Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 24

CAMELIA tarik hembus nafas berkali-kali. Kecewa yang amat. 

Dia tak tahu keadaan Rizqi, tambah teruk ke tambah sihat. Seminggu dah berlalu tapi Rizqi tak muncul-muncul pun. 

Banyak dosa dia dekat Rizqi. Salah satunya tuduhan pasal mencelakakan kereta Kamil. Sam cakap Syahid yang buat. Syahid curi dengar masa dia tolak cinta Rizqi dulu. Jadi Syahid ambil kesempatan sebab Syahid tahu Camelia mesti akan tuduh Rizqi.

Bukan Camelia nak bela diri. Mananya dia nak syak Syahid kalau kes dia dan Syahid dah lama berlalu. Tentu-tentunya Rizqi yang jadi suspek utama.

Wajah kacak Rizqi mula terbayang dan mulalah perasaan aneh ni meledak-ledak di dalam jiwanya. 

Dia tak suka dengan perasaan aneh ni yang tambah aneh lepas Rizqi menyelamatkan nyawanya. Dan lagi bertambah-tambah aneh melihat kesungguhan Rizqi melindunginya.

“Hai Mel. Lunch sorang je. Aiman mana?”

Tengok Adam dan Fiqri muncul depan mata, terus mata Camelia melilau cari orang yang dia duk tunggu-tunggu selama ni.

Hatinya patah. Rizqi tak ada.

Tak ada!!!

Bahu Camelia jatuh. Kecewa sebab Rizqi masih tak sihat. Rasa bersalah makin meluap-luap. Dia menghembus nafas lelah dan semua tu tak lepas dari mata Adam.

Adam ketawa dan sikit lagi nak mengilai tengok Camelia kecewa yang amat. Itu tandanya bibit-bibit bunga cinta mula nak tumbuh tu. Harap-harapnyalah.

“Aiman dengan Miza.” Camelia malas nak terang panjang lebar. Tak ada semangat.

“Oh…” Adam ber oh oh sambil tersenyum mesra. 

Fiqri pulak pandang Camelia penuh tak suka. 

Camelia pulak buat tak tahu aje. Camelia perasan betul yang Fiqri jauh dari kata suka padanya. Bahasa senangnya benci.

Huh, dia sikit pun tak kisah. Tak suka pun tak bawak makna apa-apa. Yang penting Rizqi. Orang lain tolak tepi.

“Okey Mel duduk sorang?” Dah dua hari Camelia dah tak diberikan pengawasan. Tapi Adam tahu orang-orang Sam tetap mengawasi. Sam takkan ambik risiko. Gila, jadi apa-apa dekat cik bunga habislah Sam kena cabik dengan bapak singa.

“Okey.” Camelia yang mintak sebab dia rasa tak selesa. Selain tu dia takut rahsianya bocor. Dia cakap yang mak ayahnya pergi umrah. Memang rasa berdosa tipu pakai alasan umrah segala. Tapi nak buat macam mana. Itulah alasan yang paling logik. 

Dia masih tak percaya seratus peratus dengan semua orang yang sedang tunjukkan sikap baik kepadanya. Tak salah kan kalau dia waspada.

“Qi tak sihat lagi ke?” soal Camelia lemah. Lebih kepada mengguman kepada diri sendiri.

“Dah tak lepas-lepas dari kurungan lagi maksudnya sakit lagilah.” Fiqri mendengus kasar. Tak pernah-pernah mereka berempat dipisahkan sebegini lama. Semua salah si Mel-Mel kat depan batang hidung dia ni.

Adam jengil mata, marah. Fiqri terus tarik muka, kecik hati.

Dah berbuih mulut Adam nasihatkan Fiqri jangan berdendam dengan Camelia. Hari-hari Fiqri duk salahkan Camelia punca Rizqi sakit. 

Kurungan? Camelia mendengus. Ada ke cakap macam tu. Rizqi bukannya binatang.

“Aku risau kalau dia kritikal sebab tu keluarga dia tak bagi jumpa. Yalah, aku kan yang buat Qi jadi macam tu.”

“Bukan macam tu Mel. Selain nak pastikan Qi betul-betul sihat, tok ayah nak keadaan betul-betul aman sebelum biar Qi bebas. Tok ayah takut Qi buat yang bukan-bukan.”

Dulu Rizqi tak mampu nak lindungi papa dan mamanya dan itu buat Rizqi jadi sebuas sekarang. Adam tahu tok ayah takut Rizqi bertindak di luar batas sebab tu Rizqi dikurung. 

Tok ayah takut berlaku perkara melibatkan nyawa segala. Trauma kehilangan orang yang tersayang buat Rizqi jadi paranoid. Rizqi sayang sangat dekat Camelia. Tak pelik Rizqi buat yang bukan-bukan kalau dia rasa Camelia terancam. Rizqi makhluk yang paling tak waras kalau dah marah. 

Dan kenapa tok ayah tak bagi mereka berjumpa. Sebab tok ayah tak nak langsung Rizqi tahu apa terjadi kat luar sana. Dengan Jay yang suka memanas-manas keadaan, sungguh tak baik untuk Rizqi yang sedang kacau.

“Aku harap kau betul. Aku rasa tak guna sangat bila tak mampu buat apa-apa. Dahlah dia sakit sebab aku.”

“Sedar diri pun.” Ikut hati Fiqri nak heret aje Adam pergi dari sini. Malas dia nak dengar luahan perasaan yang belum tentu ikhlas dari si Mel-Mel ni.

Camelia putar bola mata. Jengkel. 

Kali ni Adam siku Fiqri. 

“Sakitlah Dam!” Sungguh kali ni Fiqri betul-betul kecik hati. Sanggup Adam berkasar dengannya sebab si cik bunga yang penuh racun ni.

“Alah bila jumpa Qi nanti kau kenyit-kenyitlah mata bulat kau tu. Gerenti Qi terus sihat.” Adam mengusik.

Camelia dah merah padam muka. Malu. Ada ke cakap macam tu.

“Tak lucu Dam! Tak lucu!” Fiqri emosi bila Adam macam rapat sangat dengan Camelia. Selama ni setia duk bela sekarang diajak bergurau canda pulak. Dia rasa seperti disisihkan.

“Diamlah kau!” Adam berang. Geram dengan Fiqri yang asyik buat perangai.

Hah baguslah semua orang sokong dia! Lepas ni apa kata ambik dia jadi sedara korang lepas tu tendang aku jauh-jauh!” Fiqri hentak kaki dan menonong pergi.

Fiq! Fiq, nak pergi mana tu?!" laung Adam sesal. Tak sepatutnya dia tengking Fiqri. Sejak Rizqi dikurung emosi Fiqri jadi tak stabil. Melenting tak sudah kalau Jay atau dia sebut pasal Camelia.

Adam lega bila Fiqri berhenti dan berpaling mengadapnya namun hatinya kembali huru hara mendengar kata-kata Fiqri selepas itu.

"Mulai sekarang aku pecat kau jadi bapak aku. Kau bapak derhaka!" tunding Fiqri penuh amarah dan kecewa.

Usai melaksanakan upacara pemecatan, Fiqri melangkah pergi meninggalkan Adam yang melopong terkejut.

“Mel, aku pergi ya.” Adam tergesa-gesa mengejar Fiqri. Ini dah masuk tahap kritikal ni. Tak pernah-pernah Fiqri merajuk sedemikian rupa. 

Camelia tepuk dahi. “Ya Allah… Tak padan dengan umur. Perangai macam budak-budak. Memalukan!”

Dalam hati terdetik nasib baik Rizqi tak macam tu. Si monster macho tu memang lelaki jantan. Lelaki paling jantan yang pernah dia jumpa atas muka bumi ni.

Camelia tiba-tiba rasa malu dengan pemikirannya sendiri. Kenapalah dia boleh terfikir sampai macam tu sekali.

Tangannya laju mengibas muka. Pipinya terasa membahang. Panas.

Rasanya yang kena pukul tu Rizqi tapi kenapa pulak dia yang jadi gila?!!

Grrrr...


DI SATU petang yang damai….

Tiga pasang kaki macam tak cukup tanah berkejar ke kafe. Sejak menerima mesej orang yang dirindu-rindui akhirnya dibebaskan masing-masing dah panas punggung dan panas hati bila CMA suka-suka hati panjangkan masa mengajar.

“Mana?! Mana?! Mana?!” Suara Fiqri dan Jay saling bersahutan dengan mata melilau cari sasaran.

“Tu, kat sana.” Adam menunjuk kepada makhluk yang menunduk sendu duk mengais makanan. Sama macam Camelia tengah hari tadi. Nampaknya dua-dua tak ada selera.

“Qiiiiiii!!!” Dengan tak tahu malunya Jay dengan Fiqri menjerit kuat sambil berlari-lari mendekati Rizqi.

Adam menggeleng-geleng. Kadang-kadang dia setuju bila Rizqi panggil Jay dengan Fiqri duo monyet. Tengoklah tu perangai dia orang.

Rizqi spontan bangun. Tapi tetap tak lupa pasang kuda-kuda. Tu duo monyet dah bertukar jadi kerbau gila. Kalau tak bersedia siaplah ditanduk nanti.

Ya Allah… Rizqi senak dada dihentam dua tubuh tegap sedaranya sampai berundur dua tiga langkah. Terima kasih kepada otot kakinya yang super kuat. Kalau tak tiga-tiga dah jatuh bergolek ke lantai. 

Akhirnya jejak kasih terjalin sudah. Fiqri peluk bahagian kanan Jay peluk sebelah kiri.

Tengok budak berdua tu dah sampai ke Rizqi, Adam tanpa sedar melangkah lebih laju.

“Qi, I miss youuuu! Nak ciuuuum!” Jay cuba serang Rizqi dengan bibirnya. 

“Jangan buat gila Jay!” Tapak tangan besar Rizqi melekap di muka Jay, siap tonyoh segala tapi Jay tetap tak berputus asa nak mencabulinya.

“Mmuah! Mmuah!” Tak dapat muka, tapak tangan Rizqi diciumnya berkali-kali. 

“Jijik!” Rizqi terpaksa tonyoh muka Jay pakai tenaga. 

“Adoi, main kasar!” Jay terdorong ke belakang. Nasib baik Adam sambut kalau tak dia dah rebah. Sempat lagi dia beratkan tubuh biar Adam menyambutnya penuh siksa.

“Aku lepas karang.” Adam hembus nafas lelah, tak habis nak fikir dengan Jaafarudin sorang ni. Ada saja gilanya.

Jay ketawa terkekeh-kekeh. Kemudian tegakkan tubuh. Mukanya yang sakit diabaikan. Yang penting dia puas hati dapat usik Rizqi dan Adam.

Rizqi mendengus kesal. Lama tak jumpa dia terkenang-kenang. Dah jumpa rasa nak tendang.

“Oiii Fiq! Jangan cakap kau tidur.” Mengekek Jay ketawa tengok Fiqri peluk Rizqi tak lepas-lepas. Si mulut busuk tu memang sentimental sikit. Kalau mental tu Rizqi. Dasar sombong, orang peluk dengan erat. Rizqi cuma tepuk belakang dua tiga kali. Control macholah tu.

“Dahlah malu kat orang.” Si bapak tarik anaknya. Dan giliran Adam pulak peluk Rizqi. Alhamdulillah, hubungan bapak anak terjalin kembali dengan syarat Adam tak boleh bergurau senda dengan cik bunga.

Adam memeluk Rizqi erat diikuti deheman-deheman menjijikkan dari Jay yang berlagak seolah-olah dia dan Rizqi ada hubungan songsang. 

Adam lepaskan pelukan dan tenung Rizqi dalam-dalam. Rizqi nampak teruk.

“Nampak tak sihat lagi Qi?” 

“Hmm...” Rizqi mengiyakan. 

“I now pronounce you husband and wife. You may kiss your bride.”

Fiqri mengilai mengalahkan kuntilanak. Jay memang gila. Geli hati dia tengok muka Rizqi bengang giler. Adam pulak duk picit pelipis. Memang sejak Rizqi tak ada Jay berleluasa menyangak sana sini. Mungkin kalau Rizqi tak muncul dua tiga hari lagi Adam akan kena strok otak.

“Suka sangat ya nak dapat mak baru. Mengilai sampai tuli sekejap telinga Uncle.”

“Pergi mampuslah kau Jay!” Fiqri buat muka menyampah. Adam dengan Rizqi buat macam Jay tak wujud. Tarik kerusi dan duduk. 

“Cis, satu keluarga sombong. Orang sombong umurnya pendek. Huh!” Jay memuncung. Frust kelas lakonan dia kali ni tak mendapat sambutan.

“Tengok macam makin teruk je Qi?” Adam risau. Tak pernah Rizqi selemah ni. Dah berhari-hari takkan tak sembuh-sembuh lagi.

“Ke kau lari dari rumah? Tunggu kau aku telefon tok ayah.” 

“Tak payah nak tunjuk aksi cucu mithali sangatlah penyangak. Tok ayah yang suruh aku keluar.” 

Jay simpan balik handphonenya. Kemudian tongkat dagu dengan dua belah tangan buat muka cute sehabis manja. 

“Ni mesti sebab kau rindukan aku. Tulah, orang nak cium jual mahal. Kalau tak mesti dah sembuh kena ciuman penuh bervitamin aku.”

“Tutup mulut kau Jay sebelum aku tutup pakai kepala lutut!”

Rizqi sampaikan mengerang penuh geram. Jay ketawa penuh suka. Adam hela nafas. Dia tahu cara Jay lepas rindu dengan cara mengganggu Rizqi. 

Tu tengok Fiqri. Duk tenung Rizqi tak lepas dari tadi. Mereka semua rendu sangat dekat jantan buas. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk buat jantan buas beraksi. 

Adam rasa Jay takkan berhenti menganggu sehinggalah Rizqi hilang sabar dan menggila. Jay memang bengong!

“Dah jumpa Mel?” Adam lirik Fiqri yang terus tayang muka masam bila nama Camelia disebut-sebut. Lucu, kadang-kadang dia fikir Fiqri cemburu dengan Camelia.

Dengar pasal Camelia, terus mekar senyuman Rizqi bak bunga kembang bertaman-taman.

Terus Adam tersenyum bila tengok muka pucat dan cengkung Rizqi dah berseri-seri. Yalah, walaupun bukan macam biasa tapi kurang sikit nampak binasanya.

“Kereta dia tak ada. Cik bunga dah balik kot.”

Semua kerut kening. Tak jumpa tapi senyum macam dah dapat buat jadi bini. Pelik.

“Kenapa tak pergi rumah dia?” Adam cuba cari jawapan. 

Wajah Rizqi makin bersinar-sinar penuh dengan aura bahagia macam baru lepas mandi bunga tujuh jenis bawah jambatan dan itu buat tiga sedaranya terkinja-kinja mahukan jawapan.

“Malam ni aku nak bawak Mel balik rumah kenal-kenal dengan tok ayah.”

Adam dan Fiqri melopong macam tengah saksikan pocong breakdance pakai bikini tapi Rizqi tayang muka berseri-seri macam baru mengharungi malam pertama dengan bini.

Jay pulak mendadak muram. Cis, dia tak dapat try lagi Camelia tu sesuai ke tidak nak letak di hati, Rizqi dah nak buat bini.

“Mel dah tahu?” Adam rasa tak.

Rizqi geleng.

Fiqri nak aje memaki tapi bila ingat yang mereka baru saja jumpa jadi tak sampai hati. Tarik nafas, check satu per satu perkataan. Okey lepas. Tak ada yang busuk. 

“Dah tu kenapa tak tanya dulu. Nanti dia marah kan susah.” Fiqri hembus nafas. Memang susah nak bercakap dengan nada baik dan guna perkataan baik-baik di saat suasana hatinya memang tak baik.

Jay gelak. Lucu, tadi dia sempat terkejut dan frust. Sekarang rasa nak boo boo kan si jantan buas. Ada ke pandai-pandai nak heret perempuan pergi jumpa datuk mertua tanpa persetujuan.

“Yang kau ketawa ni kenapa?! Kau nak makan penendang!”

Rizqi marah sekaligus bingung. Apa salahnya dia bawak Camelia jumpa tok ayah. Kalau boleh malam ni jugak dia nak bincang pasal kahwin. Bila mak ayah Camelia balik umrah nanti boleh terus bersanding.

“Macam ni Qi. Sekurang-kurangnya kena tanya Mel dulu. Nanti dia tak setuju macam mana.” 

Hilang rasa berkobar-kobar nak bawak Camelia jumpa tok ayah bila Adam cakap macam tu. Rizqi rasa patah hati.

“Sam cakap Mel risaukan aku. Hari-hari dia tanya pasal aku. Salah ke aku rasa kalau dia dah sukakan aku?”

Adam picit dahi. Sungguh tak sampai hati nak jawab belum tentu bila tengok muka mengharap Rizqi. Inilah payah jadi amatur dalam dunia percintaan. Dia takut selepas belakang Rizqi hancur, hati Rizqi pulak bakal berkecai.

Jay kacip gigi ketap bibir sekuat hati. Tahan ketawanya dari meledak dan menghancurkan hati Rizqi. Sungguh kali ni Jay rasa Rizqi betul-betul patut dikasihani.

Fiqri hela nafas. Sesak dadanya. Rasa nak menangis pun ada.  Kesian sedaranya jatuh cinta sampai jadi bodoh dan gila. Grrrr... kalau si Mel-Mel tu betul-betul bunga, dah lama dia sembur racun biar enyah dari hidup sedara buasnya.

Tengok kepada reaksi sedaranya, terutama Adam, Rizqi dapat ambik kesimpulan yang dia terlanjur syok sendiri. Ibaratkan hidung terlajak mancung malangnya cinta tak bersambung-sambung.

Dia lelah. Kali ni betul-betul lelah dan menyerah.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila