Home Novel Cinta Tak Ku Mampu..
Tak Ku Mampu..
hijratul
6/9/2018 12:38:32
9,552
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

“Sibuk ke?” 

Miasarah panggung kepala. Hilang tumpuannya gara-gara terkejut mendengar sapaan Razlan yang datang secara tiba-tiba memunculkan diri dimuka pintu biliknya. Bagi salam pun tidak tiba-tiba datang bertanya. Jam didinding dikilas sebentar, baru pukul 3 petang. Miasarah capai telefon bimbitnya diatas meja, manalah tahu Razlan ada menghubunginya sebelum dia datang tercongok dimuka pintu. Takde pula misscall seperti yang dijangka. Wajahnya kembali ditala ke arah Razlan. Lelaki itu cuma berdiri diluar bilik sabar menunggu jawapan darinya. 

“Kenapa..” Balasnya hairan. 

“Balik nanti aku tumpang kau erk, kereta aku masuk bengkel esok baru siap.” Jelas Razlan diatas pertanyaan tadi. Bukannya dia tidak pernah menumpang Miasarah, acap kali juga sejak kereta Wira pemberian ayahnya sudah mulai sakit-sakit. Dia bukan tidak mampu memiliki kereta yang lebih baik, lebih dari layak dengan gajinya sebagai jurutera utama syarikatnya berkerja. Dia bukan juga lelaki yang suka berpeleseran. Miasarah selalu mengelarkannya ‘orang bakil alaf baru’. Dia tidak kisah, ada matlamat yang perlu dia penuhi. 

Miasarah garu kepalanya yang bertudung. 

“Mia” 

“Apa!” balasnya acuh.

“Boleh ke tak boleh?”

“Macam tak biasa pulak. Sebelum ini pun kalau kereta kau buat hal tak pernah datang bertanya kan sedar-sedar dah ada dalam kereta. Dah insaf ke buat kerja tu.” Bidas Miasarah geram. Datang semata-mata hendak bertanya yang itu. Sebelum ini pun dia juga yang ditumpangnya. Razlan yang masih menempel dimuka pintu dengan wajah sedih dikerlingnya tajam. Pelik pula, biasanya dia terus duduk di kerusi tapi kali ini cuma dimuka pintu. Sengaja memancing simpati agaknya. 

“Ada nak singgah mana-mana ke” soal Miasarah tangan mula membelek-belek dokumen diatas meja kerjanya. 

 “Balik rumah terus la malas dah nak keluar.” Wajah Miasarah ditenung dalam diam, kenapa dia tidak perasan akan kecomelan Miasarah sebelum ini. Dia yang tinggal serumah pun langsung tidak sempat berjumpa pagi tadi namun dia terdengar beberapa orang memuji kecantikan Miasarah. 

“Okay” Balas Miasarah sepatah lalu memberi tumpuannya kepada kerja yang tertangguh. Razlan yang masih menempel tidak dihiraukan. Meragam lagi Wira kesayangan Razlan sudah selayaknya sahabatnya itu bertukar kereta tetapi Razlan masih lagi setia seperti setianya cinta Razlan kepada Erina. Miasarah tidak faham dengan sikap lelaki itu. Bukan dia tidak mendengar lelaki ini sering dikutuk teman-temannya tapi dia sengaja pekakkan telinga. Sebagai sahabat bohong jika dia tidak terkesan dengan kutukan itu namun apabila mengenangkan si empunya badan pun buat pekak badak jadi lebih baik dia diamkan diri.

 “Macam tak sudi je bunyinya. Kau tak takut ke kalau aku kena kidnap. Tak sayangkan aku..” balas Razlan membuatkan Miasarah memanggung kepalanya sekali lagi. Dia mengalah dengan Razlan, bukan kerana kalah tapi dia tidak mahu mendengar ayat-ayat merepek yang bakal keluar dari mulut Razlan Kalau sudah melalut memang susah nak dikawal.

“Okay..kalau aku lambat kau tunggu aku kat lobi tapi kalau kau lambat… selamat jalan romeo.” Ugut Miasarah membuatkan Razlan berdiri tegak dan tak semena-mena memberi tabik seperti seorang anggota polis bersedia menerima arahan daripada ketuanya. Miasarah ketawa kecil namun sekali lagi sebelum berlalu Razlan acukan pula pistol tangannya ke arah Miasarah sambil mengenyitkan sebelah mata.. Miasarah sempat menekup mulutnya menahan diri dari ketawa kuat lucu pula melihat aksi spontan Razlan yang mencuit hati. 


