Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,054
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9


“MASA NI jugak kau nak meragam.” Rungut Khaulah sambil mengeluh berat. Peluh dahinya menahan sakit yang mencucuk-cucuk.Tangannya mengosok-gosok lembut perut yang memulas. Cuba bertahan. “Pantang aku nak pergi melepak sikit, mulalah kau meragam, tadi elok aje…” Rungutnya tidak puas hati. Tingkahnya dah macam orang sasau bercakap sorang-sorang.

Mata dikerling ke kanan dan ke kiri. Ikutkan hatinya memang dia batalkan sahaja niatnya untuk melepaskan hajat. namun memikirkan sudah hampir separuh jalan terpaksa juga dia mengagahkan langkahnya memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas falkutinya. “Kenapalah tandas jauh sangat, dah nak terterberak dah nih.” Terkepik-kepik dia berjalan. Risau juga takut terlepas kat sini. Dia menoleh beberapa kali mencari kelibat seseorang. Entah mengapa suasana malam ini terasa lain. Kebiasanya jam sebegini suasana di tingkat ini masih riuh, jarang sunyi sepi seperti malam ini. Cuak juga hatinya. Di ber’istighfar berkali-kali bila terasa ada angin lembut bertiup dicuping telinga Seperti ada orang yang meniup. Seram! Bulu romanya mula menegak. Langkah dilajukan sedikit dengan bebel yang masih terbit celah bibir cuba meriuhkan suasana yang sunyi.

“Ini Aliya lah punya pasal nih. Takpe-takpe… nanti time kau susah jangan harap aku teman.” Anak mata melilau dipelosok lorong koridor. Sudah beberapa-berapa kali dia mengajak Aliya untuk menemaninya namun hampa. Aliya tetap tidak mahu. Terpaksa juga dia memberanikan diri untuk pergi seorang diri.  Suasana suram malam ini menimbulkan rasa takut dalam hatinya. Berkali-kali dia mengulang ayat Kursi meminta agar di jauhi dari syaitan dan iblis dan dilaknat.

Perlahan-lahan Dia berpaling kebelakang suram berserta sunyi. Hanya kedengaran rintik-rintik hujan dan suara katak saling menyambung memanggil hujan mungkin menjadi salah satu asbab mengapa suasana disini sepi. Perut khaulah memulas lagi dan Lagi. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihela perlahan.

Dup-dap-dup-dap-dup-dap… jantung berdetak kencang.

Dadanya tidak henti-henti dilanda debar. Bila derai langkah sesesorang hinggap di gegendang telinganya. Dia mula resah bercampur takut. Debaran makin menjadi-jadi. Langkah di percepat menghala ke tandas wanita. Selesai sahaja melepaskan hajat dia cepat-cepat ingin berlalu meninggalkan tingkat tiga itu. Longlai kekakinya berlama-lama disini.

Aahhh…! Jeritnya terkejut, bila petikkan Piano tiba-tiba kedengaran sayup-sayup dicuping telinga. Hendak terduduk dibuatnya. Air liur ditelan berkali-kali.menghampus debar didada.

Bala…bala… gerutu hatinya kecilnya. Dia menyusun  langkahnya bila hatinya memberi keberani kepada akal yang kian memikirkan kemungkinan yang terjadi.

“Ada student pernah nampak hantu…” suara Nasuha petang tadi terngiang-ngiang mengganggu dicuping telinga waktu ini. Dia menggeleng-geleng. Cuba melupakan apa yang pernah di dengarnya. Dalam hati dia mula perbanyakkan zikir. Tangan di angkat tinggi ke langit.

‘Ya Allah jangan munculkan hantu mahupun jin dan syaitan.’ Dia merintih lagi. Aamiin… tangan disapu ke muka.

‘Hantu mana ada tangan.’

 Khaulah mengangguk. mengiakan apa yang yang terlintas di akal. Dia mendekat. Setapak dua tapak dan tiga tapak. Pintu yang sedikit terkuak di tolak luas.

 Khaulah menjengah kepala ke dalam bilik studio yang hanya diterangi cahaya lampu yang agak malap. Anak matanya bergerak kekiri dan ke kanan memerhati seluruh ruang studio. Pandangannya jatuh pada susuk tubuh yang asyik benar menekan-nekan not piano. Ralit benar. Wajah lelaki dipandang lama mencari tahu Siapa orangnya.

Alunan muzik kitaro bergema diseluruh ruang studio. Sayu dan penuh emosi.

Langkah kakinya dia atur memasuki ruang bilik studio itu. Langkahnya terhenti dihadapan jejaka yang masih leka menekan-nekan piano. Wajah edfarel terpampang diruang mata. Jantung berdengup kencang. Kaki spontan melangkah mendekati lelaki itu. Entah dia tidak tahu mengapa dia seolah tertarik untuk mendekatinya. Wajah sawa matang milik lelaki itu ditenung lama.

“What are you doing?” 

Soal Edfarel menyedarkan Khaulah. Dia memandang lama wajah gadis yang sejak tadi mengintainya. Bukan dia tidak perasan gadis itu dari tadi terjenguk-jenguk macam kura-kura mengintainya dibalik pintu studio. 

Hah… Khaulah hilang gugup dan hilang tingkah bila disoal sebegitu. dia tertunduk memandang lantai bila mata tajam itu menjelingnya.

“Maaf menggangu, saya nak keluar dah ni. Tergagap-gagap patah bicara keluar dibibir. Khaulah cepat-cepat mengundur ingin berlalu.

“Nur Khaulah….”

Khaulah terpinga-pinga bila namanya panjangnya dipanggil.‘Mana pula dia tahu nama aku.’ Getus hatinya. Bodoh! Siapa suruh kau datang sini. Aduhai… bala… bala… Berguni-guni maki mula terlintas di benaknya Mengejek diri sendiri. dia berkalih sambil menayangkan giginya yang putih. Khaulah melepaskan Senyuman hambar ketika mata mereka saling bertemu. kekalutan jelas dimata Edfarel. Khaulah takut-takut. Debaran didada tidak menentu bila lelaki itu terus mendekat. Renung tajam menikam mata coklat itu membuat nafasnya seksa serta-merta. Dia mula mencari sedikit ruang tapi hampa bila tiada seinci ruang pun yang ada. Dia gelisah. bibir diketap bimbang bila terasa wajah lelaki itu semakin mendekat.  Dapat dirasa hangat nafas itu menyentuh kulit pipinya. Wangi jejaka  itu menyusuk rongga hidupnya.

Edfarel memandang Khaulah lama. Pertama kali dalam hidup dia menatap seorang gadis sedekat ini. Sebelum mana pernah dia berkelakuan begitu. 

Edfarel mengangkat dagu Khaulah sedikit agar Khaulah membalas pandangan. Lama Wajah itu ditatap lembut. Edfarel memandang tepat ke mata Khaulah. Hening. tenang. Dia seperti terbuai dengan pandangan itu. Masing-masing cuba mengawal perasaan. Pertemuan yang tidak diduga sering kali mengundang pelbagai perasaan yang dicantum menjadi satu. Di mana, bagaimana atau bila ‘dijanjikan’ untuk mereka. Tidak pernah pertemun itu dirancang. Tapi, dia mula betah dengan keadaan itu. tanpa mengenali antara satu sama lain mereka sudah terdetik rasa yang bertamu. Semua kerana Takdir. Takdir! yang adakalanya menghimpit jiwa mereka, Adakalanya membara amarah didada, Dan adakalanya senyum menguntum dipinggir bibirnya. ada sesuatu yang mulai menghangatkan hatinya. Jantung berdegup kencang. Pipi gadis itu disentuh. Dielus lembut. Khaulah menepis kasar. Tersentap dengan kelakuan berani lelaki itu. Dia jadi takut bila jejaka itu menyentuhnya. Tubuh sasa itu di tolok kasar. dia cuba meninggalkan Edfarel namun tangan lelaki itu cepat menyambarnya lengannya lalu dibawa kedalam pelukan. 

“Lepaslah...!” mohon Khaulah seperti merayu. Namun rayuan tidak diendahkan. Jejaka itu seperti orang dirasuk. Khaulah cuba menolak tubuh sasa itu buat kali kedua. Tapi, hasilnya tetap sama. Tidak bergerak sama sekali.  Namun pelukan Edfarel semakin kemas dipinggang Khaulah membuat dia terkedu.

“Biarkan saya memeluk awak seminit” pinta Edfarel berani.

Khaulah terkedu.

 Edferel kini lemah dalam keinginan. Dia ingin membelai wanita. Syaitan dikiri ketawa terbahak-bahak melihat salah seorang anak cucu Adam mula tewas. Khaulah mula takut dengan tindakan spontan lelaki itu. Air mata Khaulah tumpah tapi disekat oleh tangan kasar Edfarel.

“Siapa yang izinkan awak menangis?” Bicaranya mendatar tanpa riak.

Lelaki berkemeja hitam itu, mengukir senyum manis. Terpana Khaulah tiba-tiba. Jantung berdegup laju. Edfarel mendekatkan wajahnya perlahan. Sudah tiada ruang untuk Khaulah melarikan diri. Khaulah hanya memejamkan mata. Takut melihat kegilaan lelaki itu. Pipinya dicium Lama… Tubuhnya kaku dalam pelukkan Edfarel. 


“Rel… What are you do it…?” Soal sofia mengejutkan mereka. Wajah Edfarel dan Membulat mata Sofia Khaulah dipandang silih berganti. 


Entah bila gadis itu berada disitu. Wajah Khaulah memerah menahan malu. Dia cuba meleraikan pelukan Tangan Edfarel yang masih melingkar kemas dipinggangnya. “Lepas…” seraya menolak tubuh Edfarel ke belakang. 

Hatinya Sofia panas. Patutlah selama ini jejaka itu tidak melayannya. Rupanya ada gadis lain mengisi dihatinya. 

“Nothing!...” Balasan Edfarel pendek tanpa rasa bersalah. Dia seperti baru tersedar. Dia mula melepaskan pelukan dipinggang Khaulah. Matanya sekilas menatap Khaulah. Khaulah cuba menjarakkan dirinya.  Tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Khaulah tertunduk memandang lantai coklat tua. Tidak berani matanya memandang ke hadapan, pandangan sofia tidak lepas-lepas memandangnya. Persis singa yang siap menekam bila-bila masa sahaja. Dia mula salah tingkah. Tubuhnya di sembunyikan dibalik tubuh tegak Edfarel.

Sofia yang berada dibelakang.  Dia menapak. Wajah Edfarel dan Khaulah di tenung tajam. dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.  Belum dia ingin bertapak edfarel melulu kearahnya lantas menarik tangannya berlalu dari ruang studio. Sofia mendengus geram bila tangannya ditarik kasar. Dia menoleh kebelakang. Matanya tajam menikam wajah gadis yang bersama edfarel tadi.


Tercungah-cungah Khaulah berlari meninggalkan bangunan fakulti. Pintu rumah kediamannya dikatup kemas.

“Awal balik!” Soal Aina rakan serumahnya sedikit pelik. Aina dan Atikah saling berpandangan. Pertanya hanya dibiarkan tanpa dijawap. Housematenya bukan main lagi terkejut melihat tingkahnya. Dah macam jumpa hantu. Belum sempat mereka ingin bertanya Khaulah terus masuk ke biliknya tanpa sepatah kata.

Dia melabuhkan duduk dikatilya. Pipinya disentuh. Masih hangat.

Bibirnya kelu! Entah apa yang merasuk Edfarel tadi. Dia hanya merelakan apa yang terjadi. Pada awalnya dia menolak dengan pelakuan Edfarel. Namun bila mata Edfarel ditatap. Dia seolah dipukau hingga merelakan apa yang terjadi begitu sahaja. Adakah kerana cinta hingga jiwanya merelakan segalanya? Air matanya mengalir tanpa henti. Menyesali apa yang telah terjadi. “Ya Allah…!” Apa yang telah aku buat. Mengizin seorang lelaki menyentuhiku sesukanya. Ampunkan aku. Hatinya sayu. air matanya meniti laju.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.