Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 35

“KAU buat apa kat sini?” Terkejut Rizqi dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang itu. 

“Datang melawat Abang Qi lah," ucap Elena dengan senyuman tanpa menyedari bahawa orang yang dilawatinya tak suka langsung dengan kedatangannya.

Bukan Rizqi tak suka. Lebih tepat lagi tak mengalu-alukan. Dia punyalah nak spend time hanya dengan Camelia, orang cakap apa… berdua lebih baik. Ni datang pengacau pulak. Dahlah Camelia nak datang kejap lagi. Memang kacau betullah.

“Mana Jay?” Bagus, lepas buat hal tinggalkan sedara tak senang duduk. Takut si penyangak tu buat hal kat luar sana kena bantai ke apa ke, tak ada orang pun tahu.

Adam dan Fiqri risau tak habis. Sebab biasanya Jay hilang paling lama pun setengah hari je. Bila 25 jam Jay tak muncul-muncul, akhirnya Rizqi terpaksa tinggalkan voice mail pujuk suruh balik siap sumpah yang Jay akan disayang-sayang bukan ditendang sampai melayang.

“Ada, abang ambil barang tertinggal kat kereta," jawab Elena tanpa langsung ada curiga di hati.

Rizqi cebik. Ambil barang ke pergi cuci mata. Mata jantan sorang tu memang keranjang tahap dewa. Elena tak tahu Jay yang dianggap lelaki paling setia tu adalah penggila perempuan nombor satu.

“Kau pergi baliklah. Alang-alang Jay dah ada kat kereta. Kan dah tengok aku. Aku okey.” 

“Janganlah halau. El nak datang melawat Abang Qi dengan girlfriend Abang Qi sekali."

Dengar aje Elena cakap Camelia girlfriendnya terus rasa tak suka Rizqi hilang berganti dengan senyuman bahagia.

Girlfriendnya?  Hati Rizqi berdup dap bahagia.

Elena kata Camelia tu girlfriendnya? Rizqi dah senyum-senyum meroyan gembira.

Haish Elena ni, pandai betul ambik hatinya. Wajah Rizqi kini manis mengalahkan gula.

Elena tak pernah rasa selega ini bila jumpa Rizqi. Maklumlah Rizqi jarang tak marah. Ni tengok Rizqi ketawa ketiwi penuh happy seolah-olah Elena jumpa salah satu kejaiban dunia.

“Mesti lawa kan girlfriend Abang Qi tu." Memandangkan Rizqi nampak suka sangat dipuji jadi Elena tambah lagi. Suka dia melihat wajah yang biasanya kelat itu kini berseri-seri.

“Kau ingat tak perempuan yang aku senyum dia buat derk tu?”

“Perempuan yang lepas tu kita jumpa kat restoran. Yang Abang Qi pergi tackle tapi kena reject. Perempuan tu ke?” 

Rizqi mendengus tak suka. Ada ke pergi ingatkan dia tentang kisah paling sadis tu. Dia punyalah cakap pasal kes senyum saja, dibangkitkan pasal kena reject pula. Kan dah tercalar egonya.

“Kau tak cakap kat Jay kan aku kena reject?” Teringat perjanjiannya dengan Elena dulu. Malu tak boleh nak cerita kalau Jay tahu cerita sebenar. Pasti sampai ke anak cucu Jay akan ungkit.

Elena gelisah. Melirik pintu keluar. Takut dia bila muka Rizqi bertukar bengis seperti dahulu kala.

“Kan El dah janji El akan simpan rahsia. Sampai mati El takkan cakap kat orang lain. Termasuk dengan abang.” Elena menjawab takut-takut.

“Bagus! Aku tahu kau boleh dipercayai.” 

“Yang tu ke Abang Qi?” 

Rizqi angguk. Membayangkan Camelia terus senyuman Rizqi mekar.

"Lawa Abang Qi. Lawa!" Dua jari diangkat. Elena jadi berani melihat kepada emosi Rizqi yang nampak begitu senang hati.

"Lawakan." Rizqi bangga sekali.  Makwe dia memang lawa sesangat. Tangannya menepuk-nepuk dada. Bangga! Bangga! Bangga!

“Macam mana Abang Qi boleh jumpa dia semula?"

"Dia belajar kat kolej aku."

"Wah... Kalau memang jodoh tak ke mana kan Abang Qi.” El tayang muka kagum tahap petala.

"Betul! Kau memang betul! Aku memang berjodoh dengan dia!" Rizqi menghamburkan tawa bahagia.

“Amboi… dah tak sakitlah tu. Ketawa dengar sampai kat luar. Tapi memang tak sakit pun, kan?” Fiqri masuk menjinjit bakul berisi buah. Zara yang kirimkan.

“Datang lagi si mulut busuk ni.” Dengusan keras dilepaskan. 

Fiqri mencemik tak suka. Tambah lagi bila tengok Elena tersengih-sengih. Tapi dalam hati lega. Bukan sebab Elena ya. Elena tu dia benci buat selama-lamanya. Dia lega sebab Jay dah balik dari pertapaan. 

Akhirnya…

“Abang Fiq datang sorang ke? Tak bawa Kak Zara tengok bakal kakak ipar?”

Rizqi sengih sampai sepet mata. Gembira yang amat bila dengar gelaran Elena untuk Camelia. 

Fiqri putar bola mata, menyampah bila tengok Rizqi yang dah macam kena serang penyakit sawan sengih. 

“El tanya tu, Zara kenapa tak datang?” Rizqi rasa nak tinju aje Fiqri. Sejak dulu sampai sekarang dan berkemungkinan besar sampai ke mati pun Fiqri takkan terima hubungan Jay dengan Elena.

“Zara kata nak datang esok,” jawab Fiqri acuh tak acuh tak pandang pun Elena.

 Elena senyum. Dah biasa dengan kelakuan Fiqri.

“Mana Jay?” Mata dihala kepada Rizqi. Pertanyaan sebenar ditujukan kepada Elena. Nak buat macam mana nak pandang Elena pun Fiqri takkan sudi.

“Entah, abang cakap nak pergi ambik barang tertinggal kat kereta. Sampai sekarang tak muncul-muncul.” Elena menjawab mesra. 

Fiqri dan Rizqi saling menjeling. Main isyarat mata. Tahu sangat mana Jay menghilang. 

“Dia pergi main bola keranjanglah tu.” Rizqi menyindir, tapi confirm Elena tak faham.

Sebab kaulah sedara aku jadi mata keranjang. Fiqri jeling Elena penuh sadis. 

Rizqi bersyukur yang Elena tak nampak jelingan Fiqri tadi. Boleh menangis si Elena ni. Malas dia nak tengok Jay dengan Fiqri bergaduh. Tak pasal-pasal tendangannya singgah lagi. Dia pencinta kedamaian yang akan mempertahankan keamanan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.

“Mengarutlah Abang Qi ni. Nak main bola keranjang apanya kat hospital. Abang pergi ambil baranglah.” Elena ketawa. Tak mengerti apa-apa.

Fiqri menggeleng. Ini bukan polos. Ini dah tahap bodoh.

Pintu ditolak dari luar. Semua mata berpaling. Muncul si tinggi lampai bawak buah. 

Rizqi frust sebab yang datang bukan Camelia.

Fiqri frust sebab yang muncul bukan Jay.

Adam frust sebab nampak Elena ada tapi Jay tak ada.

Hanya Elena aje yang senyum lebar bila nampak Adam muncul.

“Hai Abang Adam…” Suara merdu Elena bergema penuh mesra. 

“El datang sorang. Jay mana?” 

Fiqri mencebik-cebik bila Adam jawab Elena dengan mesra. Dia memang menyampah dengan si Mel-Mel. Tapi dia lagi benci dengan si tolol polos bodoh Elena. 

“Datang Fiq bawak buah. Kak Nora pun bawak buah. Elena datang bawak buah. Kau datang bawak buah jugak. Cubalah bawak benda lain.” Rizqi lepas perasaan tak kena tempat.

“Sesuailah dengan kau. Beruk patut makan buah banyak-banyak. Baru cepat sihat.” Fiqri ketawa berdekah-dekah.

“Dasar malaun! Berambus kau! Habis satu bilik aku bau mulut busuk kau tu. Dah macam bau bangkai pun ada.” Rizqi dah mula nak kibarkan bendera perang.

“Habis tu kau nak apa? Nanti aku beli.” Adam cari jalan damai.

“Yang ni tak payah beli.” Rizqi sengih lebar. Kembali bahagia tiba-tiba aje.

Adam dah senyum-senyum. Mengerti. 

Fiqri putar bola mata. Jengkel betul!

Elena jongket kening. Jangan tanya kenapa, Elena payah nak faham bahasa kiasan. Tapi Elena sepenuh hati beri perhatian, mana tahu pertolongan dia diperlukan. Tolong orang sakit banyak pahalanya.

“Aku nak Mel. Kau pergi panggil dia, Dam.” Rizqi dah tak sabar-sabar. Lama sangat Camelia ambil masa nak mandi, solat. Dia dari tadi dah siap. Teruja katakan. Nak pergi panggil sendiri, nanti Camelia fikir dia gelojoh sangat. Orang kata apa kena slow and steady gitu…

Nak tahu kenapa Rizqi suruh Adam pergi panggil? Sebab kalau Camelia ada simpan perasaan dekat Adam, dia nak Camelia sedar yang Adam langsung tak ada hati dekat Camelia. Mana ada lelaki yang pergi panggil perempuan yang dia suka untuk jumpa lelaki lain.

Licik kan? Ini orang cakap membunuh perasaan dalam diam. 

“Hello, everybadehhhh. Miss me, huh?!” Muncul Jay dengan ceria penuh mesra dah lupa semua dosa sebab kalau dah dimaafkan dah tak dipanggil pendosa lagi, kan?

“Langsung tak.” Fiqri jual mahal padahal mata dah bersinar-sinar pandang Jay.

“Jangan buat hal lagi Jay.” Adam endah tak endah. Tak berpaling pun, duk sibuk susun buah yang bertebaran atas meja. Tapi jangan tak tahu wajah Adam berseri-seri bila tahu Jay baik-baik aje.

“Bawak El balik. Aku nak dating lepas ni.” Rizqi dengan penuh tak berperasaan kibas tangan halau Jay.

Jay terluka. Sepatutnya sambutan atas kepulangannya seharusnya lagi meriah dari kedatangan Rizqi setelah dibebaskan tuk ayah hari tu. Mungkin sepatutnya dia kena tunggu dua tiga hari lagi baru muncul.

Ah, dia tertipu dengan lakonan mantap Rizqi. Semalam Rizqi dengan suara sehabis manis mintak dia pulang ke pangkuan. Sekarang dia ditendang. Sungguh-sungguh Jay rasa patah hati. Moral of the story, jangan sesekali percaya dengan si jantan buas lagi. 

“Dam, pergilah panggil Mel. Hei, korang semua boleh balik.”

“Yalah, tak menyabar langsung.” 

“Mestilah tak!” Rizqi senyum penuh semangat.

Yes! Jay bersorak ria. Sekurang-kurangnya bukan dia seorang aje yang patah hati sekarang. Rizqi pun bakal sama hancur hatinya. Camelia tengah tidur. Dia panggil dua tiga kali pun tak bangun-bangun. Bukan apa, dia nak tahu jugak sama ada Camelia marahkan dia lagi ke tak.

“El baru nak pergi jenguk. Tak apalah, biar El pergi panggil. Kat mana bilik dia?” Elena menawarkan diri.

 “Jangan Yang. Mel tengah tidur.” 

“Siapa tidur? Mel?” Riak bahagia Rizqi dah mula hilang diterbangkan angin hampa.

“Haah. Aku pergi jenguk dia tadi. Dia tengah tidur. Sorry Qi. Tahan dulu gatal kau tu. Takkanlah nak kacau puteri tengah beradu.” Jay buat muka simpati padahal bersorak sakan dalam hati. Padan muka kau!!!

Kali ni Rizqi pulak yang patah hati. Hampa! Betul-betul hampa. Dia punyalah menunggu dengan sepenuh harapan, sekarang semuanya berkecai.

“Baliklah korang! Aku nak tidur!” Selimut ditarik hingga menutup muka. Tak mahu riak hampanya dikesan oleh sesiapa pun.

Fiqri mendengus. Tadi bukan main semangat. Ni dah macam bunga kena racun pun ada. Terkulai layu. Jangan mati sudah.



Di biliknya, Camelia bangun dari baringnya menyandar lemah di kepala katil setelah memastikan Jay sudah keluar. Dia berpura-pura tidur tadi. Dia tak mahu bertemu dengan sesiapa di saat hatinya berdarah.

Sebenarnya dia dah pergi ke bilik Rizqi tadi. 

Dan...

Camelia gigit bibir. Sedaya upaya menahan diri dari menangis.

Dia nampak perempuan yang ada dengan Rizqi ketika di mall dan restoran dulu masuk ke bilik Rizqi.

Masa tu dia terkejut bila dadanya tiba-tiba rasa sakit. Tak sangka dia begitu terluka melihat perempuan tu sedangkan dia dengan Rizqi tak ada hubungan istimewa pun yang membuatnya berhak untuk sakit hati.

Saat itu Camelia sedar yang Rizqi sudah memiliki hatinya. Sesuatu yang Camelia cuba elak untuk berlaku, akhirnya berlaku.

Setelah beberapa lama berdiri macam orang hilang arah tujuan, Camelia menguatkan diri untuk tetap pergi ke bilik Rizqi. Cuba untuk menunaikan janji yang dia dah buat dengan Rizqi.

Atau lebih jujur lagi kerana perasaan yang mendesak ingin tahu apa hubungan Rizqi dengan perempuan tadi.

Namun malangnya bila dia mengintip di sebalik pintu yang dibuka dengan perlahan-lahan agar tak disedari Rizqi dan perempuan tu, hati Camelia retak seribu. Lututnya yang bergetar sedari tadi lemah longlai jadinya bila melihat senyuman Rizqi yang begitu manis untuk perempuan tu.

Memang sah perempuan tu kekasih Rizqi.

 Rizqi mempermainkan dia!

Rizqi kata Rizqi cintakan dia ketika hari mereka terkurung bersama.

Sekarang Rizqi tersenyum bahagia dengan perempuan lain pula.

Rizqi sama je dengan perempuan yang mempermainkan hati Kamil. Penipu besar!!!

Camelia benci Rizqi!!!

Benci!!!


KESIAN ABANG QI SELALU SAJA DISALAH FAHAMI. CARI BUNGA YANG LAINLAH BANG QI. HIHIHI...






Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila