Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,079
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

"Bao Bei... Kenapa muram ni? Bisiknya hampir ke telinga Amani. Amani hanya menghela nafas malas. Hatinya masih lagi terluka dek kekasaran Naufal sebentar tadi. Wajah Negoo di pandangnya kosong.

" Tangan ni kenapa...?" Soalnya lagi saat melihat tangan Amani yang berbalut.

"Nothing serious..."

"Are you sure ?" Amani hanya mengangguk. Jiwanya masih lagi terasa mamai membuatkan hatinya hilang fokus akan lelaki kayangan di hadapannya itu.

"Jomlah masuk, ibu dan abang Naufal ada kat dalam." Usulnya. Dia tidak mahu berlama-lama di perkarangan parkir kereta itu. Tahulah dia Naufal pasti akan memerhati gerak-gerinya.

"ReallySo Naufal is here. That good... Saya tak sabar nak kenal dengan dia. Lepas kenal dengan Naufal kita boleh kahwin kan?" Hampir tersandung Amani mendengar kata-kata lelaki kayangannya itu. Ada-ada sahaja perangainya yang mampu membuatkan hatinya terkena renjatan .

"Ke situ pula. Jomlah, mereka dah lama tunggu tu, saya pun sekali lapar menunggu, tahu tak. "

"Kenapa tak makan?"

"Kalau tak sebab awak lama dah kita makan. Sebab tunggu awaklah, kenapa lewat sangat."

"Really ? Kalau dah lapar sangat makan sahaja lah, saya tak kisah pun... Jomlah." Luahnya sebelum menekan punat kunci keretanya. Amani masih lagi setia mununggunya.

"Bao Bei... Wǒ xǐhuān nǐ..." Usulnya lagi sebelum mereka terus melangkah.

"Tahulah... Lapar dah ni..." Balas Amani dengan riak wajah mencuka. Perutnya yang sudah mula kelaparan mengatasi reaksi lelaki kayangan di hadapnnya itu di tambah lagi hatinya yang tersisa sendu dek kelakuan Naufal. Entah-entah sekarang pun dia sedang diawasi. Huh...

"Okay! Okay!" Serta merta itu mereka terus masuk ke dalam rumah. Kelihatan Puan Mardiah dan Naufal sudah sedia menunggu kelibat mereka. Namun pertemuan bertentang mata antara Naufal dan Negoo kelihatan sedikit tegang. Amani hanya mampu mencebik bibir. Naufal kelihatan bersikap sedikit keras dan kaku dengan kehadiran Negoo di hadapannya. Langsung tidak menyapa malah wajahnya langsung tidak mempamerkan apa-apa riak terhadapan jejaka di tepi Amani itu. Hanya puan Mardiah yang tersenyum riang melihat kehadiran Negoo.

"Mak cik, maaf lama tunggu. Tadi ada kerja sikit." Ucap Negoo setelah melihat puan Mardiah sabar menunggunya. Amani pula terus beralih di samping ibunya.

"Tak ada apa lah. Alhamdulillah kamu dah sampai." Jawabnya riang. Riang sungguh hatinya.

"Abang..., kenalkan ni Negoo. Awak, ni abang Naufal." Celah Amani. Negoo pantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Kelihatan Naufal yang teragak-agak untuk menyambut tangan di hadapannya itu. Namun Akhirnya dia akur. Tangan mereka mula bersalaman. Namun riak wajah Naufal masih seperti tadi. Kaku tanpa kata. Entah apa lagi di fikirnya. Amani hanya pasrah. Dia yakin Naufal masih marah akan dirinya. Namun dia sedikit merasa senang. Yalah, sekurangnya Naufal tak buat hal. Kalau tak malunya dia. Entah mana nak simpan muka depan lelaki kayangannya itu. Risau pula dia kalau Naufal buat-buat tak nak bersalam tadi. Alhamdulillah, harap lepas ni marah Naufal kembali reda.

"Kalau macam tu, apa lagi marilah kita ke dapur. Nanti sejuk pula makanan." Pintas puan Mardiah pantas bergerak ke dapur. Begitu juga Naufal yang mula mengekori puan Mardiah.

"I miss you." Baru saja dua langkah Naufal mara ke hadapan sempat Negoo mengucapkan kata-kata rindunya kepada Amani. Panas telinga Naufal mendengarnya. Hatinya mula di buru cemburu. Pantas dia berdehem cuba membuatkan Amani terasa kekok. Sekali lagi Amani hanya mampu mencebik bibir. Terasa tersepit diantara kedua-dua insan yang di sayanginya.

Alahai lelaki kayangan, janganlah buat drama romantik dulu, kalau iya pun tunggulah abang Naufal lepas ke dapur. Bebel Amani kembali dalam hati. Naik risau akan situasinya kini.

"Jomlah... ibu dah tunggu tu." Ucap Amani sambil menahan malunya kepada Naufal yang mulai menunggu mereka berdua.

"Okay..."

Setiba di ruang makan kelihatan puan Mardiah sudah sedia menyediakan air minuman. Naufal pula selesa dengan duduknya di tepi puan Mardiah.

"Jemputlah... Jangan malu-malu." Usul puan Mardiah.

"Amani ambilkan lauk tu untuk Negoo." Pinta puan Mardiah lagi. Amani hanya menurut dan saat dia sedang menyenduk lauk tersebut Naufal turut menyuakan pinggannya sekali. Amani sedikit terperanjat. Namun dia cuba untuk berlagak bersahaja. Puan Mardiah dan tetamunya pula masing-masing berpandangan kosong.

"Berselera nampaknya,maklumlah masakan kesukaan dia. " Suara Amani cuba menceriakan keadaan mereka, walhal dalam hatinya menahan getar apa lagi dengan tindakan Naufal yang di rasanya sengaja melakukkannya sebegitu sebentar tadi.

"Kamu pandai makan masakan ni? Ini namanya masakan udang sambal." Kali ini puan Mardiah pula cuba memudik layar mereka. Udang sambal sengaja di tunjuknya kepada tetamunya itu.

"Let me try... Saya tak pernah lagi makan masakan sambal. I'm so happy to have this." Jawab Negoo sambil tersenyum.

"Cubalah, mak cik pasti kamu nak lagi. Tengoklah Naufal tu, kalau dah mendapat masakan kegemaran dia orang depan mata pun dia tak ingat lagi." Ketika itu berderai tawa puan Mardiah dan Negoo.

Kelihatan Naufal masih lagi dengan seleranya. Tawa di dengarnya hanya di biar berlalu. Dia langsung tiada modal untuk menjawab kembali. Yang dia tahu perut dan hatinya. Amani pula sesekali menjeling ke arah Naufal dan Negoo. Seorang di hadapan dan seorang di tepinya. Perutnya yang kian lapar sebentar tadi sudah hilang entah kemana.

"Emmr, sedap... Sangat sedap. Tak hairanlah Naufal suka." Puji Negoo. Puan Mardiah dan Amani bertambah gembira dengan pujian Negoo.

"Nanti kalau kami kahwin, boleh hidang jamuan ini." Usulnya kembali sambil tersenyum bahagia memandang wajah Amani. Sepantas itu terasa kejung tubuh Amani saat mendengar kata-kata lelaki di sampingnya itu. Kata-kata yang mampu membuatkan jerat rasanya dan silap hari boleh terkena serangan jantung di buatnya.

Mendengarkan kata-kata itu juga, Naufal turut mendapat tempiasnya. Hampir sahaja dia tertelan kulit udang ketika itu. Serta merta itu membuatkannya terbatuk-batuk. Puan Mardiah yang sedikit terkejut pantas mengambilkan air dan di hulurkan kepada jejaka di tepinya itu.

"Kalau iya pun suka sangat janganlah gelojoh sangat." Pintas puan Mardiah kembali. Naufal cuba menenangkan dirinya. Wajah Amani di pandang dalam.

"Bagus juga cadangan tadi tu." Usulnya kembali sambil memandang tajam ke arah Amani. Amani hanya mampu menelan air liurnya dengan rasa yang berat.

"Ke situ pula. Emmr, Negoo. Kebetulan Naufal pun ada kat sini. Kalau betul kamu ingin teruskan hajat kamu tempoh hari, mak cik rasa bolehlah kamu tanya pada Naufal. Insya Allah, mak cik yakin Naufal dapat bantu kamu apa yang patut."

"Boleh, saya tak ada masalah. Bila-bila masa pun saya sedia membantu." Jawab Naufal kembali dengan gaya machonya. Lagaknya seperti sudah bersedia dengan serangan seterusnya.

"Kamu janganlah risau dan terkecil hati. Mak cik dan Amani bukan tak dapat tolong tapi mak cik yakin dengan Naufal hal-hal berat ini akan menjadi mudah lagi-lagi Naufal ni seorang peguam. Mak cik yakin dialah orang yang paling tepat membantu kamu."

Negoo hanya mengangguk. Dia kelihatan senang dengan pendapat puan Mardiah.

"Tambahlah lagi. Kalau nak tahu udang masak sambal ni Amani yang masak." Ajak Naufal kembali. Wajah Amani di pandangnya laginya.

"Really?"

"Tak adalah..."

"Betullah, kalau tak percaya tengok lengan Amani tu. Itu sebab dia semangat memasak." Bibirnya yang nipis mula menjuihkan ke arah lengan Amani. Pantas itu Amani menarik dan menyembunyikan lengannya.

"Yang tadi?" Pantas Negoo menjawab. Naufal kembali mengangguk. Seperti tahu apa yang di maksudkan jejaka di hadapannya itu.

"Kamu berdua ni, melebih-lebih pula. Ini lah namanya lembu punya susu sapi dapat nama." Tikas puan Mardiah dengan tawa kecilnya. Nego juga turut tertawa kecil walaupun dia sedikit kurang faham apa yang di bahasakan oleh puan Mardiah sebentar tadi.

"Selesai makan ni, kalau kamu ada apa nak tanya pada Naufal, tanyalah. Lagipun Naufal ni dah macam anak kandung mak cik dah. Kamu janganlah risau ya." Negoo hanya mengangguk. Begitu juga Naufal. Sudah sedia dengan apa yang telah di amanahkan oleh puan Mardiah kepada dirnya. Amani pula, masih lagi dengan risaunya malah bertambah-tambah risau bila mendengar permintaan ibunya. Manalah tidak, pandangan tajam dan dalam Naufal kepadanya sudah membibitkan gelisah di hatinya apa lagi tindakan Naufal yang tidak di duganya nanti. Tadi sudah dia di sindir dalam, walhal dia tahu dia langsung tidak menyediakan masakan mereka sebentar tadi. Habislah kau Amani.

Ketika puan Mardiah dan Negoo sedang sibuk berborak, Naufal pantas ke ruang dapur. Dia tahu Amani masih lagi di dapur. Bila melihat Amani sedang sibuk menyediakan air panas pantas dia mara mengambil peluang untuk mendekati gadis comel di depannya itu. Bertambah-tambah comel rasanya bila melihat telatah Amani yang terkial-kial untuk mengangkat ketel besar tersebut. Tak padan dengan tubuhnya.

"Tak apa, bagi abang yang angkat ketel ni. " Pintanya bila melihat Amani semakin kurang selesa dengan berat ketel tersebut.

"Amani dapat buatlah. Tak apa."

"Tengoklah dia, degil. Tak habis-habis dengan degil dia." Suaranya lagi dengan nada berbaur merajuk sambil merebut pemegang cerek di tangan Amani. Amani akhirnya akur. Mengalah dengan jejaka di depannya itu. Malas dia mempersoalakan kudratnya walhal dia mampu sahaja mengangkat ketel yang berisi air yang penuh itu. Dia juga tersilap, entah kenapalah dia isi penuh ketel tersebut. Manalah tidak terasa beratnya, Ibunya pula satu, suka menggunakan ketel besar tersebut.

"Tu tangan tu, tak sakit lagi ke?" Soalnya kembali kepada Amani.

"Tak adalah, bukan besar sangat pun." Jawab Amani sambil mengacau gula di dalam cerek dah sudah terisi air panas dan nescafe.

"Demi cinta hati mestilah gagahkan. Sakit pun hilang." Suaranya lagi.

"Gagah apanya? Abang ni macam-macam pula. Pergi lah borak dengan ibu di luar tu."

"Yalah tu, dah ada buah hati kita nak tolong manalah orang sudi." Bidasnya kembali. Wajah Amani masih lagi di pandangnya. Hakikatnya dia ingin mencuri perhatian Amani yang kini sudah beralih arah kepada jejaka di luar sana. Jejaka yang terasanya lebih kacak dari dirinya. Hatinya terasa sedikit kecewa.

"Ke situ pula. Nak cari hal dengan orang lah tu." Balas Amani dengan jelingannya. Minuman panas yang sudah siap perlahan di angkatnya keluar. Malas dia berlama-lama di situ menghadap wajah Naufal yang penuh dendam dengannya. Ada sahaja yang di repeknya. Lebih baik dia menghadap wajah lelaki kayangannya. Lagi dia bahagia.

Saat Amani menghulurkan minuman kepada lelaki kayangannya Naufal sudah duduk di depan mereka. Pantas sungguh tindakannya. Mahu tidak mahu Amani perlu menuangkan secawan lagi teh panas.

"Negoo... Nama you sangat unik." Naufal memulakan bicaranya. Kakinya mula disilang dengan lagak machonya. Sedikit membuatkan Amani merasa meluat terhadapnya.

"Oh.. ya, "

"Abang ni tak sopanlah." Sampuk Amani. Geram dengan persoalan Naufal sebentar tadi.

"No worry , sebenarnya nama tu di beri oleh penjaga saya sewaktu kecil. Lama-kelamaan menjadi nama tetap pula. Sehingga ahli keluarga lain turut sekali memanggil nama tu pada saya." Jelasnya dengan hati yang senang. Dia langsung tidak menyimpan rasa kekok akan soalan Naufal kepadanya malah dia terasa gembira apabila Naufal mula berinteraksi dengan dirinya. Kelihatan puan Mardiah mula memarakan tubuhnya ke hadapan menunjuk minat terhadap cerita anak muda di hadapannya itu.

"Begitu... Jadi nak kami panggil apa? Manalah tahu you tak selesa."

"Tak mengapa. Saya pun sudah biasa dengan nama tu. It fine for me."

"Kalau macam tu, saya pula kamu panggil abang." Serta merta itu Amani memarakkan besar matanya menghadap Naufal. Mula memberi isyarat berjaga kepada Naufal. Pening kepalanya memikirkan tindak tanduk Naufal.

"Abang. Fine. Sure."

"Apa pula macam tu?" Pintas Amani. Tidak berpuas hati dengan permintaan Naufal yang sangat merepek baginya.

"Nanti dah kawin dengan Amani kena panggil abang juga kan? Jadi perlulah belajar dari sekarang." Guman Naufal sambil perlahan menghirup air teh di tangannya. Puan Mardiah hanya mengelengkan kepala sudah sedia maklum akan masalah Naufal dan Amani.

"Apa kaitan dengan kahwin pula." Bentak Amani berani. Geramnya kini sudah tidak dapat di tahannya lagi. Dia perlu melakukkan sesuatu agar Naufal tidak bertindak sesuka hatinya. Biar padan buku dan ruas!

"Dah tak nak kahwin pula?" Sengaja Naufal memanaskan keadaan. Ketika itu kelihatan jelas perubahan air muka Negoo. Mungkin tersentak dengan kata-kata Naufal.

"Kamu berdua ni, pantang betul tak bergaduh. Macam anjing dan kucing. Langsung tak boleh berdamai. Ada sahaja yang hendak di gaduhkan. Negoo, kamu janganlah terasa hati dengan mereka berdua ni. Mereka berdua ni kalau berjumpa tak bergaduh tak tenanglah hidup mereka. Kamu tengok lah tadi tu. Malu pula mak cik."

"Tak ada apalah mak cik. Tapi betul kah Amani tak nak berkahwin?" Ketika itu bagaikan berhenti degupan jantung Amani. Berlainan pula dengan Naufal yang pantas tertawa kecil dengan pertanyaan jejaka di hadapannya itu. Hatinya sedikit puas bila dapat menjerat Amani.

"Alang-alang  macam tu, mak cik rasa ada baiknya kita berbincang hal ini." Putus puan Mardiah. Dia tidak mahu lagi Amani dan Naufal seakan menyakiti antara satu sama lain.

"I think so. Jadi sekarang ni, saya berhadapan dengan mak cik dan abang Naufal. Saya Xu Zhimo ingin melamar dan memperisterikan Amani Eldora dan saya memohon restu mak cik dan abang Naufal akan niat saya terhadap Amani."

"Xu Zhi.. Mo.." Ulang Naufal perlahan. Dia cuba mengingati di mana dia terdengar nama tersebut. Seakan nama yang selalu di hujung lidahnya namun dia kurang pasti di mana.

"Amani, kamu macam mana?" Soal puan Mardiah.

"Amani setuju ibu." Pantas Amani mengiyakan. Risau hatinya lelaki kayangaannya tersalah anggap akan telingkahnya sebentar tadi. Lagipun dia sudah tidak mahu berdalih dengan perasaannya lagi. Ternyata dia juga menyimpan hasrat yang sama dengan lelaki kayangannya.

"Baguslah kalau macam tu. Mak cik ni tidak memilih siapa pun pilihan Amani asalkan dia dapat menjaga dan melindungi Amani dengan baik. Mak cik juga berharap nanti kamu dapat menempuhi kehidupan baharu kamu. Mungkin budaya dan corak hidup kita berlainan tapi mak cik yakin kamu sudah bersedia dengan semua ini nanti." Negoo hanta mengangguk akan kata-kata puan Mardiah namun hatinya berdegup riang tidak terkira.

"Xu Zhimo, saya harap kamu dapat tinggal bersama saya sepanjang tempoh kamu mahu memperlajari Islam. Saya rasa ini jalan mudah untuk kamu dan berharap kamu tidak menolak permintaan saya." Sampuk Naufal kembali. Dia ingin memastikan jejaka di hadapannya itu benar-benar layak untuk memiliki Amani. Oleh itu dia harus setapak hadapan untuk memastikan kebenaran hal tersebut.

"Apa? Abang ni macam-macam lah."

"No worry Bao Bei... Idea abang tu baik sekali. Saya sukakannya. " Naufal tersenyum puas mendengar persetujuan tersebut dan sempat dia menghantar senyuman sinisnya kembali ke arah Amani yang sudah kelihatan gelisah.

"Baguslah kalau macam tu, senang pula hati mak cik mendengarnya."

Negoo  tersenyum. Senyuman yang puas buat dirinya. Begitu juga dengan Naufal. Tersenyum senang namun penuh dengan agendanya. Dia akan pastikan kejujuran jejaka di hadapannya itu adalah benar dan ikhlas untuk memiliki Amani. Seperti mana jujurnya hatinya kepada Amani dan puan Mardiah. Hanya Amani sahaja yang tidak keruan. Naik risau  akan permintaan merepek Naufal sebentar tadi. Apalah agaknya agenda Naufal?


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI