Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,502
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

RidzalIman memohon cuti dua hari untuk membuat persiapan sempena tarikh majlismerisik. Puan Rosmah juga tidak berniaga selama dua hari bagi membuat persiapanbarangan untuk dibawa kepada bakal pengantin perempuan di hari majlis merisik.

PuanRosmah bersama Ridzal Iman bergerak ke bandar bagi mencari perkakas untukmembuat bekas hantaran serta membeli cincin di kedai emas.

Cincinbelah rotan hanya dibeli mereka. Ridzal Iman medapatkan saiz jari, Nurdiniterlebih dahulu sebelum membeli.

Rosnanitidak mengikut mereka oleh kerana belajar di maktab perguruan di Kedah. Hendaksahaja, Rosnani pulang untuk mengikut sama pergi ke majlis merisik nanti.Tetapi dihalang oleh abang dan ibunya memandangkan dia berada jauh dan hanyabercuti di hari minggu.

“Lagi,mak? Kita nak beli apa lagi? tanya, Ridzal Iman sebaik sahaja masuk ke dalamperut kereta bersama ibunya, Puan Rosmah.

“Makrasa… kita kena bawa dua dulang. Satu dulang untuk letak cinicn, dan satu dulanglagi untuk letak manisan. Jomlah kita pergi kedai kek. Kita beli kek” cadangakan, Puan Rosmah.

RidzalIman memandu kereta sebaik sahaja mkendengar cadangan, Puan Rosmah.

 

Setelah2 jam mereka di Pekan Teluk Intan, kini mereka tiba di hadapan rumah. Ridzal Imanmembawa segala yang dibeli di pekan sebentar tadi.

PuanRosmah pula membuka pintu belakang kereta, dan mengambil kotak kek untuk dibawamasuk di dalam rumah.

 

Padamalam hari selepas sahaja solat maghrib, Puan rosmah menyiapkan hantaran untukdiletakkan kek dan juga cincin.

Disusunakan ia bunga ros plastik berwarna merah dicampur pula dengan ros plastikberwarna putih di atas dulang. Mengambil pula kotak cincin dan diletakkan diatas dulang hantaran yang telah siap digubah.

Mendengusperlahan, Puan Rosmah ketika ini. Kelakuan, Puan Rosmnah itu dapat dilihat olehanaknya, Ridzal Iman yang sedang duduk di sofa sambil menonton berita ditelevisyen.

“Mak,risau?” tanya, Ridzal Iman yang kini melangkah duduk bersama ibunya di hadapanhantaran yang telah siap digubah.

PuanRosmah memandang wajah segak, Ridzal Iman ketika ni.

“Maktak kisah andai hinaan dituju buat mak. Mak kisahkan kamu, Iman. Mak kisahkanair muka kamu nanti” bicara, Puan Rosmah kepada anaknya.

“Mak,sebelum apa-apa berlaku, kita doa yang baik-baik saja mak. Kita doakan supaya,terbukanyan pintu hati haji dengan hajjah untuk terima risik dari kita” RidzalIman, cuba meyakinkan ibunya yang terlihat resah akan wajahnya.

“Dini,tak bagitahu ibu dengan abah dia ke, yang kita sebenarnya nak bawa rombonganmerisik?” tanya, Puan Rosmah yang memandang sayu akan wajah anaknya, Ridzal Iman.

RidzalIman hanya menggeleng.

“Zarulikut juga, kan esok?” tanya, Puan Rosmah yang mahu mengalihkan perasaan gusar yanghinggap pula pada, Ridzal Iman.

“Ye,Zarul balik petang tadi. Dah sampai pun dekat rumah ayah dia” Puan Rosmah,merasa sedikit kuat memandangkan, Zarul turut ikut bersama mereka pada esokpagi.

“Paklang dengan mak lang ikut juga, kan?” tanya, Ridzal Iman. Pak lang dan maklangmerupakan adik kepada arwah ayah, Ridzal Iman iaitu, Johari.

 

Hajjah Sofiah bersama anak perempuan tunggalnya,Nurdini sedang sibuk mengemas rumah. Sesekali dilihat akan, Hajjah Sofiah padamasakan di atas dapur. Menyediakan masakan kari kerisikdaging bersama rendang ayam dan juga turut merendam pulut untuk menyediakanpulut kuning pada esok hari buat para tetamu rombongan.

“Ibumasak pulut malam ni jugak ke? Tanya anak sulungnya, along yang telah tibapetang tadi”.

“Taklah.Ibu rendam dulu pulut ni. Esok pagi baru ibu nak kukus. Lepastu letak jesantan. Ha, sebut pasal santan santan, angah dah siap mesin kelapa ke belum?”tanya, Hajjah Sofiah yang teringat akan santan yang belum diperah.

“Angahtengah kupas. Belum habis lagi kelapa-kelapa tu. Macamana along nak tolong perahkan”beritahu along yang kini menarik kerusi di meja makan untuk duduk.

“Dahtahu, angah tu kena kupas kelapa banyak. Kamu pergilah tolong. Cepatlah sikit.Ni pun dah pukul 12 tengah malam ni” bebel, Hajjah Sofiah kepada anak sulungnya,along.

“Yelahibu…” along bangun dari situ dan berjalan menuju kearah, angah yang sedangmengupas kelapa di luar.

 

“YaAllah…. Dini! Yang kamu duduk saje atas katil tu dah kenapa? Kan ibu suruh, Dinitukar langsir dengan cadar ni? termenung dah kenapa?” tegur, Hajjah Sofiahsewaktu melihat, Nurdini yang seakan termenung di atas katil.

Nurdinitersentak atas teguran ibunya, Hajjah Sofiah. Bingkas bangun akan dirinya danmencapai kain langsir untuk digantung di jendela dalam bilik.

 

“Hai…termenungje anak perempauan awak tu” rungut, Hajjah Sofiah kepada suaminya, Haji Saari yangsedang duduk di sofa.

“Yangawak sibuk kisahkan budak tu dah kenapa? Dia tahulah apa yang dia nak buat” jawab,Haji Saari kepada rungutan isterinya, Hajjah Sofiah.

“Awak,berapa hantaran awak nak letak untuk anak perempuan awak seorang tu?”pertanyaan, Hajjah Sofiah di ruang tamu dapat didengari, Nurdini. Nurdinimeninggalkan jendela, dan melangkah ke daunan pintu untuk mendengar bicaraibunya bersama abahnya, Haji Saari.

“Dinitak cakap apa-apa dengan awak ke?” tanya, Haji Saari sambil mencapai alatkawalan jauh televisyen untuk menukar ke siaran yang lain.

“Kenapapula nak tanga dia. Ini urusan kita sebagai orang tua dia” jawab, Hajjah Sofiahyang membangkang kata-kata, Haji Saari.

“Em…dah, Dini tu nak berkahwin dengan lelaki yang dia kenal. Bagi saya… letak untuksenangkan pihak lelaki. Esok-esok, susah pulak dia orang. Saya ni taknak dia orangtu berhutang sana sini untuk majlis kahwin” cadang, Haji Saari kepadaisterinya.

HajjahSofiah hanya mengangguk tanda setuju atas cadangan suaminya.

 

Nurdiniyang masih berada di dalam bilik melafaz lega. Lega setelah mendengar apa yang diperkatakanoleh bapanya, Haji Saari.

Nurdinikembali ke jendela dan meneruskan kerjanya untuk menggantung kain  langsir di tingkap.

 

Jamloceng berdering setelah pukul 6 pagi. Ridzal Iman bangun dari tempat tiduruntuk menuju ke bilik air bagi mengambil wuduk serta menunaikan solat subuh.Begitujuga dengan, Puan Rosmah.

PuanRosmah  menunaikan solat subuh secaraberjeamaah di rumah yang diimamkan sendiri oleh, Ridzal Iman. Setelah salamdiberi dan juga mengaminkan doa yang dipohon, Ridzal Iman mengucup tangan bersalamdengan ibunya, Puan Rosmah. Serta pipi, Puan Rosmah dikucupnya.

PuanRosmah senang akan perbuatan anak sulungnya itu.

PuanRosmah mengambil baju kurung berwarna ungu serta menggosok pakaian itu. Pukul 9pagi nanti adalah masa yang telah dijanjikan untuk bertemu dengan keluarga,Nurdini.

Kini,Ridzal Iman segak menggayakan baju kemeja berlengan panjang berwarna biru muda.Tangan baju yang panjang, digulung kemas olehnya.

Ridzaliman menyesuaikan kemejanya dengan seluar jeans berwarna biru gelap.

Kedengarankereta di luar. Ridzal iman menuju ke tingkap dan melihat, Zarul telahberkunjung tiba. Sapaan mesra, Ridzal Iman kepada sahabat baiknya, Zarul ketikaini.

“Jemputmasuk dulu, Zarul” Zarul kini memasuki ke dalam rumah setelah menerimaperlawaan daripada, Ridzal Iman.

“Apakhabar mak cik?” tegur, Zarul kepada, Puan Rosmah yang duduk menunggu di sofa.

“Khabarbaik. Lama tak nampak kamu, Zarul” jawab, Puan Rosmah.

“Lamatak nampak bukan sebab apa mak cik… dulu masa, Iman niaga, saya selalu jumpadia dekat tempat dia niaga je” jawab, Zarul pada persoalan, Puan Rosmah yanghanya menghadiahkan senyuman kepadanya.

“Iman,pergilah bawak, Zarul makan mee goreng dekat dapur tu” kata, Puan Rosmah kepada,Iman yang duduk bersama mereka di sofa.

Zaruldan Ridzal Iman sama melangkah ke dapur. Menyediakan air kopi panas buat, Zarul.Zarul mula menyuapkan mee goreng yang dimasak oleh, Puan Rosmah.

 

Zarulmemandang wajah, Ridzal Iman dan tersenyum. “Muka kau tu… muka tak sabar ke…muka nervous?” tanya, Zarul seakanmembuat jenaka.

“Akuni yang sebenarnya risau je lebih, Zarul. Tak boleh nak bayangkan macamanapenerimaan keluarga, Dini” jawab, Ridzal Iman yang hanya memandang suapan, Zarul.

“Takpayah penfat-penat fikir. Tanamkan satu benda dekat kepala kau. Urusan takdiradalah urusan Allah. Andai apa yang ditakdirkan, halanglah sepasukan pedangpun, tetap tak boleh lawan takdirnya. Apa yang ditakdirkan…lafaz syukursentiasa” nasihat, Zarul ketika ini.

 

Kelihatan,pak lang serta mak lang, Ridzal Iman telah tiba diperkarangan rumah. Dipelawamasuk oleh, Puan Rosmah kepada mereka supaya dapat menjamah mee goreng yangtelah siapdimasak, tetapi ditolak oleh mereka. Alasan mereka, tidak mahumelengahkan masa yang telah dijanjikan.

Kini,Ridzal Iman mengangkat dulang cincin manakala, Puan Rosmah  mengangkat dulang yang diisi sebiji kek. PuanRosmah memillih untuk menaiki kereta paklang dan maklang iaitu sebuah keretaNissan almera manakala, Ridzal Iman menaiki kereta, Zarul iaitu sebuat toyotacamry berwarna hitam.

 

HajjahSofiah bersama suaminya, Haji Saari sudah siap memakai pakaian tradisi melayudan duduk di sofa bersama anak-anak lelaki mereka menunggu pihak rombongan tiba.Makanan yang telah siap dimasak telah siap disusun atur untuk dihidangkan buattetamu yang akan berkunjung sebentar lagi.

Tiadatetamu lain yang dijemput mereka. Bagi mereka sekeluarga, cukuplah hanya merekasahaja yang ada semasa majlis merisik. Majlis akan dibuat secara besar-besaranapabila majlis pertunangan, Nurdini kelak. Masa majlis pertunangan, barulahmereka akan menjemput keseluruhan ahli keluarga besar di kedua-dua belah pihak.

 

“Dini,dah siap ke belum?” tanya, Haji Saari pada isteri seteleah tidak kelihatan, Nurdiniduduk bersama mereka.

“Dah…tadi saya tengok dia dah siap pun. Lawa anak awak hari ni” jawab, HajjjahSofiah pada pertanyaan suaminya.

“Dinitu adik, along. Mestilah lawa macam along dia. Sebab, along kacak dan bergaya!”usik, along yang bernama, Najmi pada kata-kata, Hajjah Sofiah.

“Angahlahi handsome kot!” kata angah pulayhang bernama, Nafizan.

“Habistukamu semua handsome, abah lagi handsome” kata pula, Haji Saari yang berbaurjenaka. Mereka ketawa setelah mendengar apa yang diucapkan oleh, Haji Saari.

 

Nurdiniyang duduk di dalam bilik tanpa ditemani sesiapa terkumat-kamit bibirnya berzikir.Berzikir untuk melapangkang dadanya yang kian gentar menunggu ketibaan kekasihhati.

“YaAllah, kau permudahkanlah urusan ku serta urusan keluarga, Iman, Ya Allah. Kaulancarkanlah segalanya. Kau bukakanlah pintu hati kedua ibu bapa ku agarmenerima lamaran, Iman terhadapku” Nurdini mengaminkan doa yang dilafazkannyatadi. Dia menunggu kertibaan, Ridzal Iman dengan penuh getar di dada.

Sesekalimemandang jam yang terdapat di dinding biliknya. Lagi 15 minit menunjukkantepat pukul 9 pagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia