Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,008
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3


KHAULAH begitu leka menelaah pelajarannya di perpustakaan. Inilah kebiasaan yang sering dia lakukan pada hujung minggu begini. Dia perlu menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk menyiapkan semua assignment yang masih tertanguh. Dia sengaja memilih meja yang paling belakang. Kononnya, untuk mengelakkan pelajar lain lalu lalang dihadapannya. Hilang fokus nanti. Semua pelajar sudah sedia maklum, dilarang membuat bisik di dalam ruang perpustakaan tetapi ada sahaja segelintir pelajar yang tidak mengendahkan  larangan atau lebih tepat lagi berpura-pura tidak faham apa yang ditampal di dinding-dinding perpustakaan  seolah tak pandai membaca. Nama sahaja pelajar universiti tapi, mentality masih ditahap budak-budak sekolah rendah. Khaulah menggeleng kecil. Bermacam-macam ragam pelajar-pelajar yang kadang kala menyebabkan Khaulah memilih untuk menjadi pemerhati yang setia. Kerap kali dia terbabas menyebabkan terkadas dari niat asalnya. Baju T-shirt berlengan panjang yang dipadankan dengan seluah jeans hitam dan tudung Bawal senada dirasakan amat nipis. Tubuhnya sejak tadi terketak-ketak menahan hembusan yang keluar dari corong penghawa dingin yang sedia terpasang. Kalau tidak dilarang membawa bantal dan selimut rasanya sudah lama dia tidur. Idea nakalnya berligar-ligar. Khaulah tergelak kecil. 

“Sejuknya!” dia memeluk tubuh menahan dingin. 

‘Nak keluar ke tak’ 

Hatinya berdolah-dalih. Matanya tidak lepas memandang pintu keluar.

Ketukan beberapa kali di atas meja mematikan lamunan Khaulah. Dia berpaling, kepalanya diangkat sedikit. Khaulah tersenyum manis apabila mata mereka saling bertatapan.  

“Kau masuk dari pintu mana?” Tanya Khaulah sedikit bingung. Sejak tadi dia memerhati ke arah pintu. Tidak nampak pula kelibat Hafsah masuk dari situ. 

Ke ada pintu lain! Dia mengarut-garut kepala yang ditutup tudung litup.

“Macam mana nak nampak aku? kalau kerja kau asyik berangan aje !” Sindir Hafsah. Dari jauh dia sudah terpandangkan wajah sahabatnya yang asyik termenung jauh. Entah apa yang difikirkan gadis itu. Berangan! Tak habis-habis…!

“Sindir aku pula! Yang kau ni, Awal kau datang? Janji pukul 8. Datang pukul 10. Tunggu kau buat aku beku. Dahlah Sweater tak sempat dicapai.” Rungut Khaulah geram.

“Sorrylah... semalam lepak kita bertiga lepak kat gazebo aku terus layan drama Korea sampai pukul 3.00 pagi. Nasib baik aku tak boleh solat. Terbabas tidur! Sedar-sedar dah pukul 9.00 pagi. Terang Hafsah jujur.

“Ada-ada aje alasan kau ni.” Khaulah mencebik. Matanya dihalakan pada skrin laptop yang sedia terbuka. 

“Emm... Mana Aliya? Tak nampak batang hidung pun!” Hafsah terjenguk-jenguk mencari kelibat Aliya dia sekitar ruang perpustakaan.

“Pagi-pagi lagi dia dah hilang. Semalam dia cakap dengan aku nak pergi KL. Nak jumpa kawan dialah kut.” Jawap Khaulah.

“Kata tak jadi!”

“Entahlah…urgent kut.” Jawap Khaulah pendek. Matanya dia buang pandang pada skrin laptop. Dan tangan Khaulah mula menari-nari di atas keyboard laptop comel miliknya bila idea mula terlintas tanpa sengaja.

“Apa yang kau buat tu?”

“Information reseach” ujar Khaulah pendek. Matanya masih tidak beralih dari memandang skrin Komputer itu.

“Pasal apa?”

“Pasal tajuk yang kita dapat arituh. Banyak lagi part aku yang belum siap. Review pun kurang” keluhnya kesal.

Oooo… Kepala Hafsah terangguk-angguk mendengar perjelasan daripada Khaulah.

“Laparlah! Dari pagi tadi aku tak makan…” tuturnya Hafsah lemah. 

Dia membelek-belek malas buku nota Khaulah. Setelah jemu dia mengosok-gosok tangan Khaulah cuba mengalihkan tumpuan gadis itu.

“Kau nak apa?” Soal Khaulah. Rimas dia dengan tingkah sahabatnya itu.

Hafsah tersengeh. Giginya ditayang lama.

Jom…! 

Tangannya mula menarik-narik lembut tangan Khaulah.

“Isy... kau ni! Nak pergi mana? Aku nak siapkan Assignment Prof ni! Ujarkan Khaulah kebingungan.

“Alah, kejap lagi kita sama-sama buatlah. Lagipun otak manusia ni bukan boleh focus lama sangat. Paling kurang pun setengah jam. Jom pi makan dulu. Aku belanja, kau bayar sendiri.” ketawa kecilnya terhias. 

“Baik tak payah belanja. Huhuhuhu…” Khaulah menjeling tajam. Tiada segaris senyuman pun yang terhias dibibirnya. Matanya Hafsah tiba-tiba jadi layu. Tunjuk wajah meminta simpati.

“Jomlah teman aku makan Jap! Bukan lama pun. Lepas ni kita sambung baliklah. Aku lapar! Dari pagi tak makan apa-apa. tadi aku makan biskut kering aje…” Tutur Hafsah meraih simpati. Hafsah mengosok-gosok lembut perutnya. Khaulah diam mengambil sedikit masa untuk berfikir.

 “Jom! Tak payah nak fikir lama-lamalah. Bukan aku ajak kau pergi perang pun! Makan aje kut! Tak sampai lima belas minit pun.” omel Hafsah geram melihat gelagat Khaulah. Boleh hilang sabar dibuatnya. Tambahan lagi, bila perutnya merengek minta di isi nasi. Memang Khaulah menguji kesabarannya tika ini.

“Laptop dengan buku-buku ni macam mana?” Soal Khaulah seperti orang bodoh. Dia memerhati barang-barang yang masih bersepah di atas meja. “Takkan nak letak sini ajelah. Hilang tak naya aku! Takpe lah, aku bawa aje. Kejap aku nak kemas barang-barang aku ni.” Khaulah menyusun buku-buku nota dan laptopnya ditutup lantas dimasukkan kedalam beg lalu digalas. Buku-buku rujukan yang ingin dipinjam dibawah kemas menuju ke kaunter pinjaman. Hafsah hanya mengikut dari belakang. Selepas selesai meminjam Hafsah dan Khaulah berlalu meningggalkan perpustakaan menunjuk ke gerai wak Tahar di belakang fakulti.



“Kuaq ajaq…! Makan dah tak ajar kita dah.” Marah Hafsah tiba-tiba. 

Kau dah kenapa? Dahinya berkerut seribu. 

Tuh kah tengok betul-betul! Mulut Hafsah dimuncungkan ke arah kedai makan Favourite mereka.

Khaulah memandang ke arah itu. Kelihatan kelibat Nasuha dan Syafiqah yang sedang asyik menghirup kuah Tomyam. “Amboi… best betul tengok diorang tuh. Patutlah aku call tak berangkat.” Bebel Hafsah geram. 

Khaulah gigit bibir.

Jom…! ajak Khaulah sambil menarik lembut tangan Hafsah.

Kita bagi gegar sama Dia! Tutur Hafsah. Khaulah tergelak kecil. Lucu pulak dengan ayat terakhir sahabatnya. Dah macam geng samseng cap ayam!

Langkah mereka diatur perlahan bimbang disedari.

mendekat dan terus mendekati meja kaca yang di duduki Nasuha dan Syafiqah tanpa sedar. ‘

oi…! tangan Khaulah menepuk meja kuat.

“Makkk kau eh…!” Latah Nasuha spontan. Mau gugur jantungnya. Terbatuk-batuk Syafiqah yang tersedar kuah tomyam campur.

Ketawa Khaulah dan Hafsah pecah terburai. Lucu! Mujur tak bersilat Nasuha, gadis kedah yang tua dua tahun daripada mereka.

“Amboi! sedap ke tomyam tuh kak oi…” Bidas Hafsah dengan ketawa yang masih berbaki. Khaulah dan Hafsah menarik kerusi berhadapan Nasuha dan Syafiqah lalu melabuhkan duduknya.

“Hangpa berdua nih kalau tak kejutkan orang tak senang duduk ka? dah nak tercabut jantung akak ni! marah Nasuha geram. Malu dibuatnya. Mujurlah tidak ramai pelangan yang menjamu selera ketika itu. kalau tidak mahu diletak kemana mukanya saat ini. Dalam mangkuk Tomyam?...

Sengih Khaulah. Nafas disedup dalam-dalam agak tawanya sedikit reda. Dah rasa macam nak putus urat perutnya menahan tawa. Aduhai…

“Sat lagi, aku pukul jugak hangpa berdua ni.” Bebelnya Nasuha lagi. Masih belum reda marahnya. Wak tahar dan Mak Senah yang hanya menjadi pemerhati turut tergelak  melihat kerenah pelangan setianya.

“Tulah akak kami call berkali-kali bukan nak angkat. Rupanya ni kerja akak dengan Ika. Makan tuh ajak-ajaklah, Kan dah tersendak. Padan muka! Khaulah menjelir lidahnya.

“Alah… akak lapar sangatlah. Tak sempat nak ajak-ajak. Lagi pun, akak silent fon. Tu tak dengan hangpa missed call. bukan sengaja. hangpa pun…” Ujar Nasuha membela diri.

“Iyalah tu… macam kami tak tahu perangai akak. Dia cakap kat kita nak diet konon… Tomyam dalam mangkuk licin. Serai pun dia makan. Huhuhu…” Sindir Khaulah mengejek. Serentak Syafikah dan Hafsah ketawa.

Nasuha maneruskan suapanya. pura-pura tidak mendengar sindiran itu. 

‘Mana boleh tahap Tomyam campur Wak Tahar! Diet… hmm…! letak tepi dululah. Esok lusa ada lagi…’ dia bermonolog sendiri.

“Kak…! laung Khaulah meninggi. Mata-mata yang memandang dibalas dengan sengihan. Beberapa minit kemudian. isteri Wak Tahar datang mendekat. 

“Makan gapo nih? Lambat mari…?” Soal wanita itu ceria dalam dealek Kelantannya.

“Kami kena tinggal Mak senah.” Mata sekilas memandang Nasuha dan Syafiqah silih berganti. Riak tak bersalah tersapa dilayar mata.

“Saya nak! Tomyam ayam, Nasi putih, Telur dadar dan Ayam masak kunyit. Ucap Khaulah lancar. Dah itulah makanan yang selalu dipesan. Hehehe… kalau berbeza pun hanya ayam masak kunyit digantikan dengan daging masak merah.

Minum! Sambungnya lagi

 “Teh ais jew.” Dia menayang gigi. Entah dia pun tidak tahu mengapa suka sangat menayang gigi. Nak kata putih pun tidaklah.

Kau! Dia memandang tepat ke arah Hafsah.

“Bagi saya... hmmmm…. Dahi berkerut. Seolah memikirkan jawapan peperiksaan pula lagaknya. Khaulah mengeluh. “Tomyam ayam dengan Nasi goreng Pattaya dengan Milo ais.” Ucapnya.

Setelah siap mencatat Mak Senah berlalu meninggalkan mereka.

“Banyaknya makan. Lapar sangat ek? Macam bertahun tak makan aje.” Syafiqah menyoal hairan. Soalan Syafiqah hanya dibalas dengan anggukkan. 

“Tadi dia yang bukan main tak nak makan. Last-last, dia yang order macam setahun tak dapat makan…” perli Hafsah.

“Tiba-tiba lapar bila tengok mak senah” Sekali lagi Khaulah menayang gigi yang tersusun rapi sebagai balasan. 

Beberapa minit kemudiah Mak Senah datang bersama pekerjanya membawa makanan yang di pesan lalu diatur di atas meja. Dan beberapa minit mereka berlalu.

Cepat-cepat Khaulah mencapai sudu lalu mencedup sedikit kuah Tomyam seraya ditiup. Setelah agak dingin di sua ke mulut. Subhanalla…, nikmatnya tidak mampu dia luahkan melalui kata-kata. Tertutup mata Khaulah. Beberapa pasang mata yang melihat hanya menggelengkan kepala. Tahu sangat selera Khaulah. 

Baru sahaja Khaulah ingin menyuapkan nasi ke mulut bahunya dicuit oleh Hafsah. Bila mata Khaulah merenung Hafsah dia menjuihkan bibirnya sedikit ke arah depan membuatkan Khaulah melarikan anak matanya. Sekumpulan pelajar lelaki kemeja siap bertai mendekati kedai yang dikunjungi mereka. Wajah mereka satu persatu diteliti.

Uhuk…uhuk… Khaulah tersedak apabila pandangannya bertaup dengan salah seorang jejaka yang baru dikenalinya. Ditatap lama… Dia sendiri tidak tahu mengapa wajah itu sering menganggunya. sejak akhir-akhir ini Ketenangannya seolah terbang dibawa angin. Malahan, tidur malam asyik diganggu. Hilang mengantikan wajah syamim yang sering menemani malamnya.

Aku dah angau? Atau dah kena santau? akal jahat terlintas.

Dia terkesima. Bila anak mata lelaki itu memandangnya. Segera dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Bimbang jejaka itu dapat melihat wajahnya. Debaran di dada mula berombak kencang. 

‘Aduhai banyak-banyak kedai! Kau datang sini buat apa?’ Hatinya mula membentak.

‘Kedai kau ke? Wak Tahar bapa saudara kau ke? Suka-suki dialah nak makan kau manapun…’ akalnya menyindir jahat.

Edfarel dan temannya memilih meja yang berdekatan dengan tempat duduk mereka.

Aduhai! Nak lari ke nak makan...! Dia memikirkan kewajarannya. Makanan terhidang dipandang. Tomyam yang masih hangat di tatap dengan ekor mata. Nasi putih, telur dadar dan tes ais dijeling sekilas. Sepinggan ayam masak kunyit dibelek-belek.

“No! Apa-apa pun makan dulu…” ucap Khaulah spontan. Hafsah menyiku lengannya. Khaulah mengangkat kening hairan.

Eh…! makan ajelah. Tak payah berbunyi. Spontan tangan Khaulah menekup mulutnya. Mata di alih. Dia tersengih bila Nasuha dan Syafiqah menatap wajahnya tanpa berkelip dan beberapa saat di paling ke arah kiri mejanya. Khaulah tersengeh bila berpasang-pasang mata ketawa. Dia kelu seketika bila Edfarel menatapnya tajam. Walaupun, lelaki itu berkaca mata hitam khaulah sedar mata lelaki itu memerhatinya sejak tadi. Timbul rasa cuak dalam hati. 

Menyesal aku ada dekat sini. Rungut akal logiknya. Dia menghirup kuah tomyam cuba menghilangka perasaan malunya. Payau! Ketawa mereka serentak pecah.


DI DALAM RUANG perpustakaan, ketawa teman-temannya pecah. Gemanya masih ditahap-tahap.” Ketawalah! Ketawa sampai esok! marah Khaulah bila sisa tawa teman-temanya masih belum surut. Dia melabuhkan duduk di kerusi. Wajahnya mencuka. Bibinya muncung memanjang. Ruang perpustakaan yang dingin masih belum dapat menghilang peluh dingin di dahinya. Berpeluh menahan malu sebenarnya!

“ Khaulah… Dah macam nak tercabut gigi mereka ketawa kut.” Ujar Nasuha lucu. Wajah Khaulah masih merah menahan malu. Hilang sakit hatinya bila wajah hitam manis itu mula memuncung kedepan.

“Itulah, kelat-kabut sangat.” Rungut Hafsah. Bila ketawanya terhenti. 

Iyalah... akui Khaulah.

Mana tak kelam-kabutnya kalau jejaka hot terconggok di sebelahan. Mulalah hilang tingkah! “Aduhai…” giat mereka menyakat.

“Cermin mata hitam tersangkut dihidung… tampan habis. Nasib dah ada Sofia. Khaulah tak.. dah lama akak pinang untuk khaulah.” Nasuha mengusik lagi.

“Kalau awak semua rasa nak buat bisik dalam perpustakaan. I think, baik awak semua keluar aje. Ini perpustakaan bukan rumah.” tegur seseorang mematikan ketawa mereka. Tiba-tiba ruang itu menjadi hening.

Maaf…! Sahut mereka serentak. Cepat-cepat buku didepan mata dibelek-belek.

Malu bercampur lucu.







Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.