Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 8

DUM! Pintu studio dihempas kuat.

“Kau ni kenapa? Datang-datang aje nak mengamuk.” Adam mengurut dada. Aduh! Sikit lagi jantungnya nak melompat keluar jatuh berdebuk-debuk.

Rizqi menyandar lemah di sofa. Hatinya bagai dicarik-carik. Sakit!!!

Gitar di sebelahnya dicapai. Berharap dengan menyanyi dapat tenangkan amarahnya. Kalau tak surut jugak memang dia kena cari punching bag nak buat lepas sebal.


Alangkah sedihnya hatiku

Duka meliputi kalbuku

Kekasih di hati sudah jemu padaku

Tapi tetap ku tunggu

Kekasih yang lain ditemu

Hati ku berdarah dan pilu

Namun tetap ku merayu padamu kasih 

Kembalilah padaku


Adam dan Jay saling melirik.

“Oh mai gad! Penyakit bipolarnya dah datang.” Jay buat muka ngeri

“Pop yeh yeh tu. Dah tahap teruk sangat dah ni,” bisik Adam. Perutnya menggelegak. Nak ketawa takut gitar naik atas kepala. Nyaya tu.

“Qi, kau nyanyi lagi pop yeh yeh? Si jantan buas nyanyi lagu pop yeh yeh? Wah, hari ini dalam sejarah. Muahahaha!” Fiqri mengilai siap tepuk-tepuk dinding.

Terbantut nyanyian Rizqi. Tajam matanya memandang Fiqri. Sakit hati bila sesi melepas perasaannya diganggu. Rasa nak aje tepuk-tepuk kepala Fiqri ke dinding.

“Okey… Okey… Teruskan… Nyanyi… Nyanyi…” Fiqri angkat kedua tangan. Nak naik pitam dia melihat betapa tajamnya Rizqi tuju amaran. Siren bahaya dah bunyi tu.

Rizqi kembali memejamkan mata. Gitar dipetik. 


Duhai kekasih ku rindu padamu

Jangan kau nyaya aku cintaku kasihanlah

Tapi tak mengapa ku derita 

Nanti tiba masa kau kan rasa

Betapa hebatnya hati luka kecewa gagal dalam bercinta

Gagal dalam bercintaaaa…


“Dah sudah? Ke nak nyanyi lagi?” soal Jay sehabis sopan bila Rizqi dah berhenti menyanyi. Takut jugak Rizqi amuk. Tadi Rizqi dah bagi amaran pada Fiqri. Lepas ni memang dah tak ada amaran lagi. Maksudnya akan dipraktikkan terus. Senget sebelah mukanya nanti.

Dengusan diberikan sebagai jawapan. Rupa-rupanya perasaan frust menonggeng rasanya macam ni. Langsung tak enak dan yang mengejutkan ianya... menyakitkan.

Tak sangka orang keras hati dan tak berperikemanusiaan macam dia pun boleh tewas. Cinta betul-betul membunuh hati dan jiwa raganya dengan brutal.

“Qi, what’s wrong with you hah? Takkan tak melekat lagi dengan cik bunga tu. Cuba tackle betul-betul. Kau jangan Qi, melepas nanti. Ke kau…” 

“Shut up!!!” Sekuat hati Rizqi bertempik. Tak sempat Adam habiskan ayat.

Terbeliak mata ketiga-tiga mereka. Terus senyap tak berkutik. 

Rizqi mendengus marah. Benci untuk dia akui yang dia telah gagal. Cintanya dah ditolak. Sakit hatinya bagaikan meledak-ledak. Sebelum dia ledakkan kepala sedaranya baik dia blah. Tak tunggu sesaat dia keluar dari situ. 

Buat masa ni dia perlu bersendirian. Tenangkan fikiran.

“Dia dah gila ke?” Adam menunjuk ke arah pintu.

“Lebih dari gila! Sakit dada aku.” Jay gosok dada. “Kurang asam si jantan buas. Nasib baik aku tak mati lagi. Kalau tak mesti mata aku tak boleh tutup rapat. Hajat besar tak tertunai.”

“Hajat apa?” soal Adam serius. Mana tahu ajal Jay dah dekat, jadi baik dia tolong tunaikan hajat Jay.

Jay menyeringai. “Nak bawak cik bunga naik pelamin.”

Adam dan Fiqri sama-sama mendengus sebal.

“Aku lagi rela kau mampus dari bawak perempuan tu naik pelamin.” 

Darah Jay menyirap. Jangan salahkan dia kalau Fiqri jadi bisu hari ni.

“Kenapa kau benci sangat dengan Mel tu? Dia baik aje aku tengok. Tak pernah aku tengok dia menggedik dengan mana-mana lelaki. Duduk melekat dengan si Aiman tu aje. Selama aku perhatikan dia, ramai yang cuba nak tackle dia, tak adanya dia melayan.” Jay tanpa sedar membuka cerita.

“Kau skodeng dia ke Jay?” Adam ketap bibir. 

Oppss, terlepas. Jay mampu tayang senyum ajelah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata nak buat macam mana. Biarkan aje. Hehehe…

“Bukan skodeng, aku cuma terserempak. Jangan bagitahu Qi. Kesian aku.” Muka mintak simpati ditayangkan. 

“Lagipun aku buat masa aku tak tahu yang Qi sukakan Mel.” Tipu...

Adam mendengus. “Lepas ni kalau kau buat lagi memang aku bagitahu Qi.”

“Dam, sekarang ni dari kau warning Jay baik kau stopkan Qi tu. Apa-apa jadi nanti susah.” 

“Apa salah Mel? Sebab mulut dia jahat? Biar aku sedarkan diri kau tu. Mulut busuk kau tu berganda-ganda lagi menyakitkan hati. Tapi kau siap claim mulut kau busuk hati kau suci. Aku gerenti yang hati Mel berjuta kali ganda suci dari kau.” Jay tetap setia membela. 

“Memang mulut aku celopar tapi aku selalu hitung satu per satu perkataan yang keluar dari mulut aku yang kau claim busuk ni sebab nak jaga hati Qi. Kau ingat si Mel-Mel tu nak ke jaga hati Qi. Tolong sakitkan hati adalah.”

Jay mencebik. Hitung satu per satu? Habis tu yang membusuk selama ni tu apa? Perasan baik betul.

Fiqri tarik nafas. Masih banyak lagi point yang dia ingin hujahkan.

“Qi tu patut cari girlfriend yang lemah-lembut. Bukan mulut macam si Mel-Mel tu. Aku bukan apa, aku nak yang terbaik untuk dia. Korang kan tahu dia tak macam kita.” Suara Fiqri kian perlahan dan kedengaran sayu. 

Terdiam Adam. Nafas dihela panjang. Tiba-tiba hatinya mula setuju yang Camelia tak sesuai dengan Rizqi. 

Apa yang dikatakan Fiqri memang masuk akal. Perempuan yang mendampingi Rizqi seharusnya perempuan yang penuh dengan kasih sayang. 

Dari apa yang dia lihat Camelia boleh tahan jugak barannya. Si baran lawan si jantan buas, jawapannya disasterlah hidup. Bye-byelah bahagia.

“Betullah cakap kau tu Fiq. Qi memang kena cari girlfriend yang penyayang. Dia kan terlebih-lebih sensitif.” Jay mengangguk-angguk. “Jadi Mel tu bagi kat aku ajelah. Boleh macam tu, kan?” 

Dengan penuh bersemangat, ditemani mata yang bersinar-sinar Jay meminta izin ingin menyunting bunga larangan di kebun bapak singa.

“Jay!!!” Tempikan Adam dan Fiqri bergabung. Bergegar satu studio bak diserang garuda.

Jay tetap tayang senyuman gatal. “Ah, arahan korang sampai ke sudah aku takkan hirau. Lainlah kalau si jantan buas yang bagi warning. Kat situ jugak aku akan menurut perintah. Aye… aye… captain!”

“Tak payah nak bergadai nyawa sangatlah Jay. Kau tu suka kejap aje. Lepas kau dapat buat makwe, kau buang macam tu aje.” Fiqri dah tahu sangat perangai Jay yang suka hancurkan hati perempuan.

“Alah, cuba dulu. Mana tahu yang ni betul-betul dapat letak kat hati.”

“Yang pasti kau pasti tinggalkan perempuan kat hati kau tu dan terus jalan dengan El.” Adam mengejek. Tahu sangat Jay memang tak tahu apa yang buat hidup dia bahagia.

“Yang tu Dam kita fikirkan kemudian. Mana tahu El tak kisah bermadu, aku memang tak kisah nak berbini. Empat aku sanggup. Dah bosan cerai, ganti lain. Dah menyampah tendang, kahwin lain. Dengan semua perempuan kat dunia ni aku nak kahwin. Huahahaha!!!” 

Jay ketawa ketiwi suka hati bila bayangkan punya banyak isteri. Patutlah atuknya dulu selalu bertukar-tukar isteri. 

Adam rasa macam nak selam Jay dalam lautan penuh dengan air Yasin. Dalam diri Jay terlalu banyak setan yang perlu dilenyapkan. 

“Oh... jadi CMA pun termasuk dalam perempuan kau nak kahwin jugaklah.”

Uhuks uhuks uhuks!!! Jay yang tengah syok menikmati cokenya terbatuk-batuk sampai tersembur air. Tangannya duk tepuk-tepuk dada nak keluarkan rasa tercekik di dadanya. Tangannya yang satu lagi menunjuk-nunjuk Fiqri dengan tak puas hati.

Adam yang pada mulanya ketawa bahagia tengok Jay kena karma dah mula risau bila batuk Jay makin teruk sampai keluar air mata dan mukanya merah gila. 

Sepantas kilat Adam bangun menepuk-nepuk belakang Jay. Membayangkan CMA untuk dijadikan isteri memang mengerikan. Adam faham kalau Jay terbatuk sampai nak putus nyawa.

Fiqri senyum penuh nista bersandar tenang sambil melipat tangan depan dada. Pemandangan Jay tengah nazak memang tak patut dilepaskan walau hanya satu kedipan mata. Huhuhu... Padan muka.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila