Home Novel Cinta Beautiful Lie
Beautiful Lie
Mazni Aznita
19/3/2020 10:56:10
75,190
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 10

SEPASANG matanya asyik mengawasi rumah itu sejak satu jam yang lalu. Sudah lama dia mengekori gadis itu sejak gadis itu pulang dari sebuah kedai 7-11. Malah ketika gadis itu bertengkar dengan pengurusnya di kedai serbaneka itu, dia juga ikut mendengar satu-persatu perkara yang dibincangkan. Dia tahu anak gadis itu sudah dipecat dari kerjanya di 7-11.

                “Awak selalu datang lambat, pulang pulak awal. Lepas tu awak tak pernah tukar shift kerja dengan Shila dan Najman.Saya dah kata pada awak banyak kali Adriana. Jangan banyak alasan.

                “Tapi Encik Amran, bukan selalu saya balik awal. Kadang-kadang aje, bila saya terpaksa jenguk ibu saya di rumah.”

                “Saya dah kata,saya tak terima sebarang alasan. Asyik-asyik masalah dengan mak awak yang saya kena dengar. Dengar sini Adriana. Kalau begini caranya awak bekerja, saya tak ada pilihan lain. Awak kena berhenti.”

“Tolonglah Encik Amran, saya perlukan kerja ni. Saya kena tanggung belanja kolej saya, belanja rawatan mak saya, belanja sekolah adik saya dan macam-macam lagi. Memang saya salah,tapi berilah peluang pada saya Encik Amran, saya janji saya akan berubah.”  Rayu gadis itu.

“Lagi-lagi alasan. Dah berapa kali saya dengar awak cakap macam tu? Dah berpuluh-puluh kali Adriana. Maafkan saya. You give me no choice.”

Dan gadis itu beredar dari situ dengan wajah muram. Amat muram sekali bagaikan dunia sudah berakhir. Kesempatan yang ada diambil dengan mengekori gadis itu dari tempat kerja sehingga ke rumah. Dari Adriana mula menaiki bas sehinggalah gadis itu berjalan kaki balik ke rumahnya.

“Kau masih ikut perempuan tu macam dulu ke? Itu sebab tiap-tiap malam kau balik lambat kan?” Pertanyaan itu selalu singgah dari bibir teman serumahnya.

Come on Airis, berhenti buat kerja-kerja bodoh tu. Apa tujuan kau buat macam tu? Nak suruh budak perempuan tu perasan kewujudan kau? Macam tu? Kan Kak Yasmin dah larang kau ikut dia.”

“Aku cuma nak jaga dia, itu saja.”

“Ada dia suruh? Ada Kak Yas suruh? Dia bukan dalam bahaya pun.”

“Aku cuma nak pastikan Tuan Malique tak ganggu dia lagi Diman.”

Diman ketawa besar mendengar alasannya.

“Tuan Malique takkan kacau Adriana lagi. Dia lebih takut Kak Yas tu dari kau. Faham tak? Aku pun peliklah dengan kau ni. Kau dah jatuh cinta pada budak tu ya? Beria-ia sangat kau ambil berat fasal dia sedangkan dia langsung tak tahu kewujudan kau selama ini.” Keluh Diman.

                “Apa gunanya kau mencintai gadis yang tak tahu kau tu wujud dalam hidupnya sejak sekian lama?” Sambung Diman lagi.

                “Aku tak cintakan dia. Aku cuma ambil berat, itu aje.”

                “Jangan nak bohong aku. Aku ni lagi berpengalaman dalam bab-bab cintan ni berbanding kau.”Cemik Diman.

                Dia hanya diam.Kata-kata Diman tidak terkesan langsung di fikirannya. Dia tahu Diman hanya menyimpul sesuatu yang tidak pasti. Lelaki itu hanya meneka sebarangan. Tapi betulkah selama ini dia tidak ada apa-apa perasaan langsung pada subjek yang menjadi intipannya sejak dua tahun yang lalu?

                Sejak Yasmin menyuruh dia mengekori Adriana siang dan malam, saat itulah dia mula obses pada kehadiran gadis itu. Pada setiap gerak-geri Adriana dan aktiviti harian gadis itu. Semua yang Adriana lakukan tidak akan terlepas dari pengetahuannya. Hampir dua tahun  lamanya dia dekat dengan Adriana tanpa disedari. Dia tidak pernah tahu apa hubungan sebenar antara Yasmin dengan Adriana. Malah dia tidak pernah bertanya lebih dari sepatutnya.

                Tetapi apabila Yasmin melarang dia mengekori Adriana lagi, semua itu tak mampu dipatuhinya lantaran entah sejak bila gadis itu sudah menjadi sebahagian dirinya.

Dia melemparkan pandangan kosong ke arah rumah teres setingkat di hadapannya. Inilah persinggahannya setiap malam. Hatinya hanya merasa senang kalau melihat Adriana sudah ada di rumah.

Elok-elok dia sedang mengawasi rumah itu, muncul sesusuk tubuh keluar dari pintu hadapan. Dia cepat-cepat mengelakkan dirinya lalu berselindung di sebalik sebatang pohon tidak jauh dari situ. Dia tidak mahu kehadirannya di situ disedari.

Adriana keluar bersama sekarung plastik sampah, berjalan menuju ke arah tong sampah di tepi pintu pagar. Dia sekadar memerhatikan gerak-geri anak gadis itu dengan teliti. Sebaik kerja gadis itu selesai, Adriana dilihatnya duduk di atas pelantar batu di tepi pagar. Renungan gadis itu tenggelam jauh seperti sedang memikirkan sesuatu.

Sejurus kemudian, tak semena-mena dia melihat anak gadisitu menekup mukanya lalu menangis teresak-esak. Seperti ada sesuatu yang menyedihkan hati gadis itu.

Airis terkesima. Sepasang mata yang jernih itu, basah dengan airmata, membuatkan dia terpegun seperti patung. Bebola matanya tak mampu dilarikan. Cantik! Itu yang berbisik di sanubarinya.  Terpaut di jiwanya tanpa disedari! Dan kata-kata Diman sebelumnya tergiang-giang di fikiran. Ya! Apa gunanya wujud dalam hidup seseorang yang tidak pernah tahu kau wujud?

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.