena.

"Jejaka China tempoh hari?" Usulnya lagi dengan kerutan di dahinya.

"Amani rasa ibu dah tahu, tapi ibu sengaja tanya pada Amani soalan tu kan? Dah geharu cendana pula dah tahu bertanya pula." Usik Amani dengan tawa yang nipis sambil memeluk pinggang ibunya. Cuba untuk bermesra dengan ibunya.

"Amani Pasti ke?" Kerutan dahi Puan Mardiah semakin kuat. Hatinya masih lagi ragu-ragu dengan pengakuan Amani tempoh hari. Bukan dia tak kenal sangat dengan sikap Amani yang sangat memilih dan cerewet. Inikan pula jejaka yang jauh di mata.

"InsyaAllah, bu." Matanya di kenyit menambahkan lagi kerutan di dahi Puan Mardiah.

"Ikhlas ke dia dengan Amani? Bukan apa ibu risau sangat, kalau betul niat tu ke situ kita akan tanggung tanggungjawab yang besar. Bukan senang nak didik orang ikut macam kita, Sedangkan saudara seislam kita sendiri kadang-kala culas dengan tanggungjawab diri, inikan pula dia Amani. Ibu sangat risau. Lagi satu, budaya kita sangat berbeza. Amani dah fikir ke semua hal tu? Bercinta ni tak boleh ikutkan sangat halwa nafsu kita. Harus sedar di mana kaki kita berpijak. Ibu tak nak lepas kahwin nanti ada hal yang tak baik berlaku pada Amani. Ibu tak melarang siapa pun pilihan Amani, cuma ibu sangat-sangat berharap Amani akan bahagia dunia dan akhirat." Pelukan Amani di tariknya rapat ke tubuhnya. Bagaikan mimpi anak gadisnya yang dulu bermanja dengan dirinya kini sudah meningkat dewasa malah sudah bersedia untuk ke alam pernikahan. Sungguh dia rindukan arwah suaminya. Alangkah bahagianya bila saat-saat ini turut di nikmati bersama arwah suaminya.

"Kalau jodoh tak kemana kan bu?"

"Sudah tentu. Tapi ingat jangan terlalu buta dek kerana cinta." Dia kembali mengingatkan Amani. Tidak mahu anak dara kesayangannya itu hanyut dalam dunia cintanya. Alam bercinta sangat berbeza dengan alam perkahwinan. Ibarat kata yang tak dapat di tarik balik begitu lah juga masa tak dapat di ulang kembali. Jika tersalah langkah diri yang merana. Dia tidak mahu Amani lalai dengan keindahan ketika bercinta sehingga lupa ada hal yang lebih besar yang bakal dipikulnya kelak.

"InsyaAllah, kalau dia jodoh Amani, ibu jangan risau. Doakan Amani ya ibu."

"InsyaAllah. Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu."

Terdengar kuat deringan panggilan telefon Amani yang tertera nama "Mr Lover". "Haaaa, panjang umur menantu ibu." Tunjuk Amani ke arah telefon bimbitnya.

"Belum menantu lagi Cik Amani Eldora.. " Usul Puan Mardiah sambil melirik-lirik ke arah pintu bila menyedari sebuah kereta sudah parkir di depan pagar rumah.

"Pelawa la masuk."Jemput puan Mardiah.

"Betul ke ibu pelawa?" Amani sedikit melonjak riang bila melihat seperti lampu hijau dari Puan Mardiah di atas hubungan mereka berdua. Siapa-siapa pun akan melonjak riang kalau hubungan cinta di restu oleh orang tua. Bukan main senang lagi hatinya. Pantas meluru ke arah buah hatinya.

"Budak bertuah. Macam mana nak jadi menantu ibu kalau tak kenalkan pada ibu." Tangannya di cekak ke pinggangnya. Sedikit geram melihat telatah anak daranya itu.

"Jalan tu jangan tergedik sangat." Usulnya lagi bila melihat Amani begitu riang menuju ke arah kereta yang sudah sedia menunggunya.

"Nak bawa anak dara orang, datang-datang tak minta izin." Bebelnya sendiri pula. Kalau Amani mendengar bebelannya tadi pasti muncung sedepa mulut anak daranya itu. Inilah yang di gusarnya bila berbeza budaya. Bagi itik dan ayam. Nanti lain kita kata lain pula diambilnya maksud. Puan Mardiah menggeleng kepalanya sambil mengemaskan bantal sofanya.

"Hello mak cik." Kedengaran sapaan Negoo di penjuru pintu. Puan Mardiah segera meluru ke arahnya.

"Jemputlah masuk."

"Mak cik apa khabar?" Tanyanya lagi sambil berjalan di iringi puan Mardiah dan Amani ke ruang tamu.

"Khabar baik. Duduklah. Rumah mak cik ni biasalah bersepah sikit. Maaf la ya."

"Tak ada apa lah mak cik." Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang, menambahkan lagi ketampanan wajahnya. Puan Mardiah seakan dapat mengagak punca Amani jatuh hati dengan jejaka di hadapannya itu. Selain mempunyai paras wajah yang tampan persis pelakon Hong Kong di kaca tv, dia juga mempunyai suara yang enak.

"Nampaknya kamu begitu fasih berbahasa melayu. Dulu satu universiti dengan Amani ke? Puan Mardiah sudah menyarung uniform CIAnya. Kalau nak tunggu cerita dari Amani alamatnya bertanduklah dia. Walaupun Amani bersikap manja namun dia seorang yang perahsia. Dia memang mirip arwah ayahnya. Masakan tidak, kemana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Sikit-sikit sahaja mak cik. Fasih sebab ahli keluarga ada menetap di Malaysia."

"Oh, begitu. Maksudnya kamu dibesarkan di Malaysia?" Duganya lagi.

Ketika itu kelihatan kelibat Amani sambil membawa cawan berisi air mulai perlahan mendekati mereka.

"Saya membesar di Lijiang, tapi ahli keluarga saya banyak di sini. Saya selalu datang ke Malaysia melawat mereka."

"Termasuk melawat Amani?" Usik Puan Mardiah sambil tertawa kecil.

"Apalah ibu ni. Ke situ pula." Pantas Amani mencelah. Negoo hanya tersenyum riang mendengar usikan puan Mardiah.

"Kalau boleh bukan setakat nak lawat Amani sahaja mak cik, saya nak lamar dia di depan mak cik..." Terbuntang mata puan Mardiah mendengar kata-kata dari Negoo. Begitu pantas anak muda di hadapnnya ini bertindak. Lagaknya bagaikan burung helang tidak melepaskan peluang menyambar. Amani turut tersedak. Sungguh tidak menyangka tindakan Negoo yang begitu pantas ke hadapan.

What ?" Amani cuba membetulkan duduknya.

"Sejujurnya, saya memang dah jatuh hati dengan anak mak cik. Saya berharap mak cik tidak menghampakan impian saya untuk melamar anak mak cik." Luahnya lagi. Dia sudah nekad. Apa lagi yang perlu di tunggunya kalau hatinya sudah benar-benar jatuh cinta. Masakan lagi menunggu dan menghitung purnama jika sudah ada di depan mata.

Puan Mardiah memandang tepat ke arah anak mata jejaka di depannya itu. Cuba mencari kejujuran di dalam setiap kata-kata yang di lafazkannya. Pelahan nafas di hela. Walaupun dia agak terkejut dengan pengakuan Negoo namun terdetik perasaan senang di hatinya. Sekurangnya jejaka di hadapanya itu tidak membelakangkan dirinya walaupun keputusan akhir berada di tangan Amani.

"I think we need to talk." Amani yang masih lagi terkejut cuba untuk berbisik ke arah Negoo.

Wajah Amani di tatap manis. "Saya harap mak cik dapat mempertimbangkannya." Pintanya lagi. Kali ini dia melemparkan semanis mampu senyumannya ke arah puan Mardiah.

"Jika itu adalah keputusan muktamad kamu, jawapannya terserah kepada Amani. Mak cik tidak menghalang siapa pun pilihan Amani, mak cik tahu Amani lebih tahu siapa dan bagaimana bakal suaminya. Seandainya kamu, sejujurnya mak cik katakan banyak benda yang harus kamu selami dan pelajari untuk membina hidup bersama Amani."

Amani hanya mampu menelan air liur. Tidak menduga Negoo serius dalam hubungan mereka sehinggakan berani bertindak untuk melamar di hadapan ibu tanpa memberitahunya terdahulu. Pasti ibunya akan berleter nanti. Negoo pun satu hal, manalah kesopanan dia sampai gelojoh sangat melamar depan ibu. Perasaan riangnya sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi perasaan cemas dan gugup. Tidak pernah dia merasakan secemas dan segugup itu.

"Saya minta maaf, jika saya kelihatan tidak sopan terhadap mak cik. Saya tidak bermaksud tapi saya sendiri tidak dapat menipu diri sendiri. Saya harap mak cik dan Amani tidak terkejut dan berkecil hati dengan tindakan saya.Tapi itu lah tujuan utama saya ke Malaysia."

Terngaga puan Mardiah seketika. Tidak menyangka kehadiran Negoo ke Malaysia membawa hajat yang besar. Nasib baiklah dia seorang ibu yang moden, kalau tidak siap lah Negoo. Amani pula apalagi, dengan gaya malu kucingnya. Sedikit meluat Puan Mardiah melihat lakonan anak gadisnya itu. Kalau jejaka itu betul-betul tahu tabiat manja dan tak senonohnya Amani entah hendak ke tidak. Gumannya dalam hati.

"Mak cik berterima kasih sangat, dengan hajat besar Negoo, sudi berkehendakan Amani. Namun anak mak cik ni tidak lah sempurna mana, mak cik minta maaf dan mak cik sentiasa doakan yang terbaik buat Amani. Kalau jodoh tidak kemana kan." Amani hanya memandang sepi terkesan akan kata-kata ibunya. Mungkin ibunya masih terkejut dengan luahan Negoo sebentar tadi.

"Tapi kamu jangan salah faham pula ya nak, maksud mak cik bukan melarang jauh sekali menolak kamu. Kita bersuai kenal lah dahulu, biar nanti tak ada yang menyesal. Kamu pun sedia maklum bagaimana keluarga kecil kami." Amani kembali tersenyum. Begitu juga Negoo yang sedari tadinya hanya tersenyum. Kata-kata puan Mardiah langsung tidak mematahkan hatinya. Malah menjadi pendorong baginya. Ingin dia buktikan kepada puan Mardiah bahawa dia benar-benar cintakan Amani.

"Kalau mak cik tak keberatan, izinkan saya untuk belajar sedikit tentang agama islam." Entah apa kekuatannya untuk mengutarakan hal tersebut. Dia tidak mahu status dirinya menjadi halangan untuk memiliki Amani. Hatinya sudah nekad dan dia juga serius berkenaan hal tersebut. Dia hanya perlu keberanian untuk menjejak ke dunia realitinya itu.

Terkesima puan Mardiah dan Amani mendengar permintaan Negoo. Sehingga menimbulkan rasa senak di dada puan Mardiah. Nampaknya jejaka di hadapannya itu benar-benar akan keputusannya.

"Kamu dah bersedia?" Soal puan Mardiah

"Are you serious?" Pintas Amani yang terasa bagaikan mimpi di siang hari. Negoo hanya mampu mengangguk. Wajahnya tenang memandang puan Mardiah dan Amani.

"Alhamdulilah... Niat kamu sangat baik. Mak cik sangat bangga dengan niat kamu. Tapi mak cik risau sangat kalau kamu masih di bayangi oleh cinta dan ini penyebab kamu bertindak sepantas ini." Pintas puan Mardiah. Dia ingin memastikan anak muda di hadapannya itu tidak salah langkah dan menyesal di kemudian hari. Dia tidak mahu anak muda di hadapannya itu mempermainkan agama dan jati dirinya.

"Saya dah nekad mak cik, dan saya sangat berharap mak cik dan Amani dapat membantu saya. Kalau boleh saya nak minta izin mak cik dan Amani untuk tinggal bersama mak cik dan Amani." Sedikit terbuntang mata Amani dengan kata-kata lelaki kayangannya itu. Serius hari ini dia bagaikan hilang diri, entah apa yang di repeknya hari ini, semuanya membuatkan kepalanya berdenyut memikirkannya. Tadi merepek melamar depan ibu lepas tu nak revert dan sekarang ni nak minta tinggal sebumbung pula. Lelaki kayangan wahai lelaki kayangan... Engkau dah kenapa? Sengal pula hari ni?? Bebel Amani yang sudah bagaikan cacing kepanasan.

"Negoo, mak cik minta maaf sangat-sangat, niat kamu ni sangat baik. Tapi rasanya kamu belum faham. Macam nilah, mak cik ada seseorang nak kenalkan kepada kamu dan mak cik yakin dia dapat membantu kamu."

"Apa maksud ibu?" Amani mula tertanya-tanya apa agaknya yang akan di lakukan oleh ibunya menambahkan lagi kegelisahan hatinya. Negoo hanya mengangguk, akur akan keputusan puan Mardiah namun dia masih kurang pasti apakah yang di maksudkan oleh puan Mardiah sebentar tadi.

"Bila kamu sudah bersedia kamu datanglah sini nanti mak cik kenalkan kamu dengan anak lelaki mak cik."

"Abang Naufal?" Amani cuba mengagak siapakah dimaksudkan oleh ibunya.

"Mak cik ada anak lelaki?" Soal Negoo sedikit terkejut. Amani tidak pernah memberitahunya akan hal itu.

"Abang sepupu saya." Pantas Amani menjawab. Matanya sengaja di besarkan ke arah ibunya sedikit tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya kerana tidak membincangkan hal tersebut bersama.

"Ya, tapi bukan saudara kandung Amani. Amani tak ada cerita ke?" Soalnya bila melihat reaksi terkejut Negoo.

"Abang sepupu saya, Abang Naufal. Ibu kami adik beradik dan ibu dah asuh abang Naufal sedari kecil sebab ibunya meninggalkan abang Naufal." Pantas dan berhati-hati sekali Amani menjelaskan kepada jejaka di tepinya itu. Dia tidak mahu hal tersebut akan membibitkan rasa curiga di antara mereka.

"ohhh... Lelaki yang bawa awak makan di hotel tu?" Soalnya kembali saat mengingat nama yang pernah di sebut oleh Amani beberapa hari yang lalu. Nama yang mebuatkan hatinya sedikit gusar dan kurang senang. Amani hanya mampu mengangguk. Rasa bersalah mula menerpa di hatinya. Kenapalah dia begitu berat sangat untuk memperkenalkan abang Naufal kepada lelaki kayangannya.

Amani! Amani! Nasib baik kamu kenalkan ibu. Kalau ibu pun, kamu tak kenalkan, kamu belakangkan siaplah telinga kamu ibu pintal nanti. Anak bertuah. Nak berselindung dari awan kononnya. Mengada-ngada sangat. Bebel puan Mardiah di dalam hatinya.

"Kamu jangalah salah faham. Mungkin Amani terlupa nak kenalkan pada kamu. Yalah, menghadap wajah kamu yang segak sangat, mungkin itu kot sebabnya Amani sampai terlupa nak jelaskan pada kamu." Seloroh puan Mardiah bila mula menghidu sedikit kegusaran kedua anak muda di hadapannya itu.

"Kalau macam tu, baiklah, saya setuju dengan mak cik."

"Baguslah kalau macam tu. Ni nak keluar ke mana? Bawa Amani jumpa keluarga ke?" Sengaja puan Mardiah menduga seperti itu. Teringat lagi dia bila anak muda di hadapannya itu membawa anak gadisnya menemui keluarganya terdahulu.

"Ibu..."Pintas Amani.

Negoo hanya tersenyum sinis, kurang faham apa yang di maksudkan puan Mardiah namun hatinya riang dia sudah berjaya menyatakan hasratnya. Nasib baiklah dia sudah mahir bercakap melayu kalau tidak pasti bertambah-tambah sukar baginya berhadapan Amani dan puan Mardiah.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI