Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 31

RIZQI membuka mata.  

“Aku kat mana ni?” Matanya melilau. 

“Mel!” Saat fikirannya mengingat tentang Camelia, terus dia terjun dari katil. 

Entah macam mana dia boleh pengsan. Seingatnya tadi dia tengah bercakap di telefon dengan setiausahanya. Dia arahkan Kak Nora uruskan Camelia dan barang-barang keperluan Camelia. Dia nak bila Camelia bangun nanti semuanya dah complete. Nak beli hati Camelia katakan.

Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Huh lega. Camelia memang ada kat situ. Sedang lena diulik mimpi. Kakinya laju mendapatkan Camelia. Tak sabar-sabar.

Kerusi di sisi katil diduduki. Dia menopang dagu merenung wajah yang lena itu. Melihat ada selendang yang menutup rambut Camelia, dia pasti Kak Nora dah datang uruskan Camelia.

Dia nak buat bini, kenalah jaga betul-betul. Dia kedekut. Dia tak nak berkongsi apa yang patut jadi hak tontonannya seorang dengan lelaki lain. Dia cemburuuuu!!!

Tangannya naik membetulkan selendang yang tidak dipinkan itu untuk menutup leher Camelia yang sedikit terdedah.

Masa dia pengsan sedaranya tak ambik kesempatan kan tengok Camelia? Nanti dia tanya sorang-sorang. Lepas tu tendang orang yang dah lakukan kesalahan.

“Aku ingat kau dah tinggalkan aku. Aku betul-betul takut tadi Mel. Kesian kau, tentu kau sakit. Aku yang salah. Lain kali aku tak buat lagi. Aku janji. Lepas ni aku akan jaga kau betul-betul.” 

Tangan Camelia yang kaku itu dipandang lama. Mahu saja dibawa ke dalam genggamannya. Tapi dia tahu yang jiwa lelakinya tak berapa nak suci. Jadi tak payahlah nak cari nahas. 

Yalah, mula-mula memang niat nak pegang tangan aje, tapi kalau tiba-tiba dia jadi tamak siapa nak tanggungjawab?

Tenang betul wajah Camelia ketika lena. Jauh sekali nak dibandingkan ketika sedar. Itu tak termasuk bila tengah marah. Dia tengok pun boleh tersiat hati. 

Ditatapnya wajah yang sedang lena itu dalam-dalam. Mulalah bau bunga-bunga cinta terhidu bila berada sedekat ini dengan cik bunga. Nafas dihela dalam. Berdebar jugak jiwa. Camelia bila dalam keadaan senyap macam ni memang cantik sangat-sangat. 

Hesy… mintak-mintaklah dia tak lupa yang Camelia bukan isteri dia. 

“Kau ni macam sleeping beauty. Tapi kau versi terbalik. Sleeping beauty bangun bila prince datang kiss dia. Kau… prince sehandsome aku kiss kau, terus kau tidur tak bangun-bangun.” Rizqi menyeringai nakal bila mengingati kejadian CPR tadi. 

“Tapi kalaulah kau tahu, mesti kau bertukar jadi witch kejar aku dengan penyapu kau tu. Huh, seram!” Tangannya menggosok-gosok pipi. Teringat betapa perit pipinya dilibas tadi.

“Bibir aku dah tak teruna lagi. Macam mana pun kau kena bertanggungjawab.” Bibirnya disentuh. Sebenarnya nak sentuh bibir Camelia, tapi takut terlajak sentuh pulak. Hehehe…

Bibirnya mula mengalunkan lagu…


Could I hold you for a lifetime?

Could I look into your eyes?

Could I have this night to share this night together?

Could I hold you close beside me?

Could I hold you for all time?

Could I, could I, could I have this kiss forever?

Could I, could I, Could I have this kiss forever? 

Foreveeerrrr.....


“Boleh tak sayang? Boleh eh?” Hehehe. Rizqi ketawa lagi.

Lama dia memerhatikan wajah pucat Camelia. Mulalah otak dia merancang projek mega.

“Mel, jom kita kahwin.” Ikhlas dari hati dia melamar Camelia. Tak main-main. Bukannya cubaan tapi kenyataan.

Wajah yang diam tak berkutik itu dipandang dengan senyuman lebar.

“Orang tua-tua cakap, kalau diam tandanya setuju. Jadi aku anggap kau dah setuju. Tak boleh tarik balik tau.”

Hehehe… bayangkan pun boleh buat dia nak berguling-guling satu bilik sebab bahagia sangat. Kalau jadi kenyataan, boleh sampai guling-guling ria satu hospital lah dia gamaknya.

“Bila tu kita boleh kahwin? Hmm… cuti semester ni boleh?” Itu beberapa bulan lagi. Kepalanya digeleng-geleng. Lambat sangat tu.

“Mel, kita kahwin awal sikit eh. Kau setuju?” 

“Kalau diam aku anggap kau setuju.” Sesaat kemudian senyuman Rizqi terbentuk indah.

“Setuju la tu… Aku tahu kau pun tak sabar nak kahwin dengan aku.” Hehehe… Rizqi ketawa senang hati.

“Mel, kau nak berapa orang anak? Sepuluh cukup?”

Wajah suci itu ditenung.

“Hesy… diam lagi. Setujulah tu. Okey, aku tuntut janji kau ni. Sepuluh orang tau.”

Hik hik hik… Terangguk-angguk kepalanya tahan gelak takut bergegar satu hospital. Walah, fikirkan pun rasa bahagia. Kalau kenyataan… hmm… muka Rizqi dah bertukar miang.

“Dahlah. Aku penat. Kita tidur eh sayang. Goodnight. I love you…” Kepalanya dilentokkan di sisi katil. Kerana keletihan, sekejap saja lenanya menjelma.




“QI bangun! Gila ke apa tidur kat sini. Pergi masuk bilik kau.” 

“Dam… hmm…” Matanya digosok-gosok. 

“Aduh sakitnya badan aku.” Rizqi menggeliat.

“Habis tu orang kasi katil, kau pergi tidur melukut di tepi gantang ni kenapa? Dah tak dapat beza kerusi dengan katil? Dah tak kenal bilik kau ke bilik orang lain?” bebel Adam. Baru dia tinggal kejap pergi makan, si kumbang jantan ni dah terbang cari bunga. 

Mau tak tercabut jantung bila bukak aje pintu tengok-tengok si jantan buas ni dah hilang. Rupa-rupanya hilang pergi teman makwe. Huh mengada-ngada betul. 

“Masuklah cepat. Silap hari bulan kau pengsan lagi.”

“Aku dah sihatlah. Aku nak tidur sini. Temankan cik bunga aku.”

“Kau dah sihat? Yakin?” 

Rizqi tahu Adam mengejek. Tapi Rizqi angguk sungguh-sungguh tunjuk muka polos. Demi tak mahu dipisahkan.

Adam picit dahi. Sakit hati betul dengan karenah Rizqi. “Aku rasa otak kau yang sakit. Memang kena suruh doktor check kepala otak kau ni. Buat CT Scan dengan MRI sekali. Confirm tentu otak kau ni dah biul.” 

Rizqi kerut dahi tengok Adam yang emosi. Mungkin dia patut bawak Adam ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental. Jadi Adam takkan kacau dia lagi nak temankan Camelia kat sini. Betul tu. Satu cadangan yang baik.

“Aku dah sihat. Mel tak sihat. Aku nak tunggu dia.” 

“Pergi masuk bilik kau sekarang. Dia bukan bini kau, kau nak tunggu dia segala. Bukan boleh harap sangat kau ni.”

“Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Aku tak sentuh pun dia. Aku temankan aje.”

“Baguslah kalau tak. Tapi aku tak kira, kau masuk bilik kau sekarang atau aku bagitahu tok ayah kau ada kat sini.”

Terjengil mata Rizqi. Kurang asam. Memang dia kena mengalah kalau membabitkan tok ayah. Nak tak nak kenalah dia berundur pergi.

“Lamanya Mel tidur. Betul ke dia tak apa-apa?” Tak sanggup rasanya nak tinggalkan Camelia sorang-sorang.

“Kan doktor cakap dia dah okey. Banyak tanya pulak. Pergi masuk bilik kau sekarang!” 

“Shhh… Cik bunga aku tengah tidur ni. Jangan bising.” Rizqi mendecit tak puas hati.

"Shhh... shhhh... tidurlah sayang. Shhhh..." Kemudian lagu si comel pipi merah bergema dengan penuh kasih.

Adam tepuk dahi dibuatnya. Dia rasa Rizqi memang sah dah gila meroyan. Ada ke Rizqi dodoikan Camelia macam Camelia tu bayi merah yang baru keluar dari perut ibu. Lagi satu, nak dodoikan buat apa sedangkan kawan tu tak berkutik tidur lenanya. 

Usai mendodoi Rizqi tenung Camelia penuh sayang sampai Adam rasa kembang tekak, mual dan loya jadinya.

Oh Tuhan... kalau dia tak tengok dengan mata kepala dia sendiri, dia takkan percaya yang si jantan buas boleh jadi seteruk ni. 

Oh Tuhan... cepat-cepatlah sesi tenung merenung di berakhir, dia dah terseksa batin juga zahir. 

Adam hembus nafas lelah. Jangan sampai dia muntah kat sini jugak sudah.


 


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila