Bab 2

Tengku Adrian Mikhail mengerling sekilas pada jam tangannya. Jam baru menunjukkan pukul 9.00 malam. Masih awal lagi, fikirnya. Sejak kebelakangan ini semakin liat dia untuk pulang ke rumah keluarganya. Isu perkahwinan seringkali menjadi topik perdebatan hangat antara dia dan mamanya.

Umurnya baru mencecah 29 tahun. Adakah itu sudah dikira bujang terlajak?Pening dia memikirkannya. Makanan yang sudah tinggal separuh dipandang kosong. Agak lama dia mengelamun sebelum tepukan lembut hinggap di bahunya. Dia terus menoleh ke belakang.

“Jauh mengelamun nampak... sampai aku datang pun kau tak sedar.” Tegur SyedDaniel sambil menarik kerus berhadapan Tengku Mikhail lalu duduk.

Tengku Mikhail hanya memandang Syed Daniel tanpa berminat untuk menjawab pertanyaan itu. Nasi goreng disuap kembali ke dalam mulutnya.

“Malam ni amacam Mika? Birthday party Ariana.” Syed Daniel masih lagi memujuk Tengku Mikhail walaupun sudah berkali-kali sahabatnya itu menolaknya. Dia sangat berharap yang Tengku Mikhail turut serta kerana dia sudah berjanji dengan kawan Ariana akan memperkenalkan Tengku Mikhail kepadanya. “Esok cuti kot.” Syed Daniel turut membuat muka comel sambil mengedipkan matanya.

Tengku Mikhail menggelengkan kepalanya. “Tak berminat.” Malas-malas dia menjawab. Mesti pesta liar lagi. Desis hatinya. Bukan dia tidak kenal dengan sahabatnya itu.

Syed Daniel membuat muka. Jaket hitam pada badannya dibuka. Panas! Mana tidaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki dia memakai warna yang sama.

“Itulah kau. Asal aku ajak tak per...” Rungutannya terhenti apabila telefon pintarnya berbunyi.

Tengku Mikhail sempat melirik nama yang tertera pada skrin itu sebelum menumpukan kembali pada makanannya.

“Dalam setengah jam lagi aku sampai. Kau dengan siapa?” Syed Daniel bertanya di talian sambil air minuman Tengku Mikhail diambil lalu dihirup dengan selamber. “Aku teman Mika makan. Nanti dah on the way aku roger kau.” Talian dimatikan.

“Irfan ada sekali ke?” Tengku Mikhail menolak pinggan makanannya yang sudah kosong sambil air minumannya ditarik kembali. Kurang asam! Sempat lagi air aku kau kebas. Kutuknya di dalam hati.

Syed Daniel mengangguk. “Dia ada nak try kawan Ariana. Tu yang nak ikut aku malam ni.” Air minuman Tengku Mikhail ditarik kembali ke arahnya tanpa menghiraukan pandangan mata Tengku Mikhail itu. Senang cerita malas ingin memesan air.

Setelah berkira-kira, akhirnya Tengku Mikhail bersetuju membuatkan Syed Daniel tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Tengku Mikhail. “Macam ni lah kawanaku.” Katanya sambil tangannya laju menaip mesej untuk kekasih hati yang sedang menunggu kedatangannya.

See you there sayang. Love you.

Syed Daniel menayangkan mesej itu kepada Tengku Mikhail sambil tersenyum sinis. Tengku Mikhail hanya mengangkat bahunya tanpa memberi sebarang komen. Malas dia hendak melayan kerana dia sudah sedia maklum akan perangai buaya darat sahabatnya itu sejak zaman sekolah lagi. Cuma perangai ‘buayanya’ itu semakin menjadi-jadi.

Dia sendiri tidak pasti sejak bila sahabatnya itu menjadi begitu kerana mereka terputus hubungan seketika sewaktu melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana dia lebih selesa memlih Harvard University manakala Syed Daniel memilih London School of Economiv and Political Science. Jadi dia tidak mempunyai memori tentang perubahan ketara Syed Daniel itu. Apa yang ada di dalam memorinya hanyalah daripada buaya darat, Syed Daniel sudah bertukar menjadi buaya tembaga.

Air minuman yang tinggal suku ditarik kembali ke hadapannya.

 

 

 

Nur Farissha mematikan jam loceng yang berbunyi nyaring memintanya bangun. Dengan mata yang separuh terbuka dia cuba melihat jam locengnya yang sudah menginjak pukul 4.03 pagi. Dia menggeliat sambil mengagahkan diri untuk bangun. Elok sahaja dia keluar dari bilik, kedengaran pintu rumah ditutup. Nur Farissha memandang kakak tirinya yang mengenakan skirt pendek paras peha bersama singlet putih yang jarang.

Bagi Nur Haziqah pula, sebaik sahaja dia melihat wajah adik tirinya hatinya terus mendidih. Ringan sahaja mulutnya menyembur Nur Farissha yang sedang memandangnya. “Apa yang kau tengok? Jaga tepi kain kau dah lah. Jangan nak bajet alim. Makin menyampah aku tengok muka kau yang tak semenggah tu.” Hamburnya membuta tuli sambil berjalan ke arah Nur Farissha. Badan adik tirinya sengajad ilanggar dengan kasar sebelum berlalu ke biliknya. Sengaja dihempas pintu bilik dengan kuat tanda protes. Naik angin betul dia.

Betul cakap orang, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tapi ini bukan setakat tumpah dah... kena jirus sekali!

Nur Farissha hanya mengangkat bahu sebelum berjalan ke dapur. “Aku tak cakap apa-apa pun. Nur Farissha sedar dia juga bukanlah baik mana. Auratnya juga masih belum ditutup dengan sempurna. Masih banyak yang perlu diperlajari dan diperbaiki dalam hidupnya. Jadi siapa dia untuk menghakimi orang dengan sesuka hati. Penutup kepala yang disangkut pada penyangkut di dinding dicapai. Memang pantang tok nenek moyang Mak Ani jika ingin membuat makanan jualan tidak menutup bahagian kepala. Mana yang baik dia ikut.

Pada waktu pagi dia akan membuat pelbagai kuih muih dan akan menghantar kuih jualannya ke warung Pak Mat yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Bahan-bahan dikeluarkan dari dalam kabinet dan disusunnya dengan kemas di atas meja makan supaya senang untuk diambil. Antara kuih-muih yang dibuatkan hari ini adalah kayu keramat, pulut manis dan karipap kentang.

Azan subuh berkumandang sewaktu Nur Farissha sedang sibuk menyusun kuih muihnya di dalam bakul. Berpuas hati dengan hasilnya, dia kemudian bersiap-siap menunaikan solat subuh. Dijenguknya ke luar pintu tingkap dapur, bayang emak dan adik tirinya masih tidak kelihatan. Sebelum dia menghantar kuih muih ke warung Pak Mat memang sudah menjadi rutin setiap pagi melipat kertas bungkus nasi menjadi bentuk segi tiga. Jadi tidaklah banyak kerja sewaktu membungkus nasi jualan nanti. Nak lipat lagi... nak membungkus lagi.

“Banyak kamu buat kuih hari ni Farissha.” Tegur Pak Mat yang sudah lewat 60an itu sambil tersenyum manis memandang Nur Farissha yang sedang menyusunkuih muihnya di atas meja yang disediakan.

“Hari ni sempat pulak Pak Mat.” Balas Nur Farissha sambil mengambil duit hasil jualannya semalam sebelum Pak Mat berlalu ke bahagian belakang warungnya. Hasilj ualan kuih muih adalah pendapatannya. Walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya bolehlah dia menabung. Mak Ani tidak pernah melarang untuk itu. Janji jangan meminta duit daripada dirinya. Adalah kebaikan daripada emak tirinya itu.

Sebelum pulang, memang Nur Farissha akan singgah ke pasar pagi untuk membeli bahan-bahan Mak Ani membuat nasi jualan. Ayam dan kerang adalah bahan basah yang wajib dibeli. Tidak dilupakan juga untuk ‘topup’ beberapa bahan masakan yang lain. Dan seperti hari-hari yang sebelumnya, dia terpaksa menadah telinga mendengar cemuhan dan umpatan daripada kawan Mak Ani di pasar pagi itu. Setiap hari juga hatinya akan terbakar.

“Ani kan pernah cerita Jah... Si Najwa tu memang miang. Masa Rashid tak ada dekat rumah selalunya dibawa jantan masuk. Kesian pulak aku dengar. Aku takut berjangkit pulak dekat anaknya.” Mak Semah memulakan bicaranya tanpa menyedari akan kehadiran Nur Farissha di situ.

“Kalau dah keturunan macam tu, macam tu jugaklah acuannya.” Mak Jah menambahkan lagi segala serbuk perasa yang ada. “Nampak je Si Najwa tu bertudung litup tapi perangai mengalahkan perempuan sundal. Lepas je kes dia kena tangkap basah dulu tu, terus aku berhentikan cucu aku pergi menggaji rumah dia. Perempuan jalan macam tu nak mengajar mengaji? Hidup sendiri pun tunggang terbalik.” Makin galak Mak Jah mengutuk.

Nur Farissha berpura-pura tidak mendengarnya. Walhal di dalam hatinya sudah seperti gunung berapi yang lavanya sedang mengalir. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengawal api kemarahan. Walaupun ini bukan kali pertama dia mendengarnya tetapi kesabaran manusia ada hadnya. Jangan sampai kangkung ni hinggap dekat pipi kau dah lah mak cik. Amarah Nur Farissha. Kesabarannya sudah hampir sampai kepuncaknya.

“Lagi satu Ani cakap budak tu pemalas orangnya. Kerja satu apa pun tak nak buat.” Ditepuknya bahu Mak Jah sambil menjuihkan bibirnya.

Eh? Habis tu siapa perempuan yang menjual nasi jualan setiap petang di kampung itu? Cik Ponti? Cik Langsir? Erat Nur Farissha mengenggam sayur kangkung di tangannya. Air liur ditelan. Telinganya sudah tidak kuat untuk menadahnya. Adakah fitnah yang dilemparkan oleh Mak Ani kepada dirinya diterima bulat-bulat oleh mereka berdua? Inikah yang diibaratkan fitnah itu dimulakan oleh pembenci, dipanjangkan oleh di dhaif dan diterima bulat-bulat oleh si bodoh?

“Kau tak ingat yang dia pernah lari dari kampung ni? Mesti ikut jantanlah tu. Perangai tak semenggah betul! Emak borek anak rintik.” Kutuk Mak Jah lagi sambil memasukkan dua ikat daun sup ke dalam bakul yang disediakan untuk ditimbang.

“Perempuan murah memang macam tu.” Jawab mulut puaka Mak Semah. “Ni dia balik semula kampung ni. Mesti dah buat onar dekat tempat orang. Kau tengok anak aku. Baik, bersopan santun, terpelajar... apa lagi? Ni setakat belajar sampai SPM memang perangai macam lahanat.” Terjuih-juih bibirnya mengutuk. Bangga dengan kejayaan anak perempuannya yang sedang melanjutkan pelajaran disalah sebuah universiti swasta di ibu kota. Itulah yang dicanang setiap hari pada orang kampung.

Kata-kata itu diibaratkan mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marahdi dalam hati Nur Farissha. Sabarlah wahai hati. Pujuknya dengan tenang.

Mak Jah yang sedari tadi menjadi pendengar yang setia mengangguk seperti burung belatuk mengiyakan.

“Najwa tu pulak, lepas je kes dia dulu sampai ke hari ni tak nampak batang hidung balik kampung. Kesian aku tengok si Rashid tu. Nak cari nafkah lagi, nak jaga anak lagi. Mujurlah ada Si Ani tu sanggup jagakan anak Najwa tu dulu. Kalau akulah, tak sanggup nak jaga. Kena pula dengan perangai tak semengah macam tu memang aku halau keluar je. Buat habis beras je.” Makin lantang Mak Semah menghentam.

“Betul tu. Lepas tu buat perangai lari dari rumah. Ikut jantan gamaknya.” Mak Jah juga tak nak kalah menghentam. Walhal di hanya mendengar semua cerita itu daripada mulut Mak Ani.

