Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 26

Mulut Rizqi melopong dek terkejut. Camelia? Betul ke Camelia ada depan mata dia sekarang ni? Ke halusinasi?  

“Qi, janganlah duk melopong terkebil-kebil macam tak pernah tengok perempuan. Datang dekat… datang dekat…” Jay bantai ketawa. Tak sangka sampai begitu sekali reaksi Rizqi bila tengok Camelia ada di depan mata.

Rizqi kaku namun hanya sekejap. Tak tunggu lama kakinya dilangkah gagah bak seorang jantan sejati menuju ke arah seseorang yang dia duk nanti-nanti selama ini.

Dia mati-mati ingat Camelia dah balik. Masih ada kat sini rupanya. Inilah orang duk kata kalau memang dah jodoh takkan ke mana. Ke jinjang pelaminlah jawabnya.

Camelia gugup. Tengok Rizqi berjalan ke arahnya terus jantungnya menari shuffle dan menggila. Terus kejadian Rizqi mencekik Doktor Muiz dengan begitu bengis terbayang-bayang walaupun cuba dihalau. 

Tak sangka rupa-rupanya dirinya masih trauma bila berhadapan dengan Rizqi. Mungkin dia patut menjadi teman bicara Rizqi hanya melalui telefon. Berdepan dengan Rizqi buat dia kecut perut.

Rizqi tanpa ragu duduk di kerusi panjang bersebelahan dengan Camelia. Dan Camelia tanpa ragu terus berdiri. 

Terjongket kening Rizqi tayang muka masam. Adakah ini tanda yang Camelia memang tak sukakan dia? 

Gelak ketawa Jay bergema lagi. “Mel, yang kau pucat semacam ni kenapa? Kau takut dengan Qi ke?” 

“Mana ada aku takut.” Seperti biasa Camelia cuba menunjukkan kekebalan diri yang dah tak berapa nak kebal.

“Kan? Buat apa nak takut. Qi ni tak pernah lagi makan orang. Cuma dia suka makan perempuan.” Jay gelak lagi. 

Berderau darah Camelia. Rizqi ni kaki tidur dengan perempuan ke? Entah kenapa Camelia rasa nak menangis.

Tumbukan kuat Rizqi pantas hinggap ke bahu Jay. Jay terdorong ke belakang. Sikit lagi nak jatuh menyembah lantai. 

Lagi berderau darah Camelia. Teringat pulak kes kerusi kayu patah dua dulu. Entah-entah lepas ni dia yang dipatah duakan Rizqi. Takuuut! 

“Sakitlah Qi!” Berkerut dahi Jay menahan sakit. Confirm lebam ni. 

"Cakap kat Mel yang aku bukan lelaki murahan macam kau!" Rizqi tak mahu Camelia salah faham dengannya.

"Cakaplah!!!" raung Rizqi geram. Penumbuknya ditayang depan Jay dengan muka bengis.

Tubuh Camelia mula menggigil. Aci tak kalau dia buka langkah sekarang? Kalau sempat lari, alhamdulillah. Kalau tertangkap memang innalillah.

Tadi Jay kena tumbuk sebab buat Rizqi marah, tak peliklah turn dia pulak yang makan pelempang sebab buat Rizqi sakit hati sebab tiba-tiba lari. 

Jay geleng-geleng seriau. Sekali Rizqi bagi boleh bersepai mukanya. Dahlah nak kena pergi dating lepas ni. 

"Sorry Mel. Aku gurau je. Qi bukan lelaki macam tu." 

"Bukan lelaki murahan macam kau!" Rizqi mendesis. "Cakap!" paksa Rizqi.

Melihat aura bengis Rizqi yang lain macam, nak tak nak terpaksalah Jay menggadaikan harga dirinya.

"Yalah, bukan lelaki murahan macam aku." Sayu Jay bila menyebut dirinya murahan depan target yang berada dalam list yang mahu dia buat kekasih.

“Sekali lagi aku dengar kau fitnah aku, muka kau pecah!” Rizqi ketap gigi.

Jay angguk-angguk tanda faham tapi otaknya ligat merancang macam mana nak balas dendam.

Rasa lega menyusup masuk dalam diri Camelia bila mendengar pengakuan Jay.

Jay dah tak ada muka nak pandang Camelia. Dia malu. Harga dirinya dijatuhkan serendah-rendahnya oleh jantan buas. Cis tak guna!

Jagalah kau jantan buas, akanku balas dendam!

Kalau Rizqi berjaya buat Camelia rasa dirinya murahan macam mana dia nak buat Camelia rasa Rizqi pun sama murahan erk?

Dia hilang peluang nak pikat cik bunga, jadi Rizqi pun patut hilang sama.

 Baru adil kan?

Tapi macam mana nak buat eh?

Fikir punya fikir...

Tang! Tiba-tiba idea bernas muncul. Hehehe… handphonenya diseluk. 

“Ya, ya, ya. Nanti saya hubungi dia. Ya, ya. Terima kasih.” 

Jay kelihatan serius bercakap di telefon. Berkerut dahi Camelia. Bila masa pulak telefon Jay berbunyi? Tak dengar pun.

Dan Rizqi pula dah tak sedar apa-apa dah. Asyik memandang dan terus memandang Camelia yang sedang memandang Jay. Hesy, tengah kerut dahi pun cantik. Alahai… Dap, dip, dup. Dap, dip, dup, di dalam dada. Jantung berdebar, aduh asyiknya amboi…

“Korang berbual dulu. Aku nak buat panggilan kejap.” 

“Eh... nak pergi mana tu?” Sekejap saja Jay sudah berdesup hilang. Camelia mula buka langkah. Tak sanggup tinggal berdua dengan Rizqi. Ngeri! 

Rizqi bergerak pantas menghadang Camelia dari pergi. Terkejut dia, tengah-tengah syok duk feeling yang indah-indah, heroine dia dah nak cabut dah. Nasib baik tindakannya pantas. Kalau tak melepas.

“Nak pergi mana?”

“Jay, dia dah pergi,” jawab Camelia cemas mendongak memandang Rizqi yang jauh lebih tinggi dan besar darinya. Serta merta Camelia rasa semakin tak selamat.

“Biarlah. Ada privasi sikit,” balas Rizqi selamba. 

Privasi? Melopong Camelia. Maksudnya apa?

Dum!!! Bunyi pintu ditutup kuat diiringi ketawa orang jahat buat Rizqi dan Camelia tersentak. Tak tunggu sesaat kedua-duanya menerpa ke pintu. Tentu-tentunya Rizqi sampai dulu ke pintu tengok panjang kaki pun dah tahu.

Oh no! Oh no! Tombol pintu dipulas-pulas tapi pintu langsung tak terbuka. Tak perlu fikir berjam-jam, sesaat saja Rizqi dah dapat tangkap situasi yang sebenar. Fikirannya menerawang kepada peristiwa malang dulu.

Tak guna! Lagi sekali si penyangak tu buat gila. Memang dah puas hidup agaknya. Tunggulah lepas dapat keluar nanti akan dia gantung si penyangak tu kepala ke bawah, kaki ke atas di bangunan paling tinggi di kolejnya ni.

“Kenapa tak boleh buka?” soal Camelia cemas.

Rizqi malas nak jawab di saat dirinya masih emosi. Pasti akan keluar ayat yang buat Camelia sakit hati. 

“Tepi, biar aku cuba pulak.” Camelia makin tak sedap hati. Tombol pintu dipulas berkali-kali. Dan… tentu sekali gagal.

“Macam mana ni?”

“Kejap. Kau sabar nanti aku call orang mintak bantuan.” Poket jeansnya diseluk. 

“Mana handphone aku? Alamak, mesti tertinggal dalam kereta.” Dahinya ditepuk kuat. 

“Tak boleh harap betul. Handphone pun boleh tertinggal.” Rasa takut masa mula-mula jumpa Rizqi tadi entah terbang ke mana. Sekarang ni kemarahan Camelia membuak-buak. 

Ni semua salah Rizqi. Kalau Rizqi tak halang dia tadi tentu dia tak terima nasib buruk begini. Kalau Rizqi ni ayam dah lama dia sembelih buat kari.

Berdesing telinga Rizqi mendengar sindiran keras Camelia. 

Sabar Qi, sabar… Cik bunga tu. Tu cik bunga... Diingatkan dirinya berkali-kali.

“Nasib baik handphone aku ada." Dengan sombong Camelia mencebik. Sakit hati Rizqi melihatnya.

Namun... 

Rancangannya nak menghubungi Aiman gagal. Mata Camelia mula berair melihat handphone yang dah tak bernyala di tangannya. 

“Tak boleh harap betul. Ada handphone pun tak guna kalau tak boleh pakai. Lempar aje masuk kolam.” Disindirnya Camelia balik.

Camelia dah tak ada perasaan nak marah. Yang tinggal perasaan takut dan tak keruan.

“Habis tu kita nak buat apa sekarang ni?” Camelia dah nak menangis.

“Tunggu ajelah sampai orang datang.” 

“Jay… Jay… Dia akan datang, kan?” Camelia berharap sangat Jay hanya bergurau.

Rizqi pandang Camelia dengan ekspresi seolah-olah itulah soalan yang paling bodoh sekali dia pernah dengar sejak dia wujud di dunia ni. Kali ini giliran Camelia pula sakit hati dengan Rizqi.

“Jangan mimpilah dia nak datang.” 

“Kenapa pulak?”

“Aku pernah kena kurung dua hari tiga malam sebab aku cakap muka dia macam pondan. Kau berdoalah Adam perasan aku hilang. Jangan lupa mintak semoga Adam tak tertipu dengan si penyangak tu. Kalau tak memang takkan ada orang cari kita.”

“Apa?!!” Mata Camelia berpinar-pinar. Jawapan serius dengan muka serius dari Rizqi sukses buat dia jatuh terduduk.

“Aku nak balik!”

“Nak balik macam mana. Tunggu dululah.” Rizqi ketap bibir. Dia mintak sangat Camelia diam. Dia sungguh-sungguh dah tak tahan nak marah. 

“Aku nak balik…” Suara Camelia mula mendayu-dayu.

“Kalau kau nak balik sangat, boleh.” Rizqi kelihatan serius dan Camelia terus percaya seratus peratus.

Yes ada harapan nak keluar. Hati Camelia mula berbunga-bunga.

“Kau nampak tak tingkap tu…” 

Pantas kepala Camelia mendongak melihat kepada arah tangan Rizqi menghala. Berkerut dahinya berfikir. Akalnya tak dapat mencerna kenapa tangan Rizqi menunjuk kepada tingkap kecil yang hampir sama tinggi dengan siling.

“Kau keluar ikut tingkap tu, lepas tu kau abseiling turun dari tingkat 7 ni. Tengok sampai bawah ke tak.” 

“Kau memang jahaaat!!!” bentak Camelia kuat. Berkecai hatinya. Harapan tinggal impian. Sampai hati Rizqi suruh dia pergi bunuh diri.   

Ggrrr, geramnya aku!!! Ni kalau aku dapat penyangak tu memang aku cekik-cekik! Rizqi macam orang gila meramas rambut. Tak pasal-pasal dia ditengking Camelia. Rasa macam nak bagi pelempang aje. Pantang dia kalau orang tinggikan suara kepadanya. Nasib baik dia sayang… 


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila