Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
103,667
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13


*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


"A'UDZUBILLAHI minas Syaitonir Rajim..."

Alunan Ta'awwuz perlahan memenuhi segenap ruang bilik.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Bacaan kalimah suci Al-quran mula berkumandang memecah pagi yang hening. Lembut mendayu, indah bertaranum, penuh tertib.

"Yaaa aiyuhan naasut taqoo Rabbakumul lazee khalaqakum min nafsinw waahidatinw wa khalaqa minhaa zawjahaa wa bas sa minhumaa rijaalan kaseeranw wa nisaaa'aa; wattaqul laahallazee tasaaa 'aloona bihee wal arhaam; innal laaha kaana 'alaikum Raqeeba. (Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu An-Nisaa' ayat 1.)"

Terjemahan ayat yang baru dilafaz sedalamnya difahami. Dan ia terus diulang buat. Dari awal bacaan, hingga ke baris surah yang terakhir. Sambil lidah menyebut, sambil otak mahu mengerti maksud setiap ayat yang dilisani.

"Shodaqallahul'azim..."

Kitab Al-kareem ditutup. Diambil naskhah itu lalu dibawa ke bibir, dahi, dan dada. Tiga kali diulang, sebelum ia didakap erat penuh tenang.

Irish pejam mata. Menikmati momen indah cukup bermakna.

Tiada ketenangan yang dia akan dapat setenang ini. Hanya seusai mengabdikan diri pada Sang Pencipta, tika inilah dia dapat merasakannya. Cukup mahal. Tak mampu dibeli dengan harta dunia.

Seminit berteleku di atas hamparan sejadah, Irish celikkan mata. Laungan azan berkumandang dari masjid menyentakkan lamunannya.

'Dah subuh.'

Seraya kepalanya berkalih. Sosok yang masih lena atas katil, dilirik.

Selalu dah bangun. Tapi pagi ini, nyenyak betul tidur. Sampai dah azan pun masih tak bergerak langsung.

'Penat kut.'

Wanita itu bangkit. Al-quran diletak semula ke tempatnya. Langkah terus diayun ke arah katil. Perlahan-lahan dia duduk di sisi tubuh lelaki itu.

"Harrys."

Lembut suara Irish memanggil. Namun sosok tersebut masih tak berkalih.

"Harrys."

Sekali lagi nama itu dipanggil. Masih sunyi sepi.

Irish mengerut dahi. Pelik. Selalu tak macam ini. Tapi hari ini.....

"Harrys... bangun."

Sekali lagi ia disebutkan. Tetap, diam tak berkutik lelaki di depan. Tanpa ada pilihan, tangan kanannya langsung dibawa ke dada Tengku Harrys.

"Sayang...,"

Dan-dan itu tangan Irish dipegang. Mata Tengku Harrys turut terbuka perlahan-lahan.

"Assalamualaikum," ucap lelaki itu dengan salam. Kalimah wajib setiap pagi bangun tidur sebaik terpandang wajah Irish di depan.

"Harrys!"

"Ya."

"Main-mainkan orang, ya?"

"Tak."

"Dah bangun sebenarnya, kan? Tapi buat-buat tidur."

"Kalau tak buat macam tu, sampai bila-bila tak dapat nak dengar panggilan sayang tu."

Irish ketap rahang. Gelak Tengku Harrys serta-merta terburai.

"Sorry, dear." Tangan menyentuh sekilas pipi wanita berkenaan. "Dah solat subuh?"

"Belum."

"Dah bertelekung macam ni?"

"Solat sunat. Lepas tu mengaji."

"Kenapa tak kejutkan? We can do it together."

"Tengok Harrys nyenyak tidur. Takut nak kejutkan."

Tengku Harrys bangkit dari tilam. "Nak beribadah, apapun Harrys tak kisah. Sabda Rasulullah SAW : Dan tidak ada suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH, lalu mereka membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat akan menaungi mereka dan Allah akan menyebut mereka di hadapan malaikat di sisi-NYA. "

Kata-kata Tengku Harrys menusup masuk ke telinga Irish. Hilang terus rasa geram yang tadi hadir.

"Maaf."

"Tak apa. Lepas ni kejutkan, okey?" Satu kucupan singgah di kepala Irish. "Give me five minutes. Harrys nak siap untuk solat."

Tengku Harrys turun dari katil. Tuala di sidaian dicapai sebelum dia berlalu ke bilik air.

"Irish."

Irish berpaling.

"That 'sayang'... thank you. I appreciate it."

Susuk lelaki itu lantas menghilang di balik dinding.

Irish terus pegun atas katil. Dia sendiri tak sedar panggilan yang diucap sebentar tadi. Yang dia tahu, saat tangannya menyentuh dada Tengku Harrys, terasa satu aliran listrik mengalir dalam tubuh, lalu menghantar isyarat ke otak, dan spontan... ia terzahir di bibir.




Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.