Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
53,238
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab13

BEGITUsetia Dani Zairie menunggu. Biar sejam mahupun dua tigajam, dia sanggup menanti Eyda Amanda dengan penuh kesabaran. Asalkan EydaAmanda sudi keluar makan malam bersama kembali. Itu sudah cukup membahagiakan.Setelah sekian lama dia langsung tidak berpeluang memenangi hati Eyda Amandayang terlalu dingin. Sedingin salji kutubutara dan kutub selatan.

Semuanyagara-gara Qaseh Juweeta. Andai dia tahu begini pengakhiran hubungan intimbersama kekasih hati,sumpah! Tidak mungkin terciptahubungan yang tidak bermakna itu. Andai dia tahu kecurangan Qaseh Juweeta.Sumpah! Tidak mungkin dia menyulam cinta bersama perempuan licik dan liarseperti Qaseh Juweeta. Penyesalan yang tiada kesudahan benar-benar mencengkamhati dan perasaan. Fikiran bercelaru. Jiwa kacau. Tidak akan tenteram selagiEyda Amanda tidak memaafkan.  

“Dah lama tunggu?”soal Eyda Amanda hambar tatkalameloloskan tubuhnya ke dalam kereta Dani Zairie.

Eyda Amanda baru sahaja memarkirkereta di hadapan kediamannya, Seri Baiduri Apartments. Biarpun pada awalnyahati begitu berat untuk meluangkan masa bersama, namun dia mengalah akhirnya.Selagi tidak dituruti kehendak Dani Zairie,jiwanya tidak tenteram. Apa tidaknya, saban hari Dani Zairie sanggup menunggukepulangannya dari pejabat. Begitu merimaskan.

Setiap kali dia memarkir kereta,lelaki itu sudah setia menanti di sebelahnya. Huh! Memang gila.

“Hai, sayang!” ucap Dani Zairiemesra.

Biarpun bibir Eyda Amanda masammencuka, namun senyuman tidak pernah lekang dari bibir Dani Zairie. Tidakjemu-jemu dia memujuk permata hati kesayangan yang amat dirindui. Diabenar-benar mendambakan cinta dan kasih Eyda Amanda seperti dulu.

Biar seribu kali Eyda Amandamembenci. Biar dendam menguasai diri. Dani Zairie tidak peduli. Kerana dia tahukedinginan Eyda Amanda berpunca daripadakesilapan dirinya juga. Dia akui semua itu. Ah! Biar masa menentukan segalanya.Lambat laun cinta yang semakin pudar pasti kembali hangat seperti dulu.          

“Takbosan ke hari-hari tunggu?”perliEyda Amanda selamba.

“Tak!Biar seribu tahun sekalipun,abang sanggup tunggu,” ikrarDani Zairie.

Penantianitu suatu penyeksaan. Namun bagi Dani Zairie ia sudahmenjadi kebiasaan. Tak ubah bagai pungguk rindukan bulan. Biarlah apa orangkata. Bila sudah merindui pujaan hati setengah mati, dia sanggup lakukan apasaja.

“Huh!Gila!” sinissindiran Eyda Amanda. Perlahan. Namun jelas kedengaran di corong telinga DaniZairie.

“Hmm…memang abang gila! Gilakan tunang abang macam nak mati. Tapi sayang, dia tak ada perasaan,”balas Dani Zairie selamba. Beralunnada suaranya meluahkan perasaan. Bagai nakmeletup dada menahan rasa.

“Hah!Siapa yang tak ada perasaan? Abang ke Eyda?”

Tajamjelingan Eyda Amanda. Dendam dan sakit hati benar-benar membelenggu jiwa danperasaannya. Tiada lagi bicara mesra yang meniti di bibirnya.

Hanyasepatah dua kata yang mampu dia lafazkan bicara.Disulami wajah kelat dan ketat. Aduhai bibir! Mengapa sukar mengukir bicara.Aduhai hati! Mengapa sakit mencengkam jiwa.

“Sayang… maafkan abang. Kalau kata-kata abang tadi menyentuh hati sayang.” Dani Zairie mengendurkan suaranya perlahan.

Diasedar, emosi Eyda Amanda tidak menentu. Diaharus bertoleransi dalam situasi agak tegang itu. Lebih baik dia mengalah daripada bertegang urat memanjang dengan Eyda Amanda.

EydaAmanda menyepi. Lebih baik mendiamkan diri daripadaberbicara kata-kata yang menyakitkan hati. Entah mengapa, emosinya begitu sensitif semenjak tercipta konflik perhubungan dengan Dani Zairie.    

“Sayang…abang rindu hubungan kita yang dulu. Abang sedar kesilapan abang. Semuanyaberpunca daripada diri abang sendiri.Tapi, abang merayu sangat-sangat.Berilah abang peluang sekali lagiuntuk perbetulkan keadaan. Maafkan abang,sayang,” sambungDani Zairie melanjutkan bicara.  

EydaAmanda masih mendiamkan diri. Biarpun begitu, jauh di sudut hati dia agaktersentuh dengan bicara Dani Zairie. Apakah benar lelaki itu menyedarikesalahan dan kesilapan sendiri? Adakahdia benar-benar sudah insaf? Adakahbenar dia mahu berubah?

‘Ah!Lelaki memang mudah menutur bicara. Lembut lidah tak bertulang.’Hati Eyda Amanda berbicara.Bertindan-tindan persoalan menerjah di kotak fikirannya.

“Sayang,maafkan abang. Kita buang yang keruh,ambil yang jernih. Kita bina hidup yang lebih bermakna, ya.”

Perlahan-lahan Dani Zairie mengelus jari-jemariEyda Amanda. Lantas menggenggamnya erat. Seakan tidak mahu dilepaskan. Kali iniEyda Amanda hanya membiarkan. Mutiara jernih mula bergenang di tubir mata.Cepat-cepat dikesat air mata yang melurut jatuh di pipi gebunya. Tidak mahuDani Zairie menyedari. Ah! Begitu mudah hati wanitanya tersentuh.

“Kitanak ke mana?” Eyda Amanda menyoal ringkas. Malas untuk bersoal siasat.

Entahmengapa, dia berasabegitu janggal tatkala meluangkan masa bersama Dani Zairie. Terasa buang masasaja. Sedangkan lelaki itu adalah bakal suaminya.Hakikatnya jauh di sudut hati dia masih mencintai lelaki itu. Fikirannyaberselirat. Benar-benar buntu.

Apakahkerana sakit hati, dia terus-terusan membenci danmendendami lelaki itu? Ah! Sesungguhnya cinta itu benar-benar menyakitkan hati.Cinta itu benar-benar menyesakkan dada. Mengapacinta itu harus wujuddalam setiap jiwa dan membuat dia menderita?

“Hmm…dah lama sangat kita tak luang masa sama-sama. Abang rindu masa-masa kita yangdulu. Yang pernah kita lalui sama-sama. Kita round sama-sama. Jalan-jalan cari makan. Kita makan seafood kat Restoran Tasik Indah. Kitapusing-pusing Tasik Shah Alam. Ya, sayang,” pujuk Dani Zairie lembut sekali.

DaniZairie memandu mengikut hadlaju80km/jam. Sengaja dia memandu begitu perlahan. Sekadar memanjangkan sedikitwaktu untuk diluangkan bersama permata hati yang dicintai. Yang amat dirindui.Gadis yang kini bertakhta di hatinya.

Biarlahdia membuka lembaran baru yang lebih bermakna. Dia benar-benar ingin hidup dilandasan yang lurus. Alam rumahtanggayang menjamin kehidupan. Dia ingin menikmati hidup lebih bererti. Melayaribahtera kehidupan bersama Eyda Amanda. Ah! Alangkah bahagia.

Previous: Bab 10
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA