Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 41

“JANGANLAH keluar dulu. Berbuallah dengan aku kejap.” Camelia baru lepas seatbelt belum sempat sentuh pintu Rizqi dah menghalang.

“Sorry Qi. Aku penat.” 

“Ke kau tak sihat? Kita pergi hospital semula nak. Rehat kat sana dua tiga hari lagi.” Bolehlah dia sambung honeymoon dengan Camelia. Ni baru nak kecap bahagia, dah kena duduk jauh-jauh. Tak berpisah lagi dah rindu. Kalau dah berpisah memang seksalah nak menghitung detik demi detik untuk bertemu. 

Camelia jeling. Ada hati nak kurung dia lagi kat hospital. Memang tak serik-serik.

Rizqi masih mencuba. “Please Mel...” 

Rizqi tak sanggup nak melepaskan Camelia pergi. Rumah Camelia ditenung penuh harapan. Ada bilik kosong lagi tak? Saya nak sewa. 

Camelia geleng tanpa suara. Rizqi mula monyok. 

“Kereta kau bila nak pergi ambik?” Baru Rizqi teringat kereta Camelia masih kat kolej lagi.

“Adam cakap nanti dia datang hantar. Kunci ada dengan dia.”

Dengar aje itu Rizqi dah tarik muka. Camelia kalau boleh semua nak harapkan Adam. Dia pun boleh diharap apa. Camelia sukakan Adam ke? 

“Tak payahlah buat muka macam tu. Aku minta tolong Adam sebab tak nak susahkan kau. Kau kan tak sihat.” Ayat ambil berat tetapi lebih menjurus kepada perlian.

Rizqi sengih. Camelia ni tahu-tahu aje apa yang ada dalam fikirannya. Ini yang dipanggil hubungan hati. Tak gitu?

“Nampak sangat ke?”

“Terang lagi bersuluh kau tengah gosipkan aku dengan Adam dalam kepala otak kau tu.” 

“Dah kau tu rapat sangat dengan Adam. Mana aku tak jealous.”

“Kau jangan nak pergi marahkan Adam pulak. Aku flying kick kau nanti.” 

“Flying kick tak nak.” Berbisik, “flying kiss nak...” Bibir Rizqi tersenyum herot.

“Kau cakap apa?” Macam dengar aje apa yang dibisikkan Rizqi sesaat tadi. Kalau betul, memang tak menahan miang jantan seekor ini. Lempang baru tahu.

Opss! Dia dengar pulak. Jangan Camelia mengamuk sudah. “Nothing. Aku tak cakap apa-apa.” Rizqi sengih. Buat muka suci.

“Pukul berapa Adam datang hantar kereta?”

“Adam kata lambat sikit. Dia ada hal.”

“Apa kata esok aje ambil kereta kau tu. Kau ada kelas pukul berapa esok? Aku datang ambil kau.” 

“Tak payah susah-susah.” Cemik. Panjang akal betul jantan sorang ni. Adalah tu nak ambil peluang berdua-duaan dengan dia. Huh, dia takkan benarkan rancangan Rizqi berjaya.

“Susah apanya. Biasalah boyfriend jemput girlfriend.” Senyum miang Rizqi dah muncul. Ah, bunyinya betul-betul macam pasangan bahagia, kan?

“Tak ada maknanya aku jadi girlfriend kau. Dah, jangan nak mengarut.” Muka Camelia masam mencuka. Ada hati nak angkat dia jadi girlfriend. Nak aje tanya kau nak buat aku jadi girlfriend nombor berapa? 

Kalau Rizqi yang jawab mestilah lelaki tu akan cakap, kaulah girlfriend pertama dan terakhir aku. Sampai syorga.

Kalau jawapan sebenarnya ialah, girlfriend nombor dua. 

Itu pun kalau nombor dua.

Kalau lihat kepada Rizqi yang terlebih-lebih cukup pakej ni, tak pelik kalau dia jadi girlfriend yang nombornya sudah tak terkira.

Ohhh… hatinya koyak bila fikirkan yang dia perempuan yang entah ke berapa Rizqi dah ayat.

“Tak sudi tak apa. Aku tetap akan tunggu kau sampai bila-bila.” Rizqi tayang senyuman semanis madu. 

Riak wajah Camelia sepahit hempedu. Luka lagi hati bila Rizqi bagi janji manismu sekali lagi.

Rizqi capai telefon nak call  Adam. 

Pong pang pong pang pong pang Rizqi dan Adam bercakap, Camelia dapat tangkap lima kali Rizqi duk ulang ayat yang sama.

“Kau tunggu aku. Jangan jumpa Mel sorang-sorang.” 

Camelia menjeling tak suka. Nampaknya Rizqi nak datang juga nanti. Malas dia nak mengadap Rizqi yang banyak kerenah.

“Aku datang nanti dengan Adam.”

“Kau tak payahlah datang. Rehat sajalah kat rumah. Kau kan tak sihat.” Camelia buat muka prihatin.

Muncung yang terbentuk di bibir itu cukup menunjukkan yang Camelia tak ikhlas pun nak suruh dia rehat kat rumah. Sajalah tu tak nak dia datang. Nak dating dengan Adam ke? Malam pulak tu. Never! Jangan harap dia kasi peluang.

“Aku tak ada rumah. Nak rehat dekat rumah kau boleh?” 

“Kau ni! Grrr!!!” Camelia ketap bibir. Geram yang amat. Lagi panas hati bila tengok senyuman miang Rizqi. Tak habis-habis buat senyum macam tu. Menyampah!

“Buang masa betul layan kau ni. Dahlah aku nak keluar. Terima kasih. Harap tak tengok lagi muka kau lepas ni.” 

“Marah pulak dia…” Ketawa Rizqi meletus. 

Camelia cebik.

“Okeylah. Jangan marah-marah. Kau tu bukan sihat sangat pun. Dahlah duduk sorang-sorang. Risau pulak bila kau tak ada depan mata aku.” Rizqi mula serius. Betul-betul risau.

Hesy… kalaulah mulut busuk Fiqri tak pecah lubang tadi pasti Camelia ada dekat dengannya, sentiasa.

Bila ayat prihatin Rizqi keluar mulalah Camelia diserang satu perasaan halus. Lebih menakutkan lagi dari makhluk halus gamaknya kalau dah tembus masuk dalam jiwa. 

Ke dah tembus? Sebab hatinya betul-betul berdebar saat ini. Tak rasa meluat langsung. Rasa suka adalah bila Rizqi begitu mengambil berat.

“Aku dah sihat. Kau tak payah risaulah,” balas Camelia buat-buat relaks. Padahal sikit lagi nak semput. Nafas dihela. Nak menstabilkan kembali salur pernafasannya yang tiba-tiba jadi tersumbat.

“Aku nak pesan ni…” Riak Rizqi makin serius. 

“Apa dia?” Camelia berkerut dahi. Pelik campur bimbang.

“…kalau ada apa-apa jadi jangan call 999. Call aku terus. Sedia berkhidmat 24 jam untuk cik bunga tersayang.” Rizqi tayang senyuman manis. Siap kenyit mata lagi. 

Terjojol mata Camelia, terjatuh hati sekali lagi dengan kata-kata dan senyuman manis Rizqi. Matanya pun bagai nak terkenyit sama. Cepat-cepat dia keluar sebelum dia betul-betul kenyit mata nanti. Tak sanggup! Tak sanggup!



p/s

La: Pstt... pst... Bang Qi. Oitt...

Bang Qi : Ck, kau lagi! Nak ape?

La: Aku ada satu rahsia pas...

Bang Qi: Aku tak berminat

La: Sabarlah. Tunggulah orang habis cakap dulu

Bang Qi: Aku tak bermin...

La: AdamngoratCikbunga. (Fuh laju betul. Takut Bang Qi potong)

Bang Qi: Apa diaaaaa?!!! Kau fitnah kan?!!!

La: Tak... Ini betul-betul! Kalau tak caye tunggu chapter depan.

Bang Qi: Tu bila entah. Tengokkan kau yang pemalas ni berjanggut aku tunggu next chapter kau tu.

La: Ughhh... Tak nak tunggu sudah! Ok bye!


Bang Jay: Prett... Prett... nama kau sama lagi eh. Ingatkan dah tukar lagi 🤭🤭🤭

La: Huh, sibuk aje. Nak ape kacau orang ni?

Bang Jay: Gayanya macam aku nak ngorat dia aje🙄🙄🙄

La: Tak nak sudah. Orang pun tak hingin🤥🤥🤥

Bang Jay: Prett... Prett... hidungnya jadi panjang. (Bang Jay tepuk dada, bangga. Tak ada perempuan yang boleh tolak pesona dia.)

La: Nak ape?

Bang Jay: Nak tanye, asal aku tak ada dalam chapter ni? Kau tahu tak ini tidak adil dan melukai ego seorang lelaki sejati.

La: Kalau nak tiap-tiap chapter kena petik nama Bang Jay, Bang Jaylah jadi hero. Bukan Bang Qi.

Bang Jay: Kalau macam tu tukarlah aku jadi hero!

Bang Jay: La?

Bang Jay: La...?

Bang Jay: Prett... Prett... La?

Bang Jay: Kurang asam punya budak. Tinggalkan aku macam tu je. Kata minat kat aku. Jagalah, kalau next chapter aku takde lagi, aku keluar cerita ni. Buat cerita sendiri. Jadi hero dengan seratus orang heroin. Ececeh😎😎😎





Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila