Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 13

RIZQI girang tak terhingga. Setiap yang berjumpa dengannya pasti mengucapkan tahniah. Seperti yang dijangka bandnya menang dalam pertandingan semalam. 

Biasalah suara dia kan sedap, macho, seksi, lagi menawan. Mestilah menang. Lagi-lagi penyokong terhebat datang. 

Biar pun menang hatinya masih tak puas. Ingatkan Camelia betul-betul dah jatuh chenta kepadanya. Kalau tengokkan reaksi Camelia semalam, memang confirm-confirm jatuh cinta. Tapi belum apa-apa Camelia dah balik. Jatuh cinta sekerap jalan ke? Lepas tu benci pula. 

Apa masalah Camelia sebenarnya? Nak suruh buat macam mana lagi baru nak sukakannya? Dia tak payah senyum pun hati perempuan dah cair bila tengok muka handsomenya. Tapi dengan Camelia… 

Senyum sampai tanggal semua gigi pun belum tentu dapat. Sampai ke sudah peluang nampak tak cerah-cerah. Huh!

Di sudut lain…

“Mel, aku rasa aku dah jatuh cintalah.”

“Siapa perempuan tu?” Laju Camelia bertanya. Kalah kilat. Dia lagi cepat. 

“Sarah…” balas Aiman dengan wajah malu-malu. 

“Sarah?!” Terbeliak mata Camelia. Aiman dah puas hidup aman rupanya.

Pipi bulat Aiman terus merah. Aiman mengangguk malu-malu. Kepala Camelia pusing bertalu-talu.

“Aku tak suka!” 

Mata Aiman terbeliak kemudian bertukar sayu.

“Aku sedar diri yang aku tak layak dengan dia. Dia pun anggap aku kawan dia aje.” 

“Aiman, aku larang bukan sebab aku cakap kau tak layak dengan dia. Aku takut kau mati nanti. Kau sendiri tahu boyfriend dia macam mana. Tu kerjanya gali kubur sendiri Man.”

“Tapi dia tak buat apa-apa pun kat kita lepas kejadian tu.” 

Camelia mendengus. Inilah masalahnya kalau makhluk bernama manusia bila dah jatuh cinta. Jadi buta mata, buta hati, degil nak mati.

“Aku tak cakap sebab aku takut kau takut. Si Syahid tu pernah datang ugut aku.”

Muka Aiman terus pucat lesi.

“Ya Allah… dia ada cederakan kau ke Mel?!”

“Tak. Atau pun tak sempat. Sebab aku cakap aku bukan bodoh macam Sarah. Kalau dia jentik aku atau kau, aku report polis. Biar dia membusuk dalam penjara.”

Aiman usap dada. Lega. Nasib baik Camelia brutal. Kalau dia yang kena, memang dah selamat duduk di hospital. 

“Nasib baik kau berani. Tak macam aku, penakut.”

“Aku bukan berani. Buat-buat berani  je. Orang pengecut macam Syahid tu lagi naik kepala kalau kita tunjuk kita takut dengan dia. Kalau kita tunjuk yang kita tak gentar dia pun fikir dua tiga kali nak serang. Kalau kena jugak nak buat macam mana.”

“Janganlah cakap macam tu Mel. Aku tak rela kalau jadi benda buruk kat kau.”

“Aku rela kau mati syahid. Tapi kalau setakat nak mati di tangan Syahid tu tak payahlah. Biar si Sarah aje yang jadi bodoh. Kau jangan nak ikut-ikut jadi bodoh.”

Aiman memandang Camelia dengan sayu. Camelia tak pernah cakap dia bodoh. Inilah buat pertama kalinya. Nampaknya Camelia betul-betul marah.

Patut ke dia putuskan pertemanan dengan Sarah? Dia tak nak libatkan Camelia kalau Syahid dapat tahu nanti. Apa yang berlaku hari tu pun cukup buat dia ngeri. 

Mari kita kembali ke masa lalu...

Hari tu masa dia dan Camelia baru habis kelas, Camelia paksa dia turun dengan tangga. Exercise katanya. Masa tulah mereka nampak senior mereka Syahid tengah seronok membantai si kekasih hati si Sarah. 

Memang sebijik macam Tamil action movie. Tampar, tumbuk, tendang semuanya ada.

Dia teringin sangat nak jadi hero masalahnya dia takut. Tapi Camelia yang selalu menggila secara tiba-tiba dengan brutalnya menyerang hendap. 

Ditendangnya Syahid kat celah kelangkang, apa lagi si jantan yang mengamuk tadi terus kiok. Lepas tu Camelia suruh dia pikul Sarah dan mereka larikan diri.

Nak dibuat cerita Sarah tak nak report polis. Katanya sebab sayang. Dan apa lagi, menggilalah Camelia lagi. Kata Camelia kalau dia tahu awal-awal macam tu memang dia biarkan saja Sarah kena lanyak. Sampai mati pun tak apa.

Dan lepas bagi beberapa patah mutiara kata yang menusuk ke hati, Camelia pergi. Yang menjadi masalah, dia tertinggal hatinya dekat Sarah dan dia sembunyi-sembunyi berhubungan dengan Sarah tanpa pengetahuan Camelia.

“Kau dah tak ada calon lain ke Aiman? Kalau payah sangat aku rela hati tolong carikan.” Kejang habis seluruh tubuh Camelia bila Sarah si bodoh yang dipilih Aiman untuk jatuh cinta.

“Tapi aku betul-betul sukakan dia. Hati aku betul-betul sukakan dia.”

Ambik kau. Dua kali Aiman cakap betul-betul suka. Camelia pening. Nak dimarah dah besar membulat dengan jayanya. Tapi kesian otaknya hanya sebesar biji jagung. 

Sarah tu takkan jatuh cinta dengan Aiman. Kalau kena pukul pun masih sayang, Aiman nampak sangat hanya diletakkan sekadar di pinggiran.

Lama Camelia berdiam. Kalau bersuara takut keluar bahasa-bahasa indah pulak. Aimanlah orang yang paling dia tak nak sakiti. 

Dia betul-betul sayangkan Aiman dan tak mahu Aiman ditimpa malang hanya kerana cinta yang pasti-pasti takkan berbalas. 

“Aiman, kau tahukan aku sayang kau. Tolong fikir baik-baik.” 

Dang! Dada Rizqi bagai ditembak. Sakit bagai nak mati. Baru aje sampai telinganya disajikan dengan kenyataan yang hampir buat dia terkena serangan jantung. 

Rizqi genggam penumbuk. Ikut hati memang dia amuk kat sini jugak.

Aku sayang kau. Tolong fikir baik-baik. 

Apa semua ni?

Camelia melamar si gajah lembik tu untuk dijadikan kekasih?!!

Agaknya otak Camelia dah tak betul boleh jatuh cinta kepada lelaki tak cukup jantan seperti Aiman. 

Damn it!!!

Dadanya seperti dicabik-cabik!!! 

Hati dia sakit!!!

Sakit sangat!!!


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila