Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,010
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10


EDFAREL geram. Sejak tadi dia mundar-mandir sambil menyesali perbuatannya beberapa hari lalu. Setelah lelah, dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Matanya tepat memandang siling. Entah syaitan apa yang merasuknya malam itu. Dahi berdenyut-denyut dipicit berkali. 

Perhawa dingin yang terpasang masih tidak mampu menyejukan hatinya. Resah dan gelisah kian tersisip dihati. Wajah khaulah terus menerus tersapa dikornea. Matanya, cuba dikatup rapat agar peristiwa itu tidak terlayar diminda. Namun tangisan khaulah meruntuhkan kedamaian hatinya. Betapa kejam dirinya hingga mencalar maruah gadis itu.

Ah…! Wajah ditekup kasar. Rasa bersalah dia dengan gadis itu. Dia gagal melawan nafsu. Bibir bawah digigit geram. Dahi berkerut seribu. Mindanya pula saraf dengan pelbagai persoalan yang sering menerjah.

“Ya Allah…” tuturnya dengan penuh rasa kesal.

Minta maaf aje… bisik hatinya cuba meberi jalan penyelasan.

‘Maaf! Sekadar maaf?’ Akalnya ragu.

Habis kau nak berdiam. Seolah-olah tak pernah terjadi apa-apa! Jangan pentingkan ego. Hatinya menyoal sinis.

Kau dah rosakkan maruah anak orang! Kau kena bertanggungjawab! 

Akal memberi peringatan.

“Just kiss! Tak lebih, semua yang berlaku tanpa sengaja. Kenapa perlu bertanggungjawab? Itu perkara biasa…! Takkan sampai nak bertanggungjawab bagai.” Edfarel bermonolog sendiri cuba berpihak pada diri sendiri dengan berbagai alasan yang diberi bagi menjelaskan kepada hati. 

Bimbang mula menjerat tangkai sanubari. Dan akhirnya tak mampu pun dipecahkan oleh akal bila persoalan menerjah bertubi-tubi dan dia lelah sendiri. 

Tuk… tuk… ketukan dipintu bilik mengejutkan Edfarel dari lamunan. Serta merta wajah ditoleh kearah daun pintu yang ditolak perlahan. Wajah Khairul tersua diruang mata. Dia bangun dari perbaringan.

Khairul menghadiahkan senyuman lirik kepada sepupunya itu. Anak matanya melilau memerhati sekeling ruang bilik milik sepupunya yang kemas dan teratur. Lain benar dengan keadaan biliknya yang seperti kapal pecah. Dia menapak mendekati Edfarel lantas  melabuhkan duduk ditepi katil milik Edfarel.  Sudah beberapa kali nombor telefon sepupunya didail tapi tidak pula diangkat. Semua kerana papanya Terpaksa dia ringankan kakinya untuk datang ke rumah sepupunya itu. 

“Kenapa kau datang?” Soal Edfarel sedikit hairan. Bukan Khairul tidak pernah singgah kerumahnya tapi, Kebiasaannya sepupu itu akan menelefon dia terlebih dahulu sebelum datang. Oleh kerana, sikapnya yang lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu. Mereka semua telah maklum dengan sikapnya yang satu ini termasuklah khairul sepupu rapatnya itu. 

“Baru aje. Berbelas kali aku call tapi tak dapat. Terpaksalah aku datang. Tadi, Aku dah Tanya Mak Minah, dia kata kau ada aje kat bilik. Dia ingat kau sakit tadi. Seharian tak keluar. Bolehlah aku ubatkan. Matanya dikenyitkan ke arah Edfarel cuba bergurau. Ketawa khairul pecah geli mengenang tingkahnya saat ini. Tiba-tiba bulu romanya meremang sendiri.

 Edfarel menjeling tajam. Hari ini dia benar-benar tiada mood untuk melayan kerenah khairul yang suka menyakat. Dia ingin bersendirian. Cuba mencari jalan keluar. Ketawa khairul mati bila melihat wajah kelam Edfarel.

“Oh…  takde bateri.” Bohongnya. Sejak tadi telefon berdering dan tiap kali itu juga nama sofia terlayar di skrin telefon bimbitnya. Rimas! Bising! Dia tahu ape aje yang ingin ditanya. Tidak lain dan tak bukan pastinya tentang hubungan dia dan Khaulah. Sudah seperti pengawal polis gamalnya semua tentang hidupnya ingin disiasat. Besar sangat kah kesalahannya? Sudah berberapa kali dia menerangkan kepada sofia hubungan mereka berdua tidak berlandaskan perasaan apa-apa tapi, tetap sahaja Sofia memekakkan telinga dan terus mengharapkan kasih daripadanya.

“What wrong with you?” Nada Khairul Bertukar serius seperti mengetahui apa yang ada di minda Edfarel yang cuba ditutupi. Dia kenal benar sepupunyan itu. 

“Kau betengkar dengan uncle lagi ke?” Soal Khairul cuba meneka. Bukan tidak tahu sepupunya mana pernah berbaik dengan bapanya. Bertemu asyik nak berperang aje. Sudah berbuih dia dan Dato’ kamil cuba menasihati. Tapi, mereka tetap sahaja begitu. Meneruskan perang dingin yang tiada titik hujungnya. Masing-masih berkeras tidak ingin mengalah. Nama saja tinggal dibuburnya yang sama tapi masing-masing buat hal sendiri.

“Habis kenapa ketat semacam aje aku tengok?” Dahi Khairul berkerut seribu. Edfarel berpaling Mata tajamnya merenung dalam-dalam wajah sepupunya. Dia buntu adakah Khairul perlu tahu.


WHAT…!

“Rel... kau dah gila ke? Akal kau letak kau dekat mana? Lutut!” Marah Khairul. Baginya apa yang telah dilakukan oleh sepupunya itu sudah agak keterlaluan. Keterlaluan untuk gadis yang bernama Khaulah. Memang tidak mengenali gadis itu. Tapi, dilihat daripada keadaan edfarel pastinya gadis bernama Khaulah seorang gadis yang baik dan sangat menjaga tingkah lakunya tidak seperti kebanyakkan perempuan yang tergila-gilakan sepupunya itu. Pastinya tindakan Edfarel itu telah mengotorkan maruah gadis seperti khaulah.

“Rul aku betul-betul bersalah. Aku tak dapat kawal diri masa tu.” Luah edfarel amat kesal. Khairul memandang edfarel tajam. Baru kali ini dia melihat sepupunya itu bertingkah sebegini. Sikap dingin dan kurang mesra edfarel seperti tidak punya hati. Namun keadaannya saat ini telah merubah pandangan khairul terhadap edfarel. Khairul mengeluh berat. Tidak guna juga jika dia terus menyalahkan edfarel semua ini pun sudah terjadi.

“Kau calarkan maruah dia. kalau perempuan tuh Sofia, maybe remeh aje.” Sambung Khairul. Bukan niat dia ingin meremehkan maruah Sofia tapi tingkah dan gaya hidup Sofia yang bebas sejak kecil menjadikan gadis itu sudah terbiasa dengan pelukkan dan ciuman daripada lelaki yang bukan mahramnya. Edfarel mengeluh berat. Dia Akur dengan kelemahannya. Pertama kali dalam hidupnya dia merasakan perasaan bersalah wujuh dalam dirinya. Tidak tahu kenapa gadis bernama Khaulah telah membuatkan jasad dan jiwanya goyah dengan rasa bersalah. 

“Semua dah jadi pun. Dahlah, tak payahlah kau risau sangat rel…” Khairul menepuk bahu sepupunya memberi sedikit kekuatan.

“Esok kau jumpa dia! minta maaf dengan dia. Akui kesalahan dan keterlajuran kau tuh. Tak guna kau rasa bersalah.” Cadang Khairul. Hanya itu yang dapat dia fikirkan yang terbaik untuk menjeniskan situasi sepupunya itu.

“Pasal Sofia pula. aku rasa tak jadi masalah pun. Sofia tuh open minded. Takde maknanya dia nak share satu falkuti pasal apa yang kau buat. Apa faedah dia dapat. Lagi pun dia kan ada hati dengan kau rel. takde alasan untuk dia aibkan kau rasanya.”

Edfarel diam. Ada benarnya kata-kata sepupunya itu. Mana mungkin sofia sangguh memalukannya. Bukankah selama ini sofia amat tergila-gilakannya. Tapi, bagaimana dengan khaulah?

“Tapi, kalau dia tak maafkan aku? Apa aku nak buat?” Soal edfarel dungu.

“Bila masa pula Edfarel fazreen ambil kesah hal orang lain. Came on Rel… what strong with you? Takkan ais dikutub utara dah cair kot?.” Ketawa Khairul pecah berderai memikirkan kemungkinan itu. Mata coklat lelaki itu tajam merenung. Terasa egonya tiba-tiba meruntuh bila Khairul mengejeknya.

“Sorry! Okey-okey aku tak buat lawak bodoh dah.” Ketawa Khairul hilang. Gerum bila mata singa itu merenungnya. Dah macam singa kelaparan dah gamaknya. Air liur yang ditelan terasa pahit.

“Maybe, aku tak berada dalam situasi kau. But, aku rasa maaf adalah jalan keluar yang terbaik. Dia maaf atau tak! itu hak dia. Urusan kau dengan dia kira settled.” Ujar Khairul tenang. Dia menoleh pada Edfarel. Ada resah yang terlukis diwajah itu. 

“Itu pun kalau…”

“Kalau apa.” soal Edfarel ingin tahu

Takde apelah” Khairul tersenyum. Tiba-tiba sesuatu terlintas diakalnya namun bimbang bertanya. Ah! mungkin Benar hanya rasa bersalah saja menyebabkan sepupunya berkeadaan begitu.

Jom!...

“Pergi mana?” Soal edfarel bingung. 

“Papa ajar kau kau makan malam rumah dia. Kau ingat aku jauh-jauh datang semata-mata nak ubat sakit kau tuh? Takde makna.” Senyumnya segaris.

“Bila papa kau balik dari perak?”

“Semalam…” jawab Khairul pendek.

“Tak pelah, kau cakap aje pada papa kau, aku ada hal.” Tolak Edfarel. Dia tiada niat kemana-mana saat ini. Fikirannya saat ini hanya memikirkan keadaan Khaulah. Sejak peristiwa itu gadis itu masih tidak ditemui. Dia resah sendiri. Mungkin gadis itu sengaja mengelak bersua dengannya. Ah…! Kacau hidup dibuatnya bila wajah hitam manis itu tidak ditemuinya.

“Tak boleh”

“Kau, Macam tak kenal papa aku tuh. Dah, tak payah banyak alasan. Jom!. Bila Maharaja dan bertitah siapa lah aku si hulubala yang hina ini untuk ingkar!” Khairul bercanda.

“Wei serius bro, aku takde mood. Masalah aku banyak sangat. Serabut kepala otak aku. Lagipun, Kesian mak minah sorang-sorang”

“Apalagi?... kau nih ego tau tak. Dah buat salah! pandai-pandailah minta maaf bro. nih tak dah macam kucing hilang anak aku tengok.

“Kau senang cakap kau tak hadap semua nih.”

“ tak hadap? Dah kau cari pasal dengan anak dara orang tuh dah kenapa! Suka-suki kau aje nak pegang cium anak orang. So tanggunglah bro. Be gentle. And kalau kau tak nak makan rumah aku. Aku cadangkan kau call papa sendiri. Aku tak nak masuk campur. Papa dah pesan tadi angkut mak minah sekali. So no excuse!”

“Tak payahlah. Nanti banyak pula bersoal jawap.” Edfarel mengeluh berat. Terpaksa dia mengikut langkah sepupunya dari belakang. Dia bukan tidak tahu bapa saudaranya itu jenis manusia yang sukar menerima kata tidak! tidak hairanlah dia mampu mengurusan syarikat tanpa bantuan sesiapa.

“Tahu takut” Tergelak lucu bila Edfarel sudah mengalah.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.