Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 25

CAMELIA termenung merenung kolam yang nampak dalam di depannya. Kalau dia jatuh agak-agaknya boleh berenang tak? 

Dulu masa kecik dia pernah lemas. Ayah yang selamatkannya. Lepas tu dia dah janji dengan ayah takkan dekat dengan kolam lagi.

Sekarang dia mungkir janji.  

Protes mungkin.

Protes yang sia-sia sebab ayah takkan kembali. Begitu juga dengan Kamil.

Dulu dia selalu bersedih kerana tak ada mak. Ayah dan Kamil selalu memujuknya. Sekarang dia sering menangis tapi dia dah tak ada sesiapa pun untuk memujuk.

Semuanya dah pergi. Mak, Kamil, kemudian ayah.

Camelia hela nafas. Lemah tak berdaya. Hidupnya penuh dengan drama air mata dan semuanya disebabkan manusia-manusia yang berlagak baik, perasan betul, buat salah pun tak rasa bersalah. Hati busuk macam bangkai.

Sebab tu dia payah nak percaya orang. Manusia yang nampak baik belum tentu baik. Manusia yang nampak jahat memang sememangnya jahat. Pendek kata jangan sesekali kesiankan orang sebab belum tentu orang akan kesiankan kita.

Suara-suara yang kedengaran di luar buat Camelia gugup. 

Hah sudah! Takkan pak cik guard tu cari dia sebab nampak keretanya masih berlegar-legar di kolej walaupun dah kena halau.

Nak tahu apa yang dah jadi sampai dia jadi buruan? Jom kita imbas semula kejadian tadi.

Lepas kelas tadi dia nak balik. Entah kenapa tiba di depan pintu keluar dia pusing balik, tiba-tiba aje rasa nak round satu kolej. 

Entah kenapa juga tiba-tiba aje dia tengok jalan yang duk lalu hari-hari bertukar macam litar lumba. Kena pulak dengan bawak Evo Kamil yang baru sihat dari sakitnya buat perasaan nak jadi pelumba menggila. 

Lepas tu dia buat kerja gila pergi pecut satu kolej berakhir dengan race dengan pak guard. Tak tahu pulak pak guard kat sini bawak motor besar macam polis trafik, nervous dia tadi. 

Pendek kata tertangkap, kena saman, lepas tu kena halau balik. Siap iring ke pintu keluar lagi.

 Yalah, manalah pak cik guard tu tak marah dia bawak pak cik guard tu round kolej tiga pusingan kot baru dia surrender.  

Keluar aje kolej, entah kenapa dia berat hati nak balik. Dia pusing balik masuk pintu lain. Jangan tanya kenapa fungsi otak dia jadi sendu macam ni. Otaknya tinggal separuh aje. Separuh lagi dibawa pergi oleh perasaan bersalah kerana menjadi punca kepada perkara buruk yang menimpa Rizqi.

Akhir cerita pusing sana pusing sini tup-tup akhirnya dia terdampar kat sini. Ada orang tertinggal kunci kat pintu. Tu yang dia dapat masuk tu. 

Kalau betul yang bakal masuk tu pak cik guard  memang gigih betul mereka buat kerja. Salute!!!

Yalah, dia parking kereta di bangunan sinun. Tak tahannya diburu sampai ke bangunan sini. 

Tak apalah. Dia tahu dia salah. Jomlah balik rumah. Camelia pegang beg, sudah siap untuk diiringi keluar buat kali kedua.

“Qi tengok siapa ada kat sini?!” Suara keterujaan penuh luar biasa bergema.

 Saat mata bertentang mata, lidah Camelia kelu untuk berkata-kata. Tambah pula bila Rizqi memandangnya sampai terjojol biji mata.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila