Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
10,919
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Amani! Amani!

Alamak! Apa lagilah ibu ni. Hari-hari sabtu beginilah ibu sibuk dengan programnya. Entah apa lagi di mahunya. Badan aku ni sangat-sangat mendambakan rehat. Inilah peluang aku bangun lambat. Hari yang mana aku tak kerja. Bagilah aku bangun lewat sikit bu!

Amani! "Dengar tak ni. Bangunlah, ada tamu!" Sepertinya ibu tak pernah nak kisah yang anak dia sekarang ni sangat-sangat letih. Selimut semakin di tarik. Nyaman sungguh rasanya.

Amani! Amani! bertalu-talu ketukan pintu. Langsung tidak memberi peluang untuknya memadu asmara. Pantas dia bangkit dengan hati sedikit geram.

"Yalah! Dah bangun ni." Pintu bilik di buka perlahan dan ketika itu serentak kedengaran tawa seseorang. Seseorang yang amat dikenali.

Opps! Alamak! Ibu!!! Tergamaknya ibu tak bagi tahu abang Naufal datang. Malulah aku dengan wajah yang serabut ni. Nasib baik tangan aku pantas bertindak untuk menutup pintu bilik kembali.

Abang Naufal ni pun satu, entah apa mimpi dia datang pagi-pagi ni. Buang tabiat apa. 

Ikat rambut yang terletak di atas meja solek di ambil, segera menggemaskan rambutnya yang sedikit ikal. Wajahnya di perhati puas, cuba meneliti takut-takut comot bila keluar nanti.

Tit!Tit! Handsetnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Emoji tertawa. Dari abang Naufal.

"Amboi!" Balasnya ringkas. Tit!Tit! Berbunyi lagi.

"Nasib abang tak pengsan..."

"Yalah tu... Apa mimpi datang sini?" Soalnya tidak puas hati. Setahunya sudah berapa bulan abang sepupunya itu tidak melawat mereka. Manalah nak melawat dah ada buah hati! Keluarga terus di buang batu.

"Salah ker? Alah, cepatlah keluar, abang ada banyak cerita nak kongsi ni." 

Ewah! Kacak muka nak arah-arah aku. Ni mesti ada apa-apa dengan makwek gila dia tu. Hishhh! Nasib kau lah bang. Apa-apa pun lepas ni aku tak nak tahu apa-apa hal abang dengan perempuan gila tu.

Kisah enam bulan yang lalu masih lagi segar di ingatannya. Kalau dia tak fikirkan maruah abang Naufal memang habis jer dia balas serbuan perempuan gila tu. Abang Naufal pun satu, asyik main tarik tali jer dengan awek gila tu. Apalah berat sangat mulut dia nak kenalkan aku ni sepupu dia. Susah sangat ker?

Hish! tak fahamlah aku. Ni tak pasal-pasal aku terkena serang kononnya rampas abang Naufal dari dia. Hello! Kalau bukan sebab abang Naufal merayu-rayu nak minta tolong temankan dia carikan hadiah aku tak inginlah nak keluar bagai dengan abang Naufal tu. Perasan sangatlah.

Pintu bilik di kuak besar. Sahaja dia berlalu tanpa memandang abang Naufal yang duduk di kerusi yang menghadap di pintu biliknya. Hatinya sedikit geram.

"Marah ke merajuk tu?" Kedengaran lembut suara abang Naufal. Saja lah tu nak pancing aku. Ibu pula, tinggalkan abang Naufal duduk sorang-sorang di ruang tamu dah kenapa? 

"Jomlah duduk kat dapur. Ibu ada kat dapur tu." Jawabnya ringkas terus meninggalkan Naufal yang masih lagi selesa dengan duduknya.

"Ibu! Abang Naufal tu kenapa tak ajak ke dapur?" Soalnya sedikit tidak berpuas hati bila melihat ibunya sibuk menyediakan kuih dan air.

"Kamu ni. Dia tu tetamu. Walaupun dia abang sepupu kamu, layanlah macam tetamu juga."

"Dah macam tu pula? Sejak bila pula Ibu fikir macam ni? Bukan dulu kita selalu duduk sembang di dapur ke?" Apa pula angin ibu layan abang Naufal istimewa sangat hari ni?

"Hish! Kamu ni. Sudah, pergilah cuci muka kamu tu. Tak sopan langsunglah."

Ehem.. Sengaja Naufal berdehem untuk menyedarkan kelibatnya di antara dua anak beranak itu.

"Eh, Naufal... Alah, tunggu jer lah di ruang tamu tu, kejap lagi ibu bawa air."

"Tak apalah bu. Kat dapur pun tak kisahlah." 

Meluatnya aku! Tak kisahlah sangat. Mentang-mentang dah title peguam terkenal dah naik saham ya! Nak layanan special bagai. Abang Naufal, abang Naufal! Mana-mana engkaulah. Sempat dia menjeling ke arah tetamu istimewa ibunya itu.

"Ibu Naufal apa khabar?" 

"Alhamdulillah, sihat bu."

"Syukur alhamdulillah."

"Kamu pula macam mana?"

"Alah, bu... Nak risau apa dengan abang Naufal tu. Dia dah besar panjang dah pun. Lagi pun aunty Marlina kan dah ada. " Pantas memotong kata-kata ibunya. Matanya sedikit menjengkel ke arah Naufal.

"Korang berdua ni dah kenapa? Tak habis-habis nak bergaduh. Kamu janganlah ambil hati dengan Amani tu Naufal."

"Tak apalah bu. Saya tak kisah pun. Dia masih marahkan Naufal lagi tu."

"Kamu berdua bergaduh ke?"

"Tak adalah... Biasalah bu, bukan ibu tak faham puteri ibu tu macam mana. Angin selaut." 

"Angin selaut? Pandai abang ya!" Pantas tangannya membaling kain lap tangan ke arah Naufal. Puas hatinya. Namun ketangkasan Naufal menghangatkan lagi keadaan bila dia kembali membalas membaling kembali ke arah Amani.

"Astagfirullahaladzim. Korang berdua ni dah kenapa." Sedikit terkejut Puan Mardiah dengan tindakan Amani dan Naufal.

"Abang Naufal tu!"

"Abang pula?"


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI