Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 10

“Saya menjemput Camelia Zikri untuk membuat persembahan.” 

Camelia hampir melompat. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba namanya disebut. 

“Hahhhhh… aku ke?” Jari telunjuk dihalakan kepada diri sendiri.

“Mel, apasal kau tak cakap kau nak buat persembahan? Tapi betul ke ni? Kau waras lagi, kan?” Pelik! Sejak bila kawannya yang jenis anti sosial ni tiba-tiba berubah?

“Bukanlah! Makhluk jahat tu saja nak cabar aku!” Kalau dia ni predator, memang Rizqilah makhluk pertama yang dia buat jadi mangsa.

“Abang wrestler memang sengaja nak buat kau pergi dari sini. Dia tahu yang kau ni anti sosial, memang kau tak ada pilihan selain ikut kehendak dia.”

“Tak nak! Kali ni aku takkan mengalah. Dia dah buat aku sakit hati jadi aku nak dia lagi sakit hati. Tunggulah!”

“Habis tu kau nak buat persembahan ke?”

“Yalah! Jom Man, kita sama-sama jadi tak siuman untuk hari ni.”

“Tak boleh Mel. Aku nervous. Terkencing depan orang ramai nanti, trauma hingga ke akhir hayat Mel. “ 

Padahal Aiman takut yang teramat. Yang gerentinya kalau dia yang naik ke pentas, tanpa segan silu abang wrestler akan tendang dia jatuh bergolek-golek ke bawah. Ngeri nak bayangkan. Apatah lagi kalau jadi kenyataan. 

“Alah… bolehlah Aiman. Please…” Camelia merayu.

“Sorry Mel, aku bukan tak nak tolong kau. Tapi aku tak mampu. Kau pergilah lari. Settle semua masalah.”

“Tak nak!” Camelia geleng. “Lawan tetap lawan!”

Nak tak nak terpaksalah dia relakan jiwa demi misi membalas dendam. Camelia melangkah buat-buat yakin walau dalam hati goyah.

Jatuh rahang Rizqi bila Camelia berjalan menuju ke stage. Mati-mati dia ingat yang Camelia akan larikan diri lepas ditambah tolak darab dan dibahagi perangainya yang tak minat bersosial tu. 

Tak dijangka pulak jawapannya melencong jauh dari ramalannya. Nampaknya dia salah formula menghitung sejauh mana kegilaan Camelia boleh pergi.

Bila berhadapan Rizqi terus memberikan arahan.

“Turun!” 

“Tak nak!”

“Aku cakap turun! Turunlah!”

“Aku cakap tak nak! Tak naklah!”

Melihat Camelia yang tak makan saman nak tak nak dengan muka masamnya Rizqi turun. Dalam hati dia memaki dirinya sendiri kerana buat salah perhitungan. 

Rizqi mendengus-dengus mengalahkan naga. Matanya berapi-api memandang Camelia yang berani-berani mencabarnya.

Tanpa Rizqi sedar ketiga-tiga sedaranya berundur setapak demi setapak menjauhkan diri. Tak mahu menjadi korban Rizqi yang nampak begitu marah.

Jay tak berkelip memandang Camelia. Ikut hati nak aje dia melompat naik ke stage berduet dengan si putih melepak nyanyi lagu... jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta dia. Biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka.

Fiqri kumat kamit bibir. Mengumpat Rizqi dalam hati. Ingatkan dah habis cerita, masih bersambung rupanya. Rizqi masih sukakan Camelia. Dasar bodoh tak bertempat. 

Adam pula tergeleng-geleng. Dapat diagak permainan Rizqi. Tapi sayangnya Rizqi cipta permainan tapi Camelia yang menang.

Camelia yang berada di atas stage sudah memilih lagu dan bersedia untuk membalas dendam. Alang-alang kena buat persembahan, baik dia cari jalan nak kenakan Rizqi.

 Baru berbaloi-baloi dia buat special appearance kat sini. Kan?

“Saya tujukan lagu ni khas untuk si dia kerana dia memang sesuai dengan lagu ni.” 

Apa lagi Aiman dibantai rasa bahagia yang meledak-ledak dalam dada. Dengan segirang hati Aiman tersenyum penuh terharu. Confirm dan pasti Camelia tujukan lagu kepadanya.

Rizqi mendengus keras, sakit hati. Benci dia melihat adegan yang buat dia rasa nak lempang aje si gajah tu sampai kena strok. Dia tahu Camelia sengaja nak guris hati dia yang dah sedia terluka ni.

Kan bagus kalau Camelia tujukan lagu untuk dia. Huh…

Ehem! Camelia berdehem melepaskan rasa gemuruh di dada. Semua mata terarah kepadanya. Lagi-lagi mata Rizqi yang tajam merenungnya macam nak disate hidup-hidup Memang psiko betul!

“Encik Rizqi, dengar ya saya tujukan lagu ni khas untuk awak.” 

Lirik belakang depan, kanan kiri Camelia tak peduli. Yang penting tiga patah perkataan dalam lagu tu sesuai sangat untuk ditujukan kepada si busuk hati si kalis rezeki. 

LELAKI TAK GUNAAAA!!!

Terbelahak Rizqi dengan statement dari Camelia. Kalau lihat pada Camelia yang sedang tayang senyum sinis, memang gerenti kerat 20 jari jemari Jay confirm Camelia nak kenakan dia. 

On your mark, get set, go!!! Muzik pun bermula. Camelia menyanyi penuh dendam. 

  Kalau tangan dia boleh panjang macam hantu Nang Nak memang mata Rizqi dah hilang dia korek. Hidung Rizqi patah dia tumbuk. Rambut Rizqi botak dia tarik dan seluruh muka Rizqi tu luka parah dia cakar-cakarkan.

Sadis tak?

Mata Rizqi sakit. Telinga Rizqi berasap. “Amboi, suka-suka hati kau cakap aku lelaki tak guna. Siap kau tuding-tuding jari lagi ya. Tunggulah balasannya.”

Mata dua makhluk yang tengah panas hati saling memanah. Kali ni Camelia sikit pun tak gentar membalas tatapan tajam Rizqi. 

Di akhir lagu kalau Yuna bagi tak guna sebanyak 3 kali, Camelia bagi 30 kali. Tak sedap tak apa. Asalkan hatinya puas.

Rizqi memandang sekeliling. Mendengus keras penuh marah. Dia tak kisah Camelia nak kata tak guna berjuta-juta kali pun kat dia sebab dia cukup sedar diri yang dia cukup sempurna. Camelia aje yang buta. 

Yang dia marah sekarang ni tengoklah betapa ramai lelaki-lelaki yang bersorak sakan dan berteriak kepada Camelia. Ada yang menginginkan Camelia menyanyi lagi. Ada yang bersiul-siul nakal. 

Dan yang paling menyakitkan hati, semua mata jantan-jantan tak guna tu bersinar-sinar memandang Camelia. Kurang ajar!!! Penumbuknya digenggam kemas.

Camelia hak dia!

Hak dia!!!

Tunggu, dia akan tunjuk kat semua jantan-jantan tak sedar diri tu siapa pemilik Camelia yang sebenar.

Camelia mendekati Aiman dengan senyuman puas.

“Misi berjaya Mel. Padan muka abang wrestler.” Aiman senyum penuh bangga.

Rizqi tajam memandang Camelia. Meluap-luap marahnya. 

“Suka sangatlah tu duk tayang muka depan semua orang. Depan jantan-jantan tak guna yang duk pandang kau sampai terjojol biji mata. Tunggulah, aku akan buat sampai kau jadi tak laku-laku. Kau tunggu!” Bibirnya diketap geram.

Rizqi naik ke stage penuh bersemangat menjalankan misi menuntut hak dan mematahkan hati jantan-jantan tak sedar diri.

“Ehem! Ehem!” Rizqi berdehem. 

“Korang rasa abang ni handsome tak?” tanya Rizqi dengan tak tahu malu. Dan sorakan mula heboh. 

“Perasan nak mampus!” 

Air mineral yang diminumnya bagai nak terkeluar balik. Cebikan penuh meluat ditujukan khas untuk jantan miang. Camelia tersenyum puas bila Rizqi nampak begitu terkejut dengan cebikan mautnya.

Amboi… kau cebik ya. Tengok lepas ni kau boleh cebik lagi ke tak. Hati Rizqi makin panas.

“Adik cantik kat depan abang ni cuba cakap part mana yang paling seksi tentang abang?”

Sorakan bergema lagi. Ada yang cakap muka, ada yang cakap body, ada yang cakap semua, dan macam-macam lagilah. 

“Whoa… Whoa… Keadaan makin panas. Okey. Okey. Terima kasih kepada yang memuji.” Rizqi menyeringai nakal. 

“Tapi abang rasa part yang paling seksi hmm… bibir abang kut. Tapi kena tanya kat orang yang dah selalu rasalah, kan...” Rizqi sengaja nak buat keadaan lebih suspen dengan menggantung perkataan seterusnya yang dinanti-nanti oleh para penonton dengan penuh tak sabar.

Semua mata memandang ke arah Rizqi. Terkejut besar. Keadaan hening seketika kemudian bertukar bising yang dimonopoli tekaan tentang siapa perempuan bertuah yang selalu rasa tu.

Terkebil-kebil mata Camelia. Ada jugak orang tak tahu malu sampai macam ni sekali. 

Nak tercekik air liur sendiri Adam dengan statement berani mati Rizqi.

“Jay, jom kita heret dia turun. Buat malu aje. Dasar bodoh. Otak udang. Jantan murahan.” Fiqri mencaci tanpa henti. Makin sebal hatinya melihat senyuman tak tahu malu Rizqi. 

“Tak pun kita bagi dia hadiah bagi pihak tok ayah. Aku kena balas dendam sebab dia dah malukan tok ayah kesayangan aku. Hidup tok ayah!” Tangan Jay dah pegang sebelah kasutnya. Bersiap sedia untuk dilancarkan.

“Hei, jangan Jay! Sabar Jay. Sabar. Rosak majlis orang nanti.” Sepantas kilat Adam merebut kasut dari tangan Jay. Jay memang macam tu. Balas dendam aje kerjanya. Akibatnya fikir kemudian.

Dengan cepat Jay ambik kasutnya yang sebelah lagi. Sepantas kilat lagi Adam rebut dan dua-duanya Adam lempar jauh-jauh dengan harapan Jay pergi mengejar kasutnya seperti ayam mengejar dedak.

Tapi tak! Jay cuba mengambil alih secara paksa kasut Fiqri sampai Fiqri menggelupur atas lantai demi mempertahankan kasutnya sambil mulutnya memaki dengan perkataan tak wajar sampai Adam rasa tak sanggup nak mengaku sedara.

Ya Allah… Adam mati rasa. Macam lagu ku tak tahu antara dua. Nak pilih yang mana dulu untuk diberhentikan kegilaannya. Si jantan buas yang tengah memalukan diri sendiri dan tok ayah atau si penyangak yang tanpa perikemanusiaannya mengepit leher si mulut busuk.

Berbalik semula kepada si uda yang tengah menggila dan si dara yang bakal gila selepasnya. 

Rizqi memandang Camelia dengan penuh kasih.

Camelia mula tak sedap hati. Air diteguk rakus cuba menghilangkan debar di dada. Dia cemas bila Rizqi pandang dia seperti itu. Jangan nak kata…

“Tak gitu Cik Camelia bunga cinta abang? Sayang raaassaaa macam mana?” Perkataan rasa ditarik panjang biar sampai ke hati. 

Botol air mineral di tangan Camelia jatuh tergolek ke lantai.

Uhuks! Camelia tersedak, terbelahak, tercekik, nasib baik tak termati secara tiba-tiba.

Habis kejang-kejang seluruh badan Camelia. Dia tak mampu buat apa-apa hanya kaku memandang Rizqi yang tengah tayang senyuman penuh menggoda siap kenyit-kenyit mata lagi.

Keadaan senyap sunyi seolah-olah semua orang mendadak jadi bisu. Jay dengan Fiqri yang tengah sakan berperang pun mendadak kaku. Adam terhuyung-hayang, diserang pening secara tiba-tiba.

“Jangan merajuk lagi sayang. Abang minta maaf. Abang janji takkan buat sayang marah lagi. I love you sayang. Abang rindu nak rasa mmuah-mmuah dari sayang. Mmuah!!!”

Rindu nak rasa mmuah-mmuah?!! Membusuklah kau di neraka!!! Fiqri dah berasap. 

Ni betul-betul ke pernah mmuah-mmuah ke cobaan?!! Sulit untuk Adam percaya. Tapi lagi sulit untuk tak percaya.

Lepas ni akan dipastikan turn dia yang dapat mmuah-mmuah!!! Yakin boleh!!! Jay tumbuk dada penuh perkasa.

Tak pernah mmuah-mmuah!!! Semua ini fitnah!!! Laju Camelia geleng-geleng kepala. Gerenti kena sawan gila lepas ni.

Kakaknya dan abang wrestler rupa-rupanya diam-diam saling bermmuah-mmuah!!! Patutlah nyanyi lelaki tak guna ku beri semua. Aiman pegang dahi, mendadak demam panas. Nak pingsan.

Yang pasti Rizqi sudah puaaaaasss hati!!!

Gerenti potong kepala Jay takkan ada seorang pun lelaki yang akan berani mendekati Camelia bila dia dah claim sebagai hak miliknya. 

Okey, dia tinggal nak pikat hati cik bunga aje. Kalau Camelia tak nak jugak, senang je. Pakai cara paksa.

Gerenti lepas ni Camelia takkan berani-berani melanggar arahannya sebab Camelia tahu yang dia akan balas lebih dari tu.

Jadi semuanya dah selesai.

Bak kata Malique dalam mantera beradu…

Akhirnya sempurna!

Gitchuuu…

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila