Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 40

HAH SUDAH!!! Camelia gigit bibir. Nasib baik tak keluar suaranya. Hanya jeritan batinku sahaja. Restoran di depannya dilihat nak tak nak. Kenapa banyak-banyak restoran kat KL ni restorannya jugak yang Rizqi pilih?

Kalau rahsia pecah macam mana? Kalau Rizqi tahu ni restorannya sudah pasti-pasti panjang ceritanya nanti. 

Memang tak payah tunggu lama Rizqi akan tahu yang dia menipu tentang ibu bapanya. Entah bagaimana penerimaan lelaki tu nanti. Tak tahu lagi pun Camelia dah rasa malu. Kalau dah...

Haish... mana nak letak mukanya nanti.

Lagipun yang paling penting dia tak mahu orang tahu pasal keluarganya, kisah hidupnya. Kepada Aiman pun dia tak ceritakan. Apa lagi Rizqi. 

“Nak call sape?” Rizqi jeling bila Camelia keluarkan handphone. 

Camelia makin berdebar-debar tengok muka curiga Rizqi. “Tak, nak mesej Aiman.” 

Terus muka Rizqi berubah. Cemburu. Ikut hati nak aje rebut handphone kat tangan Camelia lepas tu lempar jauh-jauh. 

“Kenapa? Nak ajak dia datang?” 

Bila suara Rizqi berubah dingin sedingin wajahnya Camelia rasa nak lempang aje. Tak payah nak tunjuk cemburu sangatlah. Menyampah!

“Ikut suka hati akulah!” Camelia membentak geram. Sempat dia hantar mesej kat Uncle Daud supaya cakap kat pekerja-pekerja buat-buat tak kenal je dengannya.

Rizqi raup wajah. Susah… susah… nak menghadapi Camelia memang susaaaahhhh!!!

“Jomlah keluar.”

“Tunggulah semua sampai dulu.” Camelia nak lengahkan masa.

“Aku tak cakap pun kat dia orang nak datang sini.”

Mata Camelia melotot. “Kau apa?!”

“Aku nak makan berdua dengan kau. Salah?!” Suaranya ditekan. Rizqi dah bengang. 

Camelia tiba-tiba dapat idea. Ini memang peluang bagus nak lengahkan masa. Lagi bagus kalau Rizqi mengalah dan hantar dia terus balik ke rumah.

“Aku nak kau suruh dia orang datang. Kalau tak hantar aku balik.”

“Mel…” Rizqi hembus tarik nafas banyak kali. Camelia betul-betul mencabar kesabarannya.

“Take it or leave it!” Camelia lipat tangan depan dada, tunjuk muka super serius tak mahu dilawan.

Rizqi angkat kedua tangan ke udara. “Okey… okey… apa yang tak boleh untuk kau Mel.” Suara Rizqi tegang setegang wajahnya.

Senyum. Camelia rasa puas bila dapat buat Rizqi bengang dan mengalah.

Handphone diambil dan satu per satu sedaranya dihubungi. Dan setiap kali talian bersambung dia kena maki sebab hilang macam tu je. 

Kecuali Adamlah. Adam semua dia terima dengan hati terbuka. Itu yang buat Rizqi risau. Macam manalah Adam bila kerja nanti? Peluang Adam begitu cerah sekali untuk dibuli. 

Walaupun syarikat tu bapak Adam yang punya tapi kalau Adam terus berhati suci macam ni bukan setakat orang atas, orang bawah pun boleh pijak kepala dia.

Rizqi lagi suka Adam jadi pelajar seumur hidup dan dia dengan rela hati tanggung Adam sampai mati.

Dan setelah beberapa lama menanti, akhirnya duduklah mereka berlima semeja makan bersama-sama. Camelia lega bila pekerja-pekerja di restorannya buat-buat tak tahu aje dengan kemunculannya. 

“Qi, kau cakap makanan kat sini dah tak sedap. Makan macam pelahap je aku tengok.” 

Mata Camelia dah tajam. Ada ke cakap makanan kat restorannya tak sedap. Ini dah kira menghina.

“Bukan tak sedaplah Fiq. Kurang sedap. Tak macam tauke tu masak. Kalaulah dia terima tawaran aku, mesti aku pagi petang siang malam dapat makan sedap tiap-tiap hari.”

Camelia rasa nak terloncat dari kerusi. Jantungnya berdegup melebihi paras normal. Jangan nak cakap Rizqi lelaki yang Uncle Daud cerita sering mengeluh sejak dia berhenti memasak di restorannya.

Jadi Rizqilah yang dulu selalu request dia memasak. Tak nak tukang masak yang lain. Dia fikir yang pelanggannya itu menipu bila Uncle Daud cakap yang lelaki tu boleh beza sama ada itu air tangannya atau chef yang lain. 

Gila! Ini betul-betul kebetulan yang gila!

Pernah Rizqi mintak nak jumpa tapi dia tolak. Ada ke Rizqi nak dia kerja di rumahnya siap bagi tawaran yang tak masuk akal. Sejak itu dia anggap pelanggannya itu gila. Seram dia. Tak pernah jumpa orang obses sampai macam tu sekali. 

Dulu pernah dia tanya Uncle Daud macam mana orang tu boleh kesan rasa tu sampai macam tu sekali. Padahal pelanggan lain tak pernah pun complaint apa-apa. Bukan Rizqi sorang je pelanggan tetap restorannya ni.

Kata Uncle Daud mungkin pelanggannya tu dikurniakan dengan deria kebinatangan. Jadi deria baunya tajam. Digunakan untuk memburu.

Kalau dulu Camelia mengangguk bersungguh-sungguh bersetuju dengan teori kurang ajar Uncle Daud.

Tapi sekarang hidung Camelia berkerut. Dia rasa jauh hati bila Uncle Daud samakan Rizqi dengan binatang. 

Haish... Camelia mengeluh lemah. Maknanya dua tahun jugaklah dia masak untuk Rizqi. 

Orang tua cakap nak memenangi dan memikat hati laki haruslah bermula dari perutnya dahulu. Kena kenyangkan dia dengan air tangan sendiri.

Jadi itu bermakna Rizqi dah lamalah terpikat dengan dia, kan?

Jauh di sudut hati Camelia frust. Kalaulah dia tak tolak untuk jumpa Rizqi dua tahun yang lepas agak-agaknya Rizqi letak dia jadi yang pertama ke?

Tak payah nak fikirlah Mel. Tengok-tengok kekasihnya tu Rizqi kenal sejak kecil lagi. 

Fikirkan pasal kenyataan menyakitkan tu buat Camelia rasa tak berdaya.

“Mel, kenapa termenung sayang? Sayang tak sihat ke?” 

Tersentak Camelia bila tiba-tiba suara penuh romantis Rizqi berkumandang menghentikan lamunan gagal dalam cintanya.

Adam senyum. Geli hati bila tengok sedara buasnya jadi romantis. Macam tak sesuai je. Terkejut jantung.

Jay menyampah nak mati. Gaya Rizqi lama macam zaman Shakespeare. Kuno. Suara romantis Rizqi, renungan ala romantis Rizqi, gesture perasan romantis Rizqi buat dia sebu perut aje.

“Tak payahlah nak bersayang-sayang segala. Sah-sahlah si Mel-Mel ni tak nak kat kau, jangan terhegeh-hegeh sangat boleh tak."

Jangan tanya itu siapa. Tentunya si mulut busuk yang suka sakitkan hati orang dengan ayat-ayat busuknya.

Berdesing telinga Rizqi. Dia bangun mendadak nak gusti Fiqri tapi nasib baik Camelia menegur.

“Tak payah buat hal Qi. Orang datang sini nak makan. Takkanlah disebabkan kera dapat bunga rosak susu sebelanga.” Camelia dengan yakinnya melontarkan peribahasa.

“Kau bilang aku kera si Mel-Mel. Kau tu…” 

Sebelum mulut Fiqri membusuk tangan Adam dengan cepat tekap mulut Fiqri. Meronta-ronta si anak.  

“Diam! Atau kau nak aku diamkan!” Rizqi mendesis-desis kemarahan macam ular jantan gagal mengawan. Kalau tak kerana Camelia larang memang si mulut busuk ni dia dah tendang.

Bila anak buluh betungnya senyap si bapak tarik nafas lega yang teramat. Akhirnya dapat kembali menyantap dengan selamat. 

Si Uncle Jay frust. Sepatutnya dia dapat tengok Fiqri kena smackdown atas meja makan. Malangnya si bapak selalu saja dapat mengawal anaknya yang sawan.

Dan tak sangka cik bunga berjaya sejukkan hati jantan buas dari menggila dengan peribahasa yang bakal buat orang yang kerja Dewan Bahasa dan Pustaka geleng-geleng kepala.

Tak apalah sayang. Tak pandai berperibahasa pun tetap Abang Jay gila bayang.

Jay sembunyi-sembunyi pandang wajah Camelia yang berada di depannya.

Hailah... cantik sungguh. Bawak balik rumah kang. Hehehe...


P/S

AKU:   Pstt.. pstt... Bang Qi. Oiit, dengar tak.

BANG QI:  Apa dia?! Jangan ganggu masa aku ada dengan Cik Bunga. Nanti dia cemburu.

AKU:  Bang Jay Jay cukuplah sekali nak bawak girlfriend Bang Qi balik rumah dia.

BANG Qi:  Apaaaaa diaaaa?!!!!

BANG!!! Tiba-tiba Bang Jay Jay dah terlantar atas meja.

BANG JAY:  Kurang ajar cik penulis. Nama sendiri pun tak kenal sepuluh kali tukar ada hati datang-datang bawak fitnah.

AKU:  Hmmm... mungkin watak Bang Jay Jay harus dipadamkan. Cukuplah sekali ini.

BANG JAY:  Ampunnnnn... jangan buang aku. Aku masih tak puas menggoda semua perempuan di dunia ini.

Si BAPAK:    Mengucap Jay... ini bulan Ramadhan. Syaitan dah diikat pun masih nak buat dosa. Isk isk isk...

BANG JAY:   Betul ke kena ikat? Habis tu yang kat sebelah kau tu sape?

Semua orang like... Hmmm betul jugak... 

SI ANAK: Korang pandang aku kenapa?!! Ini semua salah kau LILA.

AKU:   Oh ya ke. Maafkan daku kerana tak dapat bersamamu sayang di hari raya hari yang bahagia.... Hahaha...


Sorrylah kalau lawak tak menyengat. Entahlah kenapa jadi macam tu ye. 

Buka puasa makan apa malam ni semua?

....

....

Oittt, mana suaranya????


Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila