Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
53,326
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 14

CINCINemas bertatah berlian dibelek penuh teliti oleh Dani Zairie. Ia bersinar tatkala terkena simbahan cahaya. Tidak sabar rasanya untukdia menyarung cincin di jari manis Eyda Amanda.

Diamembuka laci meja perlahan-lahan. Lantas mengambil kotak baldu kecilberwarna merah. Masih tersimpan rapi sebentuk cincin permata. Diamenggenggamnya erat. Bimbang andai terlucut dari genggaman.

Begitujelas di ruang matanya tatkala cincin permata itu dicampak kasaroleh Eyda Amanda. Tersentap jiwanya seketika. Gara-gara Qaseh Juweeta, Eyda Amanda berubahkasar. Kerana sakit hati Eyda Amanda berbuat sesuka hati. Andai dia lebihberhati-hati, pasti semua itu tak akan terjadi.Tiada yang menyakiti. Tiada yang disakiti.

Tujuhdulang hantaran begitu indah tersusun. Dekorasi dan konsep warna merahmenyerlahkan hiasan dulang hantaran. Lama Dani Zairie merenung dulang hantaran itu.Hanyarenungan matanya masih berada di situ. Sedangkan hatidan minda menerawang jauh tersasar dari landasan.

“Ehem…jauh menung? Dah sampai mana tu?”

SekilasDani Zairie menoleh. Dia tersengih. Cikgu Badrul sudah bersila di sisinya.Menggeleng melihat telatah anak saudaranya itu. Sedaya upaya dia memberisokongan padu agar hubungan Dani Zairie dan Eyda Amanda yang rapuh kembaliteguh seperti dulu.      

“Hmm…apa yang dimenungkan tu?” soal Cikgu Badrul. Cuba mengorek isi hati DaniZairie. Dia agak risau. Entah apa lagi masalah berselirat yang memenuhi ruangminda anak muda itu.

“Err…tak ada apalah uncle.” Terkulat-kulatDani Zairie menjawab. Dia cuba mengelak soal siasat lebih lanjut. Meleret-leretpula hujah orang tua itu nanti.

“Dahready semua?” Cikgu Badrul bertanyalagi. Khusyuk dia memerhatikan dekorasi hiasan dulang hantaran sentuhan tanganisterinya. Biarpun tidak seindah sentuhan tangan pakar perunding perkahwinan,namun masih menyerlahkan keindahan. Dia tersenyum bangga.

“Dah.”Sepatah Dani Zairie menjawab.     

“Hmm…baguslah kalau macam tu. Jangan sedap cakap je. Semua dah. Mulut bercakapmemang mudah. Tapi nak laksanakan tu payah,”sindir Cikgu Badrul. Mula memberihujah dan ceramah.

Berdesingtelinga Dani Zairie. Terasa pijar telinganyamendengar sindiran itu.

‘Aduh!Membebel macam mak nenek pulak orang tuani. Sakit telinga aku,’ rungutDani Zairie dalam hati.

“Maksuduncle?” soal Dani Zairie sepatah.Tidak pula dia berhasrat membantah kata-kata bapa saudaranya itu. Cuma dia perlukan penjelasan lanjut.

“Yalah,kamu tu…jangan ambil mudah semua perkara macamtu je. Ingat! Kahwin bukan benda main-main.Jaga rumahtangga elok-elok. Jaga hati danperasaan masing-masing. Jangan ikut sedap kepala buat apa aje kamu suka.”Panjang lebar hujah Cikgu Badrul.

Namun, nada bicaranyaseakan mengugut. Apa tidaknya, dia terpaksa menanggung malu menghadap kedua orangtua Eyda Amanda. Seolah-olah rakyat jelata menghadap dan memohonkeampunan daripada Raja Joseon semasa zaman pemerintahan Joseon Korea. 

“Ya,uncle.”

DaniZairie mengangguk akur. Dia tertunduk. Masih memerhati dan meneliti kelengkapanhantaran yang berjenama itu. Begitu indah tersusun dengan dekorasi dan aksesorimenarik di atas dulang-dulang hantaran. 

“Ha,dengar cakap uncle tu.” Puan Safnamemintas. Dia meletakkan dulang berisi setekoNescafe lengkap dengan set cawan.

“Jagaair muka orang tua. Jangan buat semua benda ikut sedap sendiri je,” sambung Puan Safna, sengaja menyindir anak teruna kesayangannya itu.

Disebabkankasih sayang yang mencurah-curah,dia menuruti segala kata dan kehendak Dani Zairie tanpa bantahan. Jarang sekalimemberi kata nasihat sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Akibatnya, dia sendiri yang menanggung malu atas segala perbuatananak terunanya itu.

“Hmm…yalah.” Sepatah Dani Zairie menjawab. Dia hanya menuruti segala kata-kata PuanSafna. Andai boleh, dia tidak mahu menggores hati ibu yang amat disayangi itu.

“Ingatpesan mak ni, jangan suka-suka conteng arang kat muka.Mana mak nak letak muka nanti?”Puan Safna melanjutkan kembali bicaranya.

Keningnyaterjongket dengan ekspresi muka ketat. Geram dia dengan kerenah anak kesayangannya itu. Bila dibagi muka, nak pijak kepala pula. Sedari kecil dilimpahi kasihsayang yang melimpah ruah. Jentik pun tak pernah. Jauh sekali memukul.Alih-alih bila dah besar buat hal pula. Kerenah anak muda memang memeningkankepala.

“Hmm…hargai pengorbanan orang tua kamu, Dani. Segala yang kami buat ni semata-matauntuk kamu,” bebelCikgu Badrul perlahan. Dia terus menghirup Nescafeyang tersedia dengan penuh nikmat.

Terkulat-kulatDani Zairie merenung dulanghantaranyang tersusun di hadapannya. Berdesing telinganyamendengar ceramah Cikgu Badrul dan Puan Safna. Terasa pijar cuping telingabagai ditenyeh dengan cili padi. Dia sendirimakan cili memang terasa pedasnya. Sendiri buat,sendiri tanggunglah. 

Previous: Bab13
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA