Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
196,544
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Bab 15

MAKCIK Sue sedang menggunting hujung sebuah bantal miliknya. Di dalam bantal tersebut terkandung barangan emas serta duit simpanan yang disimpan olehnya bertahun-tahun lamanya. Nampaknya barangan emas ini perlu digadaikan. Dia perlukan wang untuk ke Kuala Lumpur. Dia hendak mencari Arlisa dan Arissa. Kedua-dua orang kembar itu perlu ditemukan.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 40an ini berhajat untuk membeli tiket esok. Dia bercadang nak membawa Nida bersama sebagai peneman. Kata si Nida, dia ada seorang kawan yang tinggal di Kuala Lumpur. Nanti bolehlah mereka tumpang berteduh di sana buat dua tiga hari.

Sekarang ini apa yang membimbangkan Makcik Sue ialah di mana kedua-dua beradik itu berada? Di mana dia hendak mencari mereka? Kuala Lumpur itu bukan sekecil Tanjung Tokong ataupun Taman Tun Sardon. Kuala Lumpur bandar besar, ada banyak kereta dan bangunan tinggi-tinggi. Tak kurang juga seribu satu macam perangai manusia.

Mungkin itu semua tidak penting. Yang penting sekarang ke sana dahulu. Insya Allah, kalau ada jodoh dia pasti menemukan kedua-dua orang kembar tersebut. Jikalau ia memerlukan masa yang lebih panjang, Makcik Sue juga bercadang untuk tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di sana buat sementara waktu. Selagi Arlisa mahupun Arissa belum ditemui, dia tidak akan pulang ke Pulau Mutiara ini!

****

“SOFEA, macam mana dengan kerja yang you cakap you tawarkan I tu?” soal Kamal yang sedang menyuapkan kentang goreng Mc Donald ke dalam mulutnya.

“I belum tanya kawan I lagilah sayang,” jawab Sofea.

“Bila you nak tanya?” soal Kamal lagi. Dia sudah terasa malas asyik berlenggang di rumah.

“Esoklah.”

“Esok? Kalau I ikut boleh?”

“Tak payahlah.. I tanya kawan I tu dulu. Lagipun I tak sure la dengan keadaan syarikat dia tu..” Sofea mula mendekati Kamal dan mengambil kentang goreng dari tangan Kamal.

“Kenapa pulak dengan syarikat dia? Nak bankrupt?” Kamal resah. Jangan-jangan si Sofea ni nak kenakan aku.

“I dengar macam tu lah. Tengoklah macam mana.”

“I tak nak kerja kat tempat yang nak bankrupt.. you jangan main-mainkan I…” Kamal berasa tidak puas hati dengan jawapan Sofea. Main-main pulak!

“I tak main-mainlah.. Fashionista tu syarikat besar tau! Tapi sejak akhir-akhir ni kurang bagus sikit..” kata Sofea.

“Hmm ye lah! But esok kalau I nak ikut you boleh?” tanya Kamal sambil tersenyum.

“Mestilah boleh sayang!” Sofea mencuit dagu bakal tunangannya. Sampai sekarang mereka masih berkesedudukan. Perkara ini pula masih belum diketahui ibubapa Sofea.

Oleh sebab itulah Kamal perlukan pekerjaan dangan secepat mungkin. Dia mahu menyewa di rumah yang lain. Walaupun Sofea bertegah supaya Kamal tinggal sahaja dengan dirinya, namun lelaki yang berasal dari Pulau Pinang ini kurang senang. Dia tidak mahu dihurung masalah jikalau mereka ditangkap basah nanti kerana tinggal serumah dengan bukan muhrim. Habis punah harapannya nak bermertuakan Datuk Zahari.

****

PAGI itu Nida berkunjung ke rumah Makcik Sue. Dia datang hendak memberitahu bahawa tiket bas sudah ditempah. Kemungkinan mereka bakal bertolak pada hari Rabu.

“Terima kasih banyaklah Nida sebab belikan tiket ni,” ucap Makcik Sue sambil melipat tiket bus Plusliner dengan kemas.

“Sama-sama Makcik.. jangan simpan merata pulak tiket tu. Nanti hilang susah.. hehe,” kata Nida sambil tertawa kecil. Dia seronok melihat Makcik Sue gembira. Kalau tidak bermuram durja saja memanjang.

“Ni kira kita bertolak Rabu pagi lah kan? Kamu dah mintak cuti dengan boss kamu tu?” tanya Makcik Sue.

“Sudah Makcik. Mak saya pun tak kisah. Dia cakap nanti jangan lupa belikan dia tudung kat Jalan TAR,” jawab Nida. Itu sebenarnya tujuan utama dia ke KL. Nak memborong…

“Eh sempat ke nak ke Jalan TAR tu semua? Bila masa pulak nak mencari Arlisa?” Makcik Sue jadi risau. Tujuannya ke sana nak cari adik-beradik kembar itu.

“Sempatlah Makcik. Kawan saya kat sana tu kenal Kamal! Dia cakap dia boleh bawak Makcik Sue jumpa Kamal. Mana tahu Lisa dengan Kamal,” jawab Nida. Relakslah Makcik Sue. Ni Nida! Memang dah pandai dalam hal-hal pencarian ni.

“Oh kalau macam tu baguslah!” Makcik Sue tersenyum. Akhirnya, dia akan berjumpa dengan Arlisa.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.