Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,006
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

KETUKAN di pintu bilik menghalau terus lamunan yang sejak tadi bertandang difikiran Khaulah.

“Ermm…. Masuk!” Tutur Khaulah lembut namun masih boleh didengari Aina yang berada diluar bilik. Perlahan-lahan daun pintu biliknya terbuka luas ditolak dari luar. Senyuman paling manis dihadiahkan ketika mata mereka saling bertaup agar dapat menutup rapat segala rasa yang bergelora dikamar hati saat ini.

“Khaulah...”  seru Aina lembut. Dia melangkah setapak demi setapak. Ruang bilik yang agar sempit membataskan pergerakannya. Dia duduk dibirai katil milik Khaulah tanpa disuruh.

“Aliya mana?” Soal Aina cuba berbasah basih. Bukan dia tidak tahu Aliya sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Khaulah pun sering dilihat sudah tidak rapat dengan Aliya. Kalau dulu pergi ketandas pun berdua-duaan kadang boleh menimbul iri hati melihat keakrabab mereka. Tapi sekarang Khaulah seperti cuba menjauh bukan sahaja denga mereka tetapi dengan semua rakan serumahnya.gadis itu seperti berada ditempat yang terasing. Naik hairan juga dibuatnya, seolah ada konflik yang cuba menjauhkan  mereka. Bukan dia tidak pernah bertanya pada Aliya. Tapi gadis itu hnaya jawap acuh tak acuh sahaja seolah cuba menyembunyikan sesuatu. 

Khaulah, mengangkat bahu. Tanda tidak tahu. Sejak akhir-akhir ini hubungan dia dengan Aliya dan Hafsah sudah agak rengang. Bukan mereka yang menjauh tapi Khaulah yang cuba menjauh daripada semua orang. Kalau boleh dia tidak ingin Aliya dan Hafsah terheret sama dalam masalahnya. Biarlah, lebih baik begitu. Sudah beberapa hari dia tidak menghadiri kuliah biarlah dia sudah tidak kisah perasaan  melebihan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Dia malu bila renungan dan bisikkan sinis selalu saja terarak kepadanya dan setiap pergerakkannya juga sering jadi santapan mata-mata tajam. 

“Khaulah! aina tanya sikit boleh? Harap Khaulah tak terasa. Takde niat Aina nak mencampuri urusan peribadi Khaulah. 

Khaulah senyum seolah memberi keizinan. 

“Sejak beberapa hari ni banyak sangat Aina dengar cerita buruk pasal Khaulah.” Ujar Aina teragak-agak. Pada awalnya, dia bimbang andai Khaulah terguris. Nsmun bila difikirkan kewajarannya dia harus berani bertanya sebelum berburuk sangka kepada gadis itu. Selama dia berkongsi rumah tidak pernah pula dia melihat gadis itu berperangai sebegitu. bercakap buruk tentang orang lain pun tidak pernah sekali apatah untuk melakukan perbuatan yang dibenci Allah swt.

Khaulah mengeluh panjang. Dia sudah dapat meneka apa yang cuba Aina perkatakan. Lagi pula kampus ini tidaklah sebesar mana. lambat laung tersembar juga gosip dia dan Edfarel. Khaulah sedikit gusar merenung wajah aina. Bimbang andai aina juga tidak mempercayainya.

“Ada apa-apa yang Khaulah nak kongsikan?” Aina bertanya dulu tanpa banya bersoal. kalau boleh dia ingin Khaulah dahulu berterus terang tanpa perlu banyak dia menyoal. 

Khaulah menggeleng perlahan. Sungguh dia sudah tidak larat lagi menidakkan apa yang berlaku. 


“Aina bukan nak masuk campur urusan Khaulah. Aina nak minta maaf kalau Aina ni menyibuk ke apa tapi sejak beberapa hari ni Aina asyik dengar cerita buruk aje tentang Khaulah” tutur Aina lembut. Tangan Khaulah disentuh lalu dibawah ke ribanya. Dapat Khaulah rasa hangat sentuhan itu.

Khaulah menghela nafas kasar. Melepas bebanan yang makin memberat dibahunya. Wajah Aina ditenung seketika dan tertunduk. Mata tiba-tiba menjadi sebak sendiri. Mungkin terlampau banyak dia menanggung rasa yang kian memberat di dada hingga sebak bertamu lagi.

“Dah, luahkan apa yang ada. insya-Allah hati akan lapang, jiwa akan tenang.” Pujuk aina dengan senyum yang makin melebar.

Esakkan kecil kian menghujan. mata itu terus saja menangis tanpa ada rasa letih. Dia sihat tapi hatinya yang terlampau sakit. Luka yang tak terlihat membuatkan mata tak berhenti membasah dan dadanya pula seksa. Dia merenung Aina lama. Cuba mencari kekuatan dalam mata gadis bertudung labuh itu. Dia melepaskan keluhan berat. Air matanya disapu kasar dengan lengan baju kurungnya. Dia benci tiap kali air mata ini menitis. Sungguh air mata ini menatapkan dia lemah dan tak berdaya. Dia benci terlihat lemah.

“Demi Allah! Saya dengan Edfarel tak buat sampai tahap tu. Saya tak pernah gadaikan maruah saya. Saya bukan perempuan kotor. Sofia tipu. Dia sebarkan tentang saya dengan Edfarel.” jelas Khaulah cuba menyakinkan Aina  setelah lama dia terdiam. Sebak dan mendatar bicara itu tertutur.

Aina mengangguk seakan faham dengan situasi yang terjadi. Tidak perlu Khaulah jelaskan tentang sofia. Dia amat kenal dengan gadis sombong bernama Sofia. Bukan dia tidak tahu malahan semua sedia tahu bagaimana perasaan Sofia kepada Edfarel. Setahunya hubungan Sofia dengan seniornya memang agak rapat tapi tidaklah sampai tahap bercinta. Hanya Sofia yang sering bercerita tentang lelaki tampan itu, konon Edfarel merupa buah hatinya. Tapi yang dia hairan mengapa Khaulah tiba-tiba boleh  terlibat dengan sofia dan Edfarel?. Dia tidak habis fikir sejak bila hubungan khaulah dan edfarel mula terjalin? Tidak pernah pula sebelum ini Khaulah rapat dengan mana-mana lelaki? Bercerita pun dia tidak pernah. Pening dibuatnya. Kerana itu dia perlu meminta penjelasan daripada Khaulah agar kebinggung diakal dapat  dilerai.

“Macam mana Khaulah boleh terlibat dengan Edfarel? Edfarel tu bukan orang yang biasa-biasa. Walaupun Aina ni junior satu course dengan dia, tak pernah sekali pun dia nak bertegur. Dia bukan mudah nak mesra dengan orang lain. Terkejut juga Aina bila nama Khaulah tiba-tiba terpalit gosip dengan Edfarel. mulanya Aina tak ambil peduli tapi kalau dah nama Khaulah pun terkait rasanya tak salah Aina bertanya.” Terang Aina panjang. Dia lebih suka bertanya perkara sebenar dari mendengar gosip-gosip liar yang mula meniti dibibir-bibir mahasiswi lain. Dia kenal hati budi khaulah. Walaupun, baru setahun dia mengenali Khaulah. Namun hubungan mereka sudah cukup rapat dan tidak ada rahsia di antara mereka.

“Khaulah bercouple dengan dia?” Soalnya lagi.

Khaulah hanya menggeleng lemah. Menidakkan.

Siapa tak kenal Edfarel, satu kampus mengenali jejaka itu. Berkerut dahi Aina cuba memahami. Kalau betul Khaulah tiada hubungan dengan jejaka itu kenapa nama Khaulah mula berkait. Aina buntu untuk mempercayai gadis itu.

“ Jujur! memang Khaulah dan Edfarel ada dalam bilik studio tapi itu semua tak pernah di rancang sama sekali dan tiba-tiba sofia datang…” Terang Khaulah masih berselindung. Dia tidak ingin aina turut memikirkan yang bukan-bukan. Dia cuba mengingat peristiwa yang berlaku. Disebabkan peristiwa itu, Sofia mula menjadikan alas an itu sebagai senjata untuk mempermainkan harga dirinya. Dia menyesal dengan apa yang terjadi. Jika mampu dia memutarkan kembali waktu tidak pernah dia menjejak kakinya dibilik studia itu. namun itu semua diluar kekuasaannya. Dia masih belajar untuk ikhlas dan sabar dengan ujian ini. Lamunannya tiba-tiba mati apabila Aina mengosok bahunya lembut. Dia bersyukur Aina sudi berada di sampingnya saat ini. Dia memerlukan kehadiran seorang sahabat yang dapat berkongsi rasa dengannya.

“Khaulah tak buat semua tu! itu semua salah faham.” ujar Khaulah menerangkan dengan sungguh-sungguh. Semua yang terjadi terlalu cepat sampaikan khaulah tak mampu mengawal apa yang berlaku. Air mata Khaulah bertakung lagi.

“Khualah….!” Aina percaya, Khaulah seorang yang menjaga maruah.” Ucap Aina jujur cuba menenangkan hati Khaulah. 

“Apa yang perlu khaulah lakukan” Luah Khaulah bingung. Rasa sebak mencengkam ulu hatinya. Mutiara jernih Akhirnya gugur tanpa mampu di tahan lagi. Khaulah memeluk erat tubuh Aina.  Mulanya, dia bimbang andai Aina jugak seperti orang lain. Suka menghukum tanpa mendengar sedikit pun penjelasan darinya. Nyata dia silap.

“Khaulah! Everything will be okey. Sabar.” Dia membalas pelukan Khaulah lalu menepuk-nepuk lembut cuba menenangkan Khaulah. Pastinya sahabat itu berada dalam keadaan tertekan saat ini. Dia sebagai seorang sahabat dan juga teman serumah seharusnya memberikan sokongan agar Khaulah mampu melewati masa-masa sulit seperti ini. Dia tahu situasi yang dihadapi Khaulah tidak mudah tapi dia yakin Khaulah adalah gadis yang kuat dan tak mudah mengalah.

Esakkan demi esakan Khaulah meninggalkan rasa sedih dihatinya. Jarang benar dia melihat keadaan Khaulah sebegini rupa. Khaulah seperti sudah berputus asa dengan hidupnya. Dulu khaulah sangat periang, ceria kini hanya duka yang sering menghiasi wajahnya. Tiada lagi kuntum senyuman manis yang terbit dibibir. Dan sekarang dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung di dalam bilik dan kadang menghilang tanpa tahu di mana hala tujunya. Sedih aina melihat perubahan pada diri Khaulah.. 


“Don’t be sad.” Allah swt tak akan menguji seseorang hamba itu, melebihi kemampuan hamba. Khaulah ketika Allah merindukan Hambanya. Dia akan mengirimkan sebuah hadiah yang istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Kursi Allah berfirman;

Pergilah kepada Hambaku, lalu timpakanlah ujian kepadanya. Kerana aku rindu ingin mendengar rintihannya.


Khaulah… Allah swt, rindukan awak. DIA sayangkan Awak. Awak masih ada  Allah. Perbanyakkan zikir dan istighfar. Biar hati tenang. Hanya kembali Allah adalah jalan menuju damai. Manusia boleh saja pergi tinggalkan kita, tapi tidak Allah swt! DIA takkan pernah pergi dah tinggalkan kita seorang diri. Aina memujuk lembut menghilangkan resah dihati khaulah. Pelukan di eratkan lama dia memujuk khaulah. Dia ingin habiskan masa seketika bersama khaulah. Dia tahu khaulah memelukan teman. Dan dia akan selalu menghulurkan bahu dikala khaulah memelukan tempat untuk merebahkan kepalanya.  


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.