Home Novel Cinta Tersilap Pinang Isteri
Tersilap Pinang Isteri
Niesya Hanie
20/6/2014 13:54:43
66,937
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 3

     “GOOD morning, boss,” sapa Jenny.
     “Sekarang kan dah tengah hari? You ni Jenn, kalau tak perli I tak boleh ke?” ujar Hairul Zafrel sambil menunjuk jam di tangan ke arah setiausahanya.
     “Tak adalah bos, I nampak you happy semacam aje. Dapat projek baru lagi ke, bos?” soal Jenny.
     “Takkan dapat projek aje yang boleh buatkan I happy. Kali ni I happy sebab lain,” ujar Hairul Zafrel sambil mengenyitkan sebelah mata.
     “Hmm... interesting. Ada apa-apa yang you nak kongsi dengan I ke?” soal Jenny.
     Hairul Zafrel melangkah ke bilik dengan senyuman menguntum. Jenny adalah seorang sahabat dan setiausaha yang baik. Dia juga sering menjadi pendengar yang setia terhadap apa-apa juga masalah majikannya itu.
     Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk.“Masuk!”“Bos, today you ada meeting dengan Mr. Ryan jam 3.00 petang kat Hayatt Regency and sebelah malamnya pulak you ada temu janji dengan Datuk Mansor,” terang Jenny.
     Buku catatan di tangan ditutup setelah selesai memberitahu jadual tugasan majikannya untuk satu hari ini.
     “Jenny, you boleh gantikan I tak untuk kedua-dua meeting tu? I ada hal lain nak buat,” pinta Hairul Zafrel sambil memandang wajah setiausahanya penuh mengharap.
     “Okay, no problemlah, bos,” jawab Jenny ringkas sambil berpaling, ingin kembali ke meja.
     “Nanti dulu, Jenn. Ada sesuatu yang I nak tanya kat you,” panggil Hairul Zafrel.Jenny kembali duduk di kerusi berhadapan dengan Hairul Zafrel.
     “Jenn, you ada nampak tak new staff Mr. Lim pagi tadi?” soal Hairul Zafrel.
     “I tak perasan pulak ada staf baru kat situ. Kenapa?” soal Jenny sambil mengangkat sebelah kening seperti Ziana Zain lagaknya.
     “Hmm... tak ada apa-apalah. I cuma tanya aje. Okeylah, you pergi sambung kerja you balik. Apa pun thanks, Jenn,” ucap Hairul Zafrel sambil memerhatikan Jenny keluar dari bilik.
     Dia membuka laptop untuk memulakan tugas seharian. Fikirannya sempat melayang kepada Syarina Azwani, seorang gadis yang cantik, ayu, lemah lembut tutur bicara, sopan santun, berbudi bahasa, berkulit putih gebu, bermata coklat dan rambut ikal mayang panjang melepasi pinggang. Gadis sebeginilah yang sering diimpikannya siang dan malam.
     “Mana ada perempuan yang sempurna dalam dunia ni, Erul? Mama dengan papa tengok rakan-rakan sebaya kamu semuanya dah ada paling kurang dua orang anak,” leter Datin Aida.
     Risau benar dia apabila anaknya masih lagi membujang sedangkan umurnya telah masuk awal 30-an.
     “Ada, mama. Erul akan buktikan yang gadis idaman Erul pasti ditemui suatu masa nanti,” ujar Hairul Zafrel, yakin.
     “Hmm... kalau macam nilah jawapan anak bujang awak, nampaknya sampai kita tutup mata pun kita tak dapat tengok menantu kita, apa lagi berangan nak timang cucu. Dalam mimpi ajelah nampaknya,” sambung Datuk Mokhtar.
    “Bos? Bos?” panggil Jenny sambil menggoyang-goyangkan bahu Hairul Zafrel.
     “Eh, awak ni Jenn. Ada apa?” soal Hairul Zafrel kurang senang dengan perlakuan Jenny.“Sorry, bos. tadi I hantar air teh ni. I tengok you tenung skrin laptop tu asyik sangat sampaikan tak berkelip. Lepas tu tersenyum-senyum sendiri. Are you okay, boss?”
     “I okey, you pergi sambung kerja you,” ujar Hairul Zafrel masih berahsia.
     Jenny terus berlalu sambil diperhatikan Hairul Zafrel. Dia kini benar-benar dilamun cinta pandang pertama. Senyuman Syarina Azwani telah berjaya membuka pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat daripada ditembusi mana-mana gadis. Dia menyambung semula kerjanya dengan penuh bersemangat.
     Selepas waktu makan tengah hari, dia menyambung semula tugasan yang dilakukannya tadi. Ada tiga buah projek lagi yang masih belum diselesaikan. Lepas satu, datang pula satu lagi projek.
     “Syarina Azwani...”Tiba-tiba dia menyebut nama gadis yang telah berjaya menambat hatinya. Hairul Zafrel tersenyum. Dilihat jam tangan sudah pun menunjukkan jam 5.00 petang. Syarina Azwani pasti sedang berkemas-kemas untuk pulang. Hairul Zafrel bergegas keluar dari bilik.
    “Jenn, tolong shut down my laptop,” arah Hairul Zafrel sambil tergesa-gesa menarik tombol pintu.
     “Okey, bos,” jawab Jenny, ringkas.
     Di hadapan pintu pejabat Mr. Lim, Hairul Zafrel tercari-cari Syarina Azwani tetapi tidak kelihatan. Mana dia? Yang ada hanyalah Mr. dan Mrs. Lim yang sedang sibuk berkemasuntuk pulang.
     “Lim...” panggil Hairul Zafrel.
     “Hah! Apa hal?” soal Mr. Lim.
     “Hayoo... Mr. Erul, I know ni mesti you nak cari Zwani, kan? You lambatlah, dia dah balik,” terang Mrs. Lim pula.
     “Ya ke? Tak apalah kalau macam tu,” jawab Hairul Zafrel, hampa.
     Dia berjalan lemah menuju ke kereta dengan perasaan yang amat kecewa. Tiba-tiba jiwanya terasa kosong.
     Kenapa aku lambat tadi? Kenapa? Kalaulah aku cepat sikit, sudah pasti aku dapat mendekatinya, berbual dengannya dan yang paling penting aku dapat mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Ya ALLAH... temukanlah aku dengannya, rintih hati Hairul Zafrel sambil menghidupkan enjin kereta.
     Trit!Trit! Trit! Telefon bimbit berbunyi.
     “Helo, hah. Kau, Zik. Apa hal kau call aku?”
     “Aik? Sejak bila pulak aku tak boleh call sepupu kesayangan aku ni? Kau kat mana? Aku nak jumpa kau kejap boleh? Aku tunggu kau kat Suria KLCC,” ujar Syahrul Zikri di hujung talian.
     “Penting sangat ke kau nak jumpa aku ni? Kita jumpa kat rumah ajelah,” cadang Hairul Zafrel.
     “Alah, kau datanglah sini. Aku tak balik malam ni. Aku kena gantikan Doktor Ramesh hari ni.”
     “Okeylah, aku ke sana sekarang,” balas Hairul Zafrel, pendek.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Niesya Hanie