Home Novel Cinta TUAH
Bab 32
Bab 32 PERUT OH PERUT


Aku buka mulut tetapi lain benar suara yang berkumandang.

"Kruk."

Aku cuba bersuara lagi.

Kruk, kruk masih lantang kedengaran.

Buat seketika aku diam. Elok aku buka mulut, kali ini bunyi yang sama semakin panjang dan mendodoi-dodoi.

"Kruk. Kruuuuk. Kruuuuukk."

Aku sedar air wajah aku dan Tuah sama-sama berubah. Mungkin dah berona merah muka aku. Dari takut, sekarang aku menahan malu dan gelak. Itu suara perut aku.

Perut oh perut, aku tahu kau lebih menderita. Hahaha Memang padan la kau bersungut-sungut dan menyampuk walau masanya langsung tak sesuai. Makan malam semalam, sarapan pagi kedua-duanya terlepas. Amukan perut aku mengenepikan garang Tuah.

Tuah yang sudah cukup bersedia untuk mendengar penjelasan dan hujah aku nampak benar kecewa. Batang tubuhnya yang tegak kini menyandar ke dinding perahu.

Cepat aku selesaikan hal ini dengan Tuah, cepat juga aku boleh keluar dari perahu sempit ini. Tanpa menghiraukan teriakan perut yang bertambah lantang, aku cuba meningkah kebisingannya.

"Adakalanya kita patut... "

Kata-kata aku dipotong Tuah.
"Tidak mengapa."

"Hah? Tak apa, apa?"
Yelah, tiba-tiba sahaja tersembul kata nafi. Apa yang kau nafikan?

Tuah menyeluk sisi kanan bajunya dan mengeluarkan sesuatu. Bungkusan kain kecil dibaling kepada aku.

Ringan dan kecil-kecil. Setelah aku picit isi bungkusan barulah aku membuka ikatan kain. Ada beberapa keping makanan yang berbalut kemas dalam daun kering.

Biskut? Roti kering?
Puas belek-belek dan cium makanan di tangan, aku terus sumbat biskut bersaiz cipsmore paling kecil ke dalam mulut.

Lapar, apa Tuah bagi aku telan sahaja. Malangnya dah lama masuk dalam mulut, makanan tidak dapat aku telan. Aku rasa mimik muka aku dah macam orang berak sembelit. Habis tenaga aku kerah sampai berkerunyut muka cuba mengunyah makanan. Namun, gigi gagal mematahkan mana-mana bahagian biskut.

Ini makanan ke batu? Itu yang terlintas di fikiran ketika aku keluarkan semula biskut yang penuh lendir dari mulut. Aku sumbat semula separuh biskut dan cuba menggigit hujung biskut. Apabila usaha aku masih gagal, tak sengaja aku angkat muka dan nampak pusat pemerhatian Tuah pada aku.
Perilaku aku memang nampak menjijikkan. Tapi...

Apekebenda yang kau bagi dekat aku ni Tuah?

Aku tunjuk biskut yang penuh air liur dekat Tuah. Lidah dapat mengesan sedikit rasa tepung.

"Mana kau dapat ni? Betul ke boleh makan?"

"Air tangan Lekir."
Ringkas sahaja Tuah jawab sambil menyuap sekeping biskut ke dalam mulutnya. Aku tak nampak dia kunyah. Bibir itu tertutup mengemam makanan.

Oh, macam tu ke cara makan biskut itu. Tapi... giler keras. Aku agak kalau aku kumam lepas azan zohor, masuk waktu asar baru terlepas masuk tekak.

Selain memekak-mekak, perut aku bertambah agresif dan mula menggigit. Kalau aku terguling-guling depan Tuah sebab sakit perut lagi la nampak buruk. Jadi, aku putuskan untuk membuang makanan pemberian Tuah. Masakan aku nak bagi balik dekat Tuah biskut yang berselumu DNA aku.

Oleh kerana hati dan fikiran aku dah tenang, keberanian aku turut kembali.

Cara paling mudah untuk membuang biskut batu ini hanyalah menjulurkan tangan dan lepaskan dalam air. Akan tetapi, aku pilih cara lain.

Suka hati kau baling barang atas kepala aku! Mari aku bagi kau rasa balik perbuatan kau tadi.

Aku baling biskut batu ke arah Tuah. Ketinggiannya hanya sekadar melepasi kepala Tuah. Apabila pandangan Tuah mencerun dengan sudut kepala sedikit miring, hati bersorak gembira kerana sememangnya itu reaksi balas yang aku kehendaki.

Itu sahaja?
Kau salah pilih dating partner, Tuah!

Tangan membuka zip beg dan mencari sesuatu. Oleh kerana ketajaman mata Tuah tidak lagi menggerunkan aku, aku tidak hanya sambut pandangan Tuah, malah aku kunci sepasang mata sepet itu. Memang aku berani sebab aku ada tagan.

Sederet biskut chipsmore di tapak tangan aku ini!

Aku sumbat sekeping dalam mulut dan lemparkan sekeping kepada Tuah. Hati kami mesti sama-sama penuh prasangka sebab sepertimana aku tadi, Tuah juga membelek-belek biskut.

Adakah dia akan buang pemberian aku? Sebaliknya! Lelaki itu memang pandai menilai. Tuah meludah keluar makanan dalam mulutnya lalu menggantikannya dengan biskut chipsmore.

Reaksi Tuah? Cukup untuk menjadikan hari aku penuh bermakna dengan pembalasan dendam yang terindah hahahaha

Mimik muka Tuah sama macam reaksi pengacara rancangan masakan yang sedang merasa makanan di dapur restoran terkemuka di hadapan tukang masak.

Aku tahu biasan perasaan itu tidak kekal lama. Kerana aku telahpun memulakan rencana mengambil alih segala kegembiraan Tuah lalu menukarnya kepada kesengsaraan.

Ala... dera mental aje pun. Bukannya macam kau ancam aku tadi.

Tapi raut mencuka Tuah lebih dari jangkaan aku. Arah muka Tuah menjauhi aku. Bibirnya kembung mengulum rapat menghilangkan seri wajah Tuah apabila aku sumbat satu persatu biskut chipsmore tanpa mempelawa Tuah berkongsi nikmat.

Hahahahaha

Begitu kuat hati aku ketawa sehingga  terdengar-dengar dekahan di cuping telinga.
Siang aku berlalu dengan aman tanpa suara dan ancaman Tuah lagi. 

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.