Home Novel Cinta Osaka, With Love
Osaka, With Love
Mastura Abdullah
14/9/2018 08:44:39
80,057
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

SARAPAN pagi di Osaka hanya berbekalkan roti dan milo yang dibawa khas dari rumah. Penerbangan selama enam jam tiga puluh minit semalam berjalan dengan lancar. Sampai sahaja di bilik penginapannya, Umairah terus mandi dan masuk tidur. Sedar tak sedar, dia terlewat bangun dan sedang tergesa-gesa menghabiskan sarapan paginya.

Telefon yang berdering tiba-tiba menyebabkan Umairah terkejut dan hampir menyemburkan minumannya. Sabar ajelah! Omelnya sambil mengurut dada.

Perlahan-lahan, dia meletakkan mug kembali ke atas meja sebelum bergegas menyambut panggilan telefon.

“Umai, kau dah sarapan ke?”

“Faeeq, mana kau dapat nombor bilikni?”

“Susah sangat ke nak cari nombor kau?” tanya Faeeq kembali.

Dia berfikir hendak mengajak Nadyne Umairah bersiar-siar di kota Osaka, memandangkan mereka punya sedikit masa terluang sebelum kembali ke lapangan terbang untuk urusan pemeriksaan kapal terbang.

“Emm... ada apa kau telefon aku?”

“Umai, boleh tak kalau aku nak ajak kau keluar?” soal Faeeq, jujur.

“Emmm...Maaf Faeeq, aku dah janji dengan Dayyan nak jumpa dia hari ni,” jawab Nadyne Umairah, perlahan.

Di hujung talian, Faeeq memejamka nmatanya. Sedikit sebanyak, dia berasa kecewa kerana masih gagal mencari ruang untuk bertemu dengan Umairah secara bertentang mata.

“Bukan kau dah putus tunang dengan Dayyan?”

“Ya, tapi ada hal yang aku masih belum selesaikan dengan dia,” terang Umairah, berhati-hati.

Walaupun dalam diam dia menyukai Faeeq, tetapi entah mengapa, permintaan Faeeq untuk keluar bersama tak langsung menggembirakannya. Yang ada dalam mindanya, hanya wajah Dayyan yang menanti penjelasannya.

“Oh...jadi aku tak punya peluang langsung nak jumpa kau, Umai?”

“Faeeq...aku dah lambat. Aku tak berani nak janji dengan kau. Bye!” balas Umairah sebelum menamatkan perbualan itu.

Dia cepat menghabiskan baki minumannya lalu bersiap seringkasnya untuk bertemu dengan Dayyan seperti yang telah dipersetujui semalam. Sedangkan di hujung sana, hati yang berharap sedang patah dan kecewa.

“Aku tunggu kau lapan tahun, Umai!”luah Faeeq, hampa.

Terasa hatinya pedih dicucuk-cucuk dek layanan yang diberi oleh Umairah. Barangkali hatinya memang melekat kuat pada juruterbang tampan bernama Dayyan Putra.

“Faeeq,jom, pusing-pusing Osaka. Kami tunggu kat lobi.” Pesanan ringkas yang baharu diterima, dibaca dengan teliti.

Buat apa dia buang masa di dalam bilik sedangkan teman-teman yang lain semua mencari keseronokan sendiri buat mengisi masa lapang. Jika bukan hari ini, tentu ada masa lain untuk bertemu mata dengan Umairah. Tak mengapa! Biar Umairah selesaikan dahulu urusannya dengan Dayyan. Kemudian, aku akan menyusul! Aku akan tambat kembali hatimu sehingga tiada ruang lagi untuk kau larikan diri dari aku.

“Okay.Kejap lagi aku sampai,” putus Faeeq lalu membalas kembali pesanan ringkas yang dihantar oleh Hud.


ENTAH di mana mereka berada. Umairah susah hati kerana terpaksa menempuhi perjalanan panjang untuk perbincangan majlis kahwin yang telah dibatalkannya. Duduknya terasa serba tidak kena. Anehnya, Dayyan Putra di sebelah tenang sahaja. Tiada riak yang dia hendak berbincang tentang majlis mereka yang telah dibatalkan, sedangkan semalam, dia beriya-iya mahukanpenjelasan.

“Dayyan, you nak ke mana ni?”

Suara perawan disebelahnya mencuri masuk ke gegendang telinga, namun dia hanya menoleh lantas menghadiahkan sebuah senyuman.

“Dah sampai,” ujarnya sebaik kereta dipandu memasuki perkarangan sebuah masjid.

Debaran Umairah mula menggila apabila diajak keluar. Masakan tidak, dengan hanya jeans dan t shirt, dia diajak masuk ke dalam masjid. Umairah masih berkira-kira. Kenapa mesti dibawa ke masjid?

“Cepat!” arah Dayyan Putra sebaik membukakan pintu kereta untuknya. Umairah keluar juga dari kereta. Mereka berdiri menghadap satu sama lain.

“Untuk apa kita ke sini?”

“Untuk apa? Untuk jadikan you isteri I yang sah.”

“Eh, you gila ke, Dayyan?” soalUmairah, terkejut.

Anak matanya luas merenung Dayyan.Berani Dayyan bertindak sejauh itu? Apa dia fikir aku takut hendak menentangnya? Tidak sama sekali!

“Memang I gila. You sesuka hati batalkan majlis perkahwinan kita sehingga I jadi bahan caci maki saudara mara dan rakan taulan. Ada you kisah? You tak kisah! So, sekarang, mahu atau tak,you ikut I ke dalam.”

“Tak mahu! I tak hingin jadi isteri you. Kalau you nak salam sangat dengan tok kadi tu, you salam sendiri dan cari perempuan lain untuk jadi isteri you. I tak hingin!”

“You ada dua pilihan sahaja. Jadi isteri I atau hidup you musnah,” ugut Dayyan, dengan senyuman nakalnya.

Apa lagi pilihan yang dia ada?Semalam dia berfikir untuk menyelesaikan hal itu dengan Umairah. Yang kerap kali melintas di benaknya, cuma itu. Nikahi sahaja dia di Osaka!

“You ingat I takut dengan ugutan you?Jangan sombong sangat, Dayyan! Hidup you tak selalu di atas. Silap haribulan,you ditendang dari kerja sekarang disebabkan perangai gila you ni.” Nadyne Umairah memberi amaran keras.

Menyesal sungguh dia kerana bersetujuuntuk berbincang dengan Dayyan. Jika dia tahu beginilah nasibnya, tentu dia tidak akan menawarkan diri ke Osaka bagi mengganti tugas rakan yang cuti kecemasan.

“Gila tak gila. I beri you masa dua minit sahaja. Kalau you tak nak masuk ke dalam, I sendiri yang akan pastikan hidup you susah.”

“No way!” jawab Umairah lalu berpusing hendak melangkah.

Tak sempat pun dia menapak, terasa tubuhnya ditolak ke dalam kereta. Dayyan bertindak pantas memecut kereta keluar dari perkarangan masjid. Umairah terkedu. Dadanya berdetak kencang sekali. Apa agaknya malang yang bakal menimpanya hari ini?

“I nak nikahi you secara halal, tapi you tak mahu, kan? Baik, you yang buat pilihan ini. Jangan sekali-kali salahkan I.”

“Dayyan! Berhentikan kereta!” jerit Umairah lantas menumbuk-numbuk tubuh lelaki itu sekuat tenaganya. Air mata terburai jatuh di pipinya.

“You kata I gila? Ya, I gila disebabkan you. Hari ni I akan buktikan semua kata-kata you yang I gila. You sendiri yang pilih jalan ni.” Suara Dayyan tegang sekali.

Entah ke mana Dayyan memecut keretanya, Nadyne jadi susah hati. Terbayang-bayang di matanya yang Dayyan hendak memperlakukan sesuatu yang buruk ke atas dirinya. Saat ini, dia betul-betul hendak pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Terbayang-bayangwajah mama Afya dan senyuman manisnya. Namun di sebelahnya hanya ada Dayyan dengan perangai gilanya dan mementingkan diri. Oh!

“Dayyan, tolonglah!”

“You rayu pun tak guna! You  yang pilih jalan ni. I ajak you dengan cara yang baik tadi, kan?”

“Kalau begitu, you patah balik ke masjid. I pilih untuk jadi isteri you,” luah Umairah, sebak, lantas memejamkan mata.

Dia dapat merasakan pecutan kereta bertambah sebelum badan kereta menghayun masuk ke lorong paling kanan. Sekejap sahaja, haluan perjalanan mereka berubah dan mereka menghala kembali ke arah laluan yang diambil tadi. Dayyan Putra membelok kembali kereta itu sebaik tiba di Masjid Osaka.

 

Previous: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.