Home Novel Cinta DIA DOKTOR HATIKU
DIA DOKTOR HATIKU
26/5/2014 08:16:51
77,934
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 60

Cerita dari Iliana tidak menyenangkan hatinya. Berulang kali dipujuk hatinya supaya bertenang, tetapi gagal. Gambar yang dibawa oleh kawan baik Iliana sudah membuktikannya. Takkan segala dakwaan itu tidak berasas sama sekali? Ah! Dia buntu.

“Betul bang, kawan Yana pergi ekspedisi yang sama. Dia nampak Kak Lydia dengan pemain bola sepak tu. Bukan main mesra lagi, siap bertepuk tampar!” cerita Iliana.

“Dia kan wartawan sukan. Mestilah mesra dengan semua atlet. Lagipun itulah sumber beritanya. Kawan Yana salah faham kot,” nafi Imran. Hatinya berbolak-balik. Antara mempercayai atau pun tidak. Lintasan hatinya berombak-ombak antara kebenaran dan kebatilan.

“Kalau betul mesra dengan semua peserta tak mengapa. Masalahnya, mesra dengan seorang aje. Semua orang dah tahulah yang mereka berdua tu bercinta, bang,” sindir Iliana.

Imran melihat gambar yang dikirimkan oleh kawan Iliana menerusi e-mel sekali lagi. Lydia kelihatan begitu mesra dengan pemain bola sepak itu. Walaupun aksi tersebut dirakamkan dalam kumpulan, tetapi ia tetap menyentak mindanya. Ada aksi-aksi nakal yang dibuat oleh pemain bola sepak itu meruntun hatinya.

“Abang dah tengok, kan? Yana tipu abang ke?” kata Iliana lagi. Dia tidak mahu abangnya dipermain-mainkan mana-mana wanita.

“Abang bukan tak percayakan Yana, tapi abang musykil. Lydia susah untuk berkelakuan begitu dengan orang yang kurang dikenalinya. Dia kan teman wanita abang?”

Excuse me… Not girlfriend but ex-girlfriend.” Iliana memandang wajah abangnya yang tampak tidak bermaya. “Abang Im kena ingat, dia yang minta putus bukan abang. Apa pun yang berlaku, dia yang bersalah. Dulu dengan wartawan, sekarang dengan atlet sukan pula. Lepas ni dengan siapa pula? Orang macam ni abang nak buat isteri?”

“Yana!” jerit Imran. Dia tidak sanggup mendengar segala cacian pada Lydia walaupun secara rasminya mereka tiada hubungan lagi. “Jangan hakimi orang dengan hanya satu sumber aje. Kita perlu dengar daripada pelbagai pihak.”

Iliana berasa jauh hati. Katalah apa sahaja tentang Lydia, semuanya akan dibela mati-matian oleh abangnya. Sampaikan bukti bergambar pun, abangnya masih tak percaya?

“Yalah! Abang aje yang betul… orang lain semua salah kan?” rajuk Iliana. Dia cuma mahukan yang terbaik untuk abangnya.

Imran memandang adiknya yang menarik muka masam. Menimbang-nimbang jawapan yang mahu diberi agar adiknya tidak terasa hati. “Ini bukan soal salah atau betul… tapi soal keadilan. Yana kan bakal doktor. Patutnya Yana lebih bijak mentafsir sesuatu cerita sebelum menghakimi seseorang. Kalau orang menuduh Yana dengan tohmahan palsu, tentu sakit hati, kan?”

Iliana membulatkan matanya. Kenapa dia pula yang dikaitkan? Susah sangat ke abangnya menerima hakikat? “Kenapa abang susah nak percaya bila ia berkaitan dengan perempuan surat khabar yang pelik tu?” tempelak Iliana geram.

“Yana! Jangan kurang ajar sangat!” Hati Imran mendidih-didih. Suaranya sudah meninggi. “Kita tak pernah diajar untuk melabelkan seseorang dengan perkataan yang tak elok!”

“Abang Im… Yana cuma nak sedarkan abang. Itu aje.” Iliana mendengus.

“Please... leave me alone. I need privacy.” Suara Imran tegas. “Then tell everyone not to disturb me, okay!

Iliana meninggalkan Imran dengan perasaan tidak puas hati.

Imran hanya membatu. Lydia bukan begitu orangnya. Dia tidak akan beralih dari satu tangan ke tangan yang lain. Dia pasti, ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh gadis kesayangannya.

Amer Razif, nama itu dicarinya melalui Google. Terpapar pelbagai berita mengenai pemain bola sepak itu seperti menjaringkan gol kemenangan Piala Malaysia, membantu pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa serta wajah-wajah atlet sasa itu menghiasi pelbagai akhbar.

Matanya tertancap pada satu berita yang sangat mengejutkan.

Pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia kerana tumor otak.

Dia terus menekan tetikus untuk membaca berita selanjutnya.

Negara kehilangan sebutir permata yang begitu berharga dalam industri bola sepak tanah air. Amer Razif, 29 meninggal kerana penyakit tumor otak yang telah dideritainya sekian lama.

Imran tidak meneruskan pembacaannya lagi. Dengan tiba-tiba terasa satu perasaan sayu di hujung hatinya. Dia sendiri tidak pernah mengenali watak yang bernama Amer Razif itu. Mengingatkan gambar-gambar yang ditunjukkan Iliana tadi, dia terasa bersalah sangat pada Lydia dan arwah.

Jika dia boleh merasakan kesedihan itu, apatah lagi orang yang begitu rapat dengannya.

‘Lydia, maafkan Im kerana curiga dengan, sayang. Sudah tentu cukup berat bebanan yang dipikul olehmu sayang. Maafkan Im kerana salah sangka. Im akan sentiasa berdoa untuk hubungan kita. Im harap sangat suatu hari nanti hubungan kita akan bersatu kembali.’

Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.