Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,117
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Sayup-sayup kedengaran suara lunak Naufal mencecah ke gegendang telinganya. Dia terpisat-pisat memandang langit bilik. Matanya digosok perlahan-lahan. Hatinya terasa sungguh tenang dengan alunan suara Naufal. Walaupun dia tidak pasti apa yang telah di lakukan Naufal di sebelah biliknya namun dia pasti itu adalah salah satu cara ibadah Naufal kepada penciptanya. Hati kecilnya terusik. Kenapa sebelum ini dia tidak pernah menikmati keindahan syahdu seperti itu. Pelahan dia bangkit duduk di penjuru katilnya. Menikmati keindahan alunan suara Naufal.

Sedang dia khusyuk akan bait-bait aluanan Naufal, telefon bimbitnya berdering. Serta merta mematikan kekhusyukannya. Telefon bimbit di pandang tajam dan pantas dia menyambut.

"Yéye..hǎoba..." pangilan segera ditutupnya. Tuala mandi pantas di capai. Dia perlu segera ke rumah Yéyenya. Terlalu banyak hal yang berlaku sejak kebelakangan ini. Dia perlu segera. Selesai segalanya dia ke ruang tamu, kebetulan  Naufal  turut berada di situ, mungkin sedang bersiap sedia untuk ke pejabatnya. Perlahan dia menghampiri Naufal.

"Nanti malam saya tak balik sini. Saya ada hal penting nak urus." Suaranya memecahkan keheningan pagi di sudut tamu Naufal.

"No problem. Aku tak lah kejam sangat sampai nak ikat kaki kau." Terpinga-pinga Negoo saat mendengar jawapan Naufal. Entah apa maksudnya.

"Kalau macam tu saya gerak dulu. Nanti kalau ada apa-apa saya info pada Amani." Suaranya lagi.

"Amani? Apa susah sangat nak info kat aku terus? " Negoo mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Semakin tidak faham akan tindak tanduk Naufal. Kalau bukan sebab Amani tidak hendaknya dia merelakan diri untuk tinggal bersama Naufal di situ. Haru biru kepalanya memikirkan hal yang akan datang nanti, makin bertambah-tambah masalahnya.

"Baiklah.. Saya gerak dulu." Pantas dia meninggalkan Naufal. Tidak mahu berlama-lama di situ.

Serta itu Naufal terpinga-pinga melihat kepantasan Negoo meninggalkannya. Padanlah sangat dengan mukanya. Pagi-pagi lagi sudah ada hati hendak membuli buah hati pengarang jantung Amani. Alih-alih dia yang sakit hati.

"Amani... Amani. Entah dari manalah kau jumpa mamat ni." Bebelnya.

"Apa yang kau bebel tu Naufal?" Sedikit terkejut dia bila ibunya sudah berada di depannya.

"Tak ada apa ibu. Ibu ada apa-apa ke nak pesan pada Naufal?" Jawabnya serentak bangun menyorong kerusi roda ibunya ke sudut yang lebih selesa.

"Tak ada apalah, ni ibu nak tanya. Kawan kamu tu tinggal berapa lama kat sini?"

"Kenapa bu? Ibu tak selesa ke?" Soal nya sedikit risau. Mungkinkah  ibunya terasa tidak selesa dengan kehadiran Negoo di rumah mereka.

"Yalah, kamu pun tahukan. Dia bukan mahram. Lagi-lagi keadaan ibu macam ni. Maafkan ibu ya."

"Tak ada apalah bu, kalau macam tu nanti biar Naufal fikirkan macam mana."

"Kawan kamu tu tak ada keluarga ke?" Naufal sedikit hilang akal untuk menjawab persoalan ibunya. Mana tidaknya kehadiran Negoo di rumah itu hakikatnya adalah atas perancanganya sendiri. Hanya itulah satu-satu caranya untuk mengenali lebih dekat akan perwatakan jejaka pujaan hati Amani. Dia harus memastikan Amani tidak di permainkan oleh siapa-siapa mahupun jejaka-jejaka yang hadir dalam hidupnya. Dia tidak akan membenarkan hal itu berlaku. Namun kelihatan ibunya kurang senang akan kehadiran figura lelaki itu. Entah apa yang harus di jelaskan kepada ibunya. Fikirannya serta merta buntu.

"Ibu... sebenarnya sahabat Naufal tu ingin mempelajari islam bu..." Jelasnya teragak-agak.

"Maksud kamu? Naufal ada pelbagai cara untuk kita bantui dia, adakah dengan membenarkan dia di sini kamu yakin mampu membantunya?" Soal puan Marlina.

Naufal hanya terdiam. Lidahnya kelu tidak mampu untuk menidakkan persoalan ibunya.

"Kita tak perlu kongkong hidup dia untuk memastikan dia memeluk agama kita Naufal. Ibu minta maaf, ibu sedar ibu bukanlah seorang ibu yang terbaik namun ibu yakin dan pasti anak ibu seorang yang bijak." Naufal memandang dalam ke anak mata puan Marlina jelas terpancar ombak kerisauan di anak matanya.

****

"Bao Bei, wǒ hǎo xiǎng nǐ hǎo xiǎng nǐ." Wajah Amani di tatapnya rindu. Baru sahaja beberapa hari dia tidak bertemu Amani. Rindunya sudah memuncak.

"Wǒ zhīdàole... saya pun rindukan awak juga. Macam mana tinggal dengan abang Naufal? Selesa ke?" Senang hatinya melihat senyuman indah yang terukir di wajah sang kekasih hatinya. Wajahnya di tatap riang. Ingin saja hatinya mencubit-cubit pipi jejaka itu. Geram rasa hatinya melihat wajah kacak mempersona di hadapannyanya itu.

"Selesa, He is a moody person."

"Moody? Maksud awak? Abang buli awak ke?"

"Bù shì.. No.. "

"Betul? Betul abang tak buli?"

"Méiyǒu... Méi wèntí. Bùyòng dānxīn. Don't worry." Amani mula mengecilkan anak matanya ke arah Negoo. Sedikit was-was akan kata-kata lelaki kayangannya itu.

Entah- entah memang sah  Abang Naufal membulinya. Tak akan Negoo hendak berterus-terang. Abang Naufal! Siap lah kau nanti. Agaknya itulah sebab dia meminta lelaki kayangannya itu tinggal bersamanya. Huh! Apa lagilah yang dia tak puas hati. Ke abang Naufal cemburu? Tak mungkin!

"Nǐ xiǎng bù xiǎng chīle ma? Saya dah lapar ni. Dari tadi awak asyik perhati wajah saya, kenapa? Awak nak saya cium awak ke? lái... Guòlái." Soal Negoo sambil menghampirkan wajahnya membuatkan Amani terkejut. Serta merta Negoo tertawa riang. Geli hati melihat telatah Amani yang pantas menyerot jauh tubuhnya.

"Ish..." Amani hanya menjeling manja sambil membuat wajah seakan-akan marah.

"Kahwin dululah baru dapat cium." Jelasnya sambil membetulkan duduknya kembali.

"Saya tak kisah kalau nak kahwin hari ni. Awak sahaja masalahnya." Luahnya lagi. Minuman di hadapannya di teguk perlahan.

"Apa pula masalah dengan saya?"

"Kalau macam tu jomlah kahwin. Please.." Pantas dia mendekatkan tubuhnya kembali ke arah Amani. Wajahnya di mimik simpati.

"Sweat heart, i do really love you. Wǒ fēi cháng ài nǐ tapi kita tak boleh kawin macam tu. Awak perlu jadi seorang mualaf dahulu. "

"Maksud awak revert ? Kenapa tidak you revert. Apa salahnya awak revert ?"  Tanya Negoo dengan mimik wajahnya yang kembali serius. Amani mula membetulkan dirinya. Duduknya cuba di tegakkan. Cuba memberi aura yang lebih positif dan mendalam terhadap lelaki kayangannya itu. Dia perlu menjelaskan sesuatu agar Negoo faham akan keadaannya.

"Ini adalah agama saya. Saya tak akan belakangkan agama saya hanya kerna nafsu saya. Allah berikan saya rasa ini masakan saya mampu membelakangnya. I really thankful with this feeling but if you can't i can't be with you. I'm sorry." Helanya perlahan dan berhati-hati. Anak mata Negoo di raihnya dalam agar faham akan keadaannya.

"No, bù shì, i will do everything to be with you. Tolong ajari aku untuk mencintai kamu seperti dalam agamamu." Anak mata Amani di tatapnya dalam. Seribu rasa bergelora di hatinya. Masakan dia mampu menolak cintanya pada gadis di hadapannya itu.

Amani tersenyum lebar. Hampir menitik air matanya mendengar akan kata- kata jejaka di hadpannya itu. Mata mereka saling berpaut. Masing-masing menyatakan rasa di hati. "Jika benar kamu adalah jodohku tiada apa yang akan memisahkan kita, tapi seandainya bukan. Aku masih  bersyukur kerana telah di beri peluang untuk menikmati rasa cinta terhadap kamu." Jelas Amani kembali. Negoo hanya tersenyum. Namun hatinya di undang resah. Resah akan takdir yang dia sendiri tidak ketahui.

"Kalau macam tu, bawa saya hari ini. I can't bear this anymorePlease, Amani. Please help me." Wajah Amani di pandangnya dalam.Meminta simpati agar dia di bantu segera. Dia tidak mahu status dirinya adalah penghalang besar akan cintanya kepada Amani.

"Untuk bersama ku, aku mahu kamu jujur pada diri sendiri. Untuk mengikat perasaan bersamaku tidak mudah dan harusnya kamu sudah mengetahui hal ini. Jangan meletakkan diriku sebagai alasan besar kamu memeluk islam. Mampukah kamu jujur untuk hal itu?" Soal Amani kembali. Dia tidak mahu Negoo terburu-buru dengan dirinya. Biarlah rasa itu terbit secara semula jadi tanpa sebarang paksaan mahupun faktor lain.

"How if you are the one of my way Are you still pretending to help me ? " Terbit rasa kesalnya pada Amani. Kenapa Amani begitu sukar untuk membantu dirinya. Kenapa segala-galanya menjadi isu untuk Amani membantunya. Duka hatinya mula menyulam saat mendengar setiap bait-bait kata Amani.

"Sorry. Saya tak maksudkan kecilkan hati awak. Adakah kamu benar-benar pasti? Tiada paksaan dalam melakukan hal ini ? Ianya perlu terbit dari hati yang ikhlas... "

"Kalau macam tu, bagaimana caranya untuk saya lakukan agar kamu tahu keinginan dan keikhlasan saya, Amani? Tapi tuhan tahu hati ku punya lebih dari rasa yang kau kira."

"Are you really sure?" Amani cuba memastikan kembali niatnya.

Negoo mengangguk-anggukkan kepalanya. Tidak mampu lagi untuk mengungkap dengan kata-kata akan keinginan yang mendesak di benaknya. Dia hanya mampu berharap Amani bersedia untuk membantunya. Menatap wajah Negoo yang penuh dengan keinginan  Amani akhirnya akur. Dia juga pasti Negoo benar-benar ikhlas akan kehendaknya.

"Jujur, saat dekat dengan kamu hati terasa sungguh senang dan tenang. Berada di samping kamu juga membantuku untuk punya harga diri. Agamamu menjadikan kamu seperti permata dan aku sangat kagum." Jelasnya kembali. Amani sedikit terasa. Sungguh dia tidak sengaja melukakan hati kekasih hatinya itu.

"Baiklah... Lepas makan ni kita ke pejabat agama. InsyaAllah, i will help you." Wajah Negoo di tatapnya penuh kasih. Serta merta itu wajah Negoo mulai kembali riang. Senyum mereka kembali bertaut.

Selesai menikmati makan tengah hari, seperti yang di rancang, Amani segera memecut Myvi  orennya ke pejabat agama islam. Alahmdulillah kehadiran mereka di sambut mesra dan segala urusan Negoo selesai dengan lancarnya. Akhirnya kekasih hatinya itu sudah sah seorang mualaf. Timbul satu rasa yang indah dengan rasa penuh lapang di dadanya. Begitu juga dengan Negoo. Bersaksikan beberapa pegawai agama islam dan Amani, dia kini bergelar mualaf. Terbit rasa kepuasan dan kesyahduan di benaknya. Rasa yang selama ini tidak pernah di alaminya. Seperti satu aura baru yang menyalin ke seluruh tubuh badannya yang mampu membuatkan dia merasa nikmatnya mengucap kalimat syahadat.

"Alhamdulillah, Muhamad Luf Xu Zhimo Abdullah. Minggu depan ada kursus intensif fardhu ain dan kursus intensif saudara kita. Kami akan hubungi Muhamad Luf untuk hal-hal lebih lanjut nanti. Dan ini pula senaskah al-quran dan ini jadual kelas bimbingan fardhu ain. Saudara jangan risau, InsyaAllah semuanya akan di permudahkan nanti." Jelas Ustaz separuh umur itu sambil menjabat erat tangannya.

"Terima kasih, Ustaz. Kami minta diri dulu." Nafasnya di tarik dalam. Eratan tangan ustaz di hadapannya diperkemaskannya sambil memberikan senyuman manis. Menyatakan rasa kelegaannya sebelum beredar.

"Muhamad Luf, nama tu sangat sesuai untuk awak." Amani seakan berbisik kepadanya saat mereka mulai keluar dari bilik kesaksiannya mengucapkan kalimat syahadat tadi.

"Awak suka? Kalau awak suka saya pun suka kalau awak tak suka kita boleh patah balik pada ustaz tadi." Bisiknya kembali kepada Amani. Sengaja dia melakukan sebegitu agar dia lebih rapat kepada Amani yang paras ketinggiannya hanya pada paras ketiaknya.

"Wǒ xǐ huān ... I like, it." Akui Amani sambil memberikan thumb up kearahnya. Dia tersenyum puas melihat reaksi Amani.

"Lepas ni saya akan panggil awak Muhamad Luf. No more Negoo and you should use Muhammad Luf for your official too. " Jelas Amani sambil memberikan isyarat tidak melalui tangannya.

"Bù shì..." Balasnya sambil mengelengkan kepalanya. Matanya yang sepet sengaja di kecilkannya lagi. Langkahnya sengaja di pantaskan meninggalkan Amani dua langkah di belakangnya.

"Apa pula. I don't care. Muhamad Luf. You should use it, full stop." Amani segera memintasnya kembali. Wajahnya sengaja di buat-buat marah.

"Sudah tu, dah kahwin nanti Bao Bei panggil macam tu juga?" Soalnya lagi tidak berpuas hati dengan tindakan Amani.

"Belum kahwin lagilah."

"Kalau dah kahwin?"

"Mana-manalah." Jawab Amani dengan pantas meninggalkannya di belakang. Kunci kereta di keluarkannya segera.

"Lambat saya tinggalkan." Laung Amani. Gilirannya pula menyakat.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI