Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
201,344
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“Mmm…baiklah. Malam ni saya nak awak ikut saya balik rumah,” bisiknya pada Izzah dengan suara serak-serak basah. Izzah tersentak. Terus meremang tengkuk Izzah. Dia harap dia silap dengar. Air liurnya terasa kering. Biar benar! Balik rumah???


“Errr…whatttt??” soal Izzah kembali. Manalah tahu kalau-kalau dia silap dengar.


“Eh…kenapa? Tadi kata just say and you will follow,”


“Tapi…balik rumah tu…” ujar Izzah agak tergagap.


“Kenapa? Awak takut ke nak ikut saya balik rumah? What happen to your pledge just now? Awak kata saya just say and you will follow? Awak main-mainkan saya ye? Kalau tak sanggup tak mengapa. Saya cari orang lain. Ada ramai lagi yang nak jawatan ni. Hari ni saja ada 5 orang mesej untuk set appointment,” ujar Izmir. 5 orang??? Izzah menelan air liur. Tak boleh jadi ni, desis hati Izzah. Apapun yang berlaku dia perlu dapatkan kerja tersebut.


“Err Prof..jangan macam tu,”


“Tak apa. Kalau you tak nak. I boleh cari orang lain. No problem. Maybe, asking you to follow me home is too much to ask,” ujarnya. Mestilah! Prof itu lelaki. Muda dan sado pula. Hensem tak usah katalah. Memang sangat. Dan sekarang lelaki handsome yang sedang menghadap dia itu mengajaknya balik. Habis kalau kena tangkap basah bagaimana? Kalau kena kahwin macamana? Tapi, dia juga yang berjanji sakan tadi. Ha…rasakanlah. Dia pula terbayang-bayang wajah ibunya yang dah nekad ingin menghalaunya ke Melbourne. Mahu tak mahu dia terpaksa kata,


“Ok..”


“Ok apa? Ok you tak jadi RA I atau okay untuk ikut I balik rumah?” soal Izmir meminta kepastian.


“Ok…untuk saya ikut Prof balik malam ni. Like I said before I will follow whatever you say as long as I can work with you,” ujar Izzah. Padan muka aku! Mulut ni memang derhaka selalu. Pandai-pandai je berjanji. Just say and I follow lah sangat. Rasakan. Jangan professor ni jual aku kat Siam cukup. Izzah memandang wajah lelaki itu dengan wajah bimbang. Mungkin dia patut mesej Fiza supaya Fiza tahu di mana dia berada kalau Prof itu buat tak tentu. Apa berlaku kalau Prof itu ada niat jahat? Serial killer ke? By the time mesej sampai pada Fiza dia telahpun ditanam di bawah rumah lelaki itu. Oh scarynya! Hah! Aku nak baliklah! Tak jadi RA pun tak apa macam ini!


“Awak masih tak terlambat nak undur diri. Lagipun saya dah beritahu pada awak yang saya ada beberapa calon lain yang saya akan panggil interview kalau awak tolak tawaran untuk bekerja dengan saya,” ujar Izmir. Izzah tersentak. Serta merta dia teringat yang dia tak mahu pindah. Dia tak mahu gagal lagi dan kecewakan mamanya. Akhirnya dengan menghela nafas, Izzah pun bersetuju.


 “Baik Prof…bagi tahu saya mana rumah Prof dan saya akan ke sana,” ujar Izzah. 


“Awak dengar tak saya kata apa?” tanyanya dengan nada sedikit tinggi. Seolah-olah kurang sabar dengan Izzah.


“Mungkin Prof boleh repeat supaya saya lebih faham,” pinta Izzah. Yelah, bahagian mana yang dia tak dengar? Sengal jugalah lelaki itu.


“Saya nak awak ikut. Jadi maksudnya awak akan ikut saya balik rumah bersama-sama saya. Naik kereta saya. Faham?”


“Tapi Prof…”


“Is it a yes or no? Make up your mind Izzah,” arahnya. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Izzah. Izzah terdiam. Bila direnung begitu Izzah terasa gugup.


“Yes ok,” akhirnya Izzah akur sahaja.


“Excellent. Petang ni saya balik pukul 6 petang. Awak tunggu saya di pejabat ni. Awak mungkin kena maklumkan dengan ibubapa awak yang awak balik lambat malam ni atau mungkin balik esok pagi,” ujarnya selamba.


“Ha??” mulut penuh Izzah terlopong lagi. Esok? .


“Any question?”


“Esok pagi?” soal Izzah tambah hairan. Kerja apa sampai tak balik rumah?

“Ye…bergantung kepada keadaan. Kalau awak lucky, saya akan lepaskan awak awal tapi kalau tak lucky awak mungkin terpaksa balik esok pagi,”, ujar lelaki itu selamba. Izzah terlopong. Makin rumit dirasakannya tapi dia perlukan kerja itu. Tapi kerja itu bunyi semacam. Something smells so fishy. Izzah menelan air liurnya. Kerja apa pula ni? Bunyi balik ke rumah bersamanya itu bunyi sangat dasyhat di telinga Izzah. Satu malam tak balik dibuatnya? Tak kan lah Prof itu terlibat dengan masalah sosial atau sindiket memperdagangkan manusia? 


“Awak boleh berundur kalau awak tak selesa nak ikut saya balik rumah. Saya tak mahu paksa awak. Tapi awak terlepaslah peluang kerja dengan saya kalau awak berundur,” ujarnya seolah dapat membaca fikiran Izzah. Ada senyum sinis di bibir. Aduhai, senyum dia kelihatan sangat meragukan. Should I just go? Wajah Puan Julia menjelma lagi. Dia tak akan ke Melbourne. Dia akan ikut kata-kata Puan Julia. Ikut kata-kata ibu pasti yang terbaik walaupun ia mungkin bermakna dia terpaksa dijual ke sempadan Siam sana. Aduh!!


“Baiklah…saya akan ikut Prof. Pukul 6 petang saya akan ada di sini,” ujar Izzah.


“Good, kita jumpa tepat 6 petang di sini. Kalau awak lambat the deal will be off,” ujarnya dengan mata bersinar dan bibir berhias senyum sinis. Izzah mengangguk perlahan. Terpaksalah dia ikutkan sahaja walau dalam hati dia ada rasa sangsi dengan motif professor itu. Ma, this has to be good, it has to be good or else you will lose your daughter, big time!, desis hati Izzah sangat galau.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.