Razlan sudah tercongok dilobi sedang asyik dengan iPhone ditangan hinggakan Miasarah berlalu pun dia masih tercegat disitu dan terpaksa pula Miasarah melaung nama temannya itu. Razlan memacu langkah menyaingi langkah Miasarah yang semakin menjauh. BerwhatsApp dengan Farhan memang buat dia leka. 

“Lama betul kat atas tu banyak kerja ke” Soal Razlan menjeling sekilas ke arah Miasarah yang semakin laju melangkah menghampiri Myvinya. 

“Takde lah banyak sangat pun baru lepas solat asar tadi.” Jawab Miasarah sambil menekan alarm keretanya.

“Kau dah?”

Razlan sengih. Soalan Miasarah bagaikan memakan diri sendiri. Sempat dia menangkap jelingan tajam Miasarah yang sudah lali dengan jawapannya. Entah kenapa dia culas sangat menunaikan solat. Kalau solat pun dihujung-hujung waktu.  

Miasarah menumpukan pemanduan ke atas jalan raya, nasib baiklah jalan yang dilalui tidak begitu sibuk tidak seperti jalan berlawanan disebelahnya yang bertali arus. Dia menjeling Razlan disebelah yang sedang leka benar melayan whatsApp. Dengan siapa lagi kalau bukan Erina. selaku teman dia tidak mahu masuk campur dalam hbungan mereka. Miasarah jeling sekilas bila ketawa Razlan meletus tiba-tiba membuatkan pemanduanya terganggu. Nampak sangat dia seperti pemandu yang sedang mengambil bosnya pulang dari kerja.

“Aku yang letih memandu sedap-sedap je orang tu melayan whatsApp ya.” Bidas Miasarah geram. Bukannya Razlan hendak berborak dengannya masuk kereta sahaja dia sudah berchit chat bagaikan dia pemandu tak berbayar. Sakit hati betul.

“Macam balik sorang jugak” sambung Miasarah lagi.

Razlan sengih merenung wajah Miasarah seketika sebelum dia menyambung kembali melayan whatsAppnya. “Macam tak biasa selalunya kau balik sorang-sorang takde yang temankan pun. Okay aja.” Bidas Razlan, jari jemarinya lincah menaip sesuatu dan butang send ditekan.

“Itu memang takde orang tapi kali ni ada orang. Aku rasa aku tak cakap apa-apa pun tiba-tiba dengar suara orang ketawa. Seram!” Sindir Miasarah membuatkan Razlan mengalah. Dia memusingkan badan ke arah Maisarah sengaja mahu mengusik temannya, ditatap wajah seketika. Dia perasan kadangkala sikap nakalnya itu membuatkan Miasarah tersipu malu tapi sekejap saja sebelum datang sifat ganasnya. 

“Yalah..yalah..aku sembang dengan sayang.” Usik Razlan diikuti ketawa kecilnya. Sengaja mahu mengenakan Miasarah yang sudah berangin.

Miasarah mencebik.

“Aku whatsApp dengan Farhan dia ajak aku keluar malam ni, tapi aku malaslah nak keluar. Takde kerjalah tu ini mesti nak korek cerita kita.” Mulut bercerita tangan tetap laju menaip.

“Kau pun tak payah lah nak ceritakan semuanya pada Farhan tu. Aku bukannya apa tak nak lah terbocor rahsia kita ni dengan mak ayah bak kata orang tua-tua tarik rambut dalam tepung jangan sampai tepung berselerak” Wajah Razlan dijeling sekilas sebelum mata ditalakan kembali ke arah jalan raya. 

Razlan tarik nafas. Dua minggu lalu dia ada berjumpa Datuk Haris di hotel Hilton sewaktu menemani Tan Sri Khalid bertemu dengan rakan perniagannya. Datuk Haris nampak terkejut dengan kehadirannya. Seperti apa yang dia katakannya kepada Erina dia akan buktikan suatu hati nanti dia mampu menjadi ‘seseorang’ dan waktu itu dia akan kembali mendapatkan cinta mereka. Pertemuannya dengan Datuk Haris langsung tidak diberitahu kepada Miasarah. Faham sangat dia dengan sikap Miasarah yang memang pantang jika disebut nama lelaki itu. Miasarah masih menyalahkan Datuk Haris kerana sampai sekarang belum merestui cintanya sedangkan dia sudah berjaya menjadi jurutera bukan lagi penjaga stor. Kata Miasarah dia takkan benarkan kisah cinta Laila dan Majnun terjadi lagi. Dan disebabkan itu jugalah Miasarah sanggup menolong Razlan walaupun terpaksa berkorban dan berlakon dihadapan orang tua Razlan yang rumahtangga mereka aman damai walhal mereka hidup seperti orang bujang. Razlan rasa bersyukur dikurniakan sahabat yang sedia membantunya.

 “Apasal kau pakai tudung macam ni erk nak pikat Mr. Darren.” Soal Razlan lalu tangannya menarik hujung tudung yang dipakai Miasarah.

“Kenapa!” soal Miasarah agak terkejut tiba-tiba Razlan menyoalnya begitu. Mata membulat memandang Razlan tapi cepat-cepat diarah kembali ke jalan raya. Gila punya soalan. Ingat dia gatal sangat ke nak buat kerja macam tu. Semalam dia dengan wawa cuba belajar pakai tudung macam dalam youtube. Sekali menjadi walaupun mulanya agak payah nak buat tapi okay la sekurang-kurangnya ada sedikit  perubahan. Kalau datang mood malasnya tudung pakai muat juga yang jadi pilihan. Tak pakai macam ni pun dia tahu Mr. Darren ada hati dengannya tapi sengaja dia buat tak tahu. Boleh pula mamat disebelahnya cakap dia nak mengurat Mr. Darren memang mulut takde insuran langsung. 

“Tapi kau memang nampak cantik sangat hari ni.” Puji Razlan ikhlas. Dia memang payah hendak memuji orang tetapi apa salahnya dia memaniskan mulut memuji Miasarah sesekali walaupun dia tahu Miasarah langsung tidak terusik.


Pang!..

“Allahuakbar!”

Miasarah terjerit mendengar bunyi kuat yang datang dari arah belakang keretanya dan tiba-tiba dia merasakan keretanya terhoyong hayang tidak dapat dikawal. Kedua tangan sudah memegang kejap pada stereng kereta supaya tidak terbabas. Rasa cuak dan cemas memenuhi ruang fikiran dalam situasi begini tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jantungnya bagaikan mahu pecah melalui situasi yang pernah dia alami suatu ketika dulu. Bunyi hon dari kereta dibelakangnnya menambahkan lagi kebimbangannya hinggakan tangan Miasarah terkalih sedikit pada stereng kereta menyebabkan kereta yang dipandunya hampir mahu melanggar sebuah kenderaan lain.

“Mia!..” jerit Razlan. Berkali-kali dia menelan liur. Dia turut merasa cemas melihat keadaan tidak terkawal itu. Hamper sahaja kereta yang dipandu Miasarah mahu bergesel dengan sebuah lagi kenderaan yang berada dibelakang mereka. Razlan semakin cuak. Bunyi hon kereta dibelakang juga semakin menaikkan tahap panik Miasarah.

“Lan!..” 

Suara Miasarah bagaikan mahu menangis memanggil nama Razlan membuatkan Razlan tersedar, dia harus melakukan sesuatu. Ditarik nafasnya sebelum memandang Miasarah yang nampak kepucatan.

“Mia..tenang pegang stereng tu jangan lepaskan” laungnya cemas. Tidak sedar tangannya memegang kejap tangan Miasarah. Apa yang dia tahu dia cuma mahu menghentikan kereta itu dengan segera. Lagi lama berada diatas jalan raya lebih banyak kebarangkalian mereka akan mengalami kemalangan yang serius.

“Allah!..Allah!..Allah!..” itulah kata-kata yang berulang kali meniti dibibir Miasarah. “Allahuakhbar..Kenapa ni Lan..” Dalam panik dengan suara terketar-ketar Miasarah sempat menyoal temannya itu. Dia bingung seketika. 

“Mia tekan brek!..brek!.. “ jerit Razlan bila merasakan Miasarah berada dalam keadaaan kebingungan. Dia sudah dapat membayangkan akibatnya jika Miasarah tidak bertindak secepat mungkin. 

“Mia!” 

Bagaikan tersedar bila namanya disebut, mengigil seluruh tubuhnya. Dengan rasa cemas yang semakin mengila ditambah pula dek suara Razlan menjerit secara tiba-tiba itu membuatkan Miasarah menekan brek sekuat hati sambil mata dipejam rapat. 

“Arghh!!!…”

Sepi.



Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.