Tidak tahan mendengarnya lagi, Nur Farissha berdehem kuat sebelum menyerahkan sayur-sayuran yang dipilihnya kepada peniaga itu.

Terperanjat besar Mak Semah dan Mak Jah melihat Nur Farissha di sebelah mereka. Wajah mereka berdua terlihat pucat. Kalau ditoreh pun belum tentu berdarah. Nasib kau tak ada sakit jantung mak cik. Kalau tak dekat situ jugak ‘jalan’. Mereka berdua hanya mampu terkaku di situ sehinggalah Nur Farissha siap membuat bayaran dan hilang daripada pandangan mereka. Setelah itu barulah mereka berdua bertepuk tampar sambil berbisik bagaimana tidak menyedari akan kehadiran Nur Farissha di situ.

Nur Farissha sudah tiada hati untuk membeli barang dapur. Lantaklah jika dia terpaksa menahan caci maki Mak Ani tengahari nanti. Itupun jika emak tirinya sudah pulang ke rumah.

Air matanya yang deras mengalir disapu kasar. Ya! Dia mengaku. Dia larid aripada rumah... lari daripada neraka dunia itu! Apabila dia cuba untuk membela diri pasti tidak diendahkan oleh mereka. Mereka hanya mendengar semuanya daripada sebelah pihak tanpa menyelidiki perkara yang sebenar. Pernah sampai satu waktu dia sendiri berperang mulut dengan kawan-kawan Mak Ani sehingga dia mendapat amaran daripada ayahnya atas kebiadapannya itu. Tanpa rela dia akur.

Akhirnya dia sendiri yang makan hati. Ayahnya juga tidak mahu mendengar akan rintihannya membuatkan dia memberontak dalam diam. Sekali lagi air mata jatuh ke pipi dilap dengan kasar.

“Kau tak apa-apa Farissha?” Tegur Ida Farhana. Sayu hatinya melihat sahabatnya itu mengalirkan air mata. Hampir terkeluar anak tekaknya itu memanggil sahabatnya. Akan tetapi, Nur Farissha langsung tidak menoleh ke belakang.Sudahlah dia sedang sarat mengandung, pergerakannya terhad ditambah lagi dengan beg totenya yang berat. Terasa lelah berjalan untuk menyaingi langkah sahabatnya itu.

“Kau Ida....” Ujar Nur Farissha acuh tak acuh dek kerana hatinya yang masih panas itu. Bibirnya diketapkan.

Ida Farhana mengusap lembut bahu sahabatnya itu. Dia turut mendengar umpatan itu sebentar tadi. “Kau sabar ye. Mereka tak tahu cerita yang sebenar. Kau kena kuat. Insya-ALLAH, Allah S.W.T akan menolong hanyaNya yang teranyai.” Bahu Nur Farissha diusap perlahan.

Melihat sahabatnya yang masih terdiam kaku, Ida Farhana menyambung semula kata-kata semangat untuk sahabatnya itu. “Kau percaya cakap aku. Jangan putus doa ye.” Lembut suaranya meniup kata-kata semangat. Matanya turut menitis airmata. Setiap hati dia berdoa semoga sahabatnya itu menemui kebahagian.

Betapa mulianya hati seorang sahabat.

Makin deras air mata Nur Farissha mengalir mendengar kata-kata semangat itu. Terus menusuk ke hatinya.

“Dah. Senyum.” Ida Farhana berkata sambil menyeka air mata Nur Farissha. “Jom aku teman kau balik rumah alang-alang aku nak ke rumah mak aku. Tadi aku suruh laki aku drop je dekat pasar pagi sebelum dia pergi kerja.” Tangan Nur Farissha ditarik lembut.

Mereka berjalan berpegangan tangan sambil berceloteh untuk menghidupkan kembali suasana. Untuk seketika hati Nur Farissha terasa bahagia rupanya masih ada yang menyayanginya. Tetapi entah mengapa hatinya terasa sedikit terluka akan kebahagiaan itu tetapi dia cuba untuk mengendahkannya.

“Kau jangan lupa minggu depan adik aku kahwin Farissha. Nanti aku bagi baju dekat kau.” Pesan Ida Farhana menyedarkan Nur Farissha dari lamunannya.

Dahi Nur Farissha berkerut. Ini dah kali ke berapa minah ni ingatkan dia sendiri tidak pasti. “Ye... aku pergi tolongnya. Jangan risau.” Ujar Nur Farissha sambil menjulingkan matanya ke atas tanda protes.

Ida Farhana tersenyum sumbing. Sengaja dia ingin mengusik sambil membiarkan Nur Farissha berjalan dihadapannya. Sayu dia memandang dari belakang. Dia tahu apa yang berlaku beberapa hari lepas. Adiknya yang baru pulang daripada tempat kerja berhajat untuk singgah sebentar di rumah Nur Farissha untuk mengambil gubahan bunga yang ditempah daripada Mak Ani tidak kesampaian apabila keretanya terhenti dengan sendiri di selekoh rumah itu apabila melihat Nur Farissha dipukul bertalu-talu oleh Mak Ani. Berjujuran air mata adiknya apabila sampai ke rumahnya semalam bercerita.

Ida Farhana hanya mampu mengucap panjang. Semoga kau menemui kebahagian yang sebenar-benarnya Farissha. Jangan pernah mengalah untuk mencari kebahagiaan itu sahabatku. Bisik hati kecilnya. Akan tetapi isi hatinya tidak selari dengan riak wajahnya yang sayu ketika ini.

Nur Farissha yang perasan sahabatnya tidak berjalan beriringan dengan berpaling ke belakang. Belum sempat dia ingin menegur... tiga orang anak muda berjalan mendekati mereka. Dia memandang mereka tajam tanda tidak menyukainya. Siapa lagi kalau bukan anak ketua kampung bernama Muhammad Amir Baki bin AmiruddinBaki. Ha hengko... nama tak nak kalah.

Muka Nur Farissha bertukar bengis dengan kehadiran mereka. Jika di ikutkan rasa hati memang mahu ditelan mereka bertiga hidup-hidup. Sudah lama dia bersabar dengan perangai mereka bertiga.

Melihatkan anak ketua kampung itu bersama dengan dua orang kanannya membuatkan Ida Farhana mula gelisah. Matanya liar memerhatikan sekeliling meminta bantuan. Tetapi hampa apabila tiada seorang bayang manusia pun lalu lalang ketika itu. Masa-masa macam ini lah tak ada orang. Omelnya.

“Si cantik manis abang ni nak ke mana?” soal Amir dengan muka bapak buaya gatal sambil menyalakan punting rokok di mulutnya. Terus asap rokoknya itu dihembus ke muka Nur Farissha membuatkannya terbatuk-batuk.

“Kau tak apa-apa Farissha?” cemas suara Ida Farhana. “Kau ni dah kenapa ha? Perangai dari dulu lagi tak semenggah. Jangan ingat bapak kau ketua kampung kau boleh ikut suka hati kau! Nanti kau report dekat bapak kau baru sel-sel otak kau berhubung!” Nyaring jeritan Ida Farhana dengan harapan ada yang akan mendengar. Dia turut tidak menyukai anak ketua kampung itu. Dasar gila kuasa!

Nur Farissha terus memandang Ida Farhana setelah mendengar bait-bait ayat terakhir yang keluar daripada mulut sahabatnya itu. Sempat pulak kau selitkan ayat tu. Desisnya sambil berkerut dahi.

Anak ketua kampung itu memang terkenal dengan sikapnya yang biadap dan perasan bagus. Pantang melihat anak dara berdahi licin mula lah bertukar menjadi ular bulu naik daun. Jika perlu menggunakan keganasan pun dia sanggup untuk mendapatkan apa yang di inginkan. Sekali lagi... dasar gila kuasa!

“Pergilah! Itu pun kalau bapak aku nak percaya cakap kau.” Sinis percakapan Muhammad Amir disambut gelak tawa kuat daripada anak buahnya. Tubuh Ida Farhana ditolak tanpa memikirkan diri wanita itu yang sedang berbadan dua menyebabkan Ida Farhana terumbang-ambing seketika sebelum sempat disambut oleh Nur Farissha. Hanya beg tote Ida Farhana yang terlepas dari genggaman tangannya lantaran berpaut pada Nur Farissha.

Sangat biadap! Kali ini Nur Farissha sudah hilang sabar. Kini pandangan matanya di ibaratkan seperti pisau belati tajam yang mampu membunuh musuhnya dengan sekali tusukan.

Satu tumbukan padu tepat mengenai batang hidung lelaki miang itu. Muhammad Amir menjerit kesakitan sambil menyumpah seranah. Dia langsung tidak menjangkakan itu daripada gadis itu. Darah mula mengalir daripada hidungnya. Muhammad Amir menjadi berang.

“Tak guna perempuan sundal! Ambik kau!!!” dengan berang Muhammad Amir menghayun penumbuknya tepat ke muka Nur Farissha.

Ida Farhana menjerit ketakutan melihatnya.

Serangan itu berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Nur Farissha malahan dia pula menghadiahkan satu lagi tumbukan di perut lelaki itu. Menggelupur Muhammad Amir di atas tanah. Ditambah lagi satu sepakan di perut lelaki itu untuk kali kedua. Bertambah kuat erangan lelaki miang itu. Perutnya terasa sangat senak. Dia sama sekali tidak menyangka yang Nur Farissha sekuat itu.

APO! Tak macholah kalahdengan perempuan Amir. Hati Ida Farhana memerli. Bibirnya dicebik tanda menganjing kepada mereka. Hilang sudah rasa takutnya.

Dua orang kanan Muhammad Amir mula meluru ke arah Nur Farissha apabila melihat ketua mereka sudah tewas. Begitu senang Nur Farissha menepis setiap serangan yang mendatang. Ida Farhana memerhati tanpa berkelip seakan memorinya membawa dia kembali ke zaman persekolahannya.

Salah seorang daripada mereka memeluk erat Nur Farissha dari belakang dan seorang lagi meluru untuk menyerangnya. Nur Farissha menendang perut lelaki itu sehingga dia tersungkur ke tanah. Dia menyiku beberapa kali lelaki yang sedang memeluknya lalu memulas tangan lawannya itu kebelakang dan menolak ke tanah dengan senang.

Akhirnya tersungkur ketiga-tiga pemuda itu ke tanah.

“Jangan kau tunjuk muka kau depan aku! Ni last warning! Kalau tak,lagi teruk aku kerjakan. Aku sabar... SABAR JUGAK!!!” tengking Nur Farissha. Dia sudah menyinga. Api kemarahan jelas terpancar di dalam anak matanya. Ketiga-tiga pemuda itu lari lintang-pukang tanpa menoleh ke belakang lagi. Nur Farissha sempat menangkap ayat yang keluar daripada mulut anak ketua kampung itu. “Tunggu kau... aku beritahu bapak aku. Mampus kau betina!”

Berkali-kali Nur Farissha menarik dan menghembus nafasnya untuk meredakan kemarahannya sebelum berpaling kepada Ida Farhana.

“Kau tak apa-apa Ida?” soal Nur Farissha risau. Dipapah sahabatnya untuk berjalan. “Kalau kau nak pergi hospital jom aku mintak tolong Abang Puteh bawak.” Mukanya kelihatan gelisah, risau akan keadaan sahabatnya itu. Jika terjadi apa-apa pada anak dalam kandungan ini dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya.

Ida Farhana menggeleng. “Aku tak apa-apa.” Ujarnya menenangkan Nur Farissha.

Beg tote yang terjatuh ke bawah diangkatnya. Sempat dia melihat isi dalamnya. Alhamdulilah. Nasi briyani yang ingin diberikan kepada Nur Farissha masih berbungkus baik. Perlahan-lahan mereka berdua menapak meninggalkan kawasan itu.

Dan dari kejauhan, terdapat sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua sebelum susuk tubuh itu berpaling menuju ke dalam belukar bersama sebilah parang ditangannya.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh