Bab 16
Katrina berjalan beriringan dengan Dato’ Redzuan
keluar dari pusat membeli belah terkemuka di ibu kota. Sesekali dia memegang
erat tangan daddaynya itu. Air mukanya kelihatan ceria apabila mendapat habuan
daripada Dato’ Redzuan. Berborong sakan! Itulah yang membuatkan Katrina
tersenyum sepanjang jalan. Pelbagai barang jenama yang menjadi pilihannya. Beg,
kasut, pakaian dan jam tangan yang berkenan di hati, pasti berjaya dimiliki.
Bertuah jadi anak orang kaya! Sempat Katrina membuat andaian.
“
Sudah-sudahlah tu! Asyik senyum je. Nanti ada yang berkenan, payah pulak
daddy.” Dato’ Redzuan sekadar bergurau. Pantas Katrina mencubit lengan lelaki
separuh abad itu sebelum memeluknya dengan erat.
“
Ada-adalah daddy ni! Kalau daddy nak tahu, ramai tahu lelaki sukakan Katty!
Katty je yang tak nak!” Balas Katrina dengan bangga. Dia mencebik apabila Dato’
Redzuan melepaskan tawa mendengar kata-katanya.
“
Iya ke? Ermm.. Daddy percaya seratus peratus! ” Ujar Dato’ Redzuan dengan tawa
yang masih bersisa.
“
Ala..daddy tipu kan?” Katrina mula menarik muka. Tiba-tiba seseorang memanggil
namanya dari belakang. Pantas dia berpaling untuk melihat hempunya suara.
Seorang gadis cantik bersama seorang lelaki yang agak segak, melempar senyuman
kepadanya tanpa memperkenalkan diri.
“
Sorry, awak siapa?” soal Katrina ingin tahu. Dato’ Redzuan turut menilik
keayuan wajah gadis yang sebaya anaknya itu.
“
Katty, you tak ingatkan I ke? I Irna Arina!” Irna Arina sedikit cuak dengan
sikap Katrina. Mustahil gadis itu melupakannya begitu cepat. Sebelum dia ke London
untuk menyambung pelajaran, Katrina adalah salah seorang teman baiknya.
Mustahil boleh lupa! Getus Irna Arina sedikit terkilan.
“
Ya ALLAH…sorry Arina… I lupa! Bila you balik dari London?” soal Katrina dengan
gembira. Hilang sekejap rasa hairannya sebentar sahaja tadi.
“
Aku ingat kau tak ingatkan aku!” Irna Arina seakan merajuk. Dia memandang Irwan
Hanif sekilas. Lelaki itu hanya bersahaja tanpa suara.
“
Dah kau lain sekarang! Makin cantik! Sebab tu aku tak perasan!” Balas Katrina
seraya memeluk Irna Arina dengan erat. Kemudian dia menjungkit kening sambil
menjeling Irwan Hanif yang berada di sebelah gadis itu.
“
Ooo..sorry..Ni Irwan Hanif! Bakal tunang I .” Irna Arina tersenyum lebar seraya
memaut erat tangan kekasih hati. Dato’ Redzuan masih memandang Irna Arina tanpa
berkelip. Hati kecilnya merasakan sesuatu! Sesuatu yang membuatkan dirinya
menjadi gelisah.
“
Oh ya ke? Sepadan sangat!” Puji Katrina. Kemudian dia melempar senyum kepada
daddynya.
“
Ini daddy I, Dato’ Redzuan ! Walaupun dah berumur masih ramai yang terpikat!
Mujurlah daddy setia hanya pada mummy I ! Kalau tak..” Katrina melempar senyum
kepada daddynya.
“
His, Katty ni! Ada gurau macam tu. Malu
daddy tahu!” Dato’ Redzuan mencubit pipi Katrina. Pantas Irna Arina memandang
Dato’ Redzuan. Pandangan mata mereka bertentang agak lama sebelum Irwan Hanif
berdehem beberapa kali. Dia tidak senang dengan pandangan lelaki berumur itu.
“
Erm..okeylah Arina. Aku pergi dululah! Kita jumpa lain kali. Nanti kau
datanglah ke rumah. Kau tahu rumah aku kan?” soal Katrina. Pantas Irna Arina
menganggukkan kepala. Sempat dia merenung Dato’ Redzuan yang melempar senyum.
“
Kami balik dulu. Jumpa lagi!” Singkat kata-kata Dato’ Redzuan.
“
Ya, jumpa lagi!” Balas Irna Arina dengan senyuman manis. Katrina memeluknya
dengan kemas sambil diperhatikan oleh Dato’ Redzuan. Mereka meminta diri dan berlalu
meninggalkan dirinya dan Irwan Hanif. Tanpa disedari oleh Irna Arina, Irwan Hanif menarik muka masam. Senyuman di
bibir Irna Arina menambah sakit di hatinya. Orang tua gatal! Omel Irwan Hanif
di dalam hati.
****
Ketika memilih barang untuk dijadikan hantaran
tunang, wajah Irwan Hanif mencuka sepanjang jalan. Dia tidak senang dengan
gelagat Irna Arina dengan Dato’ Redzuan sebentar sahaja tadi. Sakit benar
matanya melihat gelagat mereka. Hatinya turut merasa panas. Cemburu? Itulah
yang terjadi kepadanya saat itu.
“
Sayang, kenapa ni? Muka tu masam je dari tadi! Tak seronoklah macam ni!” Irna
Arina menarik tangan lelaki itu. Wajah kelat Irwan Hanif semakin jelas. Terkena
sawan ke apa! Irna Arina mendengus perlahan.
“ I
tak suka dengan sikap you! You nak bertunang dengan I , tapi sempat lagi
bertentang mata dengan orang lain! Tu depan I, belakang I tak tahulah macam
mana!” Kuat Irwan Hanif melontar kata. Irna Arina tergamam buat seketika. Apa
salah dia sebenarnya sehingga lelaki itu meradang secara tiba-tiba.
“
Dengan siapa Hanif? You jangan tuduh I !” Irna Arina meninggikan suara. Panas
hatinya datang secara tiba-tiba.
“
Tadi tu, dengan Dato’ Redzuan tu apa? Dasar tua bangka tak sedar diri!” Sumpah
Irwan Hanif dengan nada cemburu. Irna Arina membutangkan matanya. Tidak sangka
Irwan hanif cemburukan Dato’ Redzuan, daddy teman baiknya sendiri.
“
Hanif, you boleh tak berfikir sebelum bercakap? Dato’ Redzuan tu, ayah kepada
kawan baik I ! Takkan I nak nak buat macam tu! Datin Zainab, isteri Dato’
Redzuan dah macam mak I ! Takkan I nak bermadu. Nonsense!” Irna Arina
benar-benar marah dengan tuduhan itu. Mukanya merah padam. Pantas dia menumbuk
dada Irwan Hanif dan berlalu meninggalkan lelaki itu.
“
Sayang, I minta maaf!” Pantas Irwan Hanif meminta maaf. Langkah kaki Irna Arina
diikuti dengan perasaan bersalah.
“
You cemburukan I dengan orang lain! Yang you tu, bila nak putuskan pertunangan?
Dah lebih seminggu! Ni, kita beli bertunang untuk apa? Kalau you tak putuskan
dalam minggu ni, I akan tinggalkan you! Biar I kahwin dengan lelaki tua bangka
tu! Senang hidup I !” Jerkah Irna Arina seraya mengugut. Irwan Hanif menelan
air liur yang tersekat di kerongkong.
“ I
janji! I minta maaf okey!” Tutur Irwan Hanif dengan lembut. Irna Arina merenung
lelaki itu dengan muka yang masam. Kemudian dia menganggukkan kepala. Segaris
senyuman mula terukir di bibirnya.
“
Janji?” Irna Arina mengangkat tangannya separas bahu.
“
Ya, I janji!” Balas Irwan Hanif sambil mengikut gaya Irna Arina. Gadis itu
tergelak kecil.
“
Nak beli apa lagi?” soal Irna Arina. Masih banyak barang yang belum dibeli. Dia
berfikir sejenak.
“
Cincin! Belum beli lagikan?” Irwan Hanif mengingatkan kekasih hatinya. Pantas
Irna Arina menganggukkan kepala.
“
Jom! I nak cincin yang paling mahal! Harga puluh ribu punya!” Balas Irna Arina
dengan senyuman lebar. Irwan Hanif tersentak. Alahai..aku bukannya banyak duit!
Mangkuk ni takkan tak tahu.
“
Sayang…I” Irwan Hanif menggarukan kepalanya. Irna Arina tergelak kecil. Dia
faham lelaki itu bukannya mampu untuk menunaikan permintaannya itu. Baginya
nilai cincin itu tidak penting. Apa yang penting, Irwan Hanif ikhlas dengan
cintanya.
“ I
gurau jelah! You ni, menggelabah je lebih. I tak kisah mahal atau murah. Yang
penting kita kahwin. Okey?” tutur Irna Arina serba salah melihat raut muka
Irwan Hanif yang berubah secara tiba-tiba.
“
Terima kasih sayang…” ucap Irwan Hanif sedikit terharu. Dia yakin Irna Arina
akan bersamanya walaupun susah mahupun senang.
****
Seusai sampai di rumah, Katrina menjerit memanggil
Datin Zainab. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Barang-barang yang
dibeli dikeluarkan satu persatu. Dato’ Redzuan yang melihat gelagat anaknya
hanya menggelengkan kepala. Perempuan! Getusnya sendiri. Kemudian dia
teringatkan renungan teman anaknya sebentar sahaja tadi. Irna Arina! Cantik namanya! Sempat Dato’ Redzuan memuji
di dalam hati.
“
Mummy…” panggil Katrina sekali lagi. Matanya melilau mencari wanita itu. Tidak
lama kemudian, kelihatan bibik Nara
datang dengan tergesa-gesa.
“
Ya Cik Katty. Cik Katty panggil saya?” soal Bibik Nara kelihatan menggelebah.
Katrina menjengilkan matanya. Geram!
“
Bila masa saya panggil bibik? Datin mana?” soal Katrina dengan kasar. Wajah
bibik Nara direnung dalam-dalam.
“
Tadi datin ada cik Katty. Sekarang saya enggak tahu..” ujar bibik Nara
takut-takut.
“
Kau pergi buat air! Jangan memekak kat sini!” Arah Katrina malas melayan. Kemudian
terdengar derap kaki seseorang menuruni anak tangga. Pantas Katrina berpaling.
Wajah mummynya kelihatan serius. Pasti terdengar jerkahannya kepada bibik Nara
sebentar tadi.
“
Berapa kali mummy pesan. Jangan berkasar dengan bibik! Kalau bibik lari macam
mana? Payah nak cari pengganti!” Keras kata-kata Datin Zainab. Dato’ Redzuan
hanya menggelengkan kepala. Malas dia untuk masuk campur hal perempuan. Panas
baran tak menentu! Fikirnya.
“
Ala mummy ni. Dah Katty panggil mummy! Yang dia perasan tu kenapa!” Tekan
Katrina tidak mahu mengalah.
“
Banyaknya beli. Kenapa membazir!” Datin Zainab duduk di sebelah Katrina.
Sesekali dia menjeling suaminya yang bersahaja. Lelaki itu melabuh duduk sambil
menonton televisyen.
“
Ni semua Katty punya. Ala mummy, daddy kan banyak duit. Tak macam tu daddy?”
balas Katrina seraya tersenyum lebar.
“
Abang, kenapa manjakan Katty ni? Naik lemaklah dia! Barang-barang ni semua, dah
berlambak dalam bilik dia tu! Buang duit je!” Tegas Datin Zainab. Dia tidak
suka melihat Katrina yang terlalu boros.
“
Sekali sekala sayang. Awak tu janganlah berkeras sangat dengan anak. Tak elok!”
Nasihat Dato’ Redzuan. Katrina tersenyum lagi apabila disebelahi daddynya.
Kemudian dia menjeling tajam bibik Nara yang datang membawa air.
“
Terima kasih! Lain kali, pasang telinga betul-betul!” Ucap Katrina dengan sinis.
Datin Zainab menggelengkan kepala. Sesak dadanya dengan sikap Katrina. Entah
bila akan berubah! Getusnya sebelum berlalu untuk ke halaman rumah. Bibik Nara
pula berlalu untuk ke dapur. Malas dia mengadap muka cantik berhati gelap
seperti Katrina. sakit hati!