Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 6

“QI, kenapa kau nampak super ceria aje hari ni?” 

“Ye ke Jay? Super ceria eh. Hmm…” Dagunya diusap-usap dengan senyuman mekar di bibir. 

“Yang kau kejap-kejap duk tilik jam tu kenapa? Ada janji dengan orang ke?” Fiqri kerut dahi. 

Rizqi senyum lebar sebagai jawapan. Memang ada janji pun. Temujanji cinta. Nak jumpa sekuntum bunga yang mekar harum mewangi yang berjaya buat dia jatuh cinta. Walah! Tak sabar-sabar rasanya. 

Tak sabar-sabar dia nak jumpa Camelia. Mati-mati dia ingat Adam main-main aje masa Adam cakap nampak Camelia ke klinik kolej. Sakit apa cik bunganya. Hesy, risau.

“Kau janji dengan siapa sebenarnya ni?” Jay makin terkinja-kinja nak tahu. Dapat dia rasa yang orang itu tak lain tak bukan Camelia. Tengoklah Adam dengan Rizqi melirik-lirik senyum.

“Bidadari.” Pendek jawapan Rizqi.

Jay dapat dengar hati dia patah.

“Okeylah aku cau dulu.” Rizqi bangun dari kerusi. Masanya dah tiba. 

“Kau rasa siapa bidadari tu? Mel ke? Apa kata kita skodeng dia. Nak?” Jay memberi idea. 

“Nak apa? Nak mampus! Kalau dia tahu kita skodeng dia, kat situ jugak kita kena pancung.” Fiqri mendengus. Idea Jay jangan cuba-cuba dipakai kalau masih sayangkan nyawa.

“Tak payah nak skodeng sangatlah. Siapa lagi yang melekat di hati Qi. Buat tak tahu pulak.” Adam ketawa senang hati.

“Aku tak suka perempuan tu. Hari tu dia cederakan Qi. Dahlah tak nak mengaku. Siap cakap Qi macam beruk. Lepas ni tak tahu dia akan buat apa lagi.”

“Kau ni kenapa Fiq? Kan Qi dah cakap yang Mel tak tahu.” Adam geleng kepala.

“Masalahnya boleh aje dia tipu cakap yang dia tak tahu. Padahal dia memang sengaja pedajalkan Qi.” Fiqri tak mahu mengalah.

“Siapa yang berani buat Qi macam tu. Cuba cakap. Kita sendiri pun tak berani, kan?” 

“Kau ni Dam kenapa asyik bela dia? Dia bukan perempuan baik. Kau tengok sendiri mulut dia macam mana.” Fiqri makin tak puas hati.

“Seksi…” Jay tersenyum gatal.

“Bodoh! Yang tu jugak kau nampak!” Fiqri makin berangin.

“Well… mata aku ni memang automatik scan yang cantik-cantik.”

“Jadi kau nak bersaing dengan Qi la ni?” Adam menyindir. Tahu sangat Jay takkan berani buat punya. 

“Cikgu aku cakap maut jangan dicari.”

“Baguslah kalau kau sedar diri.” Fiqri tak dapat bayangkan kalau Jay betul-betul serius. Putus sedara gamaknya. Sebab perempuan tak ada adab pulak tu. Langsung tak berbaloi.

“Tapi rezeki jangan ditolak. Sekarang curi-curi tengok. Siapa tahu satu hari nanti dapat betul-betul peluk.” Kening diangkat-angkat dengan muka gatal.

“Jangan buat gila Jay.” Nasihat Adam dengan serius. Jay memang sejak dulu, kini dan selamanya tak pernah nak insaf.

Jay mengibas tangan. Bosan dia tadah telinga dengar Adam tak henti-henti berkicau.

“Aku setia menunggu. Kalau jodoh tu tak kemana.”

“Kalau bodoh tak kemana-mana.” Fiqri laju membidas. Jay mendengus keras.

“El kau nak campak mana Jay? Depan girlfriend kena pijak dengan semut pun kau boleh mati. Belakang, kau curi-curi skodeng girlfriend bapak singa. Tak sayang nyawa betul.” 

“Alah Dam, bak kata orang dulu-dulu yang dikejar biar dapat. Yang dikendong pegang erat-erat. Hahaha!!!” 

Adam dan Fiqri betul-betul tak sedap hati. Kalau Jay tak cukup hati-hati dan Rizqi dapat tahu nanti, Jay yang akan mati. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila