Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
104,078
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


GUMPALAN awan dipandang dari jendela. Putih, suci, murni. Tak ada palitan cela. Sekudus kuasa yang Maha Esa. Sang Pencipta alam semesta.

Indahnya diri kalau sejernih awan-awan itu. Bersih dari dosa. Tanpa segaris noda. Berbeza dengan dirinya.

'Tak ada manusia yang sempurna, Irish. Tiapnya ada kisah dan cerita. Dan kau... insan yang teraniaya.'

Satu suara berbisik halus. Suara dari dalam jiwa.

Spontan jari Irish seka hujung mata. Terasa hangat tiba-tiba.

"Irish."

Wanita itu toleh.

"Okey?"

"Hmm."

Tengku Harrys renung wajah berkenaan. Tak yakin dengan jawapan. "Sure?"

"Ya."

"Then, kesat airmata tu? Okey ke macam tu?"

Irish balas renungan Tengku Harrys. 15 saat, dia lawan. 30 saat, masih bertahan. 60 saat... akhirnya tewas juga dengan panahan mata berkenaan.

"Mulut cakap macam tu. Tapi muka tak boleh menipu," biacara Tengku Harrys selamba.

Cepat-cepat Irish tunduk. Wajah lansung dibenam ke dada lelaki di sebelah.

"What's wrong? Hmm?"

"Nothing."

"Mesti ada sebab."

Wanita itu diam.

"Sedih sebab dah nak balik? Tinggalkan our honeymoon?"

Sekilas Irish mendongak. Pandangan bersulam senyum dilontar. Sesaat, dia tunduk semula.

Perlahan-lahan Tengku Harrys paut sosok itu. Erat ke dakapan. "Are you happy with it?"

"Maksud Harrys?"

"Honeymoon kita."

"Tak ada sebab Irish tak gembira."

"Sorry kalau ada yang kurang."

"Tak ada yang kurang. Sempurna semuanya."

"Sebab ada Harrys? Is it?"

Senyap.

"Is it, dear?"

Irish terperangkap. Tak tahu apa nak cakap. Hanya bibir tersungging senyum. Wajahnya kembali dibenam sorokkan malu.

"One fine day, we'll going back there. And that time... with our junior perhaps."

Sekali lagi Irish angkat kepala. Anak mata Tengku Harrys ditenung dalam‐dalam.

"Junior?" bergetar suara halus itu tuturkan.

"Anak kita. Insya-ALLAH."

Satu kucupan seraya hinggap di kepala Irish. Pelukan dierat. Menghantar getaran niat yang terkubur sarat.


BALAI ketibaan antarabangsa KLIA selamat dijejaki. Setelah lebih 12 jam rentas perjalanan di langit. Satu badan lenguh, kejung, sakit-sakit. Itu belum lagi kena jet leg.

Dua sosok itu terus atur langkah. Sorong troli penuh beg dan lagguage besar. Dua bulan lebih tak jejak bumi Malaysia. Bermula ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, kemudian terbang ke Jeju Island di Korea, sebelum buana United Kingdom dijelajah. Rasa semacam teruja dapat balik semula.

Aura baru...

Jiwa baru...

Semangat baru..

Everything is fresh and new!

"Penat?" Tengku Harrys bersuara di tengah-tengah orang ramai.

"Boleh tahan."

"Sampai rumah nanti rest. Atau nak duduk kejap? Makan ke minum?"

"Tak apa. Kita balik terus."

"Betul?"

"Hmm."

"Macam dah tak sabar-sabar nak jumpa."

Irish melirik Tengku Harrys. "Jumpa?"

"Mm-hmm."

"Siapa?"

"Someone special."

Dahi Irish berkerut. "Siapa?"

"Adalah. And surely penat tu automatik akan terus hilang."

Wanita itu makin tak keruan. Cuba tangkap maksud yang ingin disampaikan.

"Nak main-mainkan Irish, ya?"

"No."

"Then, cakaplah."

Hujung bibir Tengku Harrys tersenyum nipis. Wajah Irish sekilas dikerling. "In ten seconds, you gonna see him."

"Hmm?"

"He is waiting."

"Siapa, Harrys?"

Tengku Harrys tak jawab. Kaki terus melangkah. Lepas saja ruangan arriving hall...

"There... five metres in front of you."

Serentak Irish kalih pandang pada empunya gerangan yang dikatakan. Sepasang sosok kala itu menjamah pandangan. Seorang tersenyum lebar. Seorang lagi mempamer wajah tenang.

Irish tarik nafas dalam-dalam. Rasa sebak tiba-tiba bertandang.

ALLAH... rindunya dia!

"Tunggu apa lagi?"

Irish pandang Tengku Harrys semula.

"Go... get him."

Mata wanita itu terus tenung lelaki di sisi. Dalam bening yang bergenang air.

"Boleh?"

Tengku Harrys angguk perlahan. "Harrys izinkan."

Tak tunggu lagi, Irish terus menghayun langkah. Ikut hati nak saja dia lari. Tapi rasa segan masih tebal.

Sepuluh tapak... Lima tapak... Satu tapak...

"Along!"

Tubuh Irish selamat mendarat dalam pelukan Izzul. Erat. Bagai tak nak lepas lansung.

"Irish sihat?" bisik Izzul.

"Sihat."

Itu saja kata terucap. Selebihnya, hanya dakapan lerai kerinduan. Masing-masing kaku dalam sebak yang mencengkam. Cukup seminit, Izzul renggangkan semula pelukan.

"Dah. Terlepas dah rindu kau?"

Suara Tengku Hafiy memecah sedih dua beradik di depan. Spontan tawa mereka berderai.

"Sorry, Fiy."

"Ah. No hallah! Aku faham. Lama tak jumpa, kan?" seloroh Tengku Hafiy. "Tadi kau dah lepas rindu dengan adik kau. Sekarang... turn aku pulak."

"Hai... nak jugak?"

"Mestilah! Ingat kau seorang aje nak manja-manja dengan adik. Aku pun nak jugak!"

"Tak nak kalah kau, kan!"

"Well...."

Pantas Tengku Hafiy ke belakang Irish. Sosok Tengku Harrys yang berdiri di situ sejak tadi terus diraih.

"Welcome home, my beloved broHow's your honeymoon?"

"Okey. Alhamdulillah."

"Mestilah okey, kan? Tengok muka dua-dua pun happy semacam!"

"Eh kau ni, Fiy. Soalan! Balik bulan madu, what do you expect? Kau pun dulu sama dua kali lima jugak!"

Dan-dan itu tawa mereka pecah. Tapi Irish... kedua pipinya dah terasa membahang. Disakat abang ipar depan-depan.

"Ingat lagi kau kan, Zul!"

"Dah aku yang jemput kau kat airport time tu. Aku tahulah!"

Tengku Hafiy tersengih-sengih. Teringat momen Izzul jemput dia dan Helena balik bulan madu dari Jepun. "Aku lupalah! Yelah... umur dah makin tua, kan."

"Kau memang! Apa yang kau ingat?" selar Izzul. "Dah... jom balik. Semua orang dah tunggu kat vila." 



Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.