Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
201,328
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Setelah itu mereka berdua makan dalam suasana senyap sunyi. Masing-masing melayan perasaan dan juga tiada apa yang boleh mereka bualkan berdua tanpa rasa geram di antara satu sama lain.  Entah kenapa sewaktu makan itu mata Izzah mendarat pada kelibat seseorang yang baru masuk ke dalam restoran itu. Seseorang lelaki lengkap berkot berambut ikal. Hatinya berdetak melihat lelaki itu yang ditemani oleh sesosok wanita yang Izzah pasti adalah Luna. Nampaknya mereka berpegangan tangan. 

Seperti tahu dia dipandang, lelaki itu memandang Izzah. Sedikit lama, sebelum dia berjalan ke arah Izzah dan Izmir. Jantung Izzah berdebar kencang seperti mahu runtuh. Izmir yang melihat riak muka Izzah terasa hairan. Dah kenapa budak perempuan itu pucat semacam seperti nampak hantu sahaja. Izmir memerhati ekor mata Izzah yang melirik kepada seorang lelaki dan wanita yang menuju ke arah meja mereka.

“Izzah is that you?,” panggil lelaki itu lembut dengan senyum di bibir. Matanya memandang silih berganti pada Izzah yang kaku terlopong dengan mulut terbuka dan pada Izmir yang memeluk tubuh memerhati lelaki itu dengan otaknya mula berputar memikirkan siapakah lelaki itu. Izmir hairan dengan riak wajah Izzah. Siapakah lelaki itu? Kalau melihat kot dan penampilan luaran, lelaki itu bukan orang biasa. Anak orang ternama mana agaknya? Dan wanita itu pula nampak sofistikated. Mereka bukan orang biasa-biasa. 

“Err…Wafiq,” terlontar nama itu dari bibir Izzah yang merah itu. Matanya masih di wajah Wafiq. Mata Wafiq lekat pada Izzah dan Izmir silih berganti. 

“Saya dah agak awak Izzah. Quite sometime juga kita tak jumpa. Now, you look different Izzah. Er.. Ini Luna tunang saya,” ujar Wafiq memperkenalkan Luna yang memandang Izzah ke atas ke bawah. Mahu tak mahu Izzah bangun dan menghulur tangan. Luna menyambutnya acuh tak acuh. “You tak mahu kenalkan I pada your lunch companion?” pinta Wafiq tiba-tiba dan menunjuk pada Izmir di sebelah Izzah. 

“Oh sorry. Kenalkan, ini Prof Izmir Hakim. I… kerja dengan dia sekarang” ujar Izzah mengenalkan Izmir yang masih berkerut. 

“Hmm…interesting. Tak sangka muda lagi sudah bergelar Prof. Hello Prof. Saya Wafiq. Izzah’s ex boss. Nice meeting you,” ucap Wafiq dengan matanya yang tajam memandang Izmir.  Dia menghulurkan tangan. Lambat baru Izmir bangun dan menyambutnya. Matanya penuh hairan memandang Wafiq seketika.

“Nice meeting you too,” balas Izmir hanya mengangguk tanpa ada senyum di bibir. Kening tebalnya masih berkerut. Wafiq terasa seperti diperhatikan dan dinilai oleh professor muda itu. Dia rasa kurang selesa. Dalam seminit itu dia mula rasa dia tidak sukakan Izmir dan dia dapat rasakan yang Izmir juga tidak sukakan dia.

“Er…saya tak patut kacau makan tengahari kamu berdua. Saya pergi dulu. But Izzah you look so sweet wearing hijab now. It suits you although I much prefer the old sexy you,’ ujarnya lantas mengenyit mata dan berbisik. Izzah terpempan. Risau dia dengan kata-kata terakhir itu tambahan pula Izmir sedang memerhatinya seperti kepalanya sarat dengan soalan. Dan Luna pula di sebelah Wafiq memandang Izzah tajam seperti mahu tertusuk Izzah dengan pandangannya itu. 

Tapi, bukan itu yang merisaukan dia. Dia risaukan renungan Izmir saat itu. Renungan itu terasa meresahkan Izzah. Old sexy you? desis hati Izmir. Apakah maksud kata-kata itu? Dia mengamati Izzah seketika menyebabkan Izzah rasa tidak selesa. Izzah menundukkan kepala apabila Izmir merenung tajam padanya. Apa hubungan Izzah dan lelaki itu? Izzah nampak sangat berlainan bila dengan lelaki itu. Ada sinar kesedihan di mata gadis itu seolah-olah bila-bila saja gadis itu akan mengalirkan air mata terutama bila matanya mendarat pada wanita di sebelah Wafiq itu. Malahan bila mereka berdua pergi Izzah masih memerhatikan lelaki itu dengan wajah sedih.

 Dan sejak lelaki itu menegur Izzah, Izzah sudah kurang bercakap dengan Izmir selepas itu. Izzah lebih banyak melayan perasaan sendiri. Bahkan bila mereka habis makan, mulut bertih jagung Izzah membisu sahaja walaupun Izmir ada sekali sekala sengaja mengenakan Izzah. Dia sengaja supaya Izzah kembali seperti biasa. Namun, tiada respon langnsung dari gadis itu yang sedang asyik melayan perasaan. Malahan bila mereka tiba di ofis, Izzah meminta izin untuk balik awal hari itu sedangkan ada beberapa jam lagi sebelum waktu pejabat tamat.

“Awak tahu kan yang saya tak boleh saja-saja lepaskan awak balik awal?. Ada banyak kerja tak selesai lagi ni,” jawab Izmir selamba. Sengaja dia berkata begitu. Matanya tajam memandang wajah sugul Izzah. 

“Tapi…” Izzah cuba membantah. Izmir menghela nafas. Dia merenung wajah Izzah yang muram itu. Entah kenapa dia rasa kasihan pula. Jarang dia begitu tapi tadi bila dia lihat Izzah yang tampak kecewa belas pulak hati dia.

“Izzah, awak tak patut campur aduk hal peribadi dengan kerja. Apa yang dah berlaku antara awak dan lelaki tadi tu tak sepatutnya mengganggu kerja awak. Saya tak izinkan awak balik awal,” ujar Izmir tiba-tiba. Izzah tersentak. Apa maksud Izmir? Bagaimana Izmir boleh berkata seperti itu? Nampak sangatkah yang dia amat terkesan dengan Wafiq tadi?. Izmir tahukah siapa Wafiq padanya?

“Prof tolonglah. Saya ada hal penting di rumah,” rayu Izzah seperti mahu menangis. Dia sebenarnya hampir mengalirkan air mata. Kalau dia tak balik dia akan nangis di situ. Di hadapan Izmir pula! Dia tak mahu perkara seperti itu berlaku. Memalukan dia. Dah tentu Izmir akan ketawakan dia. Tapi dia tidak dapat menahan rasa cemburu dan sedihnya bila nampak Wafiq bersama Luna. Luna yang sofistikated dan cantik.

“No…you have to be stronger than this. Saya tahu awak kuat Izzah. Saya tak akan biarkan awak lari bersembunyi bila-bila awak tak dapat kawal perasaan awak tu. Awak kena hadapi perasaan itu,” ujar Izmir buat Izzah makin hairan. Prof ini ada kuasa baca fikiran orang ke? Macam tahu-tahu sahaja apa yang Izzah rasa saat itu.

“Apa Prof cakap ni? Tak masuk akal lah. Saya tak kisah dia dah ada orang lain. Saya okay sahaja tapi saya perlu balik awal harini. Ada banyak kerja di rumah. Saya harap Prof faham,” ujar Izzah. Suaranya mula tinggi.

“Saya tak faham. Keluarkan laptop awak. Saya nak awak draf proposal sekarang. Depan saya!” arah Izmir tiba-tiba.

“Hah? Prof tak boleh buat macam ni!” marah Izzah dengan suara bergetar. Mukanya merah.

“Yes I can. Kita buat proposal untuk Master tu sama-sama sekarang,”

“Saya tak mahu. Saya tak boleh fikir sekarang. Saya nak balik. Prof faham tak? Saya nak balik!”

“You have to do it Izzah!”

“Tak boleh Prof. Saya tak boleh. Saya nak balik jugak. Prof tak boleh halang saya,” protes Izzah.

“Saya tak akan benarkan,”

“You have to stop me Prof,” ujar Izzah telah pun bangun. 

“Don’t make me stop you Izzah!” ujar Izmir memberi amaran. Dia pun turut bangun. 

“I don’t care!” Izzah mahu keluar dari bilik Izmir tapi Izmir dengan langkah yang lebih panjang sudah sampai ke pintu bilik lebih cepat lantas menguncinya.

“Prof tak boleh buat macam ni. Salah ni kunci saya dalam ni berdua saja dengan Prof!”

“Dah tentu saya boleh. Duduk di kerusi tu sekarang sebelum saya angkat dan dudukkan awak di situ,” ugut Izmir merenung tajam pada Izzah.

“Don’t you dare Prof,” marah Izzah memberi amaran.

“Awak jangan cabar saya Izzah! Saya tak akan kompromi dengan orang yang degil macam awak ni! Apa yang saya cakap saya akan buat. Cubalah!” ujarnya dengan gigi yang diketapkan. Wajah Izmir yang menyinga kelihatan menggerunkan. Kecut hati Izzah dibuatnya. Dengan ketinggian dan saiz tubuhnya mengangkat Izzah pasti sesuatu yang mudah. Mahu tak mahu Izzah terpaksa berpaling dan berjalan longlai ke kerusinya tadi. Izmir kembali ke tempat duduknya dan melabuhkan punggung. Namun Izzah masih berdiri seperti patung sambil berpeluk tubuh. Masih degil.

“Duduk!” herdiknya menyebabkan Izzah yang terkejut terduduk. 

“Sekarang, keluarkan laptop awak. Kita draf proposal awak. Petang ni saya nak ajar awak buat proposal sampai awak faham!” arah Izmir. Izzah yang seperti zombie mengeluarkan laptop dari begnya dengan menyumpah Izmir berbakul-bakul dalam hati. 

Dan untuk sejam kemudian Izzah merasa seperti berada dalam kem tentera. Ikut suka Izmir sahaja menengking dia apabila ada perkara yang dia tidak faham atau tersalah. Mahu tak mahu Izzah terpaksa ikut sahaja. Tak sanggup dia kena marah dengan Izmir. Hairannya air mata yang mahu tumpah tadi sudah terhenti. Disebabkan oleh geramnya pada Izmir yang mengarahnya macam-macam, Izzah tak jadi mengalirkan air mata malahan dia tegar mengadap kerenah Izmir yang serius tentang kerja.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.