Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
196,548
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Bab 8

ARLISA masuk ke dalam bilik yang bakal dihuninya untuk setahun. Segala barangan dalam bilik ini kelihatan kemas dan tersusun. Ada beberapa bingkai gambar kakaknya yang tergantung di dinding bilik dan ada juga yang diletakkan di meja solek.

Arlisa meneliti ruang bilik tersebut dan membuka almari baju. Tiada sehelai pun baju lelaki yang tergantung di dalamnya. Ternyata bilik ini bilik untuk dirinya seorang. Dia melihat Siti yang sedang giat mengemas baju-bajunya dari bagasi besar milik Arissa. Semua baju-baju Arissa kelihatan sangat seksi dan pilihan warnanya sangat menggoda. Arlisa kurang berminat terhadap baju-baju tersebut. Cuma ada segelintir sahaja baju yang kelihatan baik untuk dipakai. Tidak begitu seksi dan mengeksploitasi bentuk badan.

Siti kemudiannya beralih ke meja solek Arlisa. Dia mengeluarkan sebuah kotak logam. Kotak tersebut dibuka dan isinya adalah batang rokok. Kemudian Siti mengeluarkan lighter dari laci meja solek tersebut. Dia menghulurkan kepada Arlisa. Arlisa keliru dengan tindakan Siti itu. Merokok? Arissa merokok? Tidak! Aku tak mampu dan aku tidak boleh melakukan kejahatan. Ini prinsipku.

“Puan? Rokok?” Siti bertanya sambil mengukir senyuman. Dia seakan-akan tahu apa kesukaan dan kebencian Arissa.

“Tidak. Saya sudah berhenti merokok.” Arlisa bangun dan terus menuju ke meja solek. Dia mengambil bekas berisi rokok serta lighter dari tangan Siti lalu mencampakkan kedua-duanya ke dalam bakul sampah. Once and for all!

“Puan! Puan serius?” Siti terkejut dengan tindakan Arlisa. Dia tidak pernah menyangka Arissa setegas ini.

“Ya. Mulai sekarang saya tidak merokok lagi,” jawab Arlisa. Tegas.

“Baiklah, puan ada apa-apa lagi?” Siti jadi kecut perut melihat tingkah laku Arlissa. Pelik benar perangai Puan Arissa kali ini.

“Tunggu, saya nak tanya. Macam mana keadaan rumah ni masa saya tak ada? Ada apa-apa yang berlaku?” tanya Arlisa. Aku perlu tahu sedikit sebanyak mengenai hal rumah ini. Siti adalah sumber informasi aku yang utama. Gadis ini nampak seperti pengampu baik Arissa.

“Oh.. tak ada apa sangat yang berlaku Puan. Semua macam biasa.”

“Encik Adam? Dia okey?” Arlisa cuba mengorek satu-satu.

“Baik-baik saja Puan. Tapi hari tu dia ada bertengkar dengan Cik Fida.”

“Bertengkar?” Fida? Siapa dia?

“Ya, adik Encik Adam tu memang macam tu lah Puan. Dia hari tu marahkan Ameera. Sebab budak tu main masa tengah makan. Katanya bising sangat. Dia ada mengutuk Puan tau,” Siti cuba menambahkan pedas dalam ceritanya. Biar Puan Arissa dan Cik Fida bertengkar. Barulah Cik Fida tu tahu siapa yang lebih berkuasa.

“Dia kata apa tentang saya?” Arlisa cuba lagi mengorek cerita.

“Dia kata Puan dan suami Puan tak reti jaga anak. Si Ameera tu jadi buas macam tu sebab Puan tak pernah bagi kasih sayang cukup dekat dia,” kata Siti yang setia bercerita.

“Iya ke saya begitu Siti?” Suatu pertanyaan yang menimbulkan kecurigaan Siti.

“Puan? Kenapa Puan tanya saya macam tu?” Puan Arissa semakin pelik perangainya!

“Tak.. tak ada apalah..” Arlisa cuba menutup kesalahannya. Dia tersalah tanya. Arissa mengapa kau rosakkan budak itu. Kasihan dia, tak cukup kasih sayang rupanya.

“Lagi satu Puan! Semalam saya curi-curi dengar Puan Murni berbincang dengan Encik Adam.” Siti separuh berbisik. Takut-takut Encik Adam terdengar.

“Apa yang awak dengar?” Arlisa begitu berminat untuk mengetahui hal mengenai Puan Murni. Perempuan itu digambarkan oleh Arissa sebagai penyibuk dan manusia yang paling dia benci.

“Puan Murni cakap..” Belum sempat pun Siti bercerita, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Lalu Siti membukanya. Kelihatan Adam diluar bilik. Lelaki itu mengarahkan Siti meninggalkan dia dan Arlisa bersendirian di bilik.

Arlisa menggeletar seketika. Dia takut Adam ingin berbuat yang bukan-bukan. Dalam hatinya, dia asyik berselawat dan memohon perlindungan dari Allah. Tolonglah jauhkan dirinya dari sebarang kemaksiatan.

“Arissa.. you sibuk ke?” tanya Adam.

“I baru nak berehat,” kata Arlisa. Dia terus bangun dari birai katil.

“Oh.. I see. I ada perkara nak dibincangkan dengan you.” Adam mendekat kepada dirinya.

“Apa dia? Cakaplah Adam, I mendengar..” Arlisa menjauhkan dirinya. Dia kini menuju ke jendela.

“Sebenarnya malam ini.. I ada buat makan-makan sikit. I ada jemput Arman dengan Paty sekali. I nak gatherkan semua orang, berbincang pasal mama. I fikir mama rindukan anak-anak dia berkumpul semua sekali. I juga bercadang nak ajak dia turun makan malam dengan kita. Dah lama dah mama tak makan dengan kita semua,” jelas Adam. Matanya bercahaya. Dia benar-benar ikhlas dalam kata-katanya. Arlisa sangat terpegun mendengarkan penjelasan Adam. Lelaki ini sangat menyayangi ahli keluarganya. Namun dapat juga dia rasakan seperti ada perkara lain yang ingin disampaikan Adam kepada dirinya.

“Okey, that’s good Adam,” jawab Arlisa dengan lembut. Dia tersenyum. Wajah Adam sangat menenangkan jiwanya.

“You are okey with it?” Adam hairan dengan sikap Arissa. Begitu mudah dia menerima cadangan si suami hari ini.

“Yes I’m fine Adam. Kenapa?” Arlisa mengerut dahinya. Suatu idea yang baik. Mengapa harus ditanya-tanya lagi?

“Tak.. beginilah, I tahu you suka cakap benda straight to the point kan? I nak mintak dengan you… supaya janganlah melawan or nak bertikam lidah lagi dengan Arman. If dia cakap buruk tentang you, you diamkan je. And kalau Fida cakap apa-apa yang you tak setuju, you can always leave the table and go upstairs or somewhere. I just tak nak bergaduh lagi. Kalau you dengar cakap I kali ini, I janji I belikan you beg LV yang you tengok hari tu,” kata Adam. Arissa baginya harus disogok dengan materialistik supaya dia mengikut arahan. Kalau tidak wanita ini akan memberontak. Adam hanya mahukan makan malam hari ini berlalu dengan lancar.

Arlisa terkejut mendengar kata-kata Adam. Beg LV? Adakah ini suatu sogokan? Sampai begitu sekali. Arissa.. Arissa.. kenapa kau menyusahkan hidup suami kau? Aku malu Arissa. Malu menjadi adik kau!

“Adam, it’s okey. You tak payah beli beg LV tu. I promise that I will be in my best behavior. You jangan risau. Everything will be fine dan I janji your mother akan turun makan malam bersama kita malam ni,” janji Arlisa. Dia tak mahu membebani hidup Adam sekeluarga lagi. Arissa yang mereka kenal sudah tiada. Kini Arissa sudah berubah, dia tidak sama seperti yang dahulu.

“Are you sure? Thanks my dear, thanks!” Adam kelihatan sangat gembira. Buat pertama kalinya, dia merasakan Arissa sedang berubah. Tetapi dia tak tahu sampai bila dan sampai mana.

Adam sekali lagi melakukan kejutan. Dia mencium pipi kanan Arlisa secara tiba-tiba. Keadaan tersebut membuatkan Arlisa tergamam seketika. Dia buat lagi! Aku harus lebih lagi berjaga-jaga. Arghh!

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail