Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 39

“TUAN muda dah boleh keluar rupanya. Ingatkan nak bermastautin buat selama-lamanya di hospital.” 

Kurang asam! Bibir Rizqi mendengus tak puas hati. Rasa nak chokeslamkan Adam. Buat pertarungan WWE.

“Jomlah balik. Kesian Mel. Letih tunggu dari tadi. Dahlah panas ni.” Jay cuba mengambil hati Camelia yang berdiri di depan kereta Rizqi. 

Camelia cebik. 

Jay tersenyum kelat. Pedih hatinya dilayan begini oleh perempuan. Biasanya semua perempuan suka kat dia. Ke Camelia ni terkena buatan orang? Manalah tahu ada jantan perangai macam syaitan buat Camelia sampai tak sudi pandang lelaki lain. 

Hmm… ada kemungkinan jugak tu. Kalau Rizqi direject boleh diterimalah. Rizqi tu dahlah tak cukup handsome, buruk perangai pulak tu. Ini dia yang sempurna serba serbi dari atas ke bawah, luar dan dalam, pendek kata terlajak-lajak perfect ni pun tak dipandang.

Patutkah dia bawak Camelia pergi jumpa pengamal perubatan Islam buang semua jin-jin dalam badan Camelia?

Nanti dia diskusikan dengan Rizqi. Sebab mungkin Rizqi patut dibawa sama untuk mengubati kebuasannya. Tak lupa Fiqri, biar wangi sikit mulutnya. Adam pun kena bawak jugak, sebab perasan suci sangat hatinya. Nanti Adam kena buli. Dunia luar ini kejam untuk orang lemah seperti Adam.

“Tak payah nak buat drama ratapan anak tiri kat sinilah Jay. Memang patut pun kalau si Mel-Mel marah kat kau.” Fiqri senyum mengejek kemudian melangkah ke keretanya diikuti Adam. 

Jay memandang Camelia sekilas dengan rasa hampa sebelum berlalu. Camelia turut melangkah melihat semua orang dah bergerak kecuali Rizqi. 

“Hei… nak pergi mana tu?” Cepat Rizqi menghalang langkah Camelia dengan berdiri di depan tubuh Camelia yang nampak begitu kecil dibandingkan dengan tubuh besarnya.

Camelia mendongak memandang monster yang menghalang jalannya dengan muka tak puas hati. “Baliklah, buat apa lagi?!” 

Wajah masam sedia ada Camelia bertambah masam buat air liur yang ditelan Rizqi turut terasa masam. Hidupnya tak wangi bila cik bunga marah kepadanya. Masam dan tak berseri aje dunianya.

“Tepilah!” Camelia mendengus sambil picit dahi.

“Balik dengan akulah! Aku tak izinkan kau naik kereta dengan jantan lain! Tak boleh!!!” 

Tanpa sengaja Rizqi tinggikan suara. Nak buat macam mana darahnya mendidih bila fikirkan yang Camelia ada niat nak balik dengan lelaki lain. Tak sangka marah benar Camelia sampai tak sudi nak balik dengannya.

Camelia gosok dada berkali-kali. Pendek hayat jantung sihatnya kalau dia selalu dekat dengan Rizqi. 

“Yang kau nak tinggi-tinggi suara ni kenapa?! Aku tak pekak lagi!” 

Rizqi mengusap kasar wajahnya. Menyesal buat Camelia tambah marah. 

“Sorry... aku tak sengaja. Balik dengan aku ya.” Tak menunggu jawapan Camelia, Rizqi melangkah cepat membuka pintu kereta untuk si bunga pujaan.

Camelia kerut dahi. “La… kereta kau ke?” Tanpa banyak soal Camelia masuk ke dalam kereta. Cepat masuk, cepatlah balik. Malas nak mengadap Rizqi yang banyak taktik nak membodohinya.

Tercengang sekejap Rizqi. Oh… akhirnya dia faham.

“Aku ingat kau tak nak balik dengan aku.” Rizqi tersengih lucu mengingat diri yang terlebih-lebih cemburu. 

Camelia mendongak memandang tuan punya badan yang tengah tersengih macam dapat duit berjuta-juta. 

“Aku tak busuk hati macam tu sekali. Aku tak tahu ni kereta kau.” 

Rizqi melirik kepada kereta McLaren 720S miliknya. “Kereta ni aku baru beli. Saja aku suruh orang bawak datang sini. Nak rasmi naik dengan kau. Berdua…” Sengih miang Rizqi muncul. 

“Cepatlah. Aku panas ni.” Tangannya mengibas-ngibas baju. Panas cuaca ditambah panas bila tengok senyuman miang Rizqi. Gatal tak habis-habis.

Rizqi menahan nafas seketika melihat riak menyampah Camelia. Hampa hatinya. Pintu kereta ditutup cepat dan dia melangkah lebar-lebar ke tempat pemandu. Nak melangkah masuk ke dalam hati Camelia masih tak dapat. 

Entah sampai bilalah dia kena jadi kumbang yang dahagakan madu yang mampu dihidu wanginya tapi tak dapat dihirup manisnya? Sadis betul nasib dirinya ini.

“Betul ke kau boleh drive ni?”

“Boleh, takkan tak boleh pulak. Aku kan dah sih…” Jangan cakap sihat. Nanti Camelia dah tak nak pedulikan dirinya. Betul tu!

“Aku rasa dah sihat sikit. Gian nak drive.” Rizqi tayang sengih. Padahal sengaja dia suruh orang bawakan keretanya sebab dia nak habiskan masa dengan Camelia. Nak merapatkan lagi silaturahim katakan. 

Lepas ni nak pergi makan. Lepas makan nak pergi jalan-jalan. Lepas jalan-jalan nak pergi mana lagi erk? 

Jumpa tuk kadi boleh? 

Hehehe… Rizqi senyum. Lucu dengan apa yang bermain di fikirannya tadi. Dengar dek Camelia, memang dia kena tendang keluar dari kereta. 

Teringat semasa penipuannya terbongkar tadi. Mati-mati dia ingat Camelia akan mengamuk. Ajaibnya, tak! Camelia masuk dan mintak nak balik. Dan terpaksalah dia tunaikan walaupun dia berat hati. Apa-apa pun hati Camelia perlu dijaga. 

“Okeylah. Kalau tiba-tiba belakang kau sakit, bagitahu aku. Tak pasal-pasal kena daftar masuk ke hospital lagi.”

“Okey. Trust me. Aku takkan buat perkara yang akan bahayakan kau.” Rizqi bermanis mulut. Dia tahu Camelia tahan diri untuk marah disebabkan kecederaan di belakangnya. Dan barulah dia tahu Camelia ni bukan jenis yang keras hati sangat. Masih berperikemanusiaan.

Camelia mencebik. Ayat manis dari jantan miang bukannya boleh pakai pun. Kalau rasa nak tembus ke hati tu cepat-cepatlah tepis. Tak pasal-pasal cipta memori cinta luka pula.

“Kau suka kereta apa? Nanti aku belikan untuk kau.” 

Wajah tenang Rizqi yang tengah memandu dipandang. Dasar orang kaya, duit tak jadi hal. Nak belanja kereta macam nak belanja ikan masin kat pasar. 

Sorry, kau beli untuk girlfriend kau ajelah. Aku tak nak!

Teringat aje tentang kekasih Rizqi, hati Camelia seperti dicucuk-cucuk besi panas. Kenapalah dia perlu rasa sakit hati yang teramat sangat tiap kali bila perihal perempuan tu bermain di kepalanya? Kalau boleh pilih dia langsung tak mahu simpan perasaan marah dekat orang yang langsung tak buat salah padanya. Tapi buat macam mana pun dia tak dapat nak hentikan perasaan sakit hatinya ini.  

“Kau suka kereta apa cik bunga?” soal Rizqi sekali lagi sambil melirik kepada Camelia. Dia betul-betul nak tunaikan apa yang Camelia nak. Sekurang-kurangnya dia dapat buat sesuatu untuk gadis pujaannya.

“Aku suka kereta aku! Kau tak payah nak beli hati aku!” ucap Camelia penuh emosi.

Tercekik air liur sendiri Rizqi bila dihentam begitu. Adakah ini bermaksud Camelia langsung tak sudi nak jual hatinya untuk dia beli?

Kalau dia perempuan dah lama dia meraung sebab patah hati tapi kerana dia jantan sejati dia takkan sesekali undur diri untuk terus berjuang nak beli hati cik bunga.

Camelia haknya dan akan dia buat untuk jadi haknya sampai bila-bila.

Rizqi pandang Camelia. Sekali lagi hati dia patah bila Camelia jeling dan pandang ke arah lain. Entah kenapa mood Camelia nampak makin teruk. Dan itu buat mood dia pun turut buruk.

“Adam ni bawak kereta ke kayuh basikal?! Slow nak mampus!” Rizqi membebel dengan muka bengangnya. Nak lepas perasaan sebenarnya.

Camelia di sebelah menjeling pelik. Bodoh ke apa, dalam kawasan hospital takkan nak pecut. Fiqri dah hilang. Tinggal Adam di depan dan Jay di belakang Rizqi.

“Qi!!!” Camelia menjerit kuat dan serentak memejamkan mata bila kelajuan kereta Rizqi bertambah dengan tiba-tiba memotong kereta Adam sedangkan kat depan ada ambulans meluru masuk.

Terdengar saja ketawa Rizqi terus Camelia bukak mata. Kereta Rizqi dah meninggalkan kawasan hospital. Syukurlah bukan dia yang meninggalkan dunia.

Baru Camelia nak marah, Rizqi dah bagi amaran.

“Aku nak main kejap ya sayang! Duduk diam-diam!” desis Rizqi perlahan tapi kedengaran cukup berbahaya.

 Nada tegas Rizqi buat Camelia gerun. Mood Rizqi nampak tak baik.

“Gilalah Qi ni. Ada orang tersayang di sebelah pun boleh dia bawak kereta macam pelesit. Okey, kita main macam biasa.” Aston Martin DB11 Adam meluncur laju mengejar si McLaren yang dah menghilang.

“Hoi, nak main tak ajak!” Terkejut Jay bila tiba-tiba Rizqi pecut. Diikuti Adam yang tadi bawak kereta macam kura-kura sekarang dah jadi kuda.

“Cik bunga, Abang Jay datang!!!” Jay menjerit penuh bersemangat menambahkan kelajuan si Lamborghini Aventador S mengejar dua sedaranya yang tiba-tiba aje nak bermain.

“Weh…” Terbengong-bengong Fiqri melihat Rizqi memotongnya. Siap hon, itu tanda mengejek.

“Weh…” Hon yang kedua dari Adam yang memotong laju keretanya. Tu tandanya ajak bertanding.

“Weh…” Hon yang ketiga dari Jay yang siap bukak cermin jelirkan lidah kini sekelip mata dah meninggalkannya. Itu tandanya memang kurang ajar.

Runtuh harga diri!!!

“Cakaplah dulu nak main tolol!!!” Fiqri melemparkan handphonenya begitu saja. Stereng kereta dipukul. Marah bila dia yang tengah syok berbalas mesej dengan si girlfriend tiba-tiba aje ditinggalkan kesepian. Ketiga-tiga sedaranya dah hilang.

Apa tunggu lagi, kini Porsche 911 GT3 Fiqri mula mengejar. Tak boleh kalah! Tak boleh!

Rizqi menyeringai melihat kereta-kereta sedaranya dah mendekat. Pedal minyak ditekan lagi kuat. Mengaum garang dengan penuh gagahnya si McLaren hitam membelah jalan raya. 

Camelia menggigil. Teringat janji manis Rizqi tadi. “Okey. Trust me. Aku takkan buat perkara yang akan bahayakan kau.” 

Dasar penipu!!! 

Dasar janji manismu!!! 

Kereta Adam datang begitu dekat dan itu buat Rizqi menambahkan kelajuannya. Camelia memegang sisi kerusi dengan sekuat mungkin.

Tak sampai sesaat kedengaran suara nyaring Camelia bertempik bila kereta Jay cuba memotong namun dihalang Rizqi yang dengan gilanya cuba menghimpit kereta Jay sampai Jay memperlahankan kelajuannya siap bagi pakej hon bertubi-tubi. 

Gila! Ini gila! Jantung Camelia macam nak putus dah dibuatnya.

Seatbelt di badannya dipegang sehabis kuat. Mulutnya terkumat kamit membaca doa mohon agar sampai dengan selamat ke rumahnya. 

Rizqi menjeling Camelia yang nampak pucat. Tak sampai hati Rizqi mengurangkan sikit kegilaannya dengan memperlahankan sedikit kelajuannya.

Camelia menarik nafas lega namun sekejap cuma bila berdesup kereta Fiqri memotong.

Dasar jantan-jantan bodoh sakit mental!!! 

"Cis!" Rizqi mendengus tak puas hati. Mana boleh kalah. Lagi-lagi depan makwe.

"Sayang, pegang kuat-kuat."

"Hah?" Camelia tak sempat nak cerna kerana seraya mengucapkan itu kereta Rizqi meluncur laju dengan kelajuan tak sabar-sabar ke neraka memotong kereta Fiqri dan kereta-kereta lainnya.

Camelia menjerit nyaring, badannya terlempar ke depan. Kedua tangannya memegang dashboard seerat mungkin. Kalau kukunya boleh menggali dashbord dah lama dia buat. 

Sayang taik kucing kau! Nak aje Camelia bertempik begitu sayangnya lidah Camelia kelu dan bibir Camelia bergetar ketakutan.

Camelia jeling Rizqi di sebelahnya penuh sakit hati. Sampai hati, tak kesian langsung kat bekas pesakit yang baru sembuh dari sakit ni. 

Sungguh lepas ni dia tak nak lagi naik kereta dengan Rizqi.

Tak nak!!!


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA. SEMOGA PUASA TAHUN INI MENJADI PUASA YANG PALING BERKAT SEPANJANG HIDUP KITA. AMIN.

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila