Home Novel Cinta DIA DOKTOR HATIKU
DIA DOKTOR HATIKU
26/5/2014 08:16:51
77,906
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 61

Sudah seminggu Shalin pulang ke Kuala Lumpur, namun dia masih belum berkesempatan untuk menghubungi teman baiknya. Banyak yang perlu diuruskan. Nasib baiklah ayahnya memilih cuti persaraan lebih awal. Jadi dapatlah dia duduk di Kuala Lumpur dengan lebih cepat. Mencari kerja di sini dan juga mencari cinta.

‘Eh! Sampai ke situ pula fikiran aku melalut,’ bisik hatinya sendirian. Tidak dinafikan sejak Imran melamar dia di Australia, hatinya benar-benar mengatakan yang Imran adalah jodoh yang sebenarnya. Brian yang selalu menjadi pujaan hatinya pula terus tersingkir dari carta hati.

‘Hmm… jauh benar Imran mencari cintanya. Tapi kenapa teman wanitanya memutuskan hubungan mereka? Tentu perempuan itu tidak pandai menilai orangnya,’ desis hatinya.

“Shalin? You ada di sini?”

Shalin yang sedang termenung di ruang tamu rumah Imran tersentak apabila disapa Imran yang baru balik dari kerja. Dia tersenyum. “Kalau ya pun, duduklah dulu. You mesti penat baru balik dari kerja, kan?” sapa Shalin mesra lantas mengambil beg bimbit Imran.

Youdidn’t answer my question yet?” soal Imran. Dia pelik dengan kehadiran Shalin yang tiba-tiba sahaja. Bukankah sepatutnya gadis itu pulang tiga bulan lagi?

Iwant to surprise you.I dah balik seminggu tapi sibuk dengan macam-macam urusan. Ni baru ada masa dengan you.” Suara Shalin manja sambil menuangkan air oren ke dalam gelas berkaki runcing. Dia menghulurnya gelas itu kepada Imran. “Minum dulu. You mesti haus, kan?”

Thanks.” Imran menyambut gelas tetapi tidak terus meneguknya.

“You macam terkejut sangat tengok I. Tak sudi jumpa I ke?” Shalin pura-pura merajuk.

Sorry, I didn’t mean it. Rasanya tiga bulan lagi you sampai. I tak sangka sebenarnya,” ucap Imran.

“Terkejut ke rindu?”

Sekali lagi Imran tersentak mendengar kata-kata Shalin.

“Im… kita baru kenal dan baru nak mesra. Apa kata kita kenal hati budi masing-masing dulu, sebelum melangkah lebih jauh,” jawab Shalin lagi sambil tersipu-sipu malu.

Imran resah, badannya terasa seram sejuk sahaja. ‘Nampaknya Shalin benar-benar serius dengan lamaran aku hari itu. Apa yang harus aku buat sekarang?’ “Shalin, actually I…”

“Imran…” sapa Kamariah yang tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu banglo tiga tingkat itu.

Sekali lagi Imran dikejutkan dengan situasi yang tidak dijangka.

“Masa kamu kat Australia, auntie tak sempat nak layan kamu. Maafkan auntie ya Imran.”

“Tak apa. Saya pun sibuk dengan kerja. Bila auntie sampai?” soal Imran sambil tersenyum.

“Hai… si Shalin tak bercerita lagi ke? Kami dah seminggu kat sini. Hari tu dah datang tapi kamu yang tak ada,” sambung Kamariah. “Kacak sungguh anak teruna Kak Saira ni. Patutlah si Shalin asyik cerita pasal kamu aje.”

Datin Sairabanu tersenyum. “Imran ni pemalu orangnya.”

Imran diam. Dia memandang wanita-wanita yang berada di sekelilingnya dengan hati yang gundah gulana. ‘Shalin pula, seperti mengharapkan ‘sesuatu’ dariku. Kau di mana Lydia?’

“Takpalah Imran, auntiedengan mama kamu nak siapkan bunga telur. Lin nak tolong tak?” aju Kamariah. Dia memandang Imran dan Shalin silih berganti.

“Mama pergi dulu. Nanti Lin datang ya,” balas Shalin.

Kamariah mengangguk. Dia terus berlalu dari situ.

Setelah kelibat mamanya menghilang, Shalin memandang wajah Imran yang tampak kepenatan. “Im… I picit bahu you ya? You mesti penat, kan?”

“Tak perlu…” Imran menolak lembut, tetapi Shalin terlebih dahulu bangun dan mula memicit bahu lelaki itu. Terpaksa Imran membiarkan sahaja perbuatan tersebut sedangkan jiwanya merusuh.

“Ehem... ehem... mesranya merpati dua sejoli ni,” usik Iliana dari belakang Imran.

“Hei Yana...” Merah padam pipi Shalin diusik Iliana. Dia terus melepaskan pegangan di bahu Imran dan memeluk bahu Iliana erat.

Imran berasa hairan. Bagaimana adiknya boleh mengenali Shalin, sedangkan dia sendiri hanya mengenali wanita urban itu di Australia? Argh!

“Eh! Dia yang tak lama lagi kena kurung, cakap orang kan?” Shalin memegang kedua-dua tangan Iliana yang dianggap seperti adiknya sendiri, walaupun mereka baru saja berkenalan.

“Kak Lin…orang tu kan baru balik. Biar dia rehat dulu. Baru tak jumpa berapa bulan dah rindu ya.”

“Hisy…tak baik Yana. Sorry Im, I pergi tolong mereka buat bunga telur ya. Nanti kita sambung borak,” beritahu Shalin lalu menarik tangan Iliana.

“Ya... ya. Nanti tolong picit bahu lagi,” giat Iliana.

Imran hanya melihat mereka berdua menghilang daripada pandangan matanya. Apa yang harus dilakukannya sekarang? Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

‘Ah! Salah aku juga kerana terburu-buru melamar Shalin. Memberi harapan kepada seorang wanita. Tetapi ketika itu aku masih dalam dilema. Penolakan Lydia buat aku hilang kewarasan, hingga lakukan perkara di bawah minda sedar. Namun kini, keadaan semakin sukar. Lebih parah jika Shalin bersetuju dengan lamaran tersebut.’

Previous: Bab 60
Next: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.