Bab 6


Aku merenung kalendar di birai katil asramaku. Kalau dihitung tinggal seminggu lagi, maka kursus ini akan berakhir. Namun makin banyak masalah yang timbul. Lepas satu-satu. Aku bagaikan jatuh ditimpa tangga. Bertimpa-timpa masalah datang bergolek. Sudahlah emosi kurang stabil dek mengenangkan adikku yang bakal bertunang nanti. Ditambahkan pula dengan masalah yang berlaku di sini. Setelah diherdik oleh si Rambut Ketak a.k.a Cik Asfarina setiausaha Encik Kacak, hidup aku di sini sudah tak tenang. Rasa malu, menyampah, geram bercampur-baur tatkala terserempak dengan kedua-dua manusia tersebut. Namun, aku tak dapat lari daripada mereka memandangkan mereka adalah 'orang kuat' dalam kursus ini. Rasanya lebih baik kalau aku ditugaskan mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajarku berbanding mengikuti kursus yang aku sifatkan langsung tidak berguna untukku. Kalau tak dipaksa oleh pengetua, dah tentu batang hidung aku takkan menjelma di sini. Kepala aku mula berserabut apabila ditambah dengan masalah baru pula yang timbul. BB Addicted.. Sampai sekarang aku masih dihujani dengan mesej dan pertanyaannya. Aku pun hairan juga, kenapa perfume yang di'ordernya' belum juga sampai ke tangannya. Apabila bertanya dengan supplierku 'Kedai Aira Comel', beliau sudah pun menghantarnya. 'Tracking number'nya pun telah pun diberi, tetapi apabila disemak dalam sistemnya, didapati statusnya 'unknown!!!'. Aku mula menggelabah. Hampir 5 hari sudah aku menunggu 'perfume' tersebut sampai ke 'tuan'nya.

Nokia C3 ku menjerit lagi menandakan mesej masuk ke dalam peti masuk telefonku.

"U.. macam mana ni? U dah tipu I ke? Tracking number pun no status. U jangan main-main dengan I, Usako.", mesej dari BB Addicted. Memang hidupku tak keruan. Ini semua disebabkan hendak menyahut cabaran 'I Phone 5'lah ni. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku takkan mengambil risiko untuk terlibat dalam jualan online ini. Kalau barang tak sampai-sampai, macam mana? Duit yang dimasukkan ke dalam akaun aku dulu bukannya dalam kuantiti yang sedikit. Aku mula berdebar-debar. Rasa tak senang duduk pula. Bagaimana kalau ada masalah yang tak dijangka-jangka. Laptop di tanganku segera ku kuak. Sistem jalur lebar segera diaktifkan. Aku perlu bertanya dengan lebih lanjut tentang penghantaran 'perfume' ini kepada 'Kedai Aira Comel'. Sudah seminggu. Ini tak boleh jadi.

^Salam, sis Aira.. Customer saya masih belum menerima perfume yang diordernya minggu lepas sis. Macama mana ya? L^ aku menghantar mesej pertamaku petang itu. Nasib baik petang ini tiada sebarang aktiviti yang dijalankan kerana ceramah ditangguhkan kerana penceramah yang dijemput tiba-tiba membatalkan ceramah ini kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Kelihatan butang hijau pada kotak 'chat' milik Kedai Aira Comel menyala menandakan tuan empunya sedang berada di talian.

^Wassalam. Betulke dear? Saya dah pos minggu lepas. Bagaimana pula parcel tak dapat diterima oleh customer ni?^ aku membaca bait-bait mesej yang ditulis oleh Kedai Aira Comel. Tiada jawapan bagi persoalan ini. Yang ada hanyalah soalan yang diajukan semula kepadaku.

^Saya tak tahu sis, tetapi 'tracking number ' yang sis berikan hari tu tiada status dan tiada kenyataan yang menyatakan barang tersebut sampai ke tangan pemilik^ aku tak boleh berbasa-basi lagi. Tiada masa. Aku perlu selesaikan masalah ini dengan segera.

^Maafkan saya dear. Saya akan check semula penghantaran tersebut. Sepatutnya barang tersebut telah pun sampai kepada tuan empunya kerana sudah hampir seminggu penghantaran tersebut itu dilakukan^ Ujar Kedai Aira Comel lagi.

^Make sure check sis. Saya mandi tak basah, tidur tak lena dah ni. Lebih daripada orang putus cinta dah ni. Tak keruan dah saya ni. Tolong ya, please please please...^ aku merayu. Dahiku usap berulang-ulang kali. Tak pernah telintas di hati aku untuk menipu sesiapa pun. Aku bagaikan terjerat dalam perangkap yang aku ciptakan sendiri. Air mataku menitis. Terburai juga air mataku akhirnya. Masih terbayang-bayang mesej dari BB Addicted malam tadi

^I tak kira Usako. If I still do not get the perfumes by this week, please refund! Kalau tak, I'll make a police report! U r too much!!^ POLIS!!! Takut sangat! Semua keterangan akaun aku ada padanya. Nombor telefon semua ada di tangannya. Memang senang sangat bagi pihak dia untuk mengesan aku di mana. Tambahan pula aku merupakan kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan tidak boleh bergiat dalam mana-mana bisnes. Sekarang ini akta perniagaan pula makin dikuatkuasakan lantaran GST di Malaysia telah diperkenalkan. Kalau aku digantung kerja atau dibuang kerja macam mana? Hutang aku melambak-lambak dalam bank! Siapa yang hendak tolong bayarkan? Suami? Sila berangan.. Teman lelaki pun tiada. Inikan pula seorang suami. Takkan mahu diisytiharkan muflis. TIDAK MAHUU!! Huwaaaarghh!! Susah! Payah! Itulah yang yang bermain di benakku. Masalah pertama belum selesai, masalah lain pula yang datang. Menyesal? Dah tak berguna lagi. Terlajak perahu bolehlah diundur,malangnya bukan perahu yang terlajak sekarang. Rm1900! Suatu jumlah yang agak besar. Duit simpanan aku pun tak cukup. Tiga bulan lepas aku baru saja membeli sebidang tanah di kampung. Duit simpanan pun banyak kulaburkan ke sana kerana aku tidak mahu terlalu banyak membuat pinjaman dengan pihak bank. Sebenarnya, aku kurang berminat untuk membeli tanah tersebut, namun ibuku betul-betul mengharapkan aku memiliki tanah tersebut lantaran tiada adik-beradikku yang sanggup untuk membelinya memandangkan kewangan masing-masing kurang stabil. Aku pula yang belum berumahtangga ini lah menjadi harapan ibu. Tak sampai hati pula apabila mengenangkan wajah ibuku yang mengharap. Dia ingin sekali anak-anaknya mempunyai tanah sendiri dan berdekatan dengan rumah pusaka ayah ini. Ya! Kami bukan datang daripada golongan yang berada, namun Allah memberi nikmat kepada kami adik beradik untuk belajar hingga ke menara gading bagi mengubah nasib keluarga. Aku bersyukur sekurang-kurangnya dalam usia begini aku mampu mempunyai duit sendiri dan dapat berbakti kepada keluarga.

Malam itu, aku tidur dalam keadaan tidak tenang. Tempoh masa yang diberikan hanya tinggal sehari lagi. Kalau perfume tu tak sampai-sampai, alternatif B perlu dilakukan. Refund!! Lebih mudah, tetapi di manakah harus ku cari duit sebanyak itu? RM1900. Otakku berlegar-legar mencari akal. Satu-persatu wajah orang-orang di sekeliling ku bersilih ganti menjengah minda. Abang Long? Tak boleh. Abang Long memang susah untuk meminjamkan duitnya. Abang Ngah? Dia sendiri pun selalu meminjam duit dengan adik-beradik yang lain. Abang Chik? Tak boleh juga kerana dia pun sedang memerlukan duit lantaran baru membeli rumah di Bandar Seri Putra, Bangi Selangor. Hisyy.. Kak Anis? Hm.. Kak Anis seorang yang tak lokek dalam bab pinjam-meminjam ni, tetapi bolehkah dia memberi RM1900 kepadaku secara 'lumpsum'?? Kak Tini? Tak boleh. Kak Tini baru saja berkahwin bulan Mac yang lalu. Banyak sangat perbelanjaan yang telah dibuat sempena perkahwinan tersebut. Adik-adikku? Masih belum bekerja. Nafas ku hela berat. Aku mengeluh panjang. 


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh