Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 4

PANDANGANNYA menghala liar ke segenap ruang kafe. Dengusan penuh amarah dilepaskan bila orang yang dicarinya sampai ke saat ini tak juga-juga muncul. 

Rizqi tahu yang memang bodoh dia pergi buat kerja macam ni. Mungkin Camelia pergi ke kafe lain. Mungkin tak sama masa datangnya. Dan mungkin-mungkin lain yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya boleh aje Rizqi pergi ke fakulti Camelia tapi dia tak bersedia untuk menerima penolakan.

Apa lagi mendengar kata-kata pedih yang bakal keluar dari mulut cik bunga. Sayang seribu kali sayang cik bunga wangi tapi mulutnya langsung tak wangi.

Dan sayang seribu kali sayang. Camelia perempuan pertama yang dia suka. Tapi Camelialah perempuan pertama yang tak suka dia.

Jam di pergelangan tangan ditilik. Seumur hidupnya tak pernah-pernah lagi dia buat pengiraan setepat dan sejitu ni. Kalau dihitung-hitung sampai ke saat ni dah 7 hari 12 jam 23 minit 5, 6, 7, 8…

Okey, stop jadi bodoh!!!

Rizqi menghempas tangannya ke atas meja, frust parah sebab tak dapat tengok muka orang yang dia duk tunggu berhari-hari.

Jangan tanya kenapa dia jadi begini.

Dia cukup sedar diri tentang apa yang tengah bergelojak dalam jiwa jantannya saat ini yang mula dahagakan cinta si cik bunga.

Kenapalah cik bunga tak selembut wajahnya. Kan mudah terus buat cik bunga jadi bini. Tak payah nak tahan diri segala sampai rasa dah nak gila.

Arggghhh, geramnya!!! Rambut di belakang kepala diramas, lepas rasa kecewa.

Rizqi tak sedar kelakuan tak normalnya disaksikan tiga pasang mata yang duduk semeja dengannya. Dalam kepala mereka dah fikir macam-macam melihat sedaranya dah macam orang sasau.

Jay buat kesimpulan, ni mesti Rizqi ada masalah cinta dengan CMA. Mana tahu tok ayah tak restu sebab tok ayah nak buat CMA jadi bini bukan jadi cucu menantu.

Fiqri buat ramalan, ni mesti Rizqi marah dengan seseorang tapi tak boleh nak lepas. Mana tahu CMA pergi pinang Rizqi, of courselah Rizqi rasa terhina sampai mendidih kepala namun malangnya tok ayah warning Rizqi jangan sesekali pedajalkan CMA.

Adam tarik senyuman, ramalannya benar-benar belaka dan sekarang dia dah dapat buat kesimpulan perubahan pelik Rizqi beberapa hari ni memang ada kena mengena dengan Camelia.

Tu tengoklah kat siapa si mata helang yang tadi bersungguh sangat mencari mangsa kini tertuju.

Camelia…

Rizqi kepal penumbuk. Kurang asam! Hidup dia punyalah kacau bilau berhari-hari tapi Camelia boleh pulak muncul dengan wajah riang ria bergembira bersama si lembik tukang fitnah.

Tak sangka penantiannya berakhir luka. Bak kata Alleycats, kasih tak kesampaian. 

Pegang dada. Sakit. Tak sangka hatinya luka lagi. Sebegini luka. 

Adam beria-ria cakap yang si lembik tu kawan Camelia yang Camelia anggap seperti adik sendiri. Masalahnya dalam hati siapa tahu. 

Mana tahu diam-diam si lembik tu simpan perasaan pada Camelia. Dan siapa tahu Camelia dah kena pukau dengan si lembik tu sampai dah tak reti nak bezakan itu manusia atau bapak gajah. Memang sah si pengecut tu mandremkan Camelia.

Cis, tak guna!

Sebelum dia buat si Aiman-Aiman tu berakhir dengan luka-luka di seluruh badan dan buat Camelia tambah bencikannya untuk kesekian kali, baik dia blah!

“Hei, makhluk tak siuman. Kau nak pergi mana hah?!”

Rizqi mendengus marah dan terus bukak langkah lebar-lebar. Fiqri patut bersyukur dia masih nak jaga imej dia depan Camelia, kalau tak selamat tinggal semua barisan gigi depan Fiqri.

“Dasar kurang ajar. Orang tanya bukannya nak jawab. Ni mendengus macam lembu kena sembelih.”

Jay ketawa mengekek. “Padan muka kau. Dah tengok muka dia macam gorila gila lain kali tutup mulut busuk kau tu. Tu nasib baik dia blah. Dibuatnya dia belah kepala kau, macam biasa aku jadi pom pom boy yang paling bahagia.”

“Seorang bapak haruslah melindungi anaknya dari bahaya, kan Dam?”

Adam putar bola mata. Tak kuasa nak mengiakan. Nasib baik Fiqri anak buluh betung bukan anak betul-betul. Kalau tak memang hancur hati dia dan si isteri dapat anak salah asuhan macam ni.

Tengok Adam tak jawab Fiqri mencuba lagi.

“Hati Adam terlampau putih, suci dan bersih tak hitam macam kau. Adam rela berkorban apa saja untuk memastikan kemaslahatan aku terjamin. Kan Dam kan?”

Sekali lagi Adam putar bola mata, meluat dengan mulut busuk Fiqri yang selalu menyebarkan bau tak sedap tapi yang tolong sembur minyak wangi tak lain tak bukan dialah. 

Bulan lepas matanya lebam sebab jadi kubu pertahanan Fiqri dari serangan bertubi-tubi Rizqi.

Dan Jay… jangan ditanya di mana posisinya kalau Rizqi menggila. Dari ditimang ibu sampailah dah berbulu kerja Jay jadi tukang sorak yang tak segan-segan menambahkan minyak di api yang marak.

“Alah buat apa jadi lelaki suci macam Adam. Perempuan tak suka lelaki macam dia. Diorang tergila-gilakan bad boy macam aku. Dahlah handsome bagai nak rak, macho terlajak-lajak pulak.” Jay berbesar hati memuji diri sendiri.

“Tapi bila tahu nama sebenar kau diorang tak sudi pun nak buat kau jadi laki. Tak sanggup nak jawab nanti bila anak korang tanya, ummi kenapa nama walid hodoh sangat? Syed Jaafarudin penyangak!” 

Fiqri dengan Adam ketawa sesungguh hati, siap tepuk-tepuk meja.

 Jay dah bangun siap nak balas dendam. Dia nak sembelih si mulut busuk buat kambing golek. Namun langkah kakinya berhenti bila pandangan matanya menatap si cantik jelita yang memandangnya. 

Sekelip mata Jay yang tadi rasa berjalan di padang pasir yang panas membara tiba-tiba aje pindah ke lautan biru yang tenang dan nyaman berenang-berenang dengan bahagianya dengan kekasih barunya.

Jay pejamkan mata menikmati hembusan angin bahagia yang diiringi tawa indah si cantik jelita yang seksi berbikini.

Jangan tanya bikini jenama apa.

Of courselah Victoria Secret!!!

Warna? Hmmm?

Red!!!

Kekasih hatinya kan putih melepak-lepak. Mestilah lagi berkali-kali ganda seksi si kekasih hati memakai bikini warna merah. Ahhh... ini semua bisa buat dia gilaaa!!!

“Woi!” Suara tak merdu menusuk ke telinganya diikuti lengannya yang sakit seperti ditampar.

Eh... tunggu kejap.

Ditampar?

Takkanlah kekasih hatinya sampai hati menamparnya? Dan... tunggu kejap, suara siapa yang bising macam lalat gila memanggil-manggil namanya ni?

Jay buka mata. Muka hodoh dua sedaranya yang tengah ketawa mengekek buat hati dia hancur. Bukan sebab sakit hati. Tapi sebab kecewa. 

Rupa-rupanya tadi hanya mimpi. Arghhh, dia sanggup gadaikan nyawa Fiqri dengan Adam kalau mimpi indahnya tadi boleh jadi kenyataan. Kalau tak cukup lagi, dia dengan rela hati gadaikan Rizqi sekali.

“Duduklah Jay. Cukup-cukuplah kau duk tayang muka tak senonoh kau tu dekat semua orang. Buat malu keturunan aje kau ni.”

Omelan Adam disambut dengan dengusan. Dasar lelaki suci dengki hati. Tak boleh nak bersabar sikit. At least bagilah dia peluk cium dulu si kekasih hati baru kejutkan dia dari khayalan terindahnya.

“Kau tengah gilakan siapa sampai jadi gila macam tadi? Menyesal aku tak rakam. Nak tunjuk kat tok ayah muka wajib kahwin cucu kesayangan dia ni. Gerenti tok ayah terus jumpa walid kau. Paksa kau nikah.”

“Betul ke Fiq? Arghh, kenapa kau tak rakam tadi? Kalau tak mesti minggu depan aku dah dapat peluk Mel tersayannggg!” 

Terus terbeliak mata Adam dengan Fiqri. Mata mereka memandang ke arah mata Jay duk pandang Camelia dengan muka mendamba. Kepala kedua-duanya tergeleng-geleng laju. Tak sangka sedara sewel mereka mahukan Camelia.

“Nampaknya Qi masih dendam lagi dengan bakal kekasih aku tu. Nasib baik dia tak perasan Qi pandang dia macam nak…” Jay buat aksi kelar leher. 

“Patut ke aku bagi amaran kat Mel tersayang yang ada penjahat nak cederakan dia. Bukan… bukan… bukan… aku rasa lebih baik aku bawak dia kawin lari.” Jay angguk-angguk penuh semangat.

“Hesy… cantik sungguh bakal kekasih aku yang entah ke berapa ni.” Jay terbang ke khayalan indahnya sambung episod yang tertunda tadi.

Adam menghembus nafas lelah. Satu aje yang dia harap. Semoga Jay tak bukak mulut depan Rizqi cakap yang dia sukakan Camelia. Dia cuma tak nak Jay makan ikut tiub nanti.

Jay pandang Camelia penuh cinta.

Fiqri pandang Camelia penuh tak suka.

Adam pandang Camelia kemudian geleng-geleng kepala.

Dahsyat betul penangan Camelia hingga kumbang buas seperti Rizqi pun tertawan. Kalau Jay tak ada yang ajaib pun. Semua bunga Jay nak hinggap.

Adam pandang Jay yang sekali lagi tayang muka tak senonoh dan fikir inilah masanya untuk pecah rahsia sebelum nasi menjadi bubur dan sesungguhnya dia tak nak jadi tukang suap bubur untuk Jay.

“Jay...”

Senyap.

“Jay...”

Tak menyahut.

“Dia buat lagi.” Adam mengeluh. 

Fiqri mendengus. Tak suka dengan pilihan hati Jay.

“Aku nak pecah rahsia besar ni pasal Mel.”

Terus Jay pandang Adam dengan muka berbinar. 

Adam kesal, itu tandanya Jay dengar buat-buat saja tak dengar. Sebut pasal Camelia terus respon. Ini yang dia tak tahan nak cis-ciskan ni. Nasib baik sedara.

“Apa dia?”

“Qi suka kat Mel.”

Jay melopong sesaat. Dalam hati Jay duk berdoa sakan agar semua tu hanyalah gurauan Adam. Bukan tak yakin nak bertarung tapi dia takut jadi tak normal buat selama-lamanya.

“Mengarutlah!” Fiqri rasa Adam dah gila.

“Betul. Sumpah tak tipu.”

“Tak mungkin! Kalau suka takkanlah Qi tengok Mel macam tadi!” Jay hentak meja penuh emosi. 

“Dia jealous.” Adam tunjuk muka yakin seyakin suaranya.

“Aku tak percaya! Tak mungkin! Ini mustahil!” Giliran Fiqri pulak hentak-hentak meja.

Jay dah pening kepala. Teringat lagu yang dia selalu karoeke dengan tok ayah.

Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah. Sayangnya semua musnaaaah!!!

Sepatutnya dari awal-awal lagi dia pergi goda Camelia. Ni tak, dia tunggu sampai hati Rizqi sejuk dulu sebab tak nak dibaham Rizqi bila dia ada hubungan dengan musuh Rizqi. Tapi dalam diam-diam Rizqi sudah tergoda dengan Camelia. 

Ini tak adil! Dia rasa seperti ditipu hidup-hidup!

“Kau tipu kan Dam. Kan?” Fiqri masih tak boleh terima kenyataan.

“Betul. Aku tak tipu. Aku gerenti potong kaki Jay.”

“Apasal aku pulak?!” Kali ni Jay hentak meja sepenuh tenaga. Bergegar dibuatnya seperti hatinya yang bergegar digempa kenyataan.

Dengan senyuman lebar dan setulus hati Adam berkata. “ Sebab kau yang paling layak untuk dikorbankan.”

Hancur luluh berkecai hati Jay. Terasa dirinya ini tak disayangi. Padahal selama ni dia cukup baik hati. Tak pernah buat orang sakit hati.

Huh.... Nampaknya datingnya dengan lima orang kekasihnya hari ini tak jadi. Sebab moodnya dah lari.




Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila