Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 38

“QI, cukup-cukuplah tu. Jomlah balik. Sampai bila kau nak duduk sini? Mentang-mentanglah tok ayah kat overseas.” Pening Fiqri dengan perangai Rizqi. 

“Aku takkan keluar dari sini selagi Camelia tak jatuh ke tangan aku.” Rizqi cukup sedar diri yang inilah saja peluang yang ada untuk dia dekatkan diri dengan Camelia. Lagipun Camelia dah mula jinak. Perlu sikit masa lagi nak ikat. 

“Habis tu sampai bila kau nak jadi penunggu kat sini? Setahun?” 

“Aku nak balik minggu depan.” Bersahaja Rizqi membalas. Tubuhnya direnggang-renggangkan sebelum turun dari katil. Dia nak pergi mandi.  Nak sambut cik bunga datang kenalah wangi-wangi. Baru cik bunga berkenan nak buat jadi laki.

“Kau nak buat apa sampai minggu depan?! Kau ni memang dah tak siuman!”

“Diamlah kau Fiq. Kau pergi balik. Kejap lagi mesti Mel datang. Jangan kacau aku nak berchenta.” Wajah penuh bahagia dipaparkan.

Tanpa Rizqi sedari perbualannya didengari seseorang yang berdiri di luar pintu biliknya. Kaku tubuh itu sebentar. Cuba mencerna apa yang dia dengar melalui pintu yang tidak ditutup rapat.

“Qi, janganlah melampau sangat. Takkan kau nak si Mel-Mel ponteng kelas semata-mata kau nak berdua-duaan dengan dia. Logiklah sikit!” 

“Tak apalah. Aku dan Mel ada kelas lain. Kelas bercinta. Huahahahaaa!!!” 

Tergeleng-geleng Fiqri melihat Rizqi yang ketawa terbahak-bahak. Ingat lawak sangat la tu. Adam pun satu, semua yang Rizqi buat disokong seratus peratus. Kalau betul tak apalah. Ni terang-terang tak betul. Tak pernah dibuat orang nak berkurung di hospital semata-mata nak memikat perempuan. 

“Kalau dia tahu kau tipu tentang penyakit kau ni memang sampai bila-bila dia takkan percayakan kau lagi.”

Terus mati ketawa Rizqi. Muka dah merah. Marah!

Dia tipu aku?! Semua orang tipu aku?! Memang melampau!!! Camelia bertempik dalam hati. Naik turun dadanya menahan marah. Kali ini memang dia akan mengamuk. Biar Rizqi sedar sikit yang dia bukannya mudah untuk dipijak-pijak dan diperbodohkan.

“Ah, dia takkan tahu kalau tak ada orang yang pecah rahsia. Sudahlah. Memekak aje kerjaan kau ni. Berambus sana kau!" 

"Tak nak! Aku nak duduk sini sampai kau setuju nak keluar dari ladang bunga (beracun) ni." Beracun sebut dalam hati aje sebab Fiqri tak nak makan kaki Rizqi. Fiqri tak tahu dari mana datangnya keberanian dia melanggar titah si jantan buas walaupun dia tahu tindakannya itu boleh di a.k.a. kan sebagai cari mati.

Rizqi mendengus keras. Darahnya mendidih tapi ditahankan saja sebab dia malas nak bikin kecoh. Fiqri kalau dikasi pengajaran hebohnya boleh kasi gegar satu block hospital ni. Kalau sampai ke pengetahuan Camelia masaklah dia.

Dia kan berlakon lemah tak berdaya ibarat kumbang jantan kekurangan madu bunga sampaikan makan harus disuap, minum harus dipegang gelas. Takkan tetiba pulak boleh pukul orang, kan?

Masih jauh perjalanan lakonan dia. Fiqri pulak dengan kepohnya suruh dia tamatkan drama Menagih Cintamu yang dia baru mulakan ni.

Tunggulah sampai scene dia berlakon tak berdaya sampai harus diberi minum dari mulut ke mulut hah time tu barulah boleh nak suruh dia tamatkan. 

Lepas tu boleh bukak skrip drama baru. Tajuknya Akulah Suamimu. Hah giteuwww...

"Aku habis mandi ni pastikan muka kau dah hilang, kalau tak aku hilangkan kau ikut sana." 

Terjojol mata Fiqri bila Rizqi tunjuk ke arah tingkap. Hilang terus semangatnya nak memaksa Rizqi. Dahlah bapak tak ada. Memang mati sia-sialah dia gamaknya.

Jangan nak kata Rizqi bergurau sebab Fiqri tak mahu mengulang kisah duka lara Jay yang kena gantung kaki ke atas kepala ke bawah di tingkap empat rumah tuk ayah atas balasan Jay mengurung Rizqi untuk kali pertama dulu.

Jadi baiklah Fiqri mengalah sebelum kena. Lantaklah Rizqi nak duduk sampai berkulat di hospital ni 100 tahun lagi sekalipun.

Tahu pun takut. Rizqi mencebik bila tengok muka pucat Fiqri. Baju yang tersarung di tubuh tegapnya dibuka.

“Qi!!! Apa kena dengan belakang kau ni?!! Ni mesti sebab kena hempuk dengan kerusi hari tu kan?!!” tempik Fiqri sekuat hati. Belakang yang membiru itu ditenung dengan rasa tak percaya.

Niat Camelia untuk menolak pintu dan bersemuka dengan Rizqi terbantut bila mendengar tempikan dahsyat Fiqri. Teruk sangat ke cedera di belakang Rizqi sampai Fiqri bertempik sebegitu rupa?

“Sikit ajelah ni. Kau ni over betul.” Rizqi gosok telinga. Berdesing telinganya mendengar pekikan Fiqri mengalahkan hilaian pontianak gila.

“Haah, betullah sikit sangat tu. Kau nak aku tambah? Biar aku hentak kepala kau kat dinding. Baru betul sikit cara otak kau berjalan.” 

Fiqri mendengus tak puas hati. Macam mana dia tak sakit hati kalau sampai begitu sekali Rizqi cedera. Dahlah si Mel-Mel tu bukannya tahu menghargai pun. Dimarahnya Rizqi lagi adalah.

“Yang kau bodoh sangat pergi offer belakang kau tu kenapa hah?!”

“Takkanlah aku nak biar Mel yang kena. Aku kena pun jadi macam ni. Kalau kena kat Mel, aku tak tahulah. Menangis air mata darah aku menyesal tak sudah.” 

Fiqri memutar bola mata, menyampah.

"Mel harus selamat, sihat walafiat di bawah jagaan aku. Sama macam aku yang sihat bahagia penuh cinta di bawah jagaan Mel."

Fiqri loya tekak rasa nak muntah mendengarnya.

Rizqi sengih tak henti. Sebut saja nama Camelia buat dia terlalu suka hati. Tak lama lagi Camelia akan datang jaga dia. Alahai… betapa indahnya dunia. Makan bersuap. Duduk berteman. Hidupnya bagai sempurna sudah. 

“Tersengih-sengih macam beruk kat zoo. Ikut suka hati kaulah. Jangan sampai kau mati sudah.” 

“Apa masalah kau sekarang ni? Cakap pasal mati semua. Sini aku kasi kau mamp…” Belum habis ayatnya, mata Rizqi terbeliak bila pintu biliknya terbuka luas. Kepala Rizqi bagai dihempap batu bila melihat figura yang berdiri di depannya itu.

“Mel… I can explain…” Gagap. Matilah dia kali ni!!!

Matilah dia ini kali!!!



MATILAH KAU NAK... 

MAAFLAH, MAK TAK BOLEH NAK TOLONG. HARAP KAU TETAP SIHAT WALAFIAT LAH YE. HIHIHI...


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila