Home Novel Cinta TUAH
Bab 21

Bab 21  ADA LORI ADA BAS

Zuup!

Bunyi itu datang kepadaku dalam nada siulan. Deras membelah udara. Aku tak tahu bagaimana telinga boleh jadi sepeka ini. Mungkin ketakutan terlalu kemuncak sehingga tatkala aku pejamkan mata, tak sengaja aku pengapkan seluruh bunyi asing melainkan bunyi keris Tuah sahaja.

Jelas juga bunyi itu mati betul-betul di hadapan aku. Menyedari aku masih boleh menarik nafas lagi, aku buka mata melihat apa yang telah terjadi. Memang bilah tajam keris rapat di dada aku tetapi terhenti hanya di situ. 

Tangan kanan Iskandar memegang erat hulu keris Tuah. Sebagaimana pantas dia menyambar keris panjang Tuah, sepantas kilat juga dia melontar pedang Tuah dengan tangan kiri. Tuah menyambut lontaran pedang dan meneruskan persembahan

Aik, bila masa Iskandar ambil dan cabut pedang Tuah dari sarungnya? Setahu aku pedang itu dari awal lagi ada di sisi Lekir.

Aksi dua hulubalang itu kelihatan seperti sebahagian daripada persembahan. Maka gegak-gempitalah jamuan dengan sorakan penuh tèruja. 

Semakin teruja penonton, makin bertambah momentum persembahan Tuah. Jika tadi permainan keris Tuah santai, kali ini permainan pedang Tuah laju. Tubuh Tuah bagaikan gasing ketika dia memutar tubuh sambil memusing-musingkan pedang. Di akhir persembahan, hanya garis bayang Tuah yang kelihatan berpusing-pusing ligat dalam bulatan. Semasa Tuah menamatkan aksi, pedangnya tiada di genggaman.

Persembahan yang luas biasa sudah semestinya akan mendapat reaksi yang luas biasa. Sorakan dan tepuk tangan penonton yang berpuas hati dengan penamat yang hebat menggamatkan seisi istana. 

Mata aku tak cecah lama dekat Tuah, sebaliknya aku layangkan pandangan jauh menjejaki pengakhiran senjata panjang lelaki itu. Tidak sepertimana keris, pedang itu dilontarkan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Itu dia! Pedang Tuah terpacak dekat tiang seri di sebelah kanan Tuah. Arah di mana hujung mata kerisnya senantiasa menghala tadi. Pedang itu terbenam menembusi kain tirai labuh yang berwarna merah.

Firasat hati mengatakan bahawa bukan kain merah itu sahaja yang ditembusi pedang Tuah. Warna bidai yang sekata tadi telah dicemari dengan tompokan. 

Di situkah pembunuh upahan itu bersembunyi? Masih hidup ke dah mati?

Aku palingkan wajah apabila suara girang Iskandar mencecah telinga. Iskandar sedang menayang sengih. Lepas itu ketawa. Bacaan pada wajah Iskandar memberitahu aku bahawa lelaki itu tahu apa kawan dia dah buat.

"Tuah jarang benar beraksi sedemikian. Teruja bukan?"

Teruja? Bukan setakat teruja Abang Chaq oii, gila-gila perasaan ni meletup. 

Badan yang tak sempat memberi reaksi atas momen puaka Tuah kini terasa longlai. Aku biarkan sahaja tubuh jatuh telentang ke belakang. Tapi tak sampai ke lantaipun. Tangan Iskandar dah melingkar merangkul aku.

Bibir lelaki itu masih mengukir senyuman.

"Mudah bukan? Lempar satu batu, dua burung mengena."

Di kala itu juga fahamlah aku makna plot bertemu plot. Semua ini memang telah dirancang Tuah dari mula. Mungkin sebelum dia mengajak aku menghadiri jamuan lagi. 

Tapi kenapa kau masukkan aku sekali dalam pertunjukan berani tu? Aku ni bukan level hulubalang-hulubalang kau. Aku ni standard marhaen aje. Aksi tu buat aku nak terkucil, dowh. Takkan itupun kau tak boleh fikir? Ke kau rasa seronok buli aku, Tuah? 

Semua perkataan itu aku letupkan dalam nada bisu sambil pandang siling kayu. Apabila siling terlindung dengan muka bujur Tuah, aku tahu dah jawapan kepada soalan tadi

Memang kau seronok buli aku.

Itu kali pertama aku lihat Tuah ketawa. Jika sebelum ini ketawa itu bernada sinis, kali ini nadanya harmoni. Suara Tuah mengikis raut keras dan serius lelaki itu sehingga ke kerak. Kelembutan yang berpadu dengan kulit putih merah Tuah meninggalkan pesona yang menakjubkan. Ketawa itu juga  mencairkan mimik beku Tuah. Seluruh anggota wajah Tuah hidup. Pipi dan bibirnya terangkat girang. Bulu matanya mengepak indah membenarkan sinar terang terpancar dari mutiara hitam di tengah mata Tuah. Bahkan mata sepet itu turut ketawa. 

Malangnya aku tak rasa terhibur langsung. Sakit hati ada la! 

Huwaaa! Cepat la jaga! Aku tak nak dah jumpa orang-orang gila dekat sini. 

Iskandar membantu aku tegakkan tubuh. Menyirap aje darah aku tengok belakang Tuah di baris hadapan. Sekejap sahaja dia duduk sebelum bangkit semula bagi menerima kurnia dari Betara Majapahit. 

Sekali imbas dah cukup untuk menggambarkan air muka dua pemerintah yang duduk sebaris. Mentua dengan senyum yang rela-paksa, menantu dengan garis senyuman puas.

Habis jamuan aku terus lepak dekat luar. Aku nak sejukkan hati. Nak tengok benda lain. Se-la-in Tuah.
Aku biarkan sahaja orang-orang Melaka balik. Aku bohong sunat dekat Lekir bagitahu aku balik dengan Tuah. Padahal aku dah berazam tak nak tengok muka menyakitkan hati itu dah. 

Macamana aku nak balik?

Aku ada kaki apa! Mengesot pelan-pelanpun aku boleh sampai ke kawasan Mahapatih.

Okey! Itu tune amukan ala hiperbola campur bongkak di kala amarah aku meluap-luap. Manakala simile kemarahan aku bagaikan gunung berapi. 

Magma perasaan memanas dan mencairkan lava. 
Lava kemarahan membuak-buak keluar dari relong hati. 
Rekahan kesakitan memboloskan gas dendam.
Perasaan tersebut terus meletus semasa susuk Tuah memasuki lingkungan retina aku.

Kau mesti pernah dengar peribahasa ada ubi ada batas, kan Tuah? Sikit lagi kau akan tahu peribahasa moden yang membawa maksud yang sama.

Ada lori ada bas.
Siap kau, Tuah...
Aku akan gelek kau sampai lunyai! 

Kau ingat kau sorang sahaja yang pandai atur plot? Akupun ada otak tahu!

Simile itu hanya berbeza pada nada. Gunung berapi memuntahkan lahar dengan letupan yang menggerunkan. Aku muntahkan kemarahan dalam nada muzik yang rancak.

Lidah bergetar menyanyi mengikut rentak jalan hulubalang Melaka itu. 

Ddu du ddu du dudududu 
Ddu du ddu du dudududu 
BLACKPINK!
Ddu du ddu du dudududu 
Ah yeah, ay yeah!
Ddu du ddu du dudududu 
BLACKPINK!
Ddu du ddu du dudududu 
Ah yeah, ay yeah!
Ddu du ddu du dudududu 
Eh

Langkah yang kemas, bergaya dan anggun dengan postur badan yang tegak. Posisi kepala, mata, dagu dan dada yang menghala ke depan. Tangan yang sedikit berhayun menyentuh pinggul. Kaki yang panjang melangkah santai dalam satu garis lurus. Gaya berjalan sebegitu menampakkan imej maskulin Tuah. Menyerlahkan keyakinan dan peribadinya yang berani. Menebar pesona kepada mata yang memandang.

Mungkin mata lain. Bukan mata aku.

Aku terus menyanyi perlahan, menanti Tuah menghampiri. 

God a cute face but I'm looking pretty fragile
My attitude is twice my size
I'll meet you in the battle
I'll come around and knock you down
Look out prepare for damage
Black to the Pink, watch it out 
we're pretty savage

Kini wajah kami saling bertatapan. Aku masih bersandar malas di pagar bata merah istana sambil menghabiskan rangkap kedua nyanyian.

Whenever we want we get it
Whatever you do you're defenseless
Boy we got plenty of fat check
If you don't believe do a fact check
You wan't it? Come get it
But you might regret it
Can help that I'm toxic 
You okey? I'm foxy!

Tubuh Tuah tegap dan tinggi menghalang tebaran cahaya dari terkena badan aku. Malah sinar rambang rembulan di langit turut terhadang dengan Tuah. Membelakangkan cahaya, wajah kami hanya nampak samar-samar. 

"Mari pulang."

Nada mendatar itu kini semakin sebati dengan diriku. Aku yakin ayat itu dituturkan tanpa biasan perasaan di wajah pemilik suara.

Laksana langkah tadi, Tuah selalu yakin dengan tindakannya. Tanpa mendengar jawapan aku, lelaki itu berpusing untuk beredar.

Nak ajak aku balik?
Boleh.
Boleh blah!

"Tak-nak!"

Aku juga melangkah dengan yakin dan berani. Ke arah bertentangan Tuah.  

Rebel.

Malah sengaja aku lenggokkan pinggul. 

Heheh. 

Geram!

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.