Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
103,672
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12


See back y'all...

After long time no see... 

Lots of miss from #HarrysIrish..... ^_^


*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


PANDANGAN dilempar ke kolam. Menjamu mata dengan ikan-ikan yang berenang. Sesekali wajahnya melirik ke dalam. Lihat yang lain rancak bersembang sakan.

Keluarganya, keluarga Irish, keluarga Pak Ngah Arham. Semua ada. Datang sambut kepulangan Irish dan dia.

Tadi dia pun ada turut sama dengan mereka. Tiba-tiba dapat panggilan dari Fezrul, jadi dia minta diri untuk keluar. Selesai bercakap, hati terasa nak duduk ambil angin malam sebentar. Makanya dia di sini sekarang.

"Harrys."

Lelaki itu toleh ke belakang. "Along."

"Kenapa duduk kat luar?"

"Tak ada apa. Saja. Ambil angin sekejap."

"Semua orang cari Harrys kat dalam. Ingat ke mana hilang."

"No. I'm here."

Izzul melangkah dekati adik iparnya. "Along ganggu ke?"

"Tak pun, long."

"May I join you?"

"Sure."

Sejurus itu Izzul melabuh duduk di bangku taman, sebelah Tengku Harrys. Hati teringin luangkan masa sikit. Sepanjang bergelar keluarga, ini kali pertama momen mereka bersama.

"Harrys okey?"

"Kenapa along tanya macam tu?"

"Nampak tadi Harrys menung panjang."

Tengku Harrys ketawa kecil. "Tak adalah. Tengok ikan-kan tu. Lama tak jumpa."

"Melepas rindulah ni."

"Lebih kurang."

Kali ini Izzul yang tergelak. Tengku Harrys di sisi dipandang sejenak. Macam mana dia lihat sinar wajah adiknya di dalam tadi, macam itu juga yang dia lihat empunya raut di sebelah.

"How about you and Irish?" soalan Izzul spontan meluncur keluar. Ingin tahu perkembangan adik-adiknya.

"Alhamdulillah. Baik setakat ni."

"Your honeymoon?"

"Good at all."

"Harrys gembira dengan Irish?"

"Every single second. She made my day."

"I can see that. From her smile."

Tengku Harrys toleh ke sisi. "What does it mean?"

Hujung bibir Izzul tersungging. Interpretasi rasa senang yang terbit dari lubuk hati.

"Senyuman dia menceritakan segalanya, Rys."

"Maksud along?"

"Senyuman Irish. Dah lama along tak nampak senyuman indah dia tu. Senyuman yang dah lama lenyap, hilang. Tapi malam ni... senyuman tu dah kembali mekar kat bibir dia. Malah, lebih manis. Terpancar bunga-bunga bahagia."

Tengku Harrys diam. Kata-kata Izzul perlahan-lahan menusup masuk ke pendengaran.

"Terima kasih, Rys. Terima kasih sebab kembalikan senyuman Irish. Terima kasih sudi bahagiakan dia. Terima kasih kotakan janji Harrys pada along. Along tahu along tak salah pilih orang. "

"Harrys cuma buat apa yang termampu, long."

"Termampu? Tapi apa yang Harrys buat benar-benar terkesan. Along dah tak nampak Irish yang dulu. Yang takut buka hati dia untuk lelaki. Takut nak beri semula cinta dia. Takut untuk bina masa depan.

But you turned it well. You had proven to her. Harrys berjaya buktikan pada Irish masih ada lagi lelaki baik, tulus, ikhlas yang boleh terima dia. Masih ada lagi lelaki yang boleh beri kebahagian pada dia."

"I just did as what you asked. Buktikan apa yang Irish cakap, salah."

"Yeah. Because you the only one could do that. Remembered what I told you last time?"

Seraya Tengku Harrys sua anggukan.

"You're the person, Rys. The right one yang ALLAH janjikan buat Irish. Nobody can deny it. Ada hikmah perjalanan hidup Irish tertulis macam tu. Sebab ALLAH dah simpan Harrys untuk jadi penyelamat dan pelindung dia pada suatu saat yang tepat. Dan along percaya... keluarga along, keluarga kita, even sesiapa pun akan rasa dan ucap benda yang sama pada Harrys."

Tengku Harrys terus kaku bicara. Sejujurnya dia tak buat apa-apa. Hanya ikut gerak hati untuk lakukan semua yang terdaya. Demi insan tercinta. Selebihnya... dia berserah pada Maha Esa.

"Along minta maaf, Rys."

Sekali lagi kepala Tengky Harrys berkalih. "Pardon?"

"I am truly sorry."

"Untuk apa?"

"Atas kekurangan adik along."

"Don't say it."

"Along tahu Irish bukan gadis yang sempurna buat Harrys."

"No."

"Dia sekadar ingin menumpang. Mencari secebis kasih dengan Harrys untuk bantu merawat ĺuka hati dan beban yang ditinggalkan."

"Tak, long."

"Along harap Harrys sudi pimpin dia bina bahagia yang didambakan. Tapi kalau Harrys dah tak larat, Harrys boleh pulangkan semula Irish pada along...,"

"No. Don't say that. Please."

"A... along...,"

"Irish wanita yang cukup sempurna di mata Harrys. Tak ada yang kurang. She's almost perfect. Sebab dia pemberian terbaik dari ALLAH buat Harrys. Sepatutnya Harrys yang ucap terima kasih. Sebab along sekeluarga pilih Harrys untuk miliki insan seistimewa dia.

Tak ada istilah Irish tumpang kasih dengan Harrys or whatsoever. Dia isteri Harrys. Selayaknya dia disayangi, dicintai, dikasihi seorang suami. Apa saja yang Harrys ada, yang Harrys punya, seluruh jiwa raga Harrys, semua adalah milik dia. Kalau nyawa Harrys sekalipun jadi taruhan, I will sacrifice myself for her."

"Harrys...,"

"Demi ALLAH... Harrys akan jaga adik along sesempurna mungkin. Dia tak layak untuk disakiti lagi."

"Harrys...,"

"Harrys akan jaga Irish sepenuh hati Rys. This is my promise."

Izzul tenung wajah adik iparnya. Dalam. Lama. Tak ada sekelumit pun sirna kebohongan di pandangan. Hanya sinar keikhlasan yang terpancar dalam redup mata.

"Zul!"

Izzul dan Tengku Harrys berpaling serentak

"Laaa... kau lepak sini rupanya! Aduhhh... kau ni, Zul! Kata tadi nak cari Harrys. Dengan kau-kau sekali ikut hilang! Apa benda!"

"Sorry, Fiy." Izzul garu kepala. "Tadi memang nak cari. Tapi tak sengaja pulak tersembang kat sini."

"Tersembang? Tersembang apa kalau dah macam ni? Sampai tak ingat nak masuk dalam!" selar Tengku Hafiy sambil menghampiri dua figura di depannya. "Sembang apa kau orang berdua, hah?"

"Tak ada apalah. Sembang-sembang kosong aje." Izzul cuba berselindung.

"Ya ke kosong? Tengok tadi serius semacam aje. Aku datang pun kau orang boleh tak perasan!"

"Betul, bro."

"Hmm... dah, jom! Dia orang panggil dinner. Masing-masing perut dah berkeroncong dah tu. Macam-macam lagu ada. Tak pasal-pasal kang ada yang berguling kat lantai!"

Taman mini vila ditinggal dalam gelakan tiga lelaki berkenaan.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.