Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,526
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 17

Lima tahun telah berlalu. Hari ini adalah hari dimana Mawar bakal dibebaskan. Lima tahun yang banyak mengajarnya erti kehidupan yang sebenar. Mengajarnya menjadi lebih kuat dan matang untuk menempuhi hari-hari yang mendatang selepas ini.


Hati berbunga riang apabila memikirkan soal keluarganya. Rindu yang semakin membuak-buak membuatkan Mawar tidak sabar untuk bertemu sang ibu dan adik-adiknya.


Pintu gerbang penjara dipandang seketika. Dia berjanji ini adalah kali terakhir dia menjejakkan kakinya disitu. Dia pergi dengan membawa seribu satu pengalaman yang takkan dia lupakan hingga maut menjemputnya nanti. 


Tidak menunggu lama kaki terus dibawa keluar menuju ke arah stesen bas berdekatan. Dia mahu segera pulang ke pangkuan keluarganya. Dia mahu sujud dikaki ibunya memohon ampun atas apa yang telah berlaku.


Hampir satu jam menunggu akhirnya bas yang akan membawanya pulang ke kampung halamannya tiba juga. Tambang bas dibayar menggunakan duit hasil dia berkerja semasa tinggal dipenjara. Lebihan wang itu akan digunakan sebaik mungkin pada masa akan datang. 


Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu cukup membuatkan Mawar berasa sungguh gugup. Dada seakan mahu pecah apabila memikirkan reaksi si ibu. Adakah ibunya akan menerimanya kembali atau membuangnya selepas ini. Mawar sendiri tidak tahu. 


Beberapa minit kemudian bas yang dinaiki mula berhenti disebuah stesen bas berdekatan dengan rumahnya. Dengan rasa gugup Mawar segera turun daripada bas itu. Nafas dihela kasar. 


Bismillah dibaca dengan langkah perlahan dia melangkah menuju ke arah sebuah rumah kayu yang cukup usang. Rumah peninggalan arwah bapanya. Rumah dimana dia dilahirkan dan dibesarkan. 


"Semoga baik-baik saja..." gumam Mawar. 


Langkah demi langkah dan dalam tidak sedar dia kini sudah pun berdiri terpacak dihadapan rumah itu. Perasaannya benar-benar gugup. Gugup untuk bertatapan dengan ibu dan adik-adiknya. Mata dipejamkan seketika cuba untuk mencungkil sedikit keberanian.


"Aa.. Assalamualaikum..." laung Mawar.


Sunyi.


"Assalamualaikum..." laung Mawar sedikit kuat.


Beberapa saat kemudian terdengar seseorang menjawab salam yang diberikan oleh Mawar.


"Waalaikumsalam.. Ada apa ya..?" soal Puan Zubaidah ramah. Dahi berkerut melihat figura dihadapannya ini yang sedang menundukkan kepalanya. Timbul rasa hairan.


Perlahan-lahan Mawar mengangkat wajahnya memandang ke arah Puan Zubaidah. Matanya sudah berkaca. Menunggu masa empangannya yang bakal pecah bila-bila masa saja nanti. 


"Mak..." ucap Mawar perlahan. 


"Ma... Mawar...?" soal Puan Zubaidah seakan tidak percaya. 


"Mak... Mawar dah balik..." ujar Mawar seakan anak kecil. 


"Ya Allah... Mawar... Mawar anak mak dah balik..." laju Puan Zubaidah menuruni anak tangga bagi mendapatkan Mawar.


"Mak... Maafkan Mawar mak.. Mawar banyak dosa dengan mak," air mata laju membasahi pipi mulusnya.


"Mawar tak salah nak... Semua yang jadi ni bukan salah Mawar. Bukan ke hendak Mawar.." balas Puan Zubaidah.


Kedua beranak itu mula berpelukan erat. Masing-masing sarat dengan rindu. Rindu yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.


"Mak.. Mak tak benci ke dekat Mawar? Mawar dah malukan mak dan keluarga kita," lirih Mawar menyoal. 


"Allahuakbar.. Sikit pun mak takde perasaan benci dekat Mawar. Mak yang lahirkan kamu. Mana mungkin mak sanggup bencikan anak mak sendiri. Darah daging mak.." sebak Puan Zubaidah. 


"Terima kasih mak sebab tak penah buang atau bencikan Mawar," 


"Mak tak mampu nak bencikan kamu nak.. Walau apapun jadi kamu tetap anak mak dunia akhirat. Mak sayang Mawar," jujur Puan Zubaidah. 


"Mawar pun sayangkan mak..." perlukan semakin dieratkan Mawar. Sungguh dia benar-benar rindukan sang ibu.


Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Dia menderita. Menderita menanggung segunung rindu buat keluarganya. 


"Dahlah Mawar.. Jom kita masuk takkan nak berdiri dekat sini sampai petang," ucap Puan Zubaidah ceria. 


"Baik mak.." sahut Mawar. 





~~~~~





Farah merenung tajam ke arah pasangan tua yang kini duduk dihadapannya. Perasaan marah cuba ditahan dari terhambur keluar. Wajah pasangan tua itu dipandang silih berganti. 


"Macam mana ni Mak Long? Pak Long?" soal Farah. 


"Macam mana apa?" soal Encik Bakri. 


Farah merengus kasar. Kalau tak diingatkan dihadapannya ini adalah ibu dan bapa saudaranya sudah lama dia menghamburkan amarah yang sudah lama ditahan. 


"Bila Mak Long dengan Pak Long nak kahwinkan Farah dengan Abang Zat? Lama sangat dah ni Farah tunggu," soal Farah. 


Encik Bakri dan Puan Hanim berpandangan sesama sendiri. Masing-masing menghela nafas berat. 


"Kami bukan sengaja tak nak kahwinkan kamu dengan Aizat tu. Dah berbuih mulut kami ni suruh dia kahwin tapi katanya dia belum bersedia. Dia masih nak fokus dekat restoran dia tu," jawab Encik Bakri. 


"Habis tu sampai bila nak Farah tunggu? Dah 5 tahun pun Pak Long, Mak Long? Nak sampai Farah ni dah tua ke baru Abang Zat tu nak kahwin dengan Farah?" jelas riak tidak puas hati mula terpancar diwajahnya. 


"Farah.. Kamu sendiri tahukan Aizat tu macam mana? Kamu bagi lah kami masa sikit. Nanti Mak Long cuba pujuk Aizat macam mana," jawab Puan Hanim yang sedari tadi mendiamkan diri. 


"Tak habis-habis jawapan Mak Long nak pujuk, nak pujuk. Tapi sampai sekarang masih sama. Takde apa-apa hasil. Farah dah bosanlah kalau terus-terusan dengar alasan yang sama," ucap Farah geram. 


"Macam ni lah kamu bagi Pak Long dengan Mak Long slow talk dengan Aizat dulu macam mana. Pak Long harap kamu boleh bersabar. Kalau betul jodoh kamu dengan si Aizat tu adalah nanti," jawab Encik Bakri. 


"Ada jodoh ke takde jodoh ke Farah tetap nak Abang Zat jadi suami Farah. Dan Farah harap Mak Long dan Pak Long tak mungkiri janji," keras Farah berkata. 


"InshaAllah..." ucap Encik Bakri. 


"Dahlah Farah nak balik.. Ingat apa yang Farah cakap tadi tu," ulang Farah. 


"Iya.. Kamu pegi lah balik dulu. Nanti biar kami berbincang anak beranak," keras Encik Bakri menjawab. 


Farah mengangguk akur. Tidak menunggu lama dia berlalu keluar dari rumah teres satu tingkat itu.


Hilang saja kelibat Farah dari pandangan mata Encik Bakri mengeluh kasar. Kepala diurut lembut.


"Macam mana ni bang?" soal Puan Hanim memecahkan kesunyian diantara mereka.


"Macam mana apa? Nak tak nak kena paksa jugalah budak Aizat tu supaya kahwin dengan si Farah tu," jawab Encik Bakri selamba.


"Ta.. Tapi abang rasa dia akan setuju ke? Zat tu memang tak penah sukakan Farah tu," ujar Puan Hanim lemah.


"Saya pun tak tahulah Nim. Saya pun dah naik pening dengan semua ni. Ni satu hal. Belum lagi Aizat tahu soal duit modal yang kita bagi tu. Kalau dia tahu duit modal tu datangnya daripada Farah saya jamin dia akan mengamuk besar," keluh Encik Bakri.


"Takkan sampai macam tu sekali. Niat kita kan cuma nak tolong dia je," ucap Puan Hanim risau.


"Awak kenal anak awak macam mana kan Nim? Memang niat kita cuma nak tolong dia. Tapi dalam masa yang sama kita dah pertaruhkan masa depan dia."


"Apa maksud abang dengan kita dah pertaruhkan masa depan dia?" soal Puan Hanim tidak faham.


"Hanim.. Awak tahu kan Aizat tu mana penah sukakan si Farah tu. Setiap kali dia jumpa budak Farah tu dikutuknya macam-macam. Awak sendiri tahu tu. Saya rasa kalau kita paksa dia kahwin dengan si Farah tu saya yakin dia bakal tentang habis-habisan," jawab Encik Bakri.


"Tapi apa yang kita buat ni cuma untuk kebaikan dia. Kita cuma nak yang terbaik untuk dia. Salah ke apa yang kita dah buat?" soal Puan Hanim tidak puas hati.


"Entahlah Nim saya pun dah naik pening dengan semua ni," keluhan berat terlepas jua dibibir tuanya. Pening memikirkan masalah yang bakal tiba nanti.


Keadaan jeda sebelum Encik Bakri menyambung bicaranya.


"Kita ni sibuk nak jodohkan Aizat dengan si Farah tu. Awak tak tanya ke dekat dia mana tahu dalam diam dia dah pilihan hati ke belum? Mana tahu dia dah ada girlfriend," cetus Encik Bakri.


Membulat mata Puan Hanim. Dia merenung ke arah sang suami.


"Tak mungkin... Saya tak rasa Aizat tu dah ada girlfriend. Dia tak penah cerita apa-apa pun dekat saya," yakin Puan Hanim.


"Awak tak cuba tanya dia?" soal Encik Bakri.


"Tak pulak. Tapi saya yakin Aizat tak mungkin ada girlfriend.. Hidup dia cuma dengan restoran tu je. Mana ada masa nak fikir pasal girlfriend ni semua," 


"Hmm.. Kalau awak dah cakap macam tu takpelah.. Harapnya apa yang awak cakapkan tu betullah. Kalau tidak bertambah lagi masalah lain," ucap Encik Bakri tegas. 


Terdiam Puan Hanim seketika. Cuba mencerna apa yang barusan dikatakan oleh sang suami.





~~~~~





Melati membulatkan matanya saat melihat figura Mawar yang kini sudah berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis. Dengan langkah besar dia merapati si kakak.


"Ka.. Kak Mawar...?" soal Melati tidak percaya.


"Iya Melati.. Akak dah bebas.." ucap Mawar sambil tersenyum.


"Allahu... Kak Mawar... Melati rindu Kak Mawar..." ujar Melati. Laju dia memeluk tubuh si kakak yang amat dia rindui.


"Akak pun rindu dengan Melati. Melati sihat?" soal Mawar apabila pelukan terlerai. Dia juga amat merindui adiknya ini.


"Melati sihat.. Akak macam mana? Akak sihat?" soal Melati kembali.


"Alhamdullilah.. Akak sihat.." jawab Mawar yakin. 


"Ya Allah.. Melati bersyukur sangat akak dah dibebaskan. Melati tahu akak tak bersalah. Akak dianiayai oleh..." belum sempat Melati menghabiskan ayatnya laju Mawar memotong. 


"Dahlah Melati, akak tak nak dengar dah kau sebut nama tu," ujar Mawar tegas. 


Tersentak Melati apabila mendengarkan amaran yang diberikan si kakak. Dia mengangguk faham. 


"Baik kak Mawar.. Melati minta maaf," 


"Mak cakap Melati kerja kilang dekat bandar? Betul ke?" laju Mawar menyoal. 


"Iya kak.. Lepas habis je SPM, Melati terus cari kerja dekat bandar. Dan Alhamdullilah rezeki Melati ada dekat kilang tu," jawab Melati sambil tersenyum.


"Akak minta maaf dekat kau," ujar Mawar.


"Kenapa akak nak minta maaf pulak ni?" dahinya berkerut pelik.


"Sepatutnya kau belajar bukan kerja. Akak minta maaf sebab tak mampu buat apa-apa untuk keluarga ni. Malah akak makin susahkan kau orang," ucap Mawar lirih.


Melati menggelengkan kepalanya. Nafas dihela lemah. Tangannya naik mengengam tangan kecil milik si kakak.


"Akak tak perlu minta maaf. Bukan salah akak pun. Apa yang dah jadi semuanya dah ditentukan oleh Allah. Siapa kita sebagai hambaNya nak menolak takdir yang dah Dia tetapkan? Pasal Melati, Kak Mawar tak payahlah risau. Lagi pun akak dah banyak berkorban untuk keluarga ni. Jadi soal Melati tak dapat sambung belajar tu hal kecil jela. Akak jangan risau lah ya," senyuman manis diberikan kepada Mawar.


"Tapi mak cakap result kau bagus. Rugi kalau tak sambung belajar."


"Yang tu akak janganlah bimbang, kalau ade rezeki Melati adalah nanti. Apa yang penting sekarang ni Melati happy sangat akak dah balik semula dalam keluarga ni," sebak Melati.


"Akak janji selagi akak hidup akak takkan tinggalkan keluarga ni lagi. Cukuplah 5 tahun akak terpisah dengan kau orang,"


"Baguslah macam tu. Melati harap lepas ni akan ada sinar kebahagiaan buat akak dan keluarga kita."


"InshaAllah.. Dahlah jom kita masuk. Sampai bila kita nak borak dekat sini," Mawar dan Melati beriringan masuk ke dalam pondok usang peninggalan arwah bapa mereka dahulu.


Kini lengkaplah sudah sebuah keluarga kecil. Perpisahan selama 5 tahun cukup mengajarkan mereka erti menghargai antara satu sama lain.


Moga akan ada sinar mentari yang bakal menyinari hari-hari mereka selepas ini. 

